Friday, August 29, 2008

Nama unik anak merdeka

Dilahirkan pada tanggal 31 Ogos, bukan sahaja menjadi kebanggaan, bahkan sesetengah cahaya mata turut memiliki nama unik sempena hari kemerdekaan negara itu.

Ada yang diberikan nama bersandarkan perkataan Malaysia, merdeka dan terdapat juga yang diberikan nama berasaskan tema hari kemerdekaan pada tahun dia dilahirkan

Terdapat ramai anak yang lahir pada 31 Ogos 1957 yang diberikan sandaran 'merdeka' pada namanya.

Sungguh mengagumkan apabila perkataan keramat 'merdeka' yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman menyelinap ke dalam sanubari rakyat Malaysia pelbagai kaum pada hari itu sehingga diabadikan dalam nama.

Antaranya ialah Sarah Merdeka yang dilahirkan di Kampung Alor Besar, Kota Sarang Semut, Kedah, Merdekiah Hashim di Jitra, Kedah, Merdeka Lee @ Lee Li Meng di Sungai Petani, Kedah, Kamardeka Abdul Mutalib di Kampung Pulau Besar, Kampung Gajah, Perak.

Begitu juga dengan Abdul Rahman Merdeka Simpol dan Mohamad Merdeka Abu Hasan di Rembau, Negeri Sembilan dan Merdeka M. Nadason di Klang, Selangor.

Ada juga antara anak merdeka yang diberikan nama bersandarkan perkataan Malaysia, contohnya Malaysia Rani yang dilahirkan pada 31 Ogos 1967 di Segamat, Johor.

Ramai juga dalam kalangan mereka yang bernama sandaran Malaysia disandarkan kepada tarikh 16 September (hari pembentukan Malaysia) antaranya ialah Dayang Malaysia Dollah di Sandakan, Sabah, Sarakup Malaysia Samak dari Simunjan, Sarawak, Malaysia Yap dari Kuching, Sarawak dan Malaysia Andut dari Sri Aman, Sarawak.

Selain daripada itu, ada juga antara anak merdeka yang mendapat namanya berasaskan kepada tema ulang tahun kemerdekaan pada tahun dia dilahirkan.

Misalnya, Nasionalisme Idris Shah Abdul Rahman yang dilahirkan pada 31 Ogos 1985. Nasionalisme mendapat namanya berasaskan kepada tema hari kemerdekaan pada tahun 1985iaitu Nasionalisme Teras Perpaduan.

Aku begitu kagum dengan mak ayah kepada mereka ini kerana sangat bersemangat nasionalisme kerana sanggup memberikan nama anak bersempena dengan nama negara sendiri..

ps*tapi anak-anak yang mempunyai nama tu bangga atau malu..ngehehe anggerik sekadar bertanya..jauh diperantauan anggerik ingin mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua kenalan dan saudara-mara tak kira anda di mana jua kita tetap rakyat malaysia..sama-samala kita menghayati kermerdekaan yang telah dikecapi oleh negara selepas 51 tahun...MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA

Thursday, August 28, 2008

Proud Malaysian Blogger

1-Add your site(s) to the list if you're a proud Malaysian Blogger

2-Pass this tag to as many Malaysian Blogger as you know, or if you're interested but nobody tags you, just include yourself volunteerly. Show some patriotism!

3-Once you've done posting this tag, leave a comment HERE! and you will be visited by a Malaysian local fruit, Mangosteen by the name of Mango! and added to the Master List.

4-Update list regularly to ensure every Malaysian Blogger gets equal link benefit.

So guys, you read that right. Show some patriotism and post this on your blog. You are all tagged. Merdeka!

---------------------------------------------------------------
Other Malaysian Bloggers Who Have Already Joined The List (And So Should You):


1. mangosteenskin - Saya anak Malaysia! 2. Life is too short to be ordinary - Malaysia Tanahair Ku! 3. Sha's Love & Passion - Aku Anak Merdeka 4. A room of crazy scrapper - Merdeka!Merdeka! Merdeka? 5. Fliffy - Aku Patriotik, Sayang Malaysia ! 6. Rizal-Malaysia Ohh Tanahairku!!l 7. haniz - Merdeka Forever! 8. Prozak Nation 9. CarolPinky - Proud Malaysian! 10. Mariuca - I heart Malaysia! 11. Emila’s Illustrated Blog - Saya Anak Malaysia juga 12. Simple Life - Sam - Saya Anak Malaysia 13. Shemah's My Sweet Escape - Live, Enjoy and Love.. MALAYSIA! 14. Mariuca's Perfume Gallery - Made in Malaysia! 15. Yani-Tennitodoku-Proud to be a Malaysian-MERDEKA!! 16. Mummy HnH - Harith and Hannah - MERDEKA 51st Celebration!!! 17. Oyis Baby Journey - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51, Malaysia! 18. Anggerik hutan - saya bangga menjadi rakyat msia "happy birthday msia"mmuuaaahsss..19.YOUUU???

Wednesday, August 27, 2008

Cinta itu buta??

