Monday, September 29, 2008

Minal Aidzin Wal Faidzin

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga,sanak saudara,sahabat handai,kenalan tak kira dimana anada berada serta rakan-rakan blogger..saya mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika selama kita berkawan ada kesalahan yang tak sengaja saya lakukan terhadap kalian semua..semoga hari raya tahun ini menjadi hari raya yang indah bagi kalian semua..kepada yang tidak menyambut raya, selamat bercuti diucapkan..jaga diri dan permakanan kalian..walaupun raya setahun sekali tak bermakna kalian boleh berbuat sesuka hati..apa yang penting diri dan kesihatan kalian..anggerik sayang kalian semua..big hug and kiss for you guys out there..mmuuuuaaahhhsss

Anggerik sehingga kehari ini tak tahu lagi kemana hari raya pertama..mungkin pergi ke lab macam biasa atau entah la...tak pe la sebab hari jumaatnya anggerik hendak turun ke seoul kerana embassy akan membuat jamuan hari raya pada hari ahad..


Get Hari Raya Graphics Here

Sunday, September 28, 2008

Tagged by Kengkaru kong

This time i was tagged by kengkaru kong


1. The who tag/pass you is?/
Frisco aka Kengkaru kong..hehe..

2. Your relationship with him/her is?/
How to said he is one of the tutor in my previous faculty. tapi tak pernah jadi my tutor pun maybe sebab lain bidang..hehe

3. Your 5 impressions of him/her? /
Seorang yang peramah,
1st time kenal bro ni aku panggil dia "abang minyak wangi"hehe
suke tersenyum bila kitaorang terserempak
quit good looking..hahaha (habis koyak la seluar dia)
last one tak dapat berfikir la pula..hehehe????

4. The most memorable thing she/he had done for you?
Walawei takde la..so after this apa lagi bro..do something special for me kay..hehehe

5. The most memorable thing she/he had said to you?
hahaha aku teringat waktu dia hantar komen kat aku dalam FS dia kata aku seksi persis anita sarawak(entah dia ingat lagi ker tak??)..hahaha..memang lucu sangat..by the way bro which part of me yang sama dengan kak nita tu..???

6. If she/he become your lover you will?
waaa soalan ni betul-betul bahaya..if he become my lover..erm tak nak bagitahu la..biar aku sorang jer yang simpan..unless it become real...haha

7. If she/he become your lover, thing she/he has to improve on will be?
huh tak tau la..

8. If she/he become your enemy, you will?
erm...erm...erm... tak terfikir la pula..tak nak pun benda ni terjadi

9. If she/he become your enemy, the reason will be?
ehh tak tau la..suka-suka jer tanya soalan macam ni..

10. The most desired thing you want to do for her/him now is?
complete this tagged for him..hahaha..bolehkan jawapan macam ni...

11. Your overall impression of her/him is?
Good guy

12. How you think people around you will feel about you?
I don't know because i can't read what's in thier mine..i wish i can..

13. The characters you love of yourself are?
mempunyai kata hati yang kuat..

14. On the contrary, the characters you hate of yourself are?
terlalu berdendam..hate so much

15. The most ideal person you want to be is
??????jadi diri sendiri sudah

16. For people that care and like you, say something to them:
love n big hugg for you..mmmuuuaaahhhsss and also kisses from me to you..

17. Pass this quiz to 10 persons that you wished to know how they feel about you.

1. orang-orang, 2. swee won, 3.princess, 4. azita, 5. fazley, 6. bi, 7. ijan. 8. snm, 9. manny, 10.???no idea

18. Who is No.6 having relationship with?
tak tau la pula

19. Is No.9 a male or female?
female ler..

20. If No.7 and 10 are together, will it be a good thing?
no 10 no body..so i think better no 7. chooseby herself..kihkih

21. What is No.2 studying about?
Electrical n engineering n computer science...sounds like that la..to long la wei to remember her major..

22. When was the last time you had a chat with No.3?
This afternoon through sms.

23. What kind of music band does No.8 like?
no sure..hehe

24. Does No.1 have any siblings?
Ya. 4 of them together

25. will you woo No.3?
?????

