Tarikh yang cukup menarikkan 08.08.08..tiada apa yang istimewa berlaku dalam hidupku pada tarikh ni..tetapi semalam pelajar dari Seoul telah datang dan melawat lawatan ke university aku..rombongan yang lebih kurang 40 orang termasuk seorang pegawai pengiring telah tiba pada jam 4.50 petang sedikit lewat dari waktu yang dijanjikan akibat daripada kesesakan yang berlaku di lebuh raya..tujuan mereka datang ke sini adalah untuk mengetahui serba sedikit tentang kursus-kursus yang ditawarkan diKNU ini..Pagi tadi lebih kurang jam 9.10 mereka bertolak ke Ulsan pula..melepak bersama mereka malam tadi di restoran makan Pakistan mengingatkan aku tentang aktiviti yang aku suka buat sewaktu aku berada diUPM iaitu melepak diMaulana bersama kawan-kawan ku..sudah lama aku tidak membuat aktiviti sedemikian rupa..terubat seketika kerinduanku..hehehe
Hari ini seharian aku tidak membuat apa-apa dilab memandangkan kesemua peralatan digunakan oleh teman labku untuk membuat kerja..ini bermakna hanya esok sahaja aku baru boleh memulakan kerjaku..hari ini "kawan"ku tidak online mungkin sibuk atau ada masalah lain..petang pukul 6.10 aku sudah pulang kerumah..tak penat,tapi... mengantuk sangat..mungkin kebosanan agaknya..
Esok aku harus ke lab untuk memulakan kerja..erm hari-hari yang mendatang ni ku harapkan aku diberi kuatan fizikal dan mental bagi menghabiskan lagi setahun pengajian ku disini...kalau teman-teman membaca blog ini mungkin kamu semua merasakan yang aku tidak berbahagia tinggal disini..bukan tak bahagia tapi kurang bahagia mungkin kerana tidak mempunyai ramai teman seperti diMalaysia..disini aku hanya ada Sumayah dan Swee won..hanya kami bertiga sahaja pelajar Malaysia yang belajar diKyungpook National University ini..
ok la aku pun dah mula bosan ingat nak layan movie malam ni tapi tak tau lagi..hehe..selamat malam pada semua..mimpikan yang indah-indah yer..tidur dengan nyenyak..
2 comments:
hai kak zai..ooo dah de blog x gtau org eh..hehehe
alamak kantoi..hehehe bkn tak nak bgtau awak..tapi nak tgg lama skit..ni baru sgt la..baru nak merangkak..
Post a Comment