Adakah perasaan sayang itu boleh wujud sekiranya 2 insan itu tidak pernah berjumpe mahupun bercakap...kalau ada perasaan suka itu masih boleh lagi diterima pakai..tapi aku tak pasti pula dengan perasaan sayang..susah untuk aku rungkaikan..atau adakah disebabkan seseorang itu kalis sayang maka dia susah untuk menerima rasa sayang tersebut..pada aku apabila wujudnya perasaan sayang itu sahaja maka 2 insan boleh jatuh cinta dan tidak hanya bersandarkan perasaan suka semata-mata..dan aku pasti ada diantara kita yang sependapat dengan aku..dan juga mungkin tidak..cinta dalam erti kata betul-betul mencintai bukan sekadar cinta dimulut di hati tidak..dibawah ni adalah kata-kata cinta oleh william shakespeare:

Love looks not with the eyes, but with the mind;
And therefore is winged Cupid painted blind.
~ William Shakespeare

The course of true love never did run smooth.
~ William Shakespeare

Love sought is good, but given unsought, is better.
~ William Shakespeare

So dear I love him that with him, all deaths I could endure. Without him, live no life.
~ William Shakespeare

What's in a name? That which we call a rose by any other name would smell as sweet.
~ William Shakespeare

Love is the most beautiful of dreams and the worst of nightmares.
~ William Shakespeare

Sunday, August 24, 2008

Aku dalam pakaian Pakistan









pakaian ni telah dihadiahkan oleh nausheen..dia suruh mak dia hantar kat tukang jahit lepas tu kirim dekat kawan dia yang nak sambung belanja kat sini..so apa lagi aku pun bergambar sakan la..hehe..macam mana..cantikkan baju tu..aku suka sangat..thank you so much to nausheen and her mother.

Rahsia Potong kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk
kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, start dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam.

Begitu indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu

Thursday, August 21, 2008

Genap setahun

Hari ini 21/08/08 genap setahun aku berada di bumi Korea..pejam celik pejam celik aku sendiri pun tak sedar yang masa itu berlalu dengan pantas sekali..takkan dapat ku putarkan kembali waktu..dan aku harus langkah dan terus maju ke hadapan tanpa menoleh kebelakang lagi..biarkan apa yang terjadi sebagai satu iktibar dan pengajaran buat insan kerdil sepertiku ini..aku sendiri tidak mahu lagi memandang kebelakang terutamanya benda-benda yang telah menyesakkan dan menyakitkan..ok la aku pun malas dan fikir benda-benda tu aku nak cerita benda lain pula...

Erm hari ini sepatutnya aku,prof dengan budak lab pergi main badminton tapi sebab tak cukup pemain,jadi prof aku tangguhkan keminggu depan pula..ok la tu..sebab aku ni pun tengah ada kerja yang nak kena buat...hehehe..cuak juga nak main badminton dah lama juga la aku tak pegang raket sejak aku sampai sini mana ada aku bersukan sangat..yela hakikatnya waktu aku belaja di upm dulu pun aku bukan la jenis yang bersukan sangat tapi aku suka main bola tampar dan akan pergi berenang..aku ni kalau nak tahu pantang nampak air(air kolam la) memang nak mandi..kalau dah ada kat dalam kolam tu memang rasa tak nak naik dah..ngehehe..macam budak-budak pula aku ni..jadi kita nantikan je la minggu depan macam mana..sebab kalau nak tunggu lama-lama sangat pun nanti dah nak masuk bulan puasa kan..

ps:/-21/08/07-21/08/08(1 tahun) kalau kawin mesti dah ada yang mengandung..ngehehe

Pintu bahagia sentiasa ada

Disini aku nak berkongsi sedikit tip-tip untuk memperoleh kebahagian dalam bercinta..tips ni pun aku dapat melalui pembacaan..

-Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah.

-Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu.

-Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu.

-Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.

-Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.

-Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya.

-Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya.

-Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

-Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.

-Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas.

-Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya.

-Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

-Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

-Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda.

-Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya.

-Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.

-Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

-Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya.

-Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.

-Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.

-Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Wednesday, August 20, 2008

Boleh jadi ker?

Dalam dunia yang serba maju ni..aku dengar ramai orang yang mendapat pasangan hidup hanya melalui dunia alam maya dan seterusnya berjumpa di alam realiti..pada sesetengah orang mungkin mereka boleh menerima situasi yang sedemikian tapi bukan aku...kerana aku telah cuba banyak kali untuk memulakan sesuatu hubungan maksudku bermula dari sahabat tapi selalunya ia tidak akan bertahan lama..masalah ini semua berpunca dari diriku yang memang susah untuk mempercayai mereka di alam maya..bagiku macam-macam boleh terjadi..dan pada pendapat aku lagi biarlah kawan alam maya terus menjadi kawan alam maya dan tak akan menjadi realiti..bagi sesetengah orang mungkin benda ini tidak mustahil tapi bagi aku belum masanya lagi..mungkin suatu hari nanti aku akan ketemu kawan alam maya yang benar-benar jujur dalam menjalinkan persahabatan..aku membiarkan semua ini berlalu dengan peredaran masa..

ps:/ untuk Anggerik kadang-kadang kita perlu lebih bersikap terbuka pada sesuatu benda yang sememangnya pasti dan nyata..

Thursday, August 14, 2008

Yang mana satu???

Kadang-kadang aku rasa aku ni kalau membuat sesuatu keputusan tu dalam keadaan terburu-buru dan akibatnya aku sendiri yang tak berpuas hati..tapi entah la kalau nak suruh aku buat keputusan memang jawabnya sampai sudah memang tak akan ada keputusan..aku ni susah untuk membuat sesuatu keputusan bayangkan la kalau sampai nak order makan pun leh sampai berejam lamanya sudahnya aku memang akan order lain dari apa yang aku hendak...aku sendiri pun tak tahu..tu belum bab memilih baju ker kasut ker..kesimpulannya semua benda la aku susah nak buat keputusan..pernah dulu aku pergi ke pasar malam untuk membeli tudung..punya la susah aku nak pilih sampai abang yang jual tu cakap pada aku "macam ni nak pilih boyfriend lagi susah dik" sentap aku dengar..hehehe..(itu sudah tentu) tapi tu la kebenarannya..kadang-kadang aku tak tahu samada aku betul-betul suka sesuatu benda atau hanya aku terpaksa memilih selepas aku sendiri tak dapat untuk membuat keputusan..erm....entah la...