26. How about No.7?
why??she is my friend

27. Is No.4 single?
a'ah.

28. What is the surname of No.5?
don't have

29. What’s the hobby of No.10?
i don't know

30. Does No.5 and 9 get along well?
both of them doesn't know each other la abang...

31. Where is No.2 studying at?
Kyungpook National university

32. Talk something casually about No.1?
She is a nice person nice kakak also

33. Have you tried developing feelings for No.6?
noooo..dia kawan blogger jer..

34. Where does No.9 live at?
right now somewhere in serdang.

35. What colour does No.4 like?
black i guess

36. Are No.5 and 1 best friends?
tak sebab masing-masing tak mengenali antara satu sama lain.

37. Is No.7 the sexiest person in the world?
In the world tak kot..hehe..tapi mempunyai keseksian tersendiri

38. What is No.6 doing now?
no idea..

ish2x what kind of question..pening to answer..but i like it..hehe

Andong Maskdance Festival

Semalam aku berpeluang untuk menyertai satu lawatan ni khas unutk student foreingner..kitaorang telah dibawa ke perkampungan disekitar Andong dimana generasi Pungsan Ryul telah dilahirkan disini khususnya tok moyang dieorang la,lepas itu kami dibawa ke tempat dimana berlangsungnya festival maskdance tu tapi maskdance tu aku tam sempat tengok sebab wrong timing..tapi banyak benda menarik yang ada disana..aku malas nak tulis banyak-banyak korang layan la gambar-gambar yang aku letak ni..tapi memang aku enjoy habis la..

Gambar disekitar perkampungan HaHoe









Gambar sekitar di Andong Maskdance Festival






Kena Tagged lagi..

Tag Raya

We Start Here Again...


1. Berapa pasang baju raya Saya tahun ni dan apakah color tersebut?
satu pasang jer...sebab raya bukan ada cuti pun..maybe raya kat lab..warna dia pula hijau lumut..actully mak anggerik beli untuk tahun lepas..tapi nak wat camner anggerik dah ada kat sini..so tahun ni balik hari tu mama jahitkan untuk tahun ni punya raya


2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran Saya?
lontong,nasi impit,lemang,rendang,kuah kacang,ketupat palas...erm terliur pula..takpe la balik tahun depan anggerik nak makan puas-puas..hehe


3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
ada-ada...biskut cornflakes madu,almond london,batang buruk,tat nenas pun suka..banyak lagi la..tapi sekarang ni tak ingat la pula...


4. Brapa banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
hahaha..seingat anggerik paling banyak waktu masih sekolah la..dalam rm500++..hehe..rasanya sampai sekarang masih layak lagi sebab student..nanti kalau dah kerja memang terasa nak bagi duit raya specially kat adik-adik sedara yang selalu pesan "kalau kak jai dah kerja jangan lupa bagi duit raya"hehe..korang doakan kak jai dapat kerja yang bagus nanti kak jai bagi duit raya ok..


5. Apakah aktiviti malam raya korang?
selalunya kalau kat rumah dulu memang akan sibuk la memasak tuk juadah raya..memang best sangat..anggerik rindu sangat suasana tu..huhuhu


erm..tu je..anggerik tak rasa nak tagged siapa-siapa sebab mesti masing-masing buzy dengan persiapan raya..hehehe

