Tuesday, March 31, 2009
Ko nak jadi ayam ke itik?
Ketuk Kepala itu Tandanya Mesra
ps:erm apa barang main sengkeh kepala ni..kalau aku wrestling terus...hahahaha(gurau2)..cukup la sekadar cubitan manja yang singgah dibadan...(^_~)
Kerjaku
1) tajuk thesis - minggu ni due date
2) 1st draft of thesis - 13-15 april
3) manuscript tuk semakan kali ke-2 - dalam minggu ni lewat2 minggu depan
4) experiment - minggu ni dan minggu depan
5) power point slide untuk conference
6) conference - 16-17 april
7) particleboard tak tau bila nak mula lagi ni..adeiiii
Nasib aku dah ada data walaupun pun tak 100%..kalau inform aku awal2 ok la juga..ni nasib aku tanya pasal date line tuk 1st draft thesis..bukan dieorang tak keluarkan information tu..tapi information tu langsung tak mesra foreigner..buat la dalam versi english satu..tak la kiteorang ni terpinga2 tengok webpage tu...adoooiiiii.....nak tak nak terpaksa bergantung dengan dak lab..nasib english dia not bad..kalau nak harap yang suka korek hidung tu..lain aku tanya lain dia jawab...penat2 nak cakap dengan dia tu...hehehe dalam dok sibuk dengan thesis aku sempit lagi update blog aku..yela mana tahan beb asyik ngadap kerja kat lab ni je..kang juling pula mata aku ni..hahahaha...ok2 aku dah mula nak merapu..baik aku berhenti kat sini kalau tak karang melarat lagi susah...
Monday, March 30, 2009
Earth hour
Friday, March 27, 2009
1st Paper
Anyway thanks to my prof tanpa pertolongan dan tunjuk ajar dari dia..tak mungkin aku boleh tulis paper sampai di publish...hehehehe..so sekarang ni aku tengah menulis 2nd paper pula..baru je submit the 1st draft pada prof aku semalam..kali ni aku tak ambil masa yang lama untuk menulis sebab aku dah takde kelas dan tak banyak experiment yang kena buat..satu lagi sebab dah ada pengalaman menulis melalui 1st paper aku..tak la aku terkial2 lagi...Lepas ni banyak lagi benda aku nak kena settle kan..conference bulan depan..lepas tu thesis aku lagi..silap haribulan kalau experiment yang aku buat sekarang ni result dia ok mahu prof aku suruh tulis 3rd paper pula...tak kisah la dia nak suruh aku tulis berapa banyak paper pun asalkan aku boleh balik july nanti..hehehe...saya mahu pulang...ada siapa2 nak pinjam aku pintu DOREAMON..
I'm yours & Lucky
Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my best test
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some
I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours
Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love
Listen to the music of the moment maybe sing with me
A lá peaceful melody
It's your God-forsaken right to be loved love loved love loved
So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours
I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
My breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I'ma saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue
I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
this is our fate, I'm yours
Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find the sky is yours
Listen to the music of the moment come and dance with me
A lá one big family (2nd time: A lá happy family; 3rd time: A lá peaceful melody)
It's your God-forsaken right to be loved love love love
I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours
No please, don't complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours
No please, don't hesitate
no more, no more
It cannot wait
The sky is your's!
Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh
They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, feel the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
ps: lagi ni ditujukan khas buat CHIPSMORE
Wednesday, March 25, 2009
Provok
Monday, March 23, 2009
Family day di Jeonju
Tentatif family day
6.15am: keluar dari rumah menuju ke bus terminal (bersama sumaya)
6.40am: berjumpa dengan suraya and khadejah
7.10am: sarapan pagi burger shrimp di Lotteria
7.30am: naik bus ke "cheongju"..teettt bermula kisah salah beli tiket..nasib suraya
dan sumaya perasan kalau tak kiteorang berempat buat family day sendiri la di
cheongju
-turun bus dan tukar tiket...pergi ke terminal satu lagi dimana destinasi
sebenar adalah "jeonju"...