Wednesday, August 13, 2008

Pentunjuk dan hidayat itu datangnya dari Yang Maha Esa

Semalam memang tak sempat aku nak update blog aku ni..yelah aku kerja dari pagi sampai malam..sampai nak wish birthday cousin sendiri pun terlupa sudahnya jadi happy belated birthday..hehe..ok la tu dari tak wish langsung kan...semalam lepas lab dalam pukul 10 ada kawan aku dari India ajak pergi minum coffee,then both of us decide to go North Gate area..kitaorang melepak kat Dunkin Donut..tapi aku tak order coffee la,sebab aku ni dah la ada masalah tidur lepas tu nak minum coffee dah malam hari mau yang ada tak tidur sampai pagi jadi aku order "Ais Choco"..

lepak punya lepak tak sedar dah pukul 11.40..dia jadi lama tu sebab kitaorang ada bercakap pasal agama..dia ni pun islam tapi tu la susah aku nak terangkan..ni la kalau dah jadi researcher semua nak logik akal dan ada bukti tu memang betul aku tak nafikan..tapi jangan la sampai bab agama pun dia nak buat macam tu..nasib tiap-tiap persoalan yang dia lontarkan mampu untuk aku jawab kembali..aku katanya padanya apa-apa hal dia kena merujuk Al-quran sebagai sumber rujukan..kesemuanya telah tertulis dalam tu..InsyaAllah setiap persoalan ada jawapannya..aku juga pada dia ada setengah benda kita tak boleh pertikaikan kerana jika kita berbuat demikian kemungkinan untuk mencari "free thinker" ada la besar..tu semua aku tahu melalui pembacaan..banyak benda yang dipertikaikan cuma aku tak nak beritahu secara terperinci memandangkan ianya adalah perkara sensitif..tapi aku berdoa suatu hari nanti dia akan mendapat petunjuk dan hidayat dari yang Maha Esa..

Betul la kata orang islam ini dah jadi macam agama turun temurun ianya diwarisi kerana tok nenek serta mak ayah kita orang islam dan bukan kerana islam sejati..tetapi bila aku fikirkan kembali..kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan dalam Islam..walaupun aku bukan la muslimah sejati tetapi aku sentiasa berusaha kearah itu..jika berlaku kesilapan jangan letak kesilapan itu pada bahu orang lain..tanya diri sendiri kenapa ia terjadi..dan satu lagi aku percaya, Allah tidak akan memberikan kita masalah jika Dia tahu kita tidak mampu untuk menghadapinya..dan aku juga katakan padanya..kebanyakan manusia tidak ingat pada Allah pada ketika kita senang tapi hanya ingat ketika kita berada dalam kesusahan bukankah itu tidak adil namanya..

Walaupun apa yang diperdebatkan semalam aku tidak serik dan tidak takut untuk berjumpa dan berdebat lagi dengan dia..semoga aku juga diberi petunjuk,hidayat,keimanan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang mendatang amin...

Monday, August 11, 2008

Working like Korean

Ngehehe..today i started my work from 9.40 in the morning till 9.30 at night..really crazy i just like become a robot..luckly is not a "I robot" if not surely i will destroy the lab...hahaha..usualy if there is no work in the lab i will go back to my house around 6.30 then i'm not going back again to the lab since i have nothing to do and i am very lazy to walk again to my lab(by kaki r lebih kurang 17-20 minit)..and also actual i don't and i hate to work during night time..for me night it just like a leasure time,the time for you to do anything that you like..because the next morning you have to do the same thing again..work..work..work and work that never ends when you're still alive(P.Byung Dae 2008)..agree????but i have no choice i have 39 samples to finish..and I think i need about 12 days to finish..maximum 1 day I can go up to, only 4 samples..what ever it is..aja-aja fighting to my self and the data seem to be good..I hope it will give me that kind of trend till the last of the sample..hehehe

Sunday, August 10, 2008

Entah penyakit apa?

Semalam aku tak sempat nak update blog ni sebab sibuk sangat dengan kerja lab walaupun hari sabtu..aku sampai lab sekitar jam 11 pagi kemudian terus memulakan kerjaku dan aku terpaksa berhenti pada jam 9 malam kerana sudah agak lewat..selepas itu aku terus pulang ke rumah dan sempat singgah sebentar di"Mejom" itu beli keropok..hehe sambil-sambil tengok tv boleh juga aku menguyap..

Hari ini, macam biasa aku tak kemana hanya duduk dirumah dan menonton rancangan tertunda yang berada di you tube..banyak juga la yang sempat aku tonton seperti "Gadis cuci","Demi masa","Cinta itu buta" tadi housemate aku pulang dan dia telah memberikan aku "sweet dish" yang dibuat oleh kawannya...bila aku makan tiba-tiba aku teringatkan kuih ini..serasa aku Malaysia pun ada tapi aku betul-betul tak ingat nama dia..cuma yang ini sedikit berbeza kerana diletak rempah kalau yang Malaysia punya aku rasa tak ada rempah..



ni la gambar kuih tu


Erm pasal penyakit pula...dulu masa aku kecil aku selalu dapat benda ni..aku sendiri pun tak tahu macam nak terang..tapi dia macam ni..tiba-tiba jer aku rasa macam semua benda sekeliling aku berlalu dengan pantas,saat itu aku terasa macam takut sekali..tapi selalunya aku akan duduk dan takkan bergerak kemana kerana aku tidak mahu menambah lagi pergerakan yang sedia ada..itu satu..lagi satu waktu aku tidur..aku rasa macam tiba ada hujan lebat dan ribut yang melanda padahal tak ada pun..waktu tu jangan cakap aku memang takut..pernah sekali tu aku kecil lagi sekitar 8 tahun..aku terjaga dan kemudian aku berlari masuk dan duduk ditepi katil mama aku..aku ada cuba panggil mama tapi mama tak sedar..mungkin aku panggil terlalu perlahan..semua tu aku rasa sewaktu aku berumur 8 tahun..lepas tu ada beberapa kali juga la perkara yang sama berulang dan kali terakhir kalau aku tak silap masa aku 13 tahun..aku tak tau apa penyakit tu..dan kalau ada sesiapa yang tahu boleh la bagitahu kat aku yer..alhamdullilah sehingga kini benda tu tak datang lagi tapi aku tak tau pada masa akan datang..tapi aku harap jangan la..sebab aku sendiri tak tau nak terang kan macam walaupun aku mampu untuk mengatasi seorang diri..dan aku akan sentiasa berdoa kepada Allah agar benda itu tak mengganggu aku lagi...amin..

