Friday, August 29, 2008

Nama unik anak merdeka

Dilahirkan pada tanggal 31 Ogos, bukan sahaja menjadi kebanggaan, bahkan sesetengah cahaya mata turut memiliki nama unik sempena hari kemerdekaan negara itu.

Ada yang diberikan nama bersandarkan perkataan Malaysia, merdeka dan terdapat juga yang diberikan nama berasaskan tema hari kemerdekaan pada tahun dia dilahirkan

Terdapat ramai anak yang lahir pada 31 Ogos 1957 yang diberikan sandaran 'merdeka' pada namanya.

Sungguh mengagumkan apabila perkataan keramat 'merdeka' yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman menyelinap ke dalam sanubari rakyat Malaysia pelbagai kaum pada hari itu sehingga diabadikan dalam nama.

Antaranya ialah Sarah Merdeka yang dilahirkan di Kampung Alor Besar, Kota Sarang Semut, Kedah, Merdekiah Hashim di Jitra, Kedah, Merdeka Lee @ Lee Li Meng di Sungai Petani, Kedah, Kamardeka Abdul Mutalib di Kampung Pulau Besar, Kampung Gajah, Perak.

Begitu juga dengan Abdul Rahman Merdeka Simpol dan Mohamad Merdeka Abu Hasan di Rembau, Negeri Sembilan dan Merdeka M. Nadason di Klang, Selangor.

Ada juga antara anak merdeka yang diberikan nama bersandarkan perkataan Malaysia, contohnya Malaysia Rani yang dilahirkan pada 31 Ogos 1967 di Segamat, Johor.

Ramai juga dalam kalangan mereka yang bernama sandaran Malaysia disandarkan kepada tarikh 16 September (hari pembentukan Malaysia) antaranya ialah Dayang Malaysia Dollah di Sandakan, Sabah, Sarakup Malaysia Samak dari Simunjan, Sarawak, Malaysia Yap dari Kuching, Sarawak dan Malaysia Andut dari Sri Aman, Sarawak.

Selain daripada itu, ada juga antara anak merdeka yang mendapat namanya berasaskan kepada tema ulang tahun kemerdekaan pada tahun dia dilahirkan.

Misalnya, Nasionalisme Idris Shah Abdul Rahman yang dilahirkan pada 31 Ogos 1985. Nasionalisme mendapat namanya berasaskan kepada tema hari kemerdekaan pada tahun 1985iaitu Nasionalisme Teras Perpaduan.

Aku begitu kagum dengan mak ayah kepada mereka ini kerana sangat bersemangat nasionalisme kerana sanggup memberikan nama anak bersempena dengan nama negara sendiri..

ps*tapi anak-anak yang mempunyai nama tu bangga atau malu..ngehehe anggerik sekadar bertanya..jauh diperantauan anggerik ingin mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua kenalan dan saudara-mara tak kira anda di mana jua kita tetap rakyat malaysia..sama-samala kita menghayati kermerdekaan yang telah dikecapi oleh negara selepas 51 tahun...MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA

2 comments:

PrinCeSS said...

pasnie leh la bg nama anak mohd jalur ( sempena jalur gemilang ..hehe

Anggerik Hutan said...

hahaha...ok simpan nama tu tuk anak awk yerk..lelaki mohd jalur..perempuan plak..siti nurgemilang..kihkih