-bus ke jeonju pula pukul 8.50 adui ada sejam lebih pula kena menunggu lagi..
dan sewaktu pembayaran dibuat..sekali lagi masalah timbul dimana tak cukup
wang..rupa-rupanya terdapat pemotongan sebanyak 10% sewaktu penukaran tiket
dibuat...
8.50am: naik bus ke jeonju
12.00 : sampai di jeonju..ambil teksi ke homeplus..ajoshi aka pakcik teksi bawa kami
ke homeplus yang lain...(salah homeplus la ni)
- suraya telefon aisyah the person in charge tuk family day tu..rupa-rupanya
homeplus satu lagi...adei..memang berpatah balik la kiteorang ni..
12.30 : sampai di masjid jeonju..beramah mesra seketika..then solat zuhur
1.00 : lunch time..yeaa makan nasi ala2 beriani ada ayam goreng,salad dan manisan..
1.30pm: tayangan video berkaitan sembahyang kemudian sedikit ceramah berkaitan
keluarga dalam islam..sesi soal jawab...bacaan al-quran..kuiz dan juga
pengumuman pemenang..congrats to sumaya and khadejah menang hadiah tempat
pertama dan ketiga..tuah orang Daegu...
5.10pm: bersurai dan sedikit buah tangan dari penganjur..
5.26pm: sampai bus terminal..kami miss bus pukul 5.20..kena tunggu bus pukul 7.30..
wawawawa...tapi waktu balik tu bukan kitaorang berempat jer ada lagi 2 orang
mamat uzbek. balik sama...seorang student master baru sampai sebulan zack
nama pangilan nama betul dia susah aku nak sebut..seorang lagi berkerja kat
sini abdullah..macam nama abah aku daaaa...
10.30pm:sampai Daegu waaaa letihnya sebab dah lama tak travel kot...badan pula rasa
cam berangin jer...
overall aktiviti tu ok la...walaupun just datang dengar ceramah walaupun tak dapat dengar sepenuhnya sebab budak2 kecik ni menangis bersilih ganti hehehe..tapi yang menariknya sebab leh jumpa student2 malaysia yang turun dari seoul..dan juga jumpa saudara2 seislam yang lain...dan aku dah pergi satu lagi tempat di Korea "jeonju"
student Malaysia..kakak tudung hitam paling kiri tu aku tak sure dari mana..
sementara tunggu bus lagi 2 jam kitaorang jalan2 sekitar situ..tak kemana pun..
muka keletihan dan sakit kepala
ended up makan aiskrim..lepak kat dalam kedai tu jer....sebab kat luar sejuk..dan aku sangat kebal pakai nipis jer..padan muka aku..hehehe
Friday, March 20, 2009
Kentut
S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut. Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.
S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar. Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut? Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak. Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.
S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.
S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
J: Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.
S: Adakah kura-kura kentut?
J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.
S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.
S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.
S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?
J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.
S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain...
hahahaha ada siapa2 nak cuba hidu dan telan kentut orang yakssss.....kalau aku tak mau....
Hormat itu penting
Wednesday, March 18, 2009
Breakfast
Monday, March 16, 2009
Handmade keychain bear & candle egg
well i guess i really have to do the bear coz she gave me already takkan nak biar macam tu je kan...she has one but then already thrown to dustbin hehehe coz tak jadi..
the pieces
AND TAAADDAAAAAA.........
CUTE OR NOT?HEHEHE LIKE IT SO MUCH...Oopsss without eyes i just let my bear sleep..i'm scared she will pengsan to see her head and mouth part if she has the eyes...hahahaha don't worry dear i'll make it your eyes one day...don't know when...
---------------------------------------------------------
Next is my candle egg...my housemate brought home an empty egg(just the outer part) she wants to make as a decoration on her table..by melting the candle into the egg not so much, as long as the egg can standing..then put a wool on top of it cover the hole part then make a eyes,nose,mouth just like a human without body..hehehe...we tried to do last 2 or 3 weeks..still the egg cannot standing by itself...so she decide to stop and I continued with my candle egg by filling the egg up to the top with melting candle...yeahhh manage to do..and i just have to make my candle egg standing by melting the bottom part a bit so it become flat...
by the way i didn't took a picture of peeling one...of course without the egg skin...i liked the natural color of the candle..no so whitish..it consists of black n grey cames from the burned candle..