Friday, August 08, 2008

08.08.08

Tarikh yang cukup menarikkan 08.08.08..tiada apa yang istimewa berlaku dalam hidupku pada tarikh ni..tetapi semalam pelajar dari Seoul telah datang dan melawat lawatan ke university aku..rombongan yang lebih kurang 40 orang termasuk seorang pegawai pengiring telah tiba pada jam 4.50 petang sedikit lewat dari waktu yang dijanjikan akibat daripada kesesakan yang berlaku di lebuh raya..tujuan mereka datang ke sini adalah untuk mengetahui serba sedikit tentang kursus-kursus yang ditawarkan diKNU ini..Pagi tadi lebih kurang jam 9.10 mereka bertolak ke Ulsan pula..melepak bersama mereka malam tadi di restoran makan Pakistan mengingatkan aku tentang aktiviti yang aku suka buat sewaktu aku berada diUPM iaitu melepak diMaulana bersama kawan-kawan ku..sudah lama aku tidak membuat aktiviti sedemikian rupa..terubat seketika kerinduanku..hehehe

Hari ini seharian aku tidak membuat apa-apa dilab memandangkan kesemua peralatan digunakan oleh teman labku untuk membuat kerja..ini bermakna hanya esok sahaja aku baru boleh memulakan kerjaku..hari ini "kawan"ku tidak online mungkin sibuk atau ada masalah lain..petang pukul 6.10 aku sudah pulang kerumah..tak penat,tapi... mengantuk sangat..mungkin kebosanan agaknya..

Esok aku harus ke lab untuk memulakan kerja..erm hari-hari yang mendatang ni ku harapkan aku diberi kuatan fizikal dan mental bagi menghabiskan lagi setahun pengajian ku disini...kalau teman-teman membaca blog ini mungkin kamu semua merasakan yang aku tidak berbahagia tinggal disini..bukan tak bahagia tapi kurang bahagia mungkin kerana tidak mempunyai ramai teman seperti diMalaysia..disini aku hanya ada Sumayah dan Swee won..hanya kami bertiga sahaja pelajar Malaysia yang belajar diKyungpook National University ini..

ok la aku pun dah mula bosan ingat nak layan movie malam ni tapi tak tau lagi..hehe..selamat malam pada semua..mimpikan yang indah-indah yer..tidur dengan nyenyak..

Thursday, August 07, 2008

Kereta berhias

Pagi tadi on the way nak datang lab berdekatan dengan kafe dormitory aku ternampak satu kereta ni di mana dekat cermin sisi dia ada orang sengaja meletakkan daun..kalau daun sahaja tak apa..ni siap dengan akar-akar lagi..dasyat tul siapa yang buat kerja tu...

Tiba-tiba aku teringat kisah motor aku juga pernah dihias sebegitu rupa..ada orang pernah meletakkan daun-daun kering,bekas minuman yang dah tak ada air(kalau baru lagi boleh la juga aku minum..hehehe)kotak rokok,nota orang jeles..mula-mulanya aku tak tau dan agak pelik apabila setiap kali aku habis kelas aku lihat motor aku penuh dengan benda-benda tu..tapi dah lama tu baru aku tau..

Daun-daun kering aktiviti yang dilakukan oleh 6 jahanam..bukan tu jer siap blok motor aku dengan motor diaorang..jadi aku tak boleh la nak balik terus lepas kelas nak tak nak kena tunggu budak2-budak ni untuk alihkan motor diaorang..tiba-tiba aku terasa macam ada "bodyguard" jer...wahahaha aku terperasan...erm lepas tu aku apa lagi,aku dan aida memulakan sesi membalas dendam..kitaorang pun sibuk jadi tukang hias untuk motor diaorang pula..nasib la motor siapa yang dekat..motor dia la jadi mangsa..hehe..bukan tu jer..satu lagi yang diaorang ni suka buat ialah meninggalkan helmet diatas motor..bukan tak tau kawasan fakulti kitaorang tu memang orang suka curi helmet..alasan diaorang helmet murah(memang pun cap APPOLO)hehe..satu petang tu aku dan aida kitaorang ambil helmet farhan..lepas tu kitaorang pergi isi minyak motor la,pergi kedai la(bawa helmet dia sekali)then kitaorang decide nak pulang kan balik sebab kelas diaorang akan habis tak lama lagi..on the way dekat dengan fakulti..dari jauh aku dah nampak rombongan en farhan tanpa helmet sibuk mencari helmet..hahahaha...padan muka korang tahu pula cuak..hehe nasib dia tak marah..

Pasal bekas minuman tu(sekarang Pn Leha dulu Cik Leha hehe)yang meletakkannya di atas motor aku..dia buat macam tu setiap kali dia balik dari kelas..ada jer kawan-kawan aku ni..tu pun dia sendiri yang bagitahu..terima kasih la yer Leha...hehehe..dan pasal kotak rokok tu aku tak pasti..tapi aku tahu mesti kawan-kawan aku punya kerja juga..(jeles la tu motor aku cantik bongkak sekejap hahaha)

p/s Apa-apa pun korang memang best untuk dibawa bergurau..hehehe..
satu lagi kalau kenderaan orang lain aku memang tak berani la nak buat..kawan-
kawan punya ok lagi la..hehehe..

