Saturday, May 30, 2009

Mangkuk hayun

Ni kisah semalam tapi aku update hari ni..takut kalau aku tulis semalam banyak benda yang tak sepatutnya disebut habis terkeluar...semalam cam biasa aku ajar student prof aku cara masak gam sampai ke check properties gam seperti solid content,gel time dengan viscosity(basic thing)..semalam lebih kurang pukul 8 tiba2 mangkuk hayun tu balik la...kitaorang semua ingat dia dah balik..erm balik lab tak kisah la..yang menjadi kisahnya bila masuk lab tiba2 macam orang kena gila meroyan..letak barang semua kuat2,kalau boleh macam nak hempas radas bagi pecah...aku ni memang pantang dengar orang buat kerja tak reti senyap2 ni..ko ingat ko sorang je berangin..memang mangkuk tingkat...sementara tu aku guide budak2 ni buat gel time..tiba2 waktu buat gel time tu dia datang kat aku bagitahu pasal 2 kumpulan yang lepas tak cuci tiub lepas buat gel time..tau2 je la bila guna gam kalau tak cuci on the spot memang susah la nak cuci..masalahnya yang conduct buat gel time tu dia..sebab dia yang offer diri, yang ko bagitahu aku apasal..kalau aku sure2 dah aku suruh budak2 tu cuci..sebab aku tau memang susah nak cuci kalau biar lama..benda tu jadi macam tu sebab mangkuk hayun tu kalau buat gel time sama ada cuci tak bersih, tak pun dia buang terus tiub kaca tu macam aku tak tau mangkuk...ko baru je tunjukkan keb****** ko kat aku..aku memang sakit hati dah waktu tu...then lepas tu waktu dia nak balik tiba2 boleh dia bawa radas yang aku guna dari lab satu lagi semata-mata nak bagitahu aku tak simpan balik..
mangkuk hayun boleh tak ko tanya aku dulu kenapa aku tak simpan..ba**** sebab aku nak guna tiap2 hari la woi..apa jadah aku buat kerja pak pandir ambil lepas tu simpan lepas tu ambil..bukan aku tak cuci..dan satu lagi aku tak letak atas meja siapa2 pun...ko tu pun bukan pembersih sangat lepas buat experiment kekadang berminggu ko tak cuci radas mangkuk...tiba2 semalam jadi pembersih la konon..go to hell la..dah la memang pengotor...sebelum ni aku boleh sabar lagi dengan kerenah ko...lepas ni cuba ko buat lagi sekali aku memang tunjuk "zai" yang dulu...pergi m***** ngan ko la..aku lagi 2 bulan nak habis dah..aku peduli apa..aku paling benci orang macam ni tak pernah nak respect orang lain..ko ingat ko sorang je penat,banyak kerja..wei buka mata la sikit kalau ko nak berangin sekali pun ko jangan libatkan orang lain boleh tak..lain memang aku yang buat ko emo...aku tak kisah la ko nak hempas apa sekali pun tapi jangan la cari pasal dengan orang lain pula..
semalam dia memang kena kutuk kaw2 dengan junior yang lain la..aku nak bagitahu ko..ko ingat junior2 ni suka sangat ke bila ko buat camtu..ko bajet ko sombey ko besar kepala la..wei aku lagi sombey pada ko tau...respect orang bukan sebab pangkat tapi cuba respect orang sebab kita ni manusia...ko tak belajar ker?aku selalu pesan diri aku tuk respect seseorang tu sebab dia pun manusia ada hati dan perasaan...kalau ko respect orang sebab pangkat atau harta aku rasa ko silap besar..and sorry to say aku tak respect orang macam tu...

