Aku mengenali dunia teater seawal aku menjejaki kaki ku ke university..waktu itu sekitar tahun 2002..aku dikenalkan dengan sebuah kelab teater(Grup Teater Uniputra a.k.a GTUPM) oleh tengku azfa atau lebih mesra dipanggil abang teng..kebetulan waktu aku baru mula sertai, kumpulan ini akan menyertai "Festival Teater Selangor"(FTS)jadi setelah menghadari uji bakat aku telah di terima untuk memegang satu waktu"Mak Ungku"watak pertama yang aku pegang..ceritanya"Selendang Umi".Produksi ini telah banyak menganjar aku erti kesabaran,persahabatan,kawan dan lawan,kesetiaan dan bermacam-macam lagi..dengan produksi ini juga la aku telah menempuhi pelbagai dugaan..tapi aku puas dan seronok pada ku ini semua tidak dapat aku perolehi jika aku hanya duduk diam..pada tahun itu juga aku telah menyertai pertandingan "Festik"(Festival Teater Inter-kolej)..kolej kami telah membawa "lorong gelap" dan aku membawa watak seorang ibu tua yang ditinggalkan anaknya..lorong gelap berkisarkan kehidupan masyarakat yang sering kita lihat..jalan ceritanya tampak mudah tetapi cerita itu telah dibawa dalam bentuk "monolog"erm pengalaman pertama aku dalam teater monolog..untuk pertandingan ini kumpulan kami hanya berjaya memperolehi "anugerah khas juri".
sememangnya aku bukan la seorang yang mudah berputus asa(walaupun banyak perkara yang telah berlaku dalam produksi “selendang umi”hanya mereka yang terlibat sahaja tahu akan kisah yang aku ceritakan) selepas sahaja pertandingan itu berakhir aku masih dengan kumpulan itu..jiwa ku semakin seronok dan serasi dengan dunia teater..aku pun tak tahu kenapa,hanya mereka yang benar-benar menyukai teater akan dapat merasai apa yang aku rasa.tahun depannya sekali lagi aku menyertai pertandingan yang diadakan saban tahun.Kali ini "Bunuh"dan aku memegang watak sebagai"orang-orang"watak yang agak mengelirukan pada aku dan juga pada penonton yang melihatnya..tetapi setelah dihayati dan di bantu oleh senior yang berpengalaman akhirnya kekeliruan itu dapat di atasi..mana tidaknya aku yang seperti perempuan ini disolek seperti lelaki manakala separing aku pula lelaki yang disolek perempuan..hahaha kalau diingatkan semula memang lucu dan lawak.
Tahun berikutnya 2005 “nefertiti” produksi seterusnya yang akan dipertandingkan ke (FTS).Erm nefertiti pula mengisahkan ratu yang ingin menguasai kekuatan dan wilayah yang ada..ratu adalah kacukan dari pelbagai jenis beruk dan sebab itu la ratu berdapat yang dia layak untuk menerajui sesebuah Negara.Aku yang pada mulanya buat seketika ingin menjadi “orang belakang tabir”tapi akhirnya terpaksa menjadi pelakon juga..dan yang paling lawak “LEM”erm hanya kami sahaja yang tahu siapa dia,juga terpaksa turun
padangdan berlakon..kami berdua ini dah macam bidan terjun..hahaha..bayangkan la dalam masa kurang pada 2 minggu kami berdua terpaksa mengantikan tempat tersebut..mujurlah aku ni dah selalu “stand in” untuk watak itu..jadi sedikit sebanyak aku telah “terhafal”dialog-dialog watak tersebut.Tak silap aku tahun tu juga aku telah menyertai (FESTIK)untuk kali kedua..kali ni cerita yang di bawa oleh kolej kami ialah “kerusi”watak aku pula aku tak berapa ingat nama dia sang utama ker utama lebih kurang macam tu la..erm tu kali ni kolej aku mendapat tempat ke-2..menarik sangat walaupun dialog aku tak banyak tapi aku kena main dengan mimic muka yang perbagai penat sangat tau.
Erm 2006 pula GTUPM telah menghantar naskhah yang bertajuk “Jangan Bunuh Sam”ceritanya lebih kurang sama dengan drama komedi di television 3+2 yang dilakonkan oleh Imuda tu..produksi ini telah diarahkan oleh Nur aman Putra erm beliau meminta aku pada mulanya untuk menerajui kumpulan ini sebagai pengarah tapi aku katakan pada beliau yang aku tidak mampu memandangkan kumpulan ini akan bertanding untuk (FTS)..jadi beliau menyuruh aku memegang pen.pengarah dan aku pun bersetuju..erm nama jer pen.pengarah tapi aku rasa aku dah macam pengarah..hehe…mana-mana pelakon dan crew-crew untuk produksi ni tahu la macam mana kalau aku yang mengarah..tapi apa-apa pun aku seronok berkerja dengan mereka semua..kepada akak-akak,abang-abang dan adik-adik aku minta maaf sekali lagi mana-mana yang terasa dengan aku..waktu aku mengarah jer aku macam tu..tapi aku tahu korang semua enjoykan..hehe..dan alhamdullilah produksi ini telah membawa pulang “anugerah khas juri”tahniah untuk semua crew.
2007 aku hanya menyertai (FESTIK)itu pun aku membantu secara tak langsung memandangkan aku exco kebudayaan kmr waktu tu…aku hanya membantu pasukan aku mencari naskhah “Diaspora Bangsat”naskhah yang boleh dikatakan agak panas.aku juga membantu setakat mana yang mampu memandangkan waktu itu aku berada disemester terakhir dan banyak kerja yang aku perlu langsaikan.naskhah ini telah lama aku baca tapi tidak pernah dipentas oleh GTUPM..jadi aku dengan beberapa orang senior telah duduk dan berbincang serta mengambil kata sepakat untuk membawa naskhah ini..alhamdullilah walaupun kumpulan anak seni pertama ini terdiri dari adik-adik semuanya, tapi kami telah berjaya membawa pulang 5 anugerah termasuk tempat ke-2.
Kalau nak bercerita pasal teater ni aku rasa boleh dibuat novel jadi ringkasannya adalah beberapa produksi yang aku join samada jadi pelakon atau jadi org belakang tabir.
1) Selendang umi
2) Sebabak hang tuah
3) Lorong gelap
4) Bunuh
5) Teater kanak-kanak
6) Nefertiti
7) Kerusi
8) Jangan Bunuh Sam
9) Diaspora Bangsat
No comments:
Post a Comment