Thursday, March 05, 2009

Katak oh katak...

Pergh semalam aku memang blur+kekenyangan+rasa kena tipu+rasa insaf jap pun ada hehehe...petang semalam jam 5 petang aku ada seminar..topik yang aku memang tak suka dan kurang kegemari..sebabnya untuk FTIR and 13C-NMR ni memang aku belajar sendiri dari A-Z.nak interprete data2 tu je nak buat aku pening...tapi alhamdullillah at least lepas seminar semalam aku dah mula faham sikit..dari tak tahu langsung..nak tak nak aku memang kena arif benda2 ni..lepas satu jam seminar aku habis...dan waktu tu aku masih berbelah bagi samada nak pergi atau tak ke perjumpaan student Indonesia dan Malaysia...sebab yela yang datang tu merupakan bos kepada seorang pelajar master indonesia..so aku rasa macam takde kaitan la aku nak pergi ke perjumpaan tu walaupun telah dijemput..aku segan sebenarnya tu yang macam tak nak pergi..perjumpaan tu pukul 8 malam yang diadakan diwarung indonesia(restoran yang menjual makanan indonesia+barangan bahan mentah dari Indonesia)..pukul 7 malam pun aku tak decide lagi nak pergi ke tak...then kul 7.10 aku ajak teman lab aku pergi dinner..pergi makan sushi...dah sampai restoran sushi aku dapat panggilan telefon dari Sumaya..bertanyakan samada aku jadi pergi atau tak..dan melalui panggilan tu juga aku diharapkan dapat menghadiri perjumpaan tersebut kerana bos yang datang tu mahu berjumpa dengan aku berkaitan seseorang yang hampir menjadi housemate aku suatu ketika dulu...aku jadi pelik...disebabkan bunyi yang seakan penting itu..aku pun menukar fikiran..aku kesana jam 8 malam selepas usai dinner..kiranya semalam aku dinner 2 kali la..hehehehe..

Dah la aku lewat,lepas tu boleh pula tersilap naik bus...adei terpaksa turun balik dan naik bus lain..mujur la kat sini sistem dia guna kad bus (ada juga cash)so kalau kita tukar bus lain bukan no bus yang sama kita takkan di charge lagi..sudahnya jam 8.30 baru aku sampai ke warung tu..makanan memang dah tersedia atas meja..dan dieorang baru mula nak makan..hehehe mujurla..makanan aku juga telah tersedia diatas meja berhadapan dengan bos tu...pergh..makan lagi..aku makan la juga sebab tak sedap la orang dah jemput makankan..menu aku malam tu sup bakso..yurmy sedap dan pedas..mulanya cerita biasa2 jer..lepas je bapak tu selesai makan dia pun mula bercerita kepada aku dengan nada yang sedikit perlahan..ceritanya panjang tapi aku ringkaskan sahaja disini..ianya berkaitan dengan ex-housemate aku yang dari indonesia tu..kalau kalian ada mengikuti entry berkaitan housemate aku..aku rasa kalian mengerti siapa yang aku maksudkan tu...

"kepulangan dia ke Indonesia serta tidak lagi kembali ke korea antara sebab utama kenapa bapak tu datang ke korea...kerana disana (Acheh) isu ini telah menjadi headline kepada sebuah koran(suratkhabar)..erm bunyi macam sangat panas..memang panas pun..dan antara sebab lain kenapa bapak tu nak jumpa aku sangat sebab menurut aku namakan si A, yang aku juga turut pulang ke Malaysia serta tidak kembali lagi ke korea atas alasan yang sama..berita selanjutnya kalian boleh lihat disini http://samanui.wordpress.com/2009/01/11/masalah-misionaris-mahasiswa-s2-di-korea/jadi bapak tu telah kemari untuk membuktikan yang semua itu tidak benar..apa yang diceritakan oleh Si A dengan Si B yang masih tinggal disini ada sedikit percanggahan..menurut bapak tu lagi..kalau isu sebegini dibawa ke sana tak mustahil perang agama akan terjadi...aku yang mendengar ni rasa tertipu sangat..kerana menurut Si A kepulangan dia ke Indonesia kerana bapaknya sakit dan bunyinya agak tenat kerana dia terpaksa pulang malam itu juga...tapi lain pula cerita yang aku dengar dari bapak tu..kerana menurut dia yang keluarga Si A berada dalam keadaan sihat sejahtera termasuk la bapa dia..dan lebih mengejutkan yang Si A sebenarnya tidak bertemu dengan keluarganya walaupun sudah seminggu dia berada disana...arghh aku memang kena tipu hidup2..aku tak kisah kalau dia nak bohong ke apa ker..tapi jangan la sampai nak bagi aku publisiti murahan tu memang aku hangin ok...patut la bapak tu beria nak jumpa aku..sebab nak buktikan yang aku ni wujud kat korea ni..sebabnya kalau bapak tu nak bertanya berkaitan kerja Si A dilab memang aku tak tahu menahu langsung..antara lain yang Si A ceritakan, yang kami pelajar muslim mempunyai pergerakan terbantas disini seperti tidak dibenarkan bersembahyang dan bagi wanita pula tidak dibenarkan memakai tudung...pergh ni cerita apa pula yang aku dengar...pihak media kat sana pula pakai tulis jer cerita tu..dan menurut bapak tu lagi kalau profesor Si A maklumkan perkara ni kepada pihak university kemungkinan besar Si A akan disaman 100juta won(ok sila convert sendiri)..aku yang mendengar ni telan air liur jer..erm baru aku tahu cerita sebenarnya"..erm aku pun tak tau nak kata..dunia2...

Disebabkan bapak tu datang dari Acheh..jadi dia telah menceritakan pengalaman dia sewaktu Tsunami..dari apa yang dia ceritakan memang menginsafkan..tapi Allah itu maha kaya..ditinggalkanNya umat untuk bercerita akan kebesaranNya..kadang2 kita tak terfikirkan kenapa dalam satu2 bencana masih ada yang hidup..sekarang aku mengetahui sebabnya...aku malas nak ceritakan kat sini sebab panjang sangat..tapi aku beruntung kerana dapat mendengar sendiri pengalaman orang yang dilanda Tsunami...sesungguhnya hidup dan mati tu memang telah ditetapkan..takkan lambat atau cepat walaupun sesaat..

ps:aku ambil semua benda ni dalam bentuk yang positif..aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri..

3 comments:

Sharif John said...

Sabar ye sis... memang betul... mati itu pasti... Semoga Allah merahmati anda

orangorang said...

ape perkaitan antara citer ko ni dgn tajuk yg ko letak. kompius aku

Anggerik Hutan said...

John,
amin...

orang2,
erm mmg takde kaitan pun saje je suke2 nak letak