Monday, September 22, 2008

Mencari pengalaman berbuka puasa di masjid

Semalam kami berlima (suraya,sumaya dan anggerik-malaysian dan juga mutia dan zahra-indonesian)telah pergi ke masjid di Jukjeon..masjid yang rata-ratanya dikunjungi oleh rakyat pakistan kerana imamnya juga dari Pakistan..kami tiba sedikit lewat kerana pemandu pelancong terlupa jalan..tapi kami tak sesat..kami tiba setelah 5 minit berbuka puasa dan kami telah dihidangkan dengan buah tamar,pakora,buah-buahan seperti salad tapi cukup berempah rasanya beserta air sirap selasih(anggerik tak gemar sangat kerana terlalu berempah sampaikan air pun rasa macam letak rempah)kemudian kami terus sembahyang maghrib dan hanya selepas itu acara makan malam disediakan;makanan yang agak simple tapi menarik nasi ala-ala beriani dimasak bersama daging kambing..anggerik makan nasi jer sebab tak makan daging kambing..dan sememangnya lumrah makanan orang pakistan yang berempah,berminyak dan juga pedas..selepas itu kami dihidangkan pula dengan teh panas..kami tidak berterawih disana memandangkan terawih akan diadakan sedikit lewat dan kebanyakan jemaah perempuan yang hadir telah pulang kerumah...jadi kami mengambil keputusan untuk pulang juga..disana kami telah berkenalan dengan pelajar dari Uzbezkistan Gulchehra dan juga Barno(bukan pelajar)..kedua-dua mereka ramah sekali dan kami sempat bertukar-tukar no telefon.Gambar kat bawah ni masa nak pergi ke masjid dan juga didalam masjid..nak ambil gambar jemaah perempuan tapi takut dieorang pula yang segan..so ambil gambar makanan je la...


zahra,mutia,sumaya dan suraya


puteri-puteri Malaysia


tak tahu apa nama dia tapi ada kacang,kentang macam salad buah la tapi kuah dia tu berempah..macam pelik la pula rasa dia hehe..


pakora


macam nasi beriani dimasak sekali dengan daging kambing..ngemmbeeekkkk!!!!hehehe


maria(dak kecil tu yang suka berlakon)sumaya,mutia,suraya,gulchehra dan anggerik

Buka puasa perdana + sambutan birthday

Hari sabtu bersamaan 20 September 2008 satu majlis buka puasa perdana telah diadakan diteratak Anggerik..majlis yang dihadiri oleh puteri-puteri Malaysia(sumayyah,suraya,swee won dan anggerik)dan juga seorang puteri Pakistan(nausheen my housemate)..majlis berbuka puasa yang agak lewat sedikit kerana terdapat kesilapan teknikal..jadi majlis sebenar hanya berlangsung pada jam 7.05 minit iaitu selepas lebih kurang setengah jam waktu berbuka puasa..ini kerana kami berpendapat lebih baik dan afdal para tetamu menunaikan solat maghrib kerana acara makan-makan mungkin akan lama berikutan sambutan belated birthday juga akan diadakan..berikut adalah menu-menu yang disediakan oleh para tetamu khasnya (sumaya,suraya n anggerik selaku ketua chef)hahaha:

1)kurma
2)nasi tomato blue hippo (teringat waktu kem hutan)
3)ayam rendang tak ada kerisik
4)ikan keli cili tertipu
5)telur sayur ala-ala piza gitu
6)karipap pelbagai bentuk
7)lepat pisang berhantu (cik sumaya masak)
8)honey dew korea
9)kek tiramisu yurmy
10)jus peach bertaburan hehehe

acara makan-makan yang berlangsung sehingga jam 9.10 malam..selepas itu acara bersuka ria hanya disertai oleh suraya,sumaya dan nausheen dan anggerik hanya menyertai sekali sekala kerana sibuk melayan kawan berchating..gambar sekitar majlis berbuka puasa perdana dan sambutan birthday:


ni karipap aku yang buat tapi yang tukang bentuk tepi dia sumaya yang buat sebab aku tak pandai hehehe..aku wat inti dengan doh jer..


telur sayur ala-ala piza gitu


ni dia rendang boleh tahan pedas dia


ikan keli beli cili tertipu (ingat beli serbuk cili merah tu rupa-rupanya serbuk cili tapi warna coklat lepas tu pedas dia jangan cakap la berasap hidung telinga bila makan..hehehe)


nasi tomato


ni dia hidangannya


honey dew korea


hehehe....


sumaya,nausheen dan suraya


anggerik dan swee won


birthday girl



ps:happy belated birthday to princess..semoga panjang umur,murah rezeki,sukses dalam belajar dan segalanya amin..dikesempatan ini anggerik ingin mengucapkan terima kasih(gamsahamnida)kepada semua yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut..

