Saturday, August 02, 2008

Muzik,Motor dan aku


Erm hari ni aku nak bercerita pasal kesukaan aku..muzik aku pasti ramai yang gemarkan muzik..aku mengenali muzik secara formal seawal usia ku 9 tahun,waktu itu Yamaha muzik telah datang ke sekolah ku (Methodist Girls School) untuk membuat promosi pembelajaran muzik..erm aku tak fikir apa-apa pun waktu tu..aku hanya mengambil risalah tentang muzik dan aku bawa pulang ke rumah.Selepas itu,abah ku bertanya samada aku berminat atau tidak dan aku mengatakan yang aku berminat untuk bermain muzik..jadi kami sekeluarga telah ke yamaha muzik yang terletak di pasir puteh dan telah mendaftar aku dan adik ku disatu kelas yang sama..yamaha muzik telah memberikan 1 bulan sebagai tempoh percubaan samada kita benar-benar minat atau tidak..erm alhamdullilah aku telah meneruskan kelas itu setelah sebulan,tapi adik aku telah berminat mungkin dia tak begitu minat dengan muzik sangat kot..erm aku tak bagi tahu pun kan muzik apa yang aku main..macam biasala piano..aku berada dalam satu kumpulan seingat aku kesemuanya 5 orang..dari tahun ke tahun jumlah pelajar di dalam kelas itu semakin berkurang aku pun tak tahu kenapa sehingga la tinggal kami berdua..aku dan kevin..kami berdua agak lama berada dalam satu kelas yang sama sehingga kevin pun mengambil keputusan untuk mengundurkan diri..selepas itu aku telah menghadiri kelas piano aku secara solo..dan cikgu aku (Miss Chan lai cheng)dari awal sampai aku tamat belajar di situ dia la cikgu aku..

Disekolah pula aku memang menyertai pacaragam itu pun selepas abah yang mengisi borang kelab beruniform..aku tak tau pun apa tu pacaragam yelah budak la katakan...jadi aku berpendapat abah la pencetus minat aku kepada muzik..kalau abah aku tak kenal kan aku dengan pacaragam mesti aku tak minat muzik seperti sekarang..itu masa aku sekolah rendah..naik sahaja sekolah menengah sekali abah yang mengisi borang kelab beruniform aku,abah tanya pada aku lagi samada aku berminat atau tidak untuk meneruskan kelab pancaragam aku katakan pada abah aku,aku hendak tukar angin aku ingin sertai kelab "angklung" pula,sejenis muzik juga,alat yang diperbuat daripada buluh..sebenarnya aku ingin menyertai kedua-dua kelab tersebut tetapi memandangkan pancaragam punya uniform adalah skirt pendek seperti zaman sekolah rendah jadi aku pun menolak atas dasar aku rasa aku dah besar..dan aku tak nak pakai skirt lagi..entah la tiba-tiba perasaan malu itu hadir..walaupun ketika itu aku masih tidak bertudung dan zaman sekolah rendah aku,aku masih memakai skirt..kemungkinan sekolah aku adalah sekolah perempuan sebab itu uniform pacaragam sekolah menengah dan rendah adalah skirt pendek..ketika aku masih berada disekolah menengah aku masih meneruskan kelas piano aku sehingga aku tamat sekolah menengah dan aku terpaksa berhenti kerana aku mendapat tawaran sambung belaja di UPM.waktu itu aku hanya melepasi teori grade 6 dan praktikal grade 4..teori dan praktikal aku tak seiring akibat dari pada pertindihan jadual sewaktu aku mengambil ujian PMR dan SPM..dan aku masih ingat lagi ketika aku mengambil PMR mama dan abah telah bertanya kepada aku sekiranya aku mendapat sekurang-kurang ?A aku dibenarkan untuk meminta hadiah..alhamdullilah keputusan aku mencapai sasaran..pada mulanya aku berkehendak sebuah piano tetapi memandang aku akan menyambung pelajaran ke university aku berfikir tak perlula aku piano memandangkan siapa yang akan menyentuh piano itu bila aku tiada di rumah..sebab itu la aku mendapat AEV 1623 pujaan hati aku sebagai penganti kepada piano bersempena juga dengan birthday aku..hehehe..aku suka sangat dengan hadiah itu (thanks to abah n mama) ..memang aku nie pengemar motor terutamanya motor yang berkuasa tinggi ni..aku memang teruja sangat..kalau dalam kereta di lebuh raya pantang ada konvoi motor besar lalu aku mesti melekap kat cermin kereta dah macam cicak aku ni..hehehe

Sambung cerita pasal muzik balik. niat aku sebenarnya ingin menyambung pembelajaran muzik ku hingga ke peringkat tertinggi tetapi akibat dari sikap yang malas untuk pergi interview aku batalkan sahaja niat aku..jadi aku telah beralih ke bidang yang menjurus kepada alam sekitar dan aku telah memilih perhutanan..di alam university pula aku telah berkecimpung dalam dunia gamelan..erm dan aku bermain alat yang di namakan bonang..selama aku menyertai kumpulan "galeman"menurut LEM banyak function yang telah aku sertai seperti majlis perasmian,perkahwinan,konvokesyen,pembukaan dan sebagainya..jadi dunia aku selain berteater aku juga bermain alat muzik dan akan merempit bersama aida a.k.a angah apabila kebosanan..dengan AEV itu juga la aku telah pergi kemerata tempat, kadang-kadang berkawan tapi bila dah tak ada orang aku sorang pun jadi(konvoi solo)hahaha ada ker? InsyaAllah kalau aku dah berkerja nanti impikan sebuah piano dan juga sebuah harley tak dapat harley ducati ker kawasaki ker..hehehe..banyak songeh pula aku ni..belajar pun tak habis lagi..dan kalau keadaan mengizinkan aku akan pusing satu malaysia dengan seorang mamat nie..entah la dia tu cakap betul-betul ker memain jer...takpe la apa-apa pun tunggu aku habis belajar dan ada motor baru sebab yang ada sekarang ni macam tak best sangat jer nak jalan jauh...

2 comments:

an Azita said...

AEV banyak jasa kat ai tu..ulang alik manong-kole..hehe..TQ AEV

Anggerik Hutan said...

huhu AEV sgt terharu..hehe..yela waktu tu igt leh la menumpang u tapi memandang kan u baru operate kan..kite lenjan je la apa yang ade..tapi betul la kite merempit manong-kole ish2..bl pk2 dasat gak kan..hehe