Thursday, March 12, 2009
Tag peti ais dan rumah baru
Brand Daewoo aku tak beli peti ais ni tapi ex-housemate aku dapat dari kawan dia...rezeki hehehe...peti ais aku dulu ada menu makanan yang aku dapat dari pekedai2 tapi aku buang dah..buat menyemak mata aku jer...
aku tak nak tag siapa2 sebab aku tau mesti takde yang berminat punya...hehehe...tapi kalau ada yang berminat atau tak tahu nak buat apa..boleh jer nak buat tag ni..hehehe
Ni la dapur baruku..aku suka rumah ni sebab dapur dia asing dengan bathroom...rumah lama punya dapur tak best sebab sekali dengan tempat mandi..maknanya kalau ada orang nak mandi tak boleh la nak memasak..lagi satu kena pakai selipar..then kalau hujan memang basah la dapur aku tu...kalau musim sejuk pula memang sejuk sebab ada ruang antara pintu dengan luar...
Lagi satu rumah baru ni besar sikit dari rumah lama aku..erm harga pula mahal 10,000won sebulan dari rumah lama..tu pun lepas kawan swee won tawar menawar dengan tuan rumah...so angah aku dah upload gambar rumah baru aku..cuma gambar bilik air je tak ambil...kira ok la ar...
Tuesday, March 10, 2009
Rumah suam
nasi ayam aku
tetamu yang hadir...sumaya ambil gambar ni(me,wuqi,singmuk,swee won and lifeng)
sumaya n me
Monday, March 09, 2009
Happy Birthday
Thursday, March 05, 2009
Katak oh katak...
Dah la aku lewat,lepas tu boleh pula tersilap naik bus...adei terpaksa turun balik dan naik bus lain..mujur la kat sini sistem dia guna kad bus (ada juga cash)so kalau kita tukar bus lain bukan no bus yang sama kita takkan di charge lagi..sudahnya jam 8.30 baru aku sampai ke warung tu..makanan memang dah tersedia atas meja..dan dieorang baru mula nak makan..hehehe mujurla..makanan aku juga telah tersedia diatas meja berhadapan dengan bos tu...pergh..makan lagi..aku makan la juga sebab tak sedap la orang dah jemput makankan..menu aku malam tu sup bakso..yurmy sedap dan pedas..mulanya cerita biasa2 jer..lepas je bapak tu selesai makan dia pun mula bercerita kepada aku dengan nada yang sedikit perlahan..ceritanya panjang tapi aku ringkaskan sahaja disini..ianya berkaitan dengan ex-housemate aku yang dari indonesia tu..kalau kalian ada mengikuti entry berkaitan housemate aku..aku rasa kalian mengerti siapa yang aku maksudkan tu...
"kepulangan dia ke Indonesia serta tidak lagi kembali ke korea antara sebab utama kenapa bapak tu datang ke korea...kerana disana (Acheh) isu ini telah menjadi headline kepada sebuah koran(suratkhabar)..erm bunyi macam sangat panas..memang panas pun..dan antara sebab lain kenapa bapak tu nak jumpa aku sangat sebab menurut aku namakan si A, yang aku juga turut pulang ke Malaysia serta tidak kembali lagi ke korea atas alasan yang sama..berita selanjutnya kalian boleh lihat disini http://samanui.wordpress.com/2009/01/11/masalah-misionaris-mahasiswa-s2-di-korea/jadi bapak tu telah kemari untuk membuktikan yang semua itu tidak benar..apa yang diceritakan oleh Si A dengan Si B yang masih tinggal disini ada sedikit percanggahan..menurut bapak tu lagi..kalau isu sebegini dibawa ke sana tak mustahil perang agama akan terjadi...aku yang mendengar ni rasa tertipu sangat..kerana menurut Si A kepulangan dia ke Indonesia kerana bapaknya sakit dan bunyinya agak tenat kerana dia terpaksa pulang malam itu juga...tapi