Thursday, September 18, 2008

Zaman Kanak-kanakku

Hehehe tiba-tiba semalam aku terkenangkan zaman aku masih budak..tak tau la nak dikategorikan aku ni sebagai kanak-kanak yang jenis mana??..benda-benda ni antara yang aku ingat sampai sekarang:

1)masa umur 4 atau 5 tahun aku suka tidur dalam buaian lagi..rasa mengantuk jer aku mula la cari buaian lepas tu aku akan henjut buaian tu dengan badan aku sendiri sampai aku terlena.

2)masih berumur dalam lingkungan 4-5 tahun..aku masih minum dalam botol tapi bukan air susu tau..tak silap aku kalau air susu aku minum dalam cawan..hehe

3)pernah terkoyakkan skirt sewaktu panjat panggar tak sedar kain kat belakang sangkut..lepas tu balik rumah..hahaha

4)umur 6 tahun - main kejar-kejar dengan abang dan abang sepupu aku..saje jer sakitkan hati dieorang pastu aku panjat paip dan mengengsot atas pain tu..tu je jalan nak lepas kan diri tau sebab apa??sebab dieorang baru lepas bersunat mana boleh nak mengengsot...haha..yes!!

5)pernah membunuh cicak yang berada dalam baju dibelakang badan dengan cara,membaringkan diri serta menghempap beberapa kali sehingga cicak itu pening dan mampus..hahaha padan muka cicak tu silap masuk baju..umur 6 tahun

6)umur 3-6 tahun aku dipanggil "mambra" sebab kan rambut dan gigi aku..mambra tu nama watak dalam cerita kartun masa aku kecil-kecil aku pun tak ingat dah cerita tu...panggilan tu dipanggil oleh abang-abang yang duduk berdekatan dengan rumah aku waktu tu di sungai rokam..

7)pernah jatuh basikal dan dahi aku benjol..ubat dia aku sapu bedak..mujarab ker..tu la yang aku fikir..umur 5 tahun.

8)makan chewgum lepas tu dengan tak sengaja terlekat kat rambut..apa lagi mama aku waktu tu naik hantu la..alamak ..nasib mama tak baca blog kan..kalau tak ish2..

9)kalau keluar main-main kat padang permainan ni mesti ada seorang abang tu yang akan follow aku..aku main buaian dia main buaian,aku main gelongsor pun dia nak main juga..aku naik basikal pun dia kejar aku naik basikal..aku tak ingat dia siapa..tapi dia tahu nama aku..

10)Pernah dipukul dengan ranting sehingga ranting tu patah kerana dituduh mencuri..walaupun aku dah cakap bukan aku yang buat SUMPAH..aku tak tahu kenapa mama tak percayakan aku..dan sampai sekarang aku nak sangat tahu siapa yang tuduh aku mencuri tu..aku nak pukul dia dengan ranting balik ehh tak nak la, nak pukul dengan kayu balak sampai patah..(ni perkara paling sedih sebab setiap kali aku teringat memang air mata ni nak menitis) sedih sebab mama tak percaya kata-kataku..umur dalam 5 tahun kalau tak silap..tapi suatu hari aku nak tanya juga kat mama bila aku dah cukup kuat untuk tidak menangis apabila membangkitkan hal ni..

11)suka main puzzle..siap takyah pakai board dia pun aku leh siapkan dengan mudah..sampai besar ni pun aku suka main benda tu...hehe

12)masa aku balik dari kedai aku telah berhenti di satu rumah..kerana abang yang berada di atas beranda rumah tingkat 2 memanggil aku..aku berhenti kejap..lepas berbual seketika aku ingin beredar kerana sememangnya aku takut..tapi abang tu mengatakan yang dia ingin berbual dengan aku lagi dan ingin turun ke tingkat bawah dan berjanji akan memberikan aku coklat..pergh ingat aku "BODOH" dah la aku ni penakut dengan orang yang tak kenal..apa lagi masa dia turun kebawah aku pun cabut la dengan basikal..kejadian ini berlaku sewaktu aku berada dirumah mak longku KL.umur 6 tahun kot..tak ingat tapi memang kecil lagi..

hehe ni la perkara-perkara yang memang terpahat dalam sanubari aku..banyak lagi tapi yang ini adalah yang memang aku akan ingat sampai bila-bila..

ps:sabar yer anggerik pasal kena tuduh tu..kadang-kadang bukan anggerik tak nak tanya tapi risau perkara itu akan menyebabkan mama tersinggung..yela mana tau mama rasa bersalah sebab pukul aku macam tu..dan aku sangat benci orang yang tuduh aku tu walaupun aku tak tahu siapa..kebenaran akan terbukti walaupun beribu tahun..