Tuesday, August 05, 2008

Garam punya garam cerita..hehehe

Tak tahu la petang tadi waktu baca news online ternampak gambar roti dan tiba-tiba cerita roti telah mengamit memori aku..waktu tu sekitar tahun 2004 aku buat praktikal dan telah menumpang di rumah mak long A(aku cuba untuk rahsiakan identiti kamu supaya tak malu hehe)..kiranya rumah mak long A ni la tempat persinggahan kami sebelum kami dihantar kemana-mana..

Satu pagi seperti hari-hari biasa kami berdua akan memulakan kerja praktikal dengan bersarapan di rumah mak long A..tak seperti hari-hari biasa tapi pagi itu A telah menyediakan sarapan untuk ku..aku selalunya akan makan nasi lemak yang telah dibeli oleh mak long A..tapi disebabkan si A beria memberikan aku roti yang telah dibuatnya aku pun menerima dengan hati terbuka..aku pun memula mengigit roti itu dengan penuh nikmat tiba-tiba (bunyi effect macam dalam drama tu)A kenapa roti ini berasa masin???A pun kemudian ketawa..rupa-rupanya A telah tersalah letak garam yang diingatkan gula..hehehe(nasib u ada alasan kukuh yang i boleh terima..)aku pun tak ingat sangat samada aku buang atau aku teruskan mengunyah walaupun masin..hanya A sahaja mengingati samada aku makan atau tidak..

p/s moral of the story kalau ada orang berbuat baik selidik la dulu apakah kebaikan itu...hehe jangan marah yer A..sekali lagi aku ingin mengucapkan terima kasih untuk sarapan pagi hari tu..kalau u tak bagi i rasa sampai sekarang i tak pernah rasa "ROTI SAPU PLANTA LEPAS TU TABUR GARAM ATAS DIA"huhuhu



Ni roti canai bukan roti planta yer kawan-kawan tak jumpa gambar roti planta la..nie khas untuk tatapan si A..hehe

Monday, August 04, 2008

Tak pasal-pasal hari ni aku cuci mesin

Hari ni dari pagi sampai petang aku buat kerja "grinding and sieving" cured resin..hari ni dapat la dalam 15 sampel.lepas tu tetiba ada satu sampel ni waktu aku grinding dia jadi cair pastu melekat-lekat pada mesin..patutla mesin tu macam nak berhenti jer tak boleh nak kisar..sudahnya aku buka erm "tak pasal-pasal aku kena cuci mesin tu" ish penat tau..dah macam tu aku malas nak sambung baki 5 sampel lagi..jawabnya esok jer la aku habiskan..lagi pun tadi memang dah flat betul..letih semacam..

ok la aku ni pun bukan robot leh buat kerja tanpa henti..hehe..berikut merupakan senarai kerja aku setiap kali aku buat eksperimen ni:
1)masak gam minimum 5 jam
2)check dia punya properties macam viscosity,gel time dan solid content
3)Curing of resin 3 jam
4)keluarkan resin dari petri dish hancurkan bagi kecil
5)grinding
6)sieving
7)hydrolysis
8)Acid titration

ok la aku nak layan cerita hantu "The maid" and tak lupa nak ucap sekali lagi pada kawan aku yang menyambut birthday hari ni "happy birthday to you" siapa jer yang aku tahu hari ni korek semalam abang zul a.k.a daddy..May Allah bless you..amin..

Sunday, August 03, 2008

Hujung Minggu ku...

Erm hari ini aku tak kemana hanya duduk dirumah dan melayan filem-filem lama..untuk lunch hari ini aku telah membuat "Kimbap" salah satu makanan orang korea dan aku telah menikmatinya bersama teman serumah..sepanjang petang ni aku melayan tv la,download lagu la cuci baju..itu la rutin harian ku di kala hujung minggu..nak keluar berhibur teman tak ada pula..jadi perkara paling baik yang aku boleh lakukan adalah duduk rumah..erm petang tadi waktu teman serumah ku pulang dia memaklumkan InsyaAllah dia akan pergi menyambung PHD dia di Arab Saudi kerana disini peralatan untuk membuat eksperimen berada dalam keadaan yang tidak baik dan profesor dia tidak mahu menggantikannya dengan yang baru..sebab itu dia mengambil keputusan untuk menukar University..Sebaik sahaja dia memaklumkan pada ku..aku tak tau samada aku gembira atau sebaliknya..walaupun perkara ini dia telah maklumkan sebaik sahaja aku pulang dari Malaysia..kemungkinan dia akan ke sana hujung bulan 9..ini bermakna aku akan duduk seorang kembali di rumah ni..dan aku bercadang untuk terus kekal seorang lagipun selepas itu tak sampai setahun aku akan tamat pengajian..lagi pun susah la untuk aku menyesuaikan diri sekiranya terdapat teman serumah yang baru..untuk pengetahuan semua aku ni bukan la orang yang jenis masuk dengan orang lain dalam masa yang cepat..aku memerlukan waktu begitu juga sewaktu teman rumah ku sekarang ini ketika dia baru masuk ke rumah ku..aku berasa sedikit kekok memandangkan sebelum ini aku tinggal seorang..erm...tak mengapa la kalau itu sudah rezeki dia takkan aku pula yang tak bagikan...aku redha je la...
Tiba-tiba tadi perasaan rindu dan sayu ini datang tapi aku tak tau pula aku rindu pada siapa..hehe..erm aku menggangap perasaan seperti ini adalah normal di kala aku sedang bersendirian..seketika tadi aku mendengar lagu Zainal abidin "hijau" terasa tenang sekali ketika mendengar lagi dendangan beliau..mungkin disebabkan jiwaku ini yang lebih kepada alam semulajadi dan suasana yang asli..aku sukakan ketenangan seperti ketika kita berada di dalam hutan..hanya bunyi unggas,kicauan burung,daun-daun yang bergeseran antara satu sama lain menjadi dendangan kita berada dalam hutan..jiwa terasa begitu tenang sekali...mungkin ada diantara kita tidak sukakan kedamaian yang sebegitu rupa..rambut sama hitam tapi hati lain-lain memang bertepatan sekali pepatah itu..manusia ini dilahirkan unik dari segala segi..oleh sebab itu setiap kekurangan yang terdapat dalam diri kawan sepatutnya di imbangi dengan kelebihan yang kita ada begitu juga la sebaliknya..tiada manusia yang hidupnya sempurna dalam dunia ni..aku sentiasa bersyukur kerana diberikan keluarga yang begitu memahami serta rakan-rakan yang benar-benar menyangi diriku ini seadanya..terima kasih pada semua..
Sekarang ini jam di desktop aku menunjukkan 9.30 malam..mata mula terasa layu aku pun tak tau kenapa awal sangat hari ini aku berasa mengantuk..mungkin sebab kebosanan sepanjang hari hanya duduk terperap...tapi apa-apa pun aku tidak boleh tidur terlalu awal takut terbangun tengah malam dan tak dapat lelap kembali itu lagi susah..kerana aku ini sebenarnya mempunyai masalah sukar tidur malam..dah jika aku terjaga tengah malam aku sukar untuk ku kembali tidur semula..ok la aku nak sembahyang isyak..kita jumpe lagi di lain entry..
GOOD NIGHT TO ZAI,SWEET DREAM..mimpikan yang indah-indah...dan selamat malam juga kepada family ku,teman-teman yang ku sayang tak kira dimana sahaja kamu berada kan ku bawa wajah-wajah kalian walau diriku jauh...sayang kamu semua...



