Friday, October 31, 2008

Minggu yang blur wat aku...

Blur aku rasa tu perkataan paling tepat bagi aku buat masa sekarang ni..itu la orang kata apabila otak dah terlalu letih..kekadang aku pun tak tahu apa yang aku lakukan..benda yang mudah pun sampai aku tak tahu nak buat..huhuhu...antara perkara-perkara yang telah berlaku

1)silap bayar harga barang..dah terang lagi bersuluh siap spot light masih leh silap..

2)"pergi jongjagwan sengaja nak lawat macam jual mp4"..sebenarnya aku ke sana kerana, ingatkan earphone aku ada masalah..sebab aku dah plug in tapi suara kekadang dengar kekadang tak dengar..rupa-rupanya aku yang tak plug in betul-betul..dah tak pasal-pasal malu..huhuhu

3)orang cakap lain aku paham lain..orang dah bagitahu tapi aku tanya balik..

4)lepas tu buat DSC pun asyik tak jadi jer..

5)masak gam yang sama mole ratio untuk 2 kali..kesnya sebab yang pertama tu tak capai target viscosity lagi..dah membazir urea dan formaline..nasib bukan duit aku..wawawa..kejamnya aku

6)nak scan figure dengan table pun tak boleh..sengaja jer scanner ni tau..dulu aku guna tak de pula masalah..waktu-waktu camni la wat hal..

tu la orang kata bila otak kita terlalu penat,kita kena berehat supaya perkara-perkara macam ni tak berlaku..sebab bila terjadi siapa yang malu kita juga malu sendiri kan..

tapi masalah aku pula..bila otak je penat tapi badan tak rasa penat selagi tu aku boleh bergerak dan akibatnya..terjadi la benda-benda yang memalukan..ehhh betul ker apa yang aku tulis ni..tak kisah la janji aku dapat luahkan perasaan blur aku hari..aku harap "blur,benggong" aku ni tak terbawa-bawa sampai minggu depan..sebab minggu depan aku ada lab presentation..sebab dulu aku dah kena sekali waktu kelas dengan profesor aku..siap dia betulkan lagi ayat aku..huhuhu malunya..

ps:nak buat camner penat ni bukan aku yang minta..dia datang apabila kita ada banyak kerja..aku rasa macam nak ambil angin pula nak hilangkan penat ni..mujarab ker??dan sekarang ni aku rasa kepala aku sangat berat..

Thursday, October 30, 2008

Garlic bread week and resin mood...

Minggu ni je entah berapa kali aku makan roti bawang putih..aku ni sebenarnya memang pengemar roti bawang putih..kena pula aku dah lama tak makan..tu jadinya..asyik mencari jer..hehehe..ok la lagi pun sejak kebelakangan ni aku memang sibuk dengan kerja-kerja dilab dan juga presentation akan datang ditambah pula dengan ujian jadi roti-roti dah menu aku la..

Pasal resin pula minggu ni aku masak yang baru sebab esok (jumaat) aku akan scan untuk 28 sampel lagi..aku arap sangat kerja-kerja ni dapat dilangsaikan paling lewat hujung tahun ni..i'm too tired doing the same thing for a long time..help me teacher...

tadi waktu balik dari exam bahasa korea perut lapar pula nak balik rumah takut tak sempat jadi aku pun singgah kedai serbaguna dan beli roti 3 jenis termasuk la roti berperisa bawang putih..pastu cashier tu pun cakap la harga dia 2100won..aku ni pun dengan confidentnya keluarkan 1100won..then cashier tu cakap lagi baru la aku perasaan..tu la akibatnya bila perut lapar..kepala fikir entah kemana..hehehe..tak sampai lab lagi tengah jalan aku dah makan satu roti..lapar seh..sampai lab aku makan lagi 2..hehehe..memang habis la semua untuk malam..malam ni rasanya aku akan balik kerumah jam 12malam sebab aku nak kena tunggu solid content yang aku letak dalam oven....huhuhu..kerja-kerja..