Wednesday, September 17, 2008

Ramadhan Ke-17

Sekejap jer masa berlalu kan..dah ramadhan ke-17 pun..dah tak sampai setengah bulan lagi semua umat islam akan meraikan "Hari raya aidilfitri"..dan aku disini puasa dan raya sama sahaja..suasana puasa dan raya tu memang kurang la berbanding berada dinegara sendiri..mungkin korea bukan negara islam dan umat islam ditempat aku ni "대구"umat islam amat payah untuk diketemu..tak mengapalah aku disini pun bukan lama..InsyaAllah tahun depan dapat la aku berpuasa dan beraya dalam suasana Malaysia pula..hehe..walaupun aku baru setahun lebih disini.tapi having a break from hectic routine memang sesuatu yang aku nanti..dan aku percaya mereka yang duduk dilab specialy student graduate akan melalui apa yang aku rasa khususnya di korea ni..sukar untuk aku katakan adakah aku yang terlalu manja atau pun sememangnya kehidupan sebagai student di korea amat memenatkan..kadang-kadang hidupku ni aku rasakan macam "sesuatu" nak katakan robot tak juga entah aku sendiri tak tau nak gambarkan macam mana..tapi aku amat bernasib baik kerana profesor aku boleh dikira sebagai ok lagi berbanding rakan-rakanku yang lain..dimana mereka terpaksa berada dilab dari jam 9 pagi sehingga jam 10 atau 11 malam..adakah itu kehidupan seorang student??aku hanya melakukan perkara yang sedemikian sekiranya aku mempunyai kerja tambahan atau kerja yang harus dilangsaikan..ya aku memang bernasib kerana profesor aku tidak pernah memaksa aku untuk berbuat demikian..aku sememangnya bersyukur..

*********************************************

tahun ni tak seperti tahun lepas dimana aku memang tak berani dan tak mahu mendengar lagu-lagu raya..kerana aku risau dihambat kerinduan terhadap keluarga..tapi tahun ni aku memang melayan habis lagu-lagu raya..mungkin sebab tahun depan aku dah boleh beraya di Malaysia..hehehe..dan lagu favourite raya aku adalah "Harapan Ramadhan" nyanyian Man bai feat Raihan..aku sangat sukakan lagu tu..so boleh la korang dengar lagu ni..aku tau pasti ada yang memang meminati lagu ni..dan satu lagi lagu siti nurhaliza "sesuci lebaran"alah senang cerita aku memang minat la lagu raya..hehe..ingat nak letak semua lagu tapi karang menyemak pulakan..hehe..jadi aku letak 2 video jer...yang lain-lain tu leh dengar kat "youtube".






ps:Anggerik peminat lagu raya..hehe..layaaannn...

Sunday, September 14, 2008

"Miazai" dapat award lagi

Miazai blog telah mendapat award kali ke-2..dan award kali ini datangnya dari Si Kengkaru de'Horizon terima kasih saya ucapkan kepada tuan Pemberi Anugerah.



***********************************************

dan yang ni pula "Miazai" dapat e-card raya dari kawan diblog..thanks kepada nadia..atas kad raya yang advance..hehe




Friday, September 12, 2008

"추석"현재 aka thanks giving day

"추석"현재(hadiah chu seok)aka thanks giving day kedua yang aku dapat dari profesor aku semalam..dia bagi semalam sebab dia dah nak balik seoul ada kerja jadi hadiah tu kena bagi awal la..hehe..tahun pertama aku..aku telah mendapat hadiah berupa set barangan mandia seperti syampoo dan juga sabun tahun ni aku dapat 바다에서 온 건강 (health from the sea)dalam dia ada tuna,daging dan minyak masak tapi daging tu terpaksa la aku dermakan pada kawan aku dari china..ok juga la..sebab kalau dia bagi barangan mandian lagi aku memang dah ada untuk bekalan sampai tahun depan..sebab waktu chinese new year kat sini dia panggil 구정 kalau tak silap aku,aku dapat lagi hadiah berupa barangan mandian sebab tu aku cakap aku dah ada stok sampai tahun depan..hehe..beruntung aku..walaupun tak merayakan perayaan "추석 dan 구정 "ni tapi aku pun dapat juga hadiah dari profesor aku..so kat bawah ni adalah set-set hadiah yang aku dapat dari profesor aku..