Sexy Comments & Profile Graphics

GOOD NITE EVERYONE..mimpikan yang indah-indah semoga tidur dengan nyenyak

Saturday, August 02, 2008

KAU ADA DIA

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cintaT
api sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.

Aku dan dunia teaterku


Aku mengenali dunia teater seawal aku menjejaki kaki ku ke university..waktu itu sekitar tahun 2002..aku dikenalkan dengan sebuah kelab teater(Grup Teater Uniputra a.k.a GTUPM) oleh tengku azfa atau lebih mesra dipanggil abang teng..kebetulan waktu aku baru mula sertai, kumpulan ini akan menyertai "Festival Teater Selangor"(FTS)jadi setelah menghadari uji bakat aku telah di terima untuk memegang satu waktu"Mak Ungku"watak pertama yang aku pegang..ceritanya"Selendang Umi".Produksi ini telah banyak menganjar aku erti kesabaran,persahabatan,kawan dan lawan,kesetiaan dan bermacam-macam lagi..dengan produksi ini juga la aku telah menempuhi pelbagai dugaan..tapi aku puas dan seronok pada ku ini semua tidak dapat aku perolehi jika aku hanya duduk diam..pada tahun itu juga aku telah menyertai pertandingan "Festik"(Festival Teater Inter-kolej)..kolej kami telah membawa "lorong gelap" dan aku membawa watak seorang ibu tua yang ditinggalkan anaknya..lorong gelap berkisarkan kehidupan masyarakat yang sering kita lihat..jalan ceritanya tampak mudah tetapi cerita itu telah dibawa dalam bentuk "monolog"erm pengalaman pertama aku dalam teater monolog..untuk pertandingan ini kumpulan kami hanya berjaya memperolehi "anugerah khas juri".
sememangnya aku bukan la seorang yang mudah berputus asa(walaupun banyak perkara yang telah berlaku dalam produksi “selendang umi”hanya mereka yang terlibat sahaja tahu akan kisah yang aku ceritakan) selepas sahaja pertandingan itu berakhir aku masih dengan kumpulan itu..jiwa ku semakin seronok dan serasi dengan dunia teater..aku pun tak tahu kenapa,hanya mereka yang benar-benar menyukai teater akan dapat merasai apa yang aku rasa.tahun depannya sekali lagi aku menyertai pertandingan yang diadakan saban tahun.Kali ini "Bunuh"dan aku memegang watak sebagai"orang-orang"watak yang agak mengelirukan pada aku dan juga pada penonton yang melihatnya..tetapi setelah dihayati dan di bantu oleh senior yang berpengalaman akhirnya kekeliruan itu dapat di atasi..mana tidaknya aku yang seperti perempuan ini disolek seperti lelaki manakala separing aku pula lelaki yang disolek perempuan..hahaha kalau diingatkan semula memang lucu dan lawak.
Tahun berikutnya 2005 “nefertiti” produksi seterusnya yang akan dipertandingkan ke (FTS).Erm nefertiti pula mengisahkan ratu yang ingin menguasai kekuatan dan wilayah yang ada..ratu adalah kacukan dari pelbagai jenis beruk dan sebab itu la ratu berdapat yang dia layak untuk menerajui sesebuah Negara.Aku yang pada mulanya buat seketika ingin menjadi “orang belakang tabir”tapi akhirnya terpaksa menjadi pelakon juga..dan yang paling lawak “LEM”erm hanya kami sahaja yang tahu siapa dia,juga terpaksa turun
padangdan berlakon..kami berdua ini dah macam bidan terjun..hahaha..bayangkan la dalam masa kurang pada 2 minggu kami berdua terpaksa mengantikan tempat tersebut..mujurlah aku ni dah selalu “stand in” untuk watak itu..jadi sedikit sebanyak aku telah “terhafal”dialog-dialog watak tersebut.Tak silap aku tahun tu juga aku telah menyertai (FESTIK)untuk kali kedua..kali ni cerita yang di bawa oleh kolej kami ialah “kerusi”watak aku pula aku tak berapa ingat nama dia sang utama ker utama lebih kurang macam tu la..erm tu kali ni kolej aku mendapat tempat ke-2..menarik sangat walaupun dialog aku tak banyak tapi aku kena main dengan mimic muka yang perbagai penat sangat tau.
Erm 2006 pula GTUPM telah menghantar naskhah yang bertajuk “Jangan Bunuh Sam”ceritanya lebih kurang sama dengan drama komedi di television 3+2 yang dilakonkan oleh Imuda tu..produksi ini telah diarahkan oleh Nur aman Putra erm beliau meminta aku pada mulanya untuk menerajui kumpulan ini sebagai pengarah tapi aku katakan pada beliau yang aku tidak mampu memandangkan kumpulan ini akan bertanding untuk (FTS)..jadi beliau menyuruh aku memegang pen.pengarah dan aku pun bersetuju..erm nama jer pen.pengarah tapi aku rasa aku dah macam pengarah..hehe…mana-mana pelakon dan crew-crew untuk produksi ni tahu la macam mana kalau aku yang mengarah..tapi apa-apa pun aku seronok berkerja dengan mereka semua..kepada akak-akak,abang-abang dan adik-adik aku minta maaf sekali lagi mana-mana yang terasa dengan aku..waktu aku mengarah jer aku macam tu..tapi aku tahu korang semua enjoykan..hehe..dan alhamdullilah produksi ini telah membawa pulang “anugerah khas juri”tahniah untuk semua crew.
2007 aku hanya menyertai (FESTIK)itu pun aku membantu secara tak langsung memandangkan aku exco kebudayaan kmr waktu tu…aku hanya membantu pasukan aku mencari naskhah “Diaspora Bangsat”naskhah yang boleh dikatakan agak panas.aku juga membantu setakat mana yang mampu memandangkan waktu itu aku berada disemester terakhir dan banyak kerja yang aku perlu langsaikan.naskhah ini telah lama aku baca tapi tidak pernah dipentas oleh GTUPM..jadi aku dengan beberapa orang senior telah duduk dan berbincang serta mengambil kata sepakat untuk membawa naskhah ini..alhamdullilah walaupun kumpulan anak seni pertama ini terdiri dari adik-adik semuanya, tapi kami telah berjaya membawa pulang 5 anugerah termasuk tempat ke-2.
Kalau nak bercerita pasal teater ni aku rasa boleh dibuat novel jadi ringkasannya adalah beberapa produksi yang aku join samada jadi pelakon atau jadi org belakang tabir.
1) Selendang umi
2) Sebabak hang tuah
3) Lorong gelap
4) Bunuh
5) Teater kanak-kanak
6) Nefertiti
7) Kerusi
8) Jangan Bunuh Sam
9) Diaspora Bangsat

