Friday, March 20, 2009

Kentut

Aku nak tulis pasal kentut sebab lately ni lab aku tiba2 ada bau kentut...argghhhh tension...memang la aku duk kat lab yang penuh bahan kimia tapi 2 3 hari ni aku tengok takde pula mana2 budak lab aku yang bermain dengan bahan kimia yang boleh menghasilkan bau seperti kentut tu...mana larat nak cium beb..aku syak dalam lab ni ada orang bela binatang yang mengeluarkan bau yang dasat tu..tak pun ada KAKI KENTUT dalam lab aku ni...HAHAHAHAHA....korang boleh fikir tak betapa dasatnya bau tu sampai dah buka pintu dan tingkap tu pun bau tu masih ada lagi..tak pun ada "HANTU KENTUT" hahahaha..sebab tu bau tu tak hilang2...ok aku dah merapu...erm kat bawah ni aku ada baca artikel pasal persoalan berkaitan dengan kentut..lawak pun ada aku baca..korang bacala kalau ada masa terlapang.. kihkih..pastu jangan gelak kuat2 nanti orang ingat korang gila pula

S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut. Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar. Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut? Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak. Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

J: Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

S: Adakah kura-kura kentut?

J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?

J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain...



hahahaha ada siapa2 nak cuba hidu dan telan kentut orang yakssss.....kalau aku tak mau....
kat bawah ni lagi satu link berkaitan kentut...mari kita semua menambah pengetahuan yang meluas tentang apa itu kentut murid2...

7 comments:

Sharif John said...

ARGH!!!!!!!!!!!! aper citer psl kentut ni?

S: Adakah kura-kura kentut?

J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

komen aku

bilik aku penuh ngan kura2.. aku paham apa yg dikatakan dgn 'bau yg sgt teruk'... mmg x bole belah... klu ikutkan hati aku, nk je aku buat sup kura2... tp tu suma binatang rummate aku... mahal2 belaka...
Klu Ular plak, diaorg suka berak... Contohnya Mr Tommy... suka sgt berak klu aku pegang... tension jgk...
As for this good entry, nnt aku letak entry psl binatang2 yg ada dlm bilik aku utk tatapan ko hahahaha


S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

komen aku

Nnt aku try... tp kt kwn aku la... pengajaran supaya jgn kentut bersepah

mommy said...

wah entry pasal kentut!
camne anai2 kentut ek?puttt~hehe
loo sian kne bau kentut hari2..ke sendri yang kentut tapi x sedar..huark2

Anggerik Hutan said...

john,
hahaha jgn kentut bersepah...betul2 tu..silap tmpat kentut kalo tak terbakar..pipi yang terasa pns plak...kihkih...

princess,
hahaha wawawa melampau tu nak ngenakan akk yerk..

fa10 said...

n3 yg membuatkan org akan jenguk blog kita...tersengeh2 jugak la bacanyer

Akula Nora said...

hahaha...percayalah.. kentut baik utk kesihatan.tp x tau la kalau kentut kat dlm lab tu baik utk kesihatan atau org yg kentut tu nak pegi pst kesihatan sbb kena belasah..ngee...

zai, cuba tgk. ntah2 bebdk tu main sulfur x?

Oasis said...

Hahaha...lawak la Zai. Mana la ko dapat fakta pasal kentut ni...Tak sangka isu kentut pun blh dikupas secara serius

Anggerik Hutan said...

kaka faten,
hahaha tula bila bace mmg nak tergelak..

kak nora,
a'ah kentut mmg bgs tuk kesihatan si tukang kentut..tapi mcm mane plak ngan kesihatan org yang tercium bau kentut...hahaha...erm dh chcek la akk..mcm takde...

oasis,
hahaha aku kalo tak..mmg tak nak ambil tau tapi sbb dah terbau tu yang aku cari fakta psl kentut ni...