Thursday, May 28, 2009

penyakit M kembali lagi

Tooooollllllllllooooong tahap malas aku ni dah tergambar dengan tulisan..tahap sampai aku tak nak buat apa2..kerja banyak tak settle lagi manuscipt,thesis,slide presentation untuk thesis presentation dan lain2...argh benci2..aku tak tau nak ubat camner lagi penyakit "M" aku ni..semakin nak habis ni semakin bertambah2 malas aku..datang lab journal terbentang atas meja..tapi tinggal buka je..baca 2 3 baris otak mengelamun entah kemana...memang tak masuk langsung..nak datang lab pun dah rasa tak semangat..adei...

Thursday, May 21, 2009

Happy birthday to Mr Chipsmore

Erm entry yang pendek yang ditujukan khas buat mr chipsmore sempena birthday dia..walaupun birthday dia bukan hari ni tapi 2 hari lepas buat la entry pendek menandakan yang dia tak dilupai..kihkihkih boleh macam tu mr chipsmore..dengan ucapan
1) Selamat menyambut hari lahir
2) Semoga panjang umur
3) Semoga dimurahkan rezeki,
4) Sentiasa disayangi
5) dan semua moga yang adalah (^^)

ps:SARANGHEY

Monday, May 18, 2009

Tag dari kak faten

Tag kali ni aku dapat dari kak faten pasal screen saver...


1) capture screen saver yang korang guna jangan tukar ar...

2) kenapa korang pilih screen saver tu

3) macam biasa panjangkan tag ni pada orang lain seramai 10 orang..hehehe





ni la screen saver yang aku guna..tapi ni komputer kat lab..aku asyik lupa jer nak capture yang kat laptop aku punya..takpe la nanti senang aku update...

erm kenapa aku suka screen saver ni..sebab simple..sebelum ni screen saver yang aku guna semua gambar kartun..hehehe aku memang peminat kartun, dah macam budak2 pula...

so tag ni aku open pada siapa2 yang free nak membuat...

ps: sorry kak faten punya la lama tag akak ni baru ada masa kita nak buat..tu pun curi2 buat..hehehe..

Outing

Erm semalam aku menjalani "terapi" selepas kebosanan akibat beban kerja serta rutin harian yang sama..semalam akhirnya aku dapat jalani "terapi" yahoooo bahagia hidup sebentar...hehehe..terapi yang aku maksudkan tu ialah shoping...walaupun duit habis tapi aku happy..hehehehe boleh camtu?erm entah aku ni kalau bosan2 memang duit tu tu mudah je nak habis tu yang bahaya tu..tapi takpe la janji aku gembira dan hari ni leh buat kerja cam biasa..ala lagipun bukan selalu aku shoping camtu..2-3 bulan sekali..

Erm semalam punya outing Sumaya yang cadang.."girls outing" kitaorang berlima aku,sumaya,kak nisa, aci n nana...yang bertiga tu dari daegu univeristy aci n nana buat praktikal kat korea ni dan menginap di Daegu university,kak nisa pula isteri pada abang mutalib yang buat projek phd dia kat Daegu university..dieorang semua tak lama kat korea ni..erm semester ni balik la semula ke Malaysia...so semalam kiteorang pusing2 kat area downtown jer..

Mula2 pergi kedai laptop hantar laptop nana yang ada problem..lepas tu masuk myeongdong dekat situ je nak dekat sejam kalau tak silap aku..biasa la perempuan kalau dah belek2 baju bukan sekejap..hehehe...aku sendiri boleh tahan membeli baju kat situ adalah 2-3 pasang tuk diri sendiri lepas tu tak lupa tuk adik aku juga...sebab lepas ni aku tak sure bila lagi aku free tuk shoping macam tu..hujung bulan 7 ni aku nak balik Malaysia for good dah..