Dan semalam aku beli MP4 baru kat Jongjagwan Sumaya teman aku,aku beli mp4 ni pun sebab waktu aku buat DSC aku kebosanan menunggu kat lab tu..dah la takde internet..nak tunggu setiap scan makan masa 20 minit hingga 1 jam..tu belum termasuk kena tunggu alat tu sejuk sebelum boleh digunakan semula..dah lama dah sebenarnya nak beli mp4 RM jer tak cukup waktu tu..banyak nak pakai kebenda lain dulu..hehehe

...........................................................
ok ni cerita lain pula...apa pendapat korang tentang lelaki yang dah ada gf tapi masih nak yang lain..maksudnya kat sini dia memang nak dua2 perempuan tu sekali..aku tak paham betul la aku laki jenis tu..dah ada satu cukup la..asal nak sampai dua..kalau perempuan yang buat macam tu tau dia tak suka...adil la kan kalau dia boleh pasang 2 gf apa salah perempuan tu untuk pasang 2 bf..hahaha..suka2 aku je kan...biar la aku sekadar bagi idea..sebenarnya aku bukan suruh buat betul-betul pun..saja nak laki tu sedar tu je aku punya motif..aku tak la sekejam tu..:-p

ps:aku yang sedang kebosanan walaupun banyak kerja..

Wednesday, October 29, 2008

Selamat Hari Lahir Adikku

Hari ni 29 Oktober 2008 genap adikku berusia 23 tahun..sepanjang tahun aku takkan lepas peluang untuk wish pada dia..selalunya kalau aku kat malaysia aku akan hadiahkan dia sesuatu tanda aku ingat pada dia..tapi memandangkan aku jauh dan dah masuk 2 tahun aku hanya wish melalui telefon je jadi hadiahnye terpaksa la tunggu aku balik..bukan tak nak post..tapi aku lebih suka kalau hadiah tu aku beri sendiri..hehehe..





ados (anak buah),adik aku dan kawan dia (awen)

Happy birthday to you sis..sayang kamu..mmuuaaahhhsss

Tuesday, October 28, 2008

Mengigau ker??

Semalam sebaik sahaja aku habis menonton sutera maya akt website tv3 aku pun nak tidur la..sebaik sahaja aku meletakkan kepala aku..tiba-tiba housemate aku bersuara "are you finished" 2 kali dia bertanya..aku pun buat tak layan je la..sebabnya ni semua kes dia suka bercakap waktu tidur..dulu waktu dia baru pindah masuk rumah aku malam-malam waktu aku hendak hampir terlelap tiba-tiba aku dengar macam suara orang sedang berbisik mau tak berderau kejap..rupa-rupanya housemate aku bercakap waktu tidur..bukan sekali-sekala hampir setiap malam dia akan bercakap..kalau dia bercakap dalam nada biasa takpe..ni macam orang berbisik terkejut la juga..lepas sebulan tu baru la aku bertanya pada dia..erm memang sah dia memang ada penyakit keturunan suka bercakap waktu tidur tu la kisahnya kenapa semalam aku tak menyahut..rupa-rupanya dia sedar hehehe...

................................................................................

erm kisah ni pula pasal dah 2 kali semenjak aku kat korea ni benda ni berlaku..kali pertama waktu aku tidur tiba-tiba ada orang macam pegang kedua-dua belah tangan aku..waktu tu aku tidur terlentang..dan aku pasti aku boleh dengar nafas "benda" tu lagi..aku takut waktu tu tapi lepas aku berani kan diri buka mata "benda" tu takde(perkara ni berlaku waktu dalam pukul 7 lebih dah lepas isyak pun sebab waktu tu time winter)...kali ke2, 2 hari lepas(dah pagi pun)..waktu tu aku tidur mengiring tiba-tiba ada "benda" tu lagi datang dari belakang dan cuba peluk aku dan pegang tangan aku..macam biasa aku tak berani nak membuka mata aku..tapi lepas aku buka alhamdullilah takde..mungkin tu semua mainan tidur je kot..tapi yang pasti perasaan "benda" tu menghampiri aku memang jelas terasa..kerana sebelum "benda" tu datang menghampiri aku,terasa seperti ada orang memijak katil kita dan datang ke arah kita....

Monday, October 27, 2008

Mari belajar menyebut..

