Wednesday, August 13, 2008

Pentunjuk dan hidayat itu datangnya dari Yang Maha Esa

Semalam memang tak sempat aku nak update blog aku ni..yelah aku kerja dari pagi sampai malam..sampai nak wish birthday cousin sendiri pun terlupa sudahnya jadi happy belated birthday..hehe..ok la tu dari tak wish langsung kan...semalam lepas lab dalam pukul 10 ada kawan aku dari India ajak pergi minum coffee,then both of us decide to go North Gate area..kitaorang melepak kat Dunkin Donut..tapi aku tak order coffee la,sebab aku ni dah la ada masalah tidur lepas tu nak minum coffee dah malam hari mau yang ada tak tidur sampai pagi jadi aku order "Ais Choco"..

lepak punya lepak tak sedar dah pukul 11.40..dia jadi lama tu sebab kitaorang ada bercakap pasal agama..dia ni pun islam tapi tu la susah aku nak terangkan..ni la kalau dah jadi researcher semua nak logik akal dan ada bukti tu memang betul aku tak nafikan..tapi jangan la sampai bab agama pun dia nak buat macam tu..nasib tiap-tiap persoalan yang dia lontarkan mampu untuk aku jawab kembali..aku katanya padanya apa-apa hal dia kena merujuk Al-quran sebagai sumber rujukan..kesemuanya telah tertulis dalam tu..InsyaAllah setiap persoalan ada jawapannya..aku juga pada dia ada setengah benda kita tak boleh pertikaikan kerana jika kita berbuat demikian kemungkinan untuk mencari "free thinker" ada la besar..tu semua aku tahu melalui pembacaan..banyak benda yang dipertikaikan cuma aku tak nak beritahu secara terperinci memandangkan ianya adalah perkara sensitif..tapi aku berdoa suatu hari nanti dia akan mendapat petunjuk dan hidayat dari yang Maha Esa..

Betul la kata orang islam ini dah jadi macam agama turun temurun ianya diwarisi kerana tok nenek serta mak ayah kita orang islam dan bukan kerana islam sejati..tetapi bila aku fikirkan kembali..kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan dalam Islam..walaupun aku bukan la muslimah sejati tetapi aku sentiasa berusaha kearah itu..jika berlaku kesilapan jangan letak kesilapan itu pada bahu orang lain..tanya diri sendiri kenapa ia terjadi..dan satu lagi aku percaya, Allah tidak akan memberikan kita masalah jika Dia tahu kita tidak mampu untuk menghadapinya..dan aku juga katakan padanya..kebanyakan manusia tidak ingat pada Allah pada ketika kita senang tapi hanya ingat ketika kita berada dalam kesusahan bukankah itu tidak adil namanya..

Walaupun apa yang diperdebatkan semalam aku tidak serik dan tidak takut untuk berjumpa dan berdebat lagi dengan dia..semoga aku juga diberi petunjuk,hidayat,keimanan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang mendatang amin...

No comments: