Dalam dunia yang serba maju ni..aku dengar ramai orang yang mendapat pasangan hidup hanya melalui dunia alam maya dan seterusnya berjumpa di alam realiti..pada sesetengah orang mungkin mereka boleh menerima situasi yang sedemikian tapi bukan aku...kerana aku telah cuba banyak kali untuk memulakan sesuatu hubungan maksudku bermula dari sahabat tapi selalunya ia tidak akan bertahan lama..masalah ini semua berpunca dari diriku yang memang susah untuk mempercayai mereka di alam maya..bagiku macam-macam boleh terjadi..dan pada pendapat aku lagi biarlah kawan alam maya terus menjadi kawan alam maya dan tak akan menjadi realiti..bagi sesetengah orang mungkin benda ini tidak mustahil tapi bagi aku belum masanya lagi..mungkin suatu hari nanti aku akan ketemu kawan alam maya yang benar-benar jujur dalam menjalinkan persahabatan..aku membiarkan semua ini berlalu dengan peredaran masa..
ps:/ untuk Anggerik kadang-kadang kita perlu lebih bersikap terbuka pada sesuatu benda yang sememangnya pasti dan nyata..
No comments:
Post a Comment