Pagi ni aku pergi lab lambat mentang-mentang prof aku tak de seminggu ni..tapi aku masih banyak kerja yang perlu disettlekan..tak nak cerita panjang cuma tadi waktu kelas specialty in paper masuk-masuk jer prof aku tanya macam nak pronounce perkataan "work" and "walk"

pada aku tak la susah mana nak sebutkan..mungkin orang korea kot dalam huruf dieorang L dengan R tu sama je bila sebut..so bila aku sebut "work" and "walk" bunyi dah memang lain tapi bila prof n classmate aku cuba sebut bunyinya sama jer yang bezanya dieorang tekan kan pada perkataan "walk" tu lebih..siap kalo sebut work tu

sama la juga macam kes lepas dimana perkataan "lower" tu dieorang sebut "lawyer"..bila aku cerita kat kawan yang lawyer tu hangin je die dengar ada ker "lower" disamakan dengan "lawyer"..hehehe nak buat camner dieorang memang ada masalah nak sebut certain word..sebenarnya banyak lagi..sebab tu kalau nak cakap dengan dieorang ni kena betul-betul dengar nanti ada pula yang tersilap tafsir..hehehe..tu jer untuk entry kali ni..adios..

Thursday, October 23, 2008

Kerja yang tak akan HABIS...

Erm selagi nyawa dikandung hayat selagi tu benda yang bernama kerja tak akan habis..tu la kata-kata profesor pada aku..memang betul pun apa yang dikata manusia mana yang tak ada kerja..aku rasa hanya orang sewel aka gila je yang tak ada kerja..tu pun kita tengok dieorang merayau-rayau mencari kerja..baru semalam aku nampak orang gila bercakap di pondok telefon sekali-sekala menjerit tak tau apa sebabnya..macam aku pula dalam masa yang tak sampai setahun ni banyak perkara perlu aku bereskan..kekadang tu rasa dah macam give up pun ada..nasib masih terdapat sisa-sisa kesabaran dalam diri ini..kalau tak,tak tahu jadi apa dah..berikut adalah perkara yang aku perlu buat dalam masa 2 minggu ni:

1) manuscript yang masih tak lepas-lepas untuk dipublish
2) DSC (differential scanning calorimetry) kemungkinan besar hujung tahun ni baru
habis.
3) presentation 5 chapter ambik ko..(pasal sulfonation dan seangkatan dengannya)awal
november.

nampak macam tak banyak kerja aku ni, tapi profesor aku ni jenis yang cerewet sikit sebab tu paper aku sampai sekarang tak lepas-lepas untuk dipublish..tapi ada baiknya juga paling tak aku belajar banyak benda dari dia..yela nama pun nak berguru kan..sepatutnya aku bersyukur paling tak profesor aku ni agak fasih berbahasa inggeris berbanding orang lain yang mempunyai profesor yang cakap english entah ke langit ke-7..hahaha..pandai je aku kutukkan..tapi tu la hakikatnya disini..tak semua profesor tu fasih berbahasa inggeris..

dan disebabkan tu juga blog aku sejak 2 minggu ni entry dia lambat sikit nak diupdate..hehehe:D

ps: untuk Anggerik berjuang sehingga ke penamat..jangan menyerah sebelum berusaha...fighting(^-^)

Wednesday, October 22, 2008

Kawan

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak
2) kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3) kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm korang LA. . bila aku post mesej ni, korang akan baca msg aku dengan teliti sampai habis.


Lagi satu adakah korang tahu hubungan antara 2 biji mata anda? mereka berkedip bersama,bergerak bersama,menangis bersama,melihat bersama dan tido bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain...dan perhubungan seharusnya seperti itu...kehidupan bagai neraka tanpa kawan...

tiba-tiba aku terasa nak post pasal kawan ni..sebabnya lately ni aku rindukan kawan-kawanku..bila dikenang balik 6 tahun yang lepas dan sepanjang 5 tahun aku berada di UPM..banyak perkara yang telah dilakukan bersama suka duka semua aku lalui..tapi padaku itu semua kenangan yang takkan aku dapat semula..Miss you my friend and thanks for being my friend.Dan lagu kumpulan Dewa 19 "cintaku tertinggal di Malaysia" aku tujukan buat insan yang bernama rakan dihatiku..hehehe jiwang terlebih la pula..



Thanks For The Friendship comment graphics

Monday, October 20, 2008

Bertambah ahli di KNU

Erm semalam kami berempat aku Swee won, Sumaya and Singmuk(baru aku perasaan satu lagi 'S' dalam hidup aku kat KNU)..nie..hehehe..sebelum ni dah ada Suraya..dia datang untuk membuat "post doc"kat sini..sebelum ni dia buat phd kat University of Machester..rasa gembira sebab paling tak dah bertambah umat Malaysia kat KNU ni..paling tak sekarang kitaorang bertiga dan ada "abang"hehehe..dia orang senegeri dengan swee won "Sarawak"

semalam kami makan malam bersama lepak dari pukul 6 lebih sampai 8.30..lepas tu keluar jer restoran Alibaba kitaorang berjumpa sekejap dengan student-student dari pakistan,india,bangladesh..diaorang lepak situ sebab tengah beli barangan halal dari seorang peniaga pakistan yang datang setiap hujung minggu kalau tak silap..jadi sempat la sumaya beli seekor ayam..

