Hari ini 21/08/08 genap setahun aku berada di bumi Korea..pejam celik pejam celik aku sendiri pun tak sedar yang masa itu berlalu dengan pantas sekali..takkan dapat ku putarkan kembali waktu..dan aku harus langkah dan terus maju ke hadapan tanpa menoleh kebelakang lagi..biarkan apa yang terjadi sebagai satu iktibar dan pengajaran buat insan kerdil sepertiku ini..aku sendiri tidak mahu lagi memandang kebelakang terutamanya benda-benda yang telah menyesakkan dan menyakitkan..ok la aku pun malas dan fikir benda-benda tu aku nak cerita benda lain pula...
Erm hari ini sepatutnya aku,prof dengan budak lab pergi main badminton tapi sebab tak cukup pemain,jadi prof aku tangguhkan keminggu depan pula..ok la tu..sebab aku ni pun tengah ada kerja yang nak kena buat...hehehe..cuak juga nak main badminton dah lama juga la aku tak pegang raket sejak aku sampai sini mana ada aku bersukan sangat..yela hakikatnya waktu aku belaja di upm dulu pun aku bukan la jenis yang bersukan sangat tapi aku suka main bola tampar dan akan pergi berenang..aku ni kalau nak tahu pantang nampak air(air kolam la) memang nak mandi..kalau dah ada kat dalam kolam tu memang rasa tak nak naik dah..ngehehe..macam budak-budak pula aku ni..jadi kita nantikan je la minggu depan macam mana..sebab kalau nak tunggu lama-lama sangat pun nanti dah nak masuk bulan puasa kan..
ps:/-21/08/07-21/08/08(1 tahun) kalau kawin mesti dah ada yang mengandung..ngehehe
No comments:
Post a Comment