hadiah ni tahun lepas punya


yang ini pula kuih tradisional yang dimakan sewaktu chu seok..tapi tak chu seok pun ada jer kuih ni..hehe


ni hadiah tahun ni pula




Selain kuih tradisional "Thok" orang korea juga akan makan moon cake sempena chu seok..sekali tengok tak banyak beza dengan chinese malaysian yang merayakan perayaan moon cake..sebab tahun lepas waktu aku pergi ke busan melawat kawan kepada kawan aku yang berada di Dongseo University sewaktu perayaan chu seok memang terdapat pelbagai jenis moon cake yang dijual..apa yang menarik di sini..kalau perayaan di malaysia kebanyakan shopping complex akan menawarkan hamper sebagai buah tangan untuk dibawa ke rumah family atau kawan,disini juga ada hadiah atau buah tangan yang boleh dibawa sewaktu berkunjung ke rumah saudara..dan yang menariknya disini "hamper" dia sangat menarik kerana terdapat dalam perbagai jenis makanan..seperti yang aku dapat ni..ini adalah salah satu dari pelbagai jenis yang ditawarkan seperti:ikan segar,ginseng,buah-buahan,barangan kesihatan,alcohol,barangan mandian dan macam-macam jenis lagi dan harganya memang bole tahan..

Jadi sempena "chu seok" yang jatuh hari ahad ni,maka aku akan bercuti sampai hari isnin..cuti ni lepak rumah je la kot..sebab demam pun baru nak baik kalau tak bila malam jer mula la nak rasa demam balik..so hujung minggu ni memang ingat nak rehat cukup-cukup...

Thursday, September 11, 2008

"I Love Your Blog"Gift



Terima kasih pada kak noris sebab sudi nak memanjangkan hadiah ni pada teman-teman dia termasuk aku..aku baru nak ambil sebelum ni dah terbaca dah hehehe..anyway thank you so much to kak noris..dan sememangnya zai tak pernah terlepas nak baca blog akak setiap kali zai log-in to my blog..

Jadi dikesempatan ini aku pun nak memberikan hadiah yang tak seberapa kepada semua kawan bloger aku untuk mengambil hadiah ni..sesungguhnya aku sentiasa happy bila aku membaca blog anda-anda semua..."Aktifkan diri anda untuk memblog"...hehehe

ps:anggerik suka sangat sebab 1st time dapat hadiah dalam blog..so lepas ni siapa-siapa yang bermurah hati leh la bagi anggerik hadiah lagi yerk..sayang korang semua..mmuaahhhsss...:">

Susu bayi tidak HALAL ..

susu similac ni adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:
1) Isomil
2) gain
3) gain plus
4) grow
5) pediasure
6) ensure
berkaitan status halal / tak halal tu, harap kita dapat information a.s.a.p

Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu *SIMILAC*. Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be..and please inform this to ur 'mummy' friends ok. Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna islam malaysia .. susu formula *SIMILAC * diragui status halalnya.Susu ni pun quite famous.. ada di pasaran. Susu tu dipercayai guna hormon dari badan manusia dan susu tu dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya. Susu tu pun
dah dikategorikan tak HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.

inform kawan2ok!..






ps:Credit to Hid...nasib anggerik kanak-kanak fernleaf bukan dumex yer..hehehe

Link to online tadarus

Semalam aku hampir-hampir la demam..malam sebelum tu aku dah terasa semacam tapi biarkan jer..pagi waktu sahur pun aku masih ok lagi..tapi bila nak bangun pergi lab,waktu tu kepala dah terasa berat dah..aku pun pergi lab lambat sikit memandangkan prof aku pun takde kat lab..seharian semalam memang aku ting-tong la juga..pastu sumaya ajak buka puasa sama-sama..sebelum balik tu dia ada bagi aku minum air kosong yang dicampur dengan oksigen..entah ni 1st time aku dengar pasal oksigen tu..aku pun cuba la mana tahu baikkan..tapi balik ke rumah aku..aku ambil 2 tablets panadol soluble takut-takut hari ni bertambah melarat..Alhadullilah pagi ni aku bangun dah tak sakit kepala dan demam pun tak jadi cuma aku banyak kali la juga bersin..




Kepada kawan-kawan bloggerku..aku baru saje upload link al-quran,jadi kalau rasa nak bertadarus secara online tu boleh la save link tu..memang menarik la link ni..bila aku buka jer aku terasa macam memegang Al-quran yang sebenar,dengan warna yang menarik dan terdapat beberapa jenis Al-quran siap dengan tajwid,maksud dan banyak lagi la..so tunggu apa lagi klik jer kat pautan Al-quran tu...aku dapat ni pun bila aku gi jelajah kak nora punya blog then terbaca kuncop punya blog tu yang terjumpa link Al-quran tu..so kredit to kuncop hehe..jadi aku pun letak la kat blog aku ni..moga-moga dapat dimanfaatkan oleh teman-teman blogger ku..pasal boleh percaya ker tak link ni aku tak berapa pasti la pula..memang la sebelum ni ada berita yang mengatakan ada webpage yang diragui kesahihan Al-quran tersebut..so kalau ada kawan-kawan bloggerku yang rasa webpage ni juga tak betul sila la bagitahu aku yerk..sebab aku memang dah lupa webpage yang mana satu yang tak boleh pakai tu..aku harap yang ini ok la...





ps:dah ada tadarus online ni rajin-rajin la anggerik buka dan baca yerk..dari menghabiskan masa tengok cerita-cerita yang kurang berfaedah baik la menambah pahala yang berlipat kali ganda dalam bulan Ramadhan ni..

Monday, September 08, 2008

"Jejak Kasih"

Hehehe...sabtu lepas aku dan sumaya telah pergi ke Kiemyung University..dengan menaiki bus 305 dan perjalanan yang mengambil masa 50 minit aku telah sampai ke Kiemyung University..aku ke sana kerana ingin berjumpa dengan kawan aku yang hampir 8tahun tidak berjumpa..dia merupakan kawan sekelas aku sewaktu di tingkatan 1 dan sewaktu tingkatan 4 ia juga sama kelas yang kemudianya dia telah memasuki MRSM..minggu lepas aku mendapat mesej di frienster yang menyatakan dia baru sampai di korea bagi melanjutkan master yang kebetulan university tersebut juga di daegu..kiranya ni ala-ala jejak kasih la sebab dah lama tak jumpa dan tak sangka yang kami akan berjumpa di negara orang..sampai je di "Kay dey" (게 대)..aku telah berhenti di east gate..aku janji dengan dia nak berjumpa di main gate dan dia kata di gate tu ada buku besar..cari punya cari rupanya memang kami salah berhenti dan bus yang aku naiki tu memang tak lalu di main gate..jadi selepas tengok mape university tu aku dan sumaya pun mula la mencari main gate tak susah mana pun..hehe sebab dah tengok mape kan...dalam perjalanan menuju ke main gate aku dan sumaya sempat bergambar sebab kay dey ni memang cantik la..kat bawah ni aku letakkan gambar sekitar kay dey tu tengok la..hehehe..


mape kiemyung university



sempat lagi aku bergambar..



kiemyung art center


kiemyung lift


melepak kat sini best juga


suraya dan aku di kawasan dormitory


jadi perancangan tuk hari tu ialah membawa dia keluar untuk membeli baju dan juga berbuka puasa bersama di rumah aku..suraya yang aku kenal sewaktu di tingkatan 1 tak banyak berubah..waktu tu dia dari sekolah rendah yang lain telah memasuki sekolah aku "Methodist Girls School"..dan kalau aku tak silap dia merupakan rakan yang duduk disebelah aku..tapi kami hanya sekelas di tingkatan 1 dan sekejap ditingkatan 4 sebelum dia berpindah ke MRSM..dan kali ini sekali lagi kami berada di satu kawasan yang sama untuk melanjutkan pelajaran di peringkat master..