Lepas tu,kami bertiga hantar sumaya pulang sampai rumah dia..kiranya ni bawa singmuk tu pusing-pusing KNU gak la..hehehe sebab dia baru sampai minggu lepas..lepas kami bertiga pulang terus..tula serba sedikit kawan baru dari Malaysia..apa-apa pun aku happy sangat dan Malaysian lagi...

Untuk kawan-kawan aku di Malalysia selamat bergraduat..untuk angah thanks sebab wakilkan aku sekali untuk konvo diaorang..kan best kalau aku ada sekali..huhuhu..nak buat camner takde rezeki kan..konvo sendiri pun aku tak pergi...

Friday, October 17, 2008

Christmas 2003

Erm petang tu hujan turun lebat sekali..kawasan kolej aku pula lengan takde orang..dan roomate aku pula waktu tu tak silap aku pulang ke kampung halamannya..tu la aku ni bila dah bosan memang bahaya sikit..macam-macam benda aku boleh buat diluar jangkaan..kisahnya macam ni..sebaik je hujan berhenti tak silap aku sekitar jam 5.30 petang aku terus kemaskan beg baju aku..pastu aku bersiap-siap dan capai kunci motor tak lupa helmet aku..nak tahu ke mana arah tuju ku..aku hendak pulang kekampung opahku (raub pahang)..tak fikir panjang dah ni walaupun hari hampir gelap waktu tu..aku redah jer..

kisahnya bermula dikawasan karak highway waktu tu jam menunjukkan jam 7.00 malam dan keadaan sekitar dah gelap pun..waktu tu lampu motor aku buat hal lampu besar tak nyala yang ada hanya la lampu kecil jer..aku tawakal jer bawa sampai la ke bentong..aku tinjau-tinjau gak kedai motor..tapi haram takde yang buka..sebab cuti agaknya..aku pun tak tahu nak cari mana aku terus kan perjalanan dengan lampu kecil jer..Tiba-tiba......

Lampu kecil pun padam............aku ni dah lepas bentong nak patah balik boleh tahan jauh..kalau patah balik pun aku nak lepak mana(tidur mana)stesen minyak..huish tak berani pula..makanya aku meneruskan perjalanan aku dengan tak berlampu..tak lama lepas tu..aku nampak kereta kancil potong aku..aku tak melepas kan peluang ni apa lagi aku memecut laju mengekori kereta tu..aku bersyukur kerana kereta itu milik sebuah keluarga dan aku yakin pemandu tersebut pasti berasa kasihan dengan aku..perjalanan yang mengambil masa 40 minit mengekori kereta kancil sehingga la ke raub..aku lega dan bersyukur paling tidak aku dah dekat dengan rumah opah aku dan hakikatnya aku terpaksa menempuh perjalanan selama 20 minit tanpa lampu lagi..Ya Allah macam mana ni..aku betul-betul buntu waktu tu..aku berhenti distesen minyak untuk mengisi minyak kerana lampu motor dah takde,ini bermakna aku tidak dapat membaca meter minyak..untuk langkah keselamatan aku pun berhenti mengisi minyak..selepas aku mengisi minyak lampu motor aku hidup untuk seketika dan kemudianya mati semula..erm ni sah ada something wrong dengan wayar lampu..

Nak tak nak aku kena sampai dirumah opah aku..kerana waktu itu dah masuk isyak sebab aku dengar bunyi azan kat kawasan itu lagipun lagi lama aku tunggu lagi bahaya..aku teruskan perjalanan..di awal perjalanan ni jalan raya masih mempunyai lampu kerana berhampiran dengan kawasan perumahan..DAAAANNNN...satu lagi masalah besar aku kena tempuh..bagi sesiapa yang pernah melalui jalan dari raub ke cheroh pasti tau betapa gelap jalan tersebut tanpa lampu kerana kiri dan kanan jalan hanya la hutan dan sekali sekala terdapat kilang atau pun kebun orang..aku membawa motor dengan berteman kan lampu bulan sahaja..walaupun gelap tapi aku rasa aku membawa motor pada kelajuan 50km..ada sekali tu aku hampir terbabas kerana jalan yang disangka lurus rupa-rupa bengkok sedikit dan disebelah kiri itu sebenarnya kubur...dan aku bersyukur kerana aku berjaya mengawal motorku..dan aku sangat bersyukur kerana dipanjangkan umur..selepas itu aku masih membawa pada kelajuan yang sama dan sekali-sekala kereta yang datang dari arah bertentangan akan mainkan lampu kearah aku..

