Wednesday, December 24, 2008

Winter & Moody

Erm sukar untuk dirungkai tapi tula mood aku setiap kali winter menjelma..seakan-akan mempengaruhi tingkah laku dan mood..erm semalam sekitar jam 11.02 malam waktu korea dan ketika itu aku masih berada dilab aku telah menerima sms dari abah..abah mengatakan yang isteri ayah lang aku meninggal dunia jam 7 petang waktu malaysia..(aku terkedu sebentar kerana aku baru lepas rasa down dengan apa yang prof katakan)lepas tu aku terima berita tu pula..aku tak la sedih sangat, arwah mak lang ni merupakan isteri kepada adik saudara mak aku..dulu aku masa kecil2 memang rapat dengan dia sebab dia tak nak anak..dan kali terakhir aku berjumpa dengan mak lang tak silap aku 4 tahun yang lepas..semoga arwah mak lang ditempatkan dikalangan orang2 yang dikasihi oleh Allah swt..
Bercakap pasal mood..seperti tahun lepas aku pernah menangis seorang diri ketika dalam perjalanan pulang ke hostel..hujan yang lebat membuatkan aku bertambah2 sedih lagi..waktu tu aku betul2 tertekan dengan kerja aku..kerana selepas 5 bulan aku dikorea keputusan eksperimen aku masih gagal dan aku betul2 kecewa..ditambah dengan kelas yang betul2 memeningkan aku..waktu tu aku tak mengadu pada siapa2 sampai satu tahap aku tak mampu tanggung yang mampu aku buat hanya la menangis seorang diri..dan kali ini perkara yang sama berulang..bezanya tahun ni aku sudah mampu untuk memujuk diri ku sendiri untuk tidak lemah dengan segala dugaan..semalam hampir sahaja aku menitiskan air mata tapi aku kuatkan hati untuk tidak menangis..alhamdullilah hari ni aku bangkit dengan kekuatan yang ada untuk menempuh hari2 yang mendatang sepanjang aku hidup dibumi korea ini..
cukupla winter tahun ni merupakan winter terakhir aku di korea..aku tak mahu berada disini untuk winter tahun hadapan lebih2 lagi aku terpaksa duduk dilab..kalau dah namanya winter vacation...bermakna anda perlu berehat..bukan bekerja seperti mesin..

6 comments:

orangorang said...

sabar zai...mmg berat dugaan ko bila belajar di negeri orang.
all d best 4 u.
i luv u & always luv u. mmmuahh..

Anggerik Hutan said...

orang2,
thanks babe..

mommy said...

rilek kak.sabar2
takpe skrg susah tapi i'allah in the future it will be ok..

FIGHTING!..hehe

p/s : winter mmg waktu yang sesuai tuk nangis..huhu

fa10 said...

zai..
begitulah adatnya org belajar..suami akak pun selalu down..kdg tu meleleh la jugak..takut..x yakin..mcm2 la lg. bykkan baca ayat kursi n ayat seribu dinar

Oasis said...

Amin...

Anggerik Hutan said...

thnks people..