Semalam aku tak sempat nak update blog ni sebab sibuk sangat dengan kerja lab walaupun hari sabtu..aku sampai lab sekitar jam 11 pagi kemudian terus memulakan kerjaku dan aku terpaksa berhenti pada jam 9 malam kerana sudah agak lewat..selepas itu aku terus pulang ke rumah dan sempat singgah sebentar di"Mejom" itu beli keropok..hehe sambil-sambil tengok tv boleh juga aku menguyap..
Hari ini, macam biasa aku tak kemana hanya duduk dirumah dan menonton rancangan tertunda yang berada di you tube..banyak juga la yang sempat aku tonton seperti "Gadis cuci","Demi masa","Cinta itu buta" tadi housemate aku pulang dan dia telah memberikan aku "sweet dish" yang dibuat oleh kawannya...bila aku makan tiba-tiba aku teringatkan kuih ini..serasa aku Malaysia pun ada tapi aku betul-betul tak ingat nama dia..cuma yang ini sedikit berbeza kerana diletak rempah kalau yang Malaysia punya aku rasa tak ada rempah..
ni la gambar kuih tu
Erm pasal penyakit pula...dulu masa aku kecil aku selalu dapat benda ni..aku sendiri pun tak tahu macam nak terang..tapi dia macam ni..tiba-tiba jer aku rasa macam semua benda sekeliling aku berlalu dengan pantas,saat itu aku terasa macam takut sekali..tapi selalunya aku akan duduk dan takkan bergerak kemana kerana aku tidak mahu menambah lagi pergerakan yang sedia ada..itu satu..lagi satu waktu aku tidur..aku rasa macam tiba ada hujan lebat dan ribut yang melanda padahal tak ada pun..waktu tu jangan cakap aku memang takut..pernah sekali tu aku kecil lagi sekitar 8 tahun..aku terjaga dan kemudian aku berlari masuk dan duduk ditepi katil mama aku..aku ada cuba panggil mama tapi mama tak sedar..mungkin aku panggil terlalu perlahan..semua tu aku rasa sewaktu aku berumur 8 tahun..lepas tu ada beberapa kali juga la perkara yang sama berulang dan kali terakhir kalau aku tak silap masa aku 13 tahun..aku tak tau apa penyakit tu..dan kalau ada sesiapa yang tahu boleh la bagitahu kat aku yer..alhamdullilah sehingga kini benda tu tak datang lagi tapi aku tak tau pada masa akan datang..tapi aku harap jangan la..sebab aku sendiri tak tau nak terang kan macam walaupun aku mampu untuk mengatasi seorang diri..dan aku akan sentiasa berdoa kepada Allah agar benda itu tak mengganggu aku lagi...amin..
3 comments:
hmm penyakit ape tu ye??
maybe tu sume mainan perasaan..mungkin jugak gangguan syaitan..agaknyela..
erm ntah la wak..akk sendr pun tak sure..mungkin juga la kot..
zai, akak add zai dlm blog list akak ok?
Post a Comment