dan sampai la saat ketika dimana aku memperlahankan motorku kerana aku ternampak kelibat sebuah motorsikal lain yang juga tidak berlampu..dan jarak antara aku dan dia adalah kurang dari 10 meter kerana dalam keadaan yang gelap tidak mungkin aku dapat lihat jauh dari tu..selepas 5 minit aku memperlahankan motor ku..baru aku perasaan yang aku masih tidak memotong motor tersebut walhal motor tu bawa pun tak laju..tiba-tiba darah aku berderau...apa yang aku lihat sebentar tadi..adakah itu satu petunjuk semata-mata untuk aku tidak membawa laju???selepas itu disatu kawasan golf aku berhenti dibawah lampu jalan dan menunggu kalau-kalau ada kereta yang lalu..dan Alhamdullilah ada sebuah kereta dan aku terus memecut mengekori kereta itu dan tak sampai 10 minit aku berada disimpang rumah opah ku..dah aku sampai di rumah aku pada jam 9.00 malam..

sebaik sahaja aku mengetuk pintu rumah opahku..opahku terkejut kerana aku sampai dah lewat dan aku menceritakan segala-galanya pada opahku..dan hanya keesokan harinya aku menelefon mama beritahu yang aku berada dirumah opah..aku hanya memberitahu mama yang aku sampai pagi itu dan bukan malam tadi..aku terpaksa tipu kerana aku risau mama risaukan aku..dan sehingga kini mama dan abah masih tak tahu cerita sebenar..terima kasih pada opah kerana terpaksa berbohong demi cucu dia yang nakal..

Dan selepas kejadian itu..aku banyak berfikir sebelum berbuat sesuatu terutama sekali waktu aku bosan tahap dewa...kejadian malam itu banyak mengajar..


ni la motornya yang banyak berjasa kat aku dan tak kurang juga banyak songeh dan ragamnya..

kalau nak ikutkan banyak cerita lagi tentang motor aku ni..belum lagi kes tayar bocor,ekzos patah tengah jalan,ekzos tercabut dari carburettor(bunyi dah macam kerete kebal waktu tu bukan aku cakap tapi budak lalu sebelah yang cakap hahaha)..pape pun yang berlaku aku sayang ko AEV 1623..yela walau pape pun motor ni dah bawa aku ke banyak tempat ipoh-kl tu dah selalu sangat pastu ke negeri sembilan,pahang,utara perak..kalau aku rajin nanti aku cerita lagi kisah motor aku ni..hehe

Sunday, October 12, 2008

Sambutan Hari Raya di Kedutaan

Ahad lepas bersamaan 5 Oktober 08 sambutan bagi hari raya tahun ni telah diadakan dikedutaan Malaysia di Seoul...memang aku bercadang nak sambut raya tahun ni disana..mujur juga kedutaan tak buat waktu hari raya kalau tak sure aku tak merasa la memadangkan raya jatuh hari rabu..walaupun tak dapat makan makanan hari raya tapi cukup bagi aku kerana dapat merayakan bersama-sama pelajar malaysia yang lain..erm di bawah ni gambar sekitar majlis ter berlangsung:










bersama keluarga pegawai JPA En Hanisan

Selepas tu lebih kurang jam 2 kami bertolak pulang ke rumah kak munira untuk mengambil barang dan seterusnya pulang ke Daegu jam 5.05 petang..balik tu kami tak dapat duduk bersama..jadi tempat duduk kami bertiga memang berjauhan..sebelum sampai ke Seoul Yok..aku telah melihat satu kemalangan..dimana sejenis kenderaan seperti traktor yang dipandu oleh ajosshi telah melanggar teksi pada mulanya..yang kemudiannya kemungkinan dia telah terjatuh dan traktor itu telah bergerak dengan dengan sendiri lalu melanggar sebuah kereta lain..aku merasa kesian pula pada ajosshi tu dah la terlanggar teksi pastu langgar kereta lain pula..2 kerosakan pada suatu masa..kalau la aku mempunyai kuasa untuk memberhentikan traktor yang bergerak tu..kerana aku memang boleh melihat traktor itu menuju ke arah kereta satu lagi dalam jarak yang sangat dekat dengan teksi kami..mungkin hari itu adalah hari yang malang buat ajosshi tu..