Lepas tu kiteorang pergi ke kedai bawah tanah..masuk kedai scotish ops silap cross stich..mula2nya nana n aci jer yang nak membeli..sebab benda ni aku tak pernah buat pun hehehe..sudahnya aku pun terbeli sebab cantik pula aku tengok dan memandangkan aku ada masa lebih kurang sebulan selepas hantar thesis ada baiknya aku isi masa lapang buat cross stich tu..hehehe



kedai cross stich


krispy cream


Lepas tu kiteorang pusing2 tengok kedai bag pula sebelum ke warung indonesia..kat sana bahan mentah dari asia boleh didapati walaupun tak semua tapi boleh la dari pada takde langsung..kat warung tu aku beli indo mee dengan patung korea untuk di bawa balik Malaysia...


kedai laptop


"hunting" kihkih



Lepas tu balik dinner dekat rumah sumaya menu malam tu "kimbap" dengan "rapoeki" lepas tu masak ikan sambal,sebab nana tak leh telan kimbap..hehehe..sian nana...pukul 8 lebih tu aku dengan sumaya hantar dieorang bertiga ke bus stop..erm jauh juga sebenarnya Daegu university dengan university aku ni lebih kurang sejam perjalanan naik bus...



after dinner

Friday, May 15, 2009

Chef gam

Erm hari ni kat korea merupakan sambutan hari guru..so kitaorang "adik-beradik" dalam lab ni kumpul duit belikan "bapa angkat" kiteorang kasut sukan jenama Yonex..kalau di Malaysia esokkan...so secara tak rasminya juga hari ni aku jadi "cikgu memasak" kepada student sifu aku..dieorang kena masak gam..so sifu aku suruh aku ajar budak2 ni cara masak gam dari A to Z...erm bila tengok dieorang tadi teringat waktu aku mula2 belajar masak gm..sangat takut dan berhati-hati dalam setiap perkara..bezanya aku belajar dengan sedikit tunjuk ajar..maksudnya sifu aku cakap secara verbal dan tunjuk sikit..lepas tu aku handle sendiri..1st time aku masak aku mengambil masa 12 jam untuk masak gam...memang lama sebab aku takde skill memasak dan sangat memenatkan sebab aku duk mengadap benda tu takut jadi apa2..sebab kalau diikutkan nak masak gam ni hanya perlu sekitar 5-6 jam..tapi bergantung juga pada jenis2 gam yang dimasak...ada yang dalam masa 3 jam boleh masak..ada yang tak masak sampai sudah..hahaha ok tu salah aku tak teror masak..ada la silap mana2 tu...cuma bila kita dah tau rentak senang kita nak ikut..siap boleh tinggal2 lagi..

So semua sekali ada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli bagi setiap kumpulan..ini bermakna selama 4 hari ni la aku kena jadi "cikgu memasak"..bila nak terang tu memang ada masalah sebab aku tak pandai sangat nak cakap korea dieorang pula boleh la sikit2 english..so cara paling selamat aku cakap sepatah2 dengan kelajuan 5km/h tak lebih dan tak kurang...berserta gaya badan amat penting..jika tidak maklumat tidak akan sampai..kihkihkih ala senang cerita macam ayam dengan itik la...anyway aku sangat happy sebab dapat tolong adik2 ni..

Tapi yang tak bestnya bila ada cikgu tambahan..macam tak percaya jer apa yang aku buat..sifu aku dah bagitahu aku semalam siap dia confirmkan dengan aku sendiri cara2 nak masak...kalau dia tak percaya kat aku tak lah dia suruh aku yang ajar budak2 tu..buat apa suruh aku, dah la aku tak pandai nak cakap korea baik suruh cikgu tambahan tu kan...dah tentu2 dia boleh explain dengan mudah..sedangkan cikgu tambahan tu masak gam pun sifu aku suruh aku tengok2 kan dia...aku bukan nak berlagak tapi geram wei..sampai kertas nak isi maklumat gam pun nak pertikai..memang form tu aku buat sendiri as long as ko masak betul ada apa dengan kertas tu kan???bukannya atas kertas tu aku tulis nama,no phone,alamat aku...ceh...hahaha...tu sengal namanya...adei lantak ko la..aku peduli apa..janji aku dah buat kerja aku..

Wednesday, May 13, 2009

Jom layan gambar-gambar kat bawah ni


kiteorang lagi cun ar dari spice girl tu..kami "gadis pedasssss"..


kepada pengemar maggi..lagi2 kat negara yang panasss....


helmet ni lagi selamat..keras pun keras.


makcik nak tumpang..saya boleh tumpangkan...semua sekali pun saya tak kisah


mana ada saya buat..takde kan2x..



Lepas ni aku leh cadangkan aksi begini kepada banduan2..hehehe


Rasakan letupan melayang


Ingat helang ke nak main tembak2..


Lawan pedang juga boleh dilakukan ketika anda sedang menunggang motor

Hari marathon

Semalam ada 3 acara secara marathon telah berlangsung :
1)panelthon
2)seminarthon
3)dinnerthon
4)minum2thon
5)karaokethon

Semalam lepas lunch jer aku dengan "serabut"buat plywood dengan paraticleboard...erm lepas siap plywood ingat boleh la langsaikan particleboard malangnya...tak menjadi...particleboard tebal gila lepas tu rapuh ala2 kuih tart..dah sah2 tak menjadi..lepas inform kat sifu...dia turun bawah kat lab civil dia decide tuk stop kerja2 pembikinan particleboard...yahooo sebab aku dah letih sebenarnya...lepas tu naik jer lab seminar lab bermula....arghhh bosan bukan bidang aku...lepas tu macam biasa aku memang tak faham sebab dalam bahasa korea...
Habis jer seminar sifu ajak gi makan malam sama2...erm malam semalam dieorang layan "samgeoksal" barbeque oink2....aku tengok je la..aku punya menu semalam "guksu"cold noddle with kimchi..erm not bad...
Lepas dinner aku ingat sifu nak ajak balik lab..rupa2nya ajak gi minum2 pula...erm macam biasa aku tengok je la lagi..aku minum coca-cola...pergh sifu suh budak2 ni minum whiski+hite one shot..aku pula dia suruh minum coca-cola one shot gak...gila ar minum air gas satu gelas sekali harung...tapi dieorang ni memang kebal la..aku tengok masing2 steady je lagi..walaupun waktu dinner tadi dah layan "soju" berbotol2...
ok habis minum dalam kul 10 lebih aku bajet leh balik la..oooopppsss tanggapan aku silap...sifu ajak gi "nurebang"karaoke...hahaha..ni 1st time aku gi..hampir 2 tahun aku kat sini ni la kali pertama aku masuk "nurebang"...erm aku jadi 1st singer..malam semalam aku layan 3 lagu :
1) you raised me up-Josh gorban
2)dancing queen-ABBA
3)my heart will go on-Celion dion
siap ada score lepas nyanyi tu..hehehe...sifu aku pun layan..no bad gak ar dia nyanyi cuma high tone dia susah sikit..kalau korang peminat cerita korea mesti korang tahu macam mana suasana kalau orang korea ni berkaraoke..siap ada tambourine...menari2 dalam bilik tu..hahaha..memang tu la pun budaya dieorang...nak dekat pukul 12 tu sifu aku dah lena..memang tak sedar dah..dak2 ni kejut guna mikrofon pun tak bangun(dalam nada perlahan la bukan menjerit)..hehehe kesian dia mesti penat gila..lepas tu dak2 ni layan beberapa lagu..sebelum aku ajak balik..penat wei aku nak tidur...dah kejut sifu bangun..sifu terus balik rumah kiteorang ber-4 balik lab ambil beg masing...
ps:aku masih mengantuk ingat semalam lepas balik rumah boleh tidur..tapi aku tak dapat lelap..pukul 3 baru leh tidur...

Saturday, May 02, 2009

2nd celebration birthday

Hahaha kali ni punya birthday party memang aku suprised dan satu lagi aku rasa sebab pihak penganjur sangat bernasib baik pada hari kejadian...ok aku ceritakan semula dari awal sampai hari kejadian..