Muzik,Motor dan aku


Erm hari ni aku nak bercerita pasal kesukaan aku..muzik aku pasti ramai yang gemarkan muzik..aku mengenali muzik secara formal seawal usia ku 9 tahun,waktu itu Yamaha muzik telah datang ke sekolah ku (Methodist Girls School) untuk membuat promosi pembelajaran muzik..erm aku tak fikir apa-apa pun waktu tu..aku hanya mengambil risalah tentang muzik dan aku bawa pulang ke rumah.Selepas itu,abah ku bertanya samada aku berminat atau tidak dan aku mengatakan yang aku berminat untuk bermain muzik..jadi kami sekeluarga telah ke yamaha muzik yang terletak di pasir puteh dan telah mendaftar aku dan adik ku disatu kelas yang sama..yamaha muzik telah memberikan 1 bulan sebagai tempoh percubaan samada kita benar-benar minat atau tidak..erm alhamdullilah aku telah meneruskan kelas itu setelah sebulan,tapi adik aku telah berminat mungkin dia tak begitu minat dengan muzik sangat kot..erm aku tak bagi tahu pun kan muzik apa yang aku main..macam biasala piano..aku berada dalam satu kumpulan seingat aku kesemuanya 5 orang..dari tahun ke tahun jumlah pelajar di dalam kelas itu semakin berkurang aku pun tak tahu kenapa sehingga la tinggal kami berdua..aku dan kevin..kami berdua agak lama berada dalam satu kelas yang sama sehingga kevin pun mengambil keputusan untuk mengundurkan diri..selepas itu aku telah menghadiri kelas piano aku secara solo..dan cikgu aku (Miss Chan lai cheng)dari awal sampai aku tamat belajar di situ dia la cikgu aku..

Disekolah pula aku memang menyertai pacaragam itu pun selepas abah yang mengisi borang kelab beruniform..aku tak tau pun apa tu pacaragam yelah budak la katakan...jadi aku berpendapat abah la pencetus minat aku kepada muzik..kalau abah aku tak kenal kan aku dengan pacaragam mesti aku tak minat muzik seperti sekarang..itu masa aku sekolah rendah..naik sahaja sekolah menengah sekali abah yang mengisi borang kelab beruniform aku,abah tanya pada aku lagi samada aku berminat atau tidak untuk meneruskan kelab pancaragam aku katakan pada abah aku,aku hendak tukar angin aku ingin sertai kelab "angklung" pula,sejenis muzik juga,alat yang diperbuat daripada buluh..sebenarnya aku ingin menyertai kedua-dua kelab tersebut tetapi memandangkan pancaragam punya uniform adalah skirt pendek seperti zaman sekolah rendah jadi aku pun menolak atas dasar aku rasa aku dah besar..dan aku tak nak pakai skirt lagi..entah la tiba-tiba perasaan malu itu hadir..walaupun ketika itu aku masih tidak bertudung dan zaman sekolah rendah aku,aku masih memakai skirt..kemungkinan sekolah aku adalah sekolah perempuan sebab itu uniform pacaragam sekolah menengah dan rendah adalah skirt pendek..ketika aku masih berada disekolah menengah aku masih meneruskan kelas piano aku sehingga aku tamat sekolah menengah dan aku terpaksa berhenti kerana aku mendapat tawaran sambung belaja di UPM.waktu itu aku hanya melepasi teori grade 6 dan praktikal grade 4..teori dan praktikal aku tak seiring akibat dari pada pertindihan jadual sewaktu aku mengambil ujian PMR dan SPM..dan aku masih ingat lagi ketika aku mengambil PMR mama dan abah telah bertanya kepada aku sekiranya aku mendapat sekurang-kurang ?A aku dibenarkan untuk meminta hadiah..alhamdullilah keputusan aku mencapai sasaran..pada mulanya aku berkehendak sebuah piano tetapi memandang aku akan menyambung pelajaran ke university aku berfikir tak perlula aku piano memandangkan siapa yang akan menyentuh piano itu bila aku tiada di rumah..sebab itu la aku mendapat AEV 1623 pujaan hati aku sebagai penganti kepada piano bersempena juga dengan birthday aku..hehehe..aku suka sangat dengan hadiah itu (thanks to abah n mama) ..memang aku nie pengemar motor terutamanya motor yang berkuasa tinggi ni..aku memang teruja sangat..kalau dalam kereta di lebuh raya pantang ada konvoi motor besar lalu aku mesti melekap kat cermin kereta dah macam cicak aku ni..hehehe