Wednesday, October 08, 2008

Hari ke-2 di Seoul

Sebelum aku bercerita pasal aku kat Seoul..tadi waktu lunch hour aku balik la rumah hajatnya nak tukar lampu kat dapur tu..jadi aku dengan housemate pun keluar la beli lampu..balik cuba la pasang tapi tak mahu menyalakan..erm lepas tu housemate aku panggil ajosshi minta tolong..rupa-rupanya starter dia problem..then kitaorang pun keluar la lagi beli starter pula..aku cuba pasang tapi tak boleh juga..cari tuan rumah takde pula..jiran pun takde..erm aku dah malas dah..tapi housemate aku terjumpa seorang mamat ni dan mintak tolong dia..hehe..akhirnya berjaya punya la happy kitaorang ni sebab dah bape malam ni dapur tu gelap jer..ok la sambung cerita kat Seoul...

Erm hari ke-2 di Seoul si princess demam..mungkin sebab hari sebelum tu terlalu letih agaknya..yela seharian kami berjalan malam dekat pukul 2 baru dapat berehat..jadi nak tak nak kena la kak munira bawa aku dan suraya pusing-pusing Seoul..kesian kak munira penat dia melayan kitaorang..erm lebih kurang pukul 1 kitaorang keluar rumah dan menuju ke Namdaemun Market dan kemudiannya keMyeongdong yang juga tempat membeli belah..hehe ada la beberapa helai baju yang aku beli untuk dipakai musim autumn ni..



sempat lagi masuk shoping mall barangan branded..tujuan dia sebab nak cari tandas punya pasal..tapi memang tip-top la..tandas dia dah macam bilik lepak pula..


Selepas itu,kami menuju ke city hall takde pape pun cuma lalu nak tengok bangunan dia..kiranya jauh juga la kami berjalan sampai ke Gyeongbuk Kung..iaitu istana lama..saja jer masuk nak tengok apa ada kat dalam..tapi tujuan utama sebenarnya nak pakai hanbok (baju tradisional orang korea) tapi mungkin sebab dah lewat jadi aku tak berpeluang untuk pakai baju tu..takpe la lain kali ada rezeki aku pakai..hehe





Lepas tu kami terus menuju ke restaurant seafood "syabu-syabu" makan malam tu baru sumayyah join kitaorang..kesian juga kat dia..hajat nak berjalan tak kesampaian..hehe..



untuk kak nora ni la rupa syabu-syabu kat korea ni


ni pula nasi merupakan makanan terakhir..sebelum nasi ni sebenarnya ada letak mee tapi tak sempat snap..asyik makan je..sebab lapar sangat..

erm tu la dia catatan hari ke-2 kat Seoul dan untuk sambutan perayaan kat embassy akan disambung di entry akan datang..hehe..
adios..

Monday, October 06, 2008

Beraya di Everland

Hari raya ketiga kami(anggerik,princess dan suraya)bercadang untuk menyambut raya di everland..hehe sebenarnya kami turun ke Seoul kerana kedutaan akan membuat jamuan hari raya pada hari ahad iaitu raya ke-5..jadi seawal jam 1.30 pagi aku dan suraya sibuk menyediakan makanan yang akan dibawa sebagai bekalan didalam train dan juga waktu di everland..manakala sumaya pula tidur sekejap dan dikejutkan selepas inti murtabak siap dibuat..menu kami untuk hari tu ialah kimbap dan juga murtabak..

kami menaiki train "mugunghwa" pada jam 5.32 pagi dan sampai di stesen Seoul pada jam 10.00 pagi..perjalanan yang jauh dan agak memenatkan memandangkan malam sebelum tu aku memang tak tidur..jadi hampir sepanjang perjalanan ke seoul aku tidur..dan hanya bangun seketika untuk makan..hehehe..setibanya kami disana,kitaorang telah mengambil teksi nak menuju ke rumah kak munira berdekatan dengan hanyang universiti..jadi untuk malam pertama ni kami akan bermalam di rumah kak munira..sampai saja dirumah kak munira,kami letak barang dan terus menuju ke everland..kami sampai di everland pada jam 1.30 petang agak lewat kerana perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 1 jam menjadi 2 jam..mungkin disebabkan traffic jam..