28 april 2009

Pada awalnya aku diberitahu yang swee won,sumaya dan singmuk akan makan malam dengan aku sempena birthday aku..swee won kata maureen dan kyle tak dapat join atas sebab tertentu..ok la aku tak kisah sebab dieorang bertiga ada...tapi last minute sumaya telefon aku cakap tak dapat join sebab dia pun ada hal...aku dah rasa tak best sebab yela last minit batal makan malam dengan aku...tapi bila fikirkan yang dia ada test 30 aribulan aku ok la...sumaya bagitahu aku yang dia akan buat makan malam sekali lagi pada 1.5 memandangkan dia tak dapat join malam tu...dia suruh ajak swee won dengan singmuk sekali...dieorang berdua setuju....


1 mei 2009

Petang tu dalam kul 3 lebih tak silap aku..tiba2 singmuk ym aku cakap dia tak dapat join last minit ada hal..erm aku tak leh nak cakap apa..aku bagitahu sumaya lepas tu aku inform swee won...maknanya petang tu kitaorang bertiga je la...dalam kul 4 lebih swee won pula ym aku cakap lepas dia discuss dengan prof dia pasal thesis..prof dia ajak makan malam pula..dia kata dia akan join aku dengan sumaya lewat sikit dalam kul 6.30...erm petang tu aku memang dah nak suruh sumaya batal je cari hari lain..yela dah rancang tiba2 dieorang tak datang..camtu sama je masih dah cukup umatnya...erm aku telefon sumaya bagitahu hal swee won pula..aku cakap dengan sumaya aku pun datang lewat la camtu...petang tu aku memang penat gila..keluar dari lab awal dalam kul 5.45 lepas tu gi atm kejap then balik rumah...sampai rumah aku sempat terlelap kejap sebab masih awal dalam jam 6..sumaya telefon aku bagitahu nak kekedai beli dan dia suruh aku telefon kalau dah nak datang rumah dia...erm aku waktu tu memang tingtong..sebab mengantuk gila tak fikir panjang dah...sebelum datang aku mesej dia cakap nak gi rumah dah...


erm sampai depan rumah aku ketuk pintu rumah dia macam biasa..tapi lambat sikit dia buka..lampu bilik dia sekejap dia tutup lepas tu pasang then tutup balik..ok aku tak nafikan yang aku memang blur sebab mengantuk..buka je pintu aku tak tanya pun sumaya kenapa dia pakai tudung..tapi dia sendiri bagitahu aku yang tuan rumah dia datang sebentar tadi..masuk je rumah dia terus aku cakap kat dia nak tumpang cuci baju (guna mesin) lepas tu aku nampak makanan..tak seperti selalu...kali ni aku tak masuk bilik sumaya dan letak beg..aku pun tak tau kenapa..beg aku masih lagi dengan aku sambil tangan mencapai roti sardin..lapar sangat kot..hehehe...aku terus menuju ke dapur tengok apa juadah yang disediakan untuk makan malam..erm aku rasa lebih kurang 5 minit lepas tu..aku dengar dieorang nyanyi lagu happy birthday..hahaha..aku rasa malu gila pun ada waktu tu...ingatkan swee won dengan singmuk je, tak sangka maureen dengan kyle pun ada join sama....waaaa korang memang buat aku terharu...tak terkata beb...tahniah sebab suprised party korang menjadi...


Erm aku cakap diaorang bernasib baik sebab...

1)waktu dieorang balik dari beli kek tu timing dia lebih kurang jer dengan aku balik dari lab..dan dieorang gunakan jalan yang sama tuk pergi rumah sumaya...

2)aku tak mengintai bilik sumaya dari luar seperti kebiasaan aku buat..

3)aku tak terus masuk bilik sumaya tuk letak beg aku..



masa tuk suprised kan aku...


kek dari baskin robin...sedap aiskrim kek



kad dan juga album gambar


AJK yang terlibat...hehehe



anyway thanks so much untuk birthday party untuk kali ke-2...so total 3 biji kek aku makan tahun ni..dah kesemuanya sedap...