Selepas tu aku telah membawa dia ke down town untuk membeli baju dan kasut..mula-mulanya aku ingat hanya sekadar ingin menemani dia tuk membeli belah..sudahnya aku pun terbeli 2 pasang kasut..erm aku beli sebab ada alasan la juga sebab kaki aku dah mula melecek sebab kasut yang aku pakai tu memang dah tak selesa tuk aku berjalan jauh..jadi aku pun beli la satu...hehe..lepas tu tu pula kasut satu lagi sebab harga dia murah..beli satu 4000won, 2 7000won..jadi sumaya telah beli satu dan aku beli satu...ok la tu untuk sepasang kasut yang cantik dan berharga 3500won..berbaloi gak la...kat bawah ni gambar kasut yang aku beli


ni la kasut yang buat kaki aku melecek


ni kasut yang baru dibeli untuk dipakai penganti kasut di atas..hehe


ni pula kasut yang murah tu 3500won

dah puas pusing-pusing kat downtown tu..kitaorang pun ke kedai indonesia..ingatkan nak cari ayam..sebab cadang nak masak nasi tomato..tapi pergi-pergi ayam takde la pula..so aku pun beli je la bakso untuk dibuat sup..erm kat kedai tu terjadi la satu perbualan yang agak melucukan antara pekedai dengan kami..ni antara dialognya la..tak tepat sangat tapi bunyinya lebih kurang macam ni la..

pekedai : cari apa mbak?
kami : ayam beku ada
pekedai : engak ada tapi kalo dicari dimana ntah dia cakap...disana ada
kami : oooo
pekedai : dari mana asal?
kami : dari malaysia
pekedai : ooo ingatkan dari indonesia
perbualan itu agak panjang berserta pujian dari kakak kedai tu yang mengatakan kami ini cantik-cantik belaka..hahaha..saje nak bagitahu yang kami telah dipuji oleh mbak tersebut tak kisah la ikhlas ker tak?hehehe..dan dia menyatakan yang dia ada rakan di malaysia siapa lagi kalau tak penyanyi "siti nurhaliza" tu..hehehe..jadi kat sini aku pendekkan dialog sehingga ke perbualan yang agak melucukan..

kami : ikan keli ni berapa kak?
pekedai : 7000won..ikan apa ini??
kami : ikan keli..
pekedai : keli???lepas tu boleh dia tergelak terkekek..
aku : dalam hati hampas kakak ni gelakkan nama ikan keli pula..lepas tu aku
tanya pula dia di indonesia di panggil apa mbak?
pekedai : nak tau apa dia jawab "LELEY"
aku : dalam hati memang nak gelak macam dia gelak tapi aku tahankan jer.

lepas membeli serba sedikit barang yang sukar didapat dikedai lain kami pun beredar...selepas itu kami pun pulang kerumah..sampai jer dirumah..aku pun apa lagi buka la balik cerita ikan keli tu...aku cakap dengan kawan-kawan aku ni.."gelakkan ikan keli kita tak tau dia punya nama ikan keli lagi kelakar "LELEY"pas tu kitaorang ni pun apa lagi gelak besar la...hahahahaha..aku tak jadi beli ikan keli tu sebab banyak sangat dan peti ais kat rumah aku ni bahagian beku dia tak sejuk mana..so kalau simpan lama-lama takut busuk pula..

ps:erm angah aku dah pakai dah baju hijau yang ko hadiah kan kat aku tu macam mana??cantik tak aku pakai??hehehe..walaupun ikan keli digelakkan oleh mbak tu..paling tak nama ikan keli di indonesia juga tak kurang lucu yer.."LELEY" sampai bila-bila aku ingat punya la..kalau mbak tu sebut sekali dua takpe..ni dia sebut 2 3 kali pastu gelak-gelak..hihihi..tapi kalau aku teringat balik perbualan tu memang aku pun nak tergelak..hehehe..satu lagi dorm yang suraya tu duduk pun nama dia "Keli House"..hari sabtu lepas adalah hari keli sedunia..hehehe