Sambung cerita pasal muzik balik. niat aku sebenarnya ingin menyambung pembelajaran muzik ku hingga ke peringkat tertinggi tetapi akibat dari sikap yang malas untuk pergi interview aku batalkan sahaja niat aku..jadi aku telah beralih ke bidang yang menjurus kepada alam sekitar dan aku telah memilih perhutanan..di alam university pula aku telah berkecimpung dalam dunia gamelan..erm dan aku bermain alat yang di namakan bonang..selama aku menyertai kumpulan "galeman"menurut LEM banyak function yang telah aku sertai seperti majlis perasmian,perkahwinan,konvokesyen,pembukaan dan sebagainya..jadi dunia aku selain berteater aku juga bermain alat muzik dan akan merempit bersama aida a.k.a angah apabila kebosanan..dengan AEV itu juga la aku telah pergi kemerata tempat, kadang-kadang berkawan tapi bila dah tak ada orang aku sorang pun jadi(konvoi solo)hahaha ada ker? InsyaAllah kalau aku dah berkerja nanti impikan sebuah piano dan juga sebuah harley tak dapat harley ducati ker kawasaki ker..hehehe..banyak songeh pula aku ni..belajar pun tak habis lagi..dan kalau keadaan mengizinkan aku akan pusing satu malaysia dengan seorang mamat nie..entah la dia tu cakap betul-betul ker memain jer...takpe la apa-apa pun tunggu aku habis belajar dan ada motor baru sebab yang ada sekarang ni macam tak best sangat jer nak jalan jauh...

Trip to Changpomal Lighthouse,Wind Power Plant & Goreabul Beach

Trip satu hari yang telah dianjurkan oleh "Student International Affair" bagi student Foreingner ini telah diadakan pada 23 Julai yang lepas..kesemuanya lebih kurang 75 orang peserta..kami telah dibawa melawat ke tiga tempat yang berada disekitar "east coast" perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari universiti aku. Di bawag ini sampai lampirkan beberapa keping gambar yang diambil sewaktu di sana.

hentian rehat pertama bersama sebahagian dari ahli rombongan

Di Changpomal lighthouse

Itu la rumah apinya

Wind Power Plant

Di Goreabul Beach selepas lunch nak pergi jalan-jalan

Friday, August 01, 2008

Percutian musim panas ku di Malaysia

12 Jun 2008

Seawal jam 12.40 pagi aku telah menaiki bus dari Daegu terus ke Incheon Airport dan aku sampai di sana sekitar jam 5.00 pagi..keadaan di situ pun agak sunyi dan sepi kerana masih awal pagi..erm penerbangan aku akan berlepas pada jam 8.50 pagi dan akan transit sekali di Hong kong..dan aku dijangka tiba sampai di Malaysia pada jam 4.30 petang..tapi penerbangan ku telah delay di awan biru lebih kurang sejam akibat cuaca yang tak mengizinkan di Hong kong ekori dari gempa bumi yang berlaku di China..Walaupun aku tidak sampai di Malaysia pada waktu yang sepatutnya tapi aku bersyukur kerana selamat sampai di KLIA pada jam 5.20 petang..selepas itu aku telah mengambil Klia Express menuju ke Kl central dimana aku telah berjanji untuk bertemu dengan angah dan kami akan sama-sama menaiki komuter menuju ker Rawang kerana di sana aku akan pulang bersama adik aku ke Ipoh..berikut adalah cacatan sepanjang aku berada di Malaysia


Bagasi ku yang sarat dengan cenderahati untuk orang Malaysia


Tiket penerbangan

Minggu pertama:
aku hanya berada di rumah dan melawat saudara yang berada di sekitar Ipoh, oohh aku juga sempat menghadiri perkahwinan anak buah ku.




Minggu kedua:
aku telah pulang ke kampung ku..rumah opah di raub pahang untuk mengadakan kenduri arwah atuk (10tahun)

Opah saya

angah, jai n koko



Minggu ketiga:
bersantai di Teluk Batik bersama keluarga, aku turun ke kuala lumpur untuk bertemu dengan rakan-rakan yang berada disekitar UPM dan juga bertemu dengan ex-supervisor aku (Dr Parida)







Makan-makan dirumah angah dan sambutan birthday aku

Minggu keempat:
Hanya berada di rumah dan sempat menonton SEPI bersama sang goku...hehehe..Keluar jalan-jalan cari makan..


dengan abah n mama

Motor kesayangku AEV 1623



Dengan anak buah



5 Julai 2008
aku telah berangkat pulang ke bumi winter sonata pada jam 9.20 pagi..bubye Malaysia..Kita jumpa tahun depan..