Tak tahu la petang tadi waktu baca news online ternampak gambar roti dan tiba-tiba cerita roti telah mengamit memori aku..waktu tu sekitar tahun 2004 aku buat praktikal dan telah menumpang di rumah mak long A(aku cuba untuk rahsiakan identiti kamu supaya tak malu hehe)..kiranya rumah mak long A ni la tempat persinggahan kami sebelum kami dihantar kemana-mana..
Satu pagi seperti hari-hari biasa kami berdua akan memulakan kerja praktikal dengan bersarapan di rumah mak long A..tak seperti hari-hari biasa tapi pagi itu A telah menyediakan sarapan untuk ku..aku selalunya akan makan nasi lemak yang telah dibeli oleh mak long A..tapi disebabkan si A beria memberikan aku roti yang telah dibuatnya aku pun menerima dengan hati terbuka..aku pun memula mengigit roti itu dengan penuh nikmat tiba-tiba (bunyi effect macam dalam drama tu)A kenapa roti ini berasa masin???A pun kemudian ketawa..rupa-rupanya A telah tersalah letak garam yang diingatkan gula..hehehe(nasib u ada alasan kukuh yang i boleh terima..)aku pun tak ingat sangat samada aku buang atau aku teruskan mengunyah walaupun masin..hanya A sahaja mengingati samada aku makan atau tidak..
p/s moral of the story kalau ada orang berbuat baik selidik la dulu apakah kebaikan itu...hehe jangan marah yer A..sekali lagi aku ingin mengucapkan terima kasih untuk sarapan pagi hari tu..kalau u tak bagi i rasa sampai sekarang i tak pernah rasa "ROTI SAPU PLANTA LEPAS TU TABUR GARAM ATAS DIA"huhuhu
Ni roti canai bukan roti planta yer kawan-kawan tak jumpa gambar roti planta la..nie khas untuk tatapan si A..hehe
2 comments:
A for Azita...hahaha..memories..!!
ehh mana cik tau...tul2 memories..haha
Post a Comment