Setibanya aku disana..aku hanya sempat bermain 3 permainan(double spin roll,roller coaster dan juga T-Express seperti roller coaster tetapi track ni lebih panjang dan mencabar)aku dipahamkan yang T-Express ini baru dibuka awal tahun ni...kerana kesuntukan waktu aku hanya berpeluang layan 3 permainan yang aku anggap sebagai mencabar hehehe..dan insyaAllah kalau ada masa dan rezeki teringin juga aku pergi untuk kali ke-2 dan akan main permainan yang lain pula..dibawah ni adalah gambar sekitar berada di Everland













track roller coaster kat belakang tu la yang aku dan suraya naik..gila adventure dan kalau aku pergi lagi memang aku nak naik lagi..hehe





nampak tak aku kat mana..gambar aku tengah terbalik susah sikit nak cam..hehe..aku no8 dari sebelah kiri dan sebelah aku ialah suraya..hehe








Kami bertolak pulang ke rumah pada jam 10 malam dan sempat juga membeli keychain sebagai kenangan yang aku pernah ke sana..setiba di rumah kak munira kami telah pergi ke open house student malaysia..malam itu tertunai la permintaan kak munira yang teringin sangat untuk makan soto..manakala kami bertiga makan sekadar mengalas perut kerana masing-masing keletihan..thanks to kak munira sebab ikut bersama ke everland walaupun sedang berbadan dua..dan juga tempat penginapan 2 malam lagi..hehehe

Hari kedua aku berada di Seoul akan disambung pada entry seterusnya..nak cerita kat sini panjang sangat pula..

Thursday, October 02, 2008

Satu hari di hari raya

Malam Raya
Semalam seharian aku memang gembira,seronok dan terasa sangat rayanya walaupun berjauhan dari keluarga..kerana malam raya tu princess tidur kat rumah..malam tu keluar ke dong daegu sijang beli bahan-bahan untuk dimasak untuk open house esok malamnya..walaupun kami berdua sahaja dan jauh dari keluarga..tapi perasaan beraya tu tetap ada..malam tu kami bertiga pakai inai(aku,nausheen dan princess)..inai ditangan princess dipakaikan sewaktu dia sedang tidur..siap balut dengan plastik lagi..hehe lepas tu cuci pun waktu dia tengah tidur..dah macam princess betul la dak sorang ni..:D

Pagi Raya
Pagi tu aku bersiap-siap awal pagi untuk ke masjid jamiaa abu bakar, daegu..bagi menunaikan solat aidilfitri..dari rumah aku hanya bersama sumaya..tapi sampai disana kami bertemu dengan suraya pula..pagi tu memang ramai jemaah wanita yang hadir bersama anak-anak..antaranya dari pakistan,bangladesh,indonesia,uzbezkistan dan juga dari korea..suasana yang cukup meriah..dah macam fashion show pun ada..macam-macam jenis fashion yang aku boleh tengok pagi tu..hehe


sumaya,suraya dan anggerik


nausheen,suraya,anggerik dan sumaya

Petang raya
Sampai sahaja di rumah kitaorang pun memula kan aktiviti memasak..nasib baik ada sumaya dan suraya yang menolong..kerana cadangnya malam raya tu nak buat open house untuk kawan-kawan aku dan juga kawan sumaya.antara menu untuk malam tu ialah:soto,nasi impit,kuah kacang,bergedil,honey dew,tembikai dan juga air teh boh..agak malaysian juga la makanan yang disediakan..aku gembira sangat kerana tetamu yang hadir rata-rata agak menyukai makanan yang disediakan..antara mereka yang hadir adalah dari china,indonesia,korea dan juga kenya..


persiapan untuk kuah kacang


bergedil yang dimasak oleh sumaya


hidangan yang disediakan


kinyua dari kenya


ming zhi dari china


li feng and wu qhi dari china


manny dari filipin


kak yulisma dari indonesia


malaysian

terima kasih kepada semua yang sudi hadir..jumaat awal-awal pagi nak ke seoul pula beraya di kedutaan pada hari ahad..hari jumaat dan sabtu dan pergi jalan-jalan dan bermain sekitar seoul..hehe