Wednesday, December 17, 2008

Roomate dan Housemate

Erm hari bermula cuti semester...mana2 yang duduk dorm akan pindah ke bilik lain atau dorm lain,pastu yang mana nak tinggal dekat luar pun kena keluar hari ni...so hari ni rumah aku akan menerima seorang lagi housemate..kerana housemate aku yang sedia ada ni akan pulang ke negaranya awal tahun depan dan bakal menyambung pelajarannya di Arab Saudi..oleh sebab itu aku kenalah cari housemate..aku tak kisah pun kalau kena duduk seorang memandang sebelum ni pun waktu aku mula-mula masuk rumah tu pun aku duduk seorang dalam sebulan lebih sebelum housemate yang sedia ada ni masuk..so housemate baru ni orang indonesia dan baru sampai hujung bulan 8 tahun ni..mengambil jurusan agriculture dan department dia bersebelahan dengan department aku..dia duduk didormitory sebelum ni tapi kerana masalah makanan jadi dia pun berpindah keluar..disini agak sukar untuk mencari teman serumah lagi-lagi kalau yang beragama islam kerana kebanyakan wanita yang beragama islam disini selalunya sudah bersuami..

Termasuk yang terbaru ni kiranya aku dah duduk dengan 5 orang roomate dan housemate..waktu aku mula-mula sampai sini dulu tahun lepas..aku tinggal didormitory untuk 6 bulan lebih dan roomate aku adalah 2 orang budak dari china(shu zhan dan seorang lagi aku lupa nama dia hehehe) belajar bahasa korea sebelum dibenarkan mengambil jurusan ijazah..lepas tu winter vacation aku minta untuk duduk sekali dengan kawan dari Malaysia (swee won) then aku berpindah keluar dan lepas sebulan lebih aku dapat housemate baru dari Pakistan (nausheen) dan hari ni housemate baru lagi dari indonesia (kak yulisma)..

Lepas ni insyaAllah tinggal 6 bulan lebih sebulan aku pulang keMalaysia..kalau dengar bunyi dia macam kejap jer kan..tapi bila fikir-fikir balik lama juga hehehe (apa yang aku merapu ni)..apa-apa pun aku sentiasa berdoa aku diberi kekuatan untuk terus rajin belajar..ni la cabaran belajar kat negara orang memang jauh beza dengan negara sendiri..lagi-lagi negara yang mengamalkan dasar "pali2" nak cepat jer....hohoho..

ps:malam ni tidur bertiga..berempit sikit tapi takpe musim sejuk..panas sikit tidur malam ni..hohohoho

13 comments:

Anonymous said...

alahai..nama pun sejuk kan?
cane klu ko dh berlaki? *upss..out of topic!*

kakak tu nnt balik lmbt lg la eh?

slmt berkawan dgn kawan baru zai!

Anonymous said...

hope ko dpt housemate yg best..jgn mcm aku dh la...hoho..=P

Anggerik Hutan said...

snm,
hahaha mmg out of topic cik falin..tiba2 citer sal laki...hohoho..erm die buat master so lagi sethn lebih la baru abis...
tu r asik tukar org je penat aku nak adapt..

manny,
aku arap die ok..dh la aku ni jenis cerewet beb..kalo tak mmg sakit jiwa je kan dpt housemate ntah pape..

Oasis said...

nanti jgn lupa ambik gmbr dia...nanti blh bincang pasal agriculture. kat indonesia pertanian dia bagus...

Anggerik Hutan said...

gambar dia ade kat entry raya aku yang lepas..raya puase..waktu tu aku wat open house..

DrKong said...

Nikmatilah hidup berhousemate.. haha nanti ko dah balik Malaysia dan kawin (bila eh{?) , ko tak dapat rasa nak berhousemate2 lagi!!!

Anyway, tabahkan hati, kuatkan ehem ehem... mudahan semuanya akan berjalan lancar... cehwah

orangorang said...

housemate aku sgt bosan tp xpe, sy x lama lg akan berpindah lagi untuk kali yg ke berapa ntah dlm thn ni??? hehehehe

Anggerik Hutan said...

kong,
hohoho kawin??oo bukan dalam masa terdekat kong..byk yang blum dikecapi lagi..lg pun sy muda apa dari kong..kong ptt kawin duluu..hahaha:-p
thanks kong..sy tak saba mau pulang ke tanah air tercinta..

orang,
takpe bersabar la wahai teman..tak lama dah ..pasni idup la bersenang lenang..hehehe

orangorang said...

wah...sukenye baca komen dr anggerik. ni yg bt org2 xblh nk bersabar ni...

en_me said...

hi adek manesss.. tumpang lalu jakkks.. nice blog

Anggerik Hutan said...

orang2,
hehehe

en_me,
hohoho thanks

Akula Nora said...

wa...romate zai sumaenye international..best ape.

Lagi 6 bln...sekejap je tu...pejam celik dah nak masuk tahun 2009. Pastu dah nak 2010. Viva bila zai? Kat korea panggil viva jugak je?

Anggerik Hutan said...

akula nora,
a'ah kak tak saba nak tgg 2009 pastu mesti rase kejap je kan..erm kat sini panggil defence..dlm buln 5 hujung kalo tak silap..