Erm hari ini aku tak kemana hanya duduk dirumah dan melayan filem-filem lama..untuk lunch hari ini aku telah membuat "Kimbap" salah satu makanan orang korea dan aku telah menikmatinya bersama teman serumah..sepanjang petang ni aku melayan tv la,download lagu la cuci baju..itu la rutin harian ku di kala hujung minggu..nak keluar berhibur teman tak ada pula..jadi perkara paling baik yang aku boleh lakukan adalah duduk rumah..erm petang tadi waktu teman serumah ku pulang dia memaklumkan InsyaAllah dia akan pergi menyambung PHD dia di Arab Saudi kerana disini peralatan untuk membuat eksperimen berada dalam keadaan yang tidak baik dan profesor dia tidak mahu menggantikannya dengan yang baru..sebab itu dia mengambil keputusan untuk menukar University..Sebaik sahaja dia memaklumkan pada ku..aku tak tau samada aku gembira atau sebaliknya..walaupun perkara ini dia telah maklumkan sebaik sahaja aku pulang dari Malaysia..kemungkinan dia akan ke sana hujung bulan 9..ini bermakna aku akan duduk seorang kembali di rumah ni..dan aku bercadang untuk terus kekal seorang lagipun selepas itu tak sampai setahun aku akan tamat pengajian..lagi pun susah la untuk aku menyesuaikan diri sekiranya terdapat teman serumah yang baru..untuk pengetahuan semua aku ni bukan la orang yang jenis masuk dengan orang lain dalam masa yang cepat..aku memerlukan waktu begitu juga sewaktu teman rumah ku sekarang ini ketika dia baru masuk ke rumah ku..aku berasa sedikit kekok memandangkan sebelum ini aku tinggal seorang..erm...tak mengapa la kalau itu sudah rezeki dia takkan aku pula yang tak bagikan...aku redha je la...
Tiba-tiba tadi perasaan rindu dan sayu ini datang tapi aku tak tau pula aku rindu pada siapa..hehe..erm aku menggangap perasaan seperti ini adalah normal di kala aku sedang bersendirian..seketika tadi aku mendengar lagu Zainal abidin "hijau" terasa tenang sekali ketika mendengar lagi dendangan beliau..mungkin disebabkan jiwaku ini yang lebih kepada alam semulajadi dan suasana yang asli..aku sukakan ketenangan seperti ketika kita berada di dalam hutan..hanya bunyi unggas,kicauan burung,daun-daun yang bergeseran antara satu sama lain menjadi dendangan kita berada dalam hutan..jiwa terasa begitu tenang sekali...mungkin ada diantara kita tidak sukakan kedamaian yang sebegitu rupa..rambut sama hitam tapi hati lain-lain memang bertepatan sekali pepatah itu..manusia ini dilahirkan unik dari segala segi..oleh sebab itu setiap kekurangan yang terdapat dalam diri kawan sepatutnya di imbangi dengan kelebihan yang kita ada begitu juga la sebaliknya..tiada manusia yang hidupnya sempurna dalam dunia ni..aku sentiasa bersyukur kerana diberikan keluarga yang begitu memahami serta rakan-rakan yang benar-benar menyangi diriku ini seadanya..terima kasih pada semua..
Sekarang ini jam di desktop aku menunjukkan 9.30 malam..mata mula terasa layu aku pun tak tau kenapa awal sangat hari ini aku berasa mengantuk..mungkin sebab kebosanan sepanjang hari hanya duduk terperap...tapi apa-apa pun aku tidak boleh tidur terlalu awal takut terbangun tengah malam dan tak dapat lelap kembali itu lagi susah..kerana aku ini sebenarnya mempunyai masalah sukar tidur malam..dah jika aku terjaga tengah malam aku sukar untuk ku kembali tidur semula..ok la aku nak sembahyang isyak..kita jumpe lagi di lain entry..
GOOD NIGHT TO ZAI,SWEET DREAM..mimpikan yang indah-indah...dan selamat malam juga kepada family ku,teman-teman yang ku sayang tak kira dimana sahaja kamu berada kan ku bawa wajah-wajah kalian walau diriku jauh...sayang kamu semua...
Sexy Comments & Profile Graphics
GOOD NITE EVERYONE..mimpikan yang indah-indah semoga tidur dengan nyenyak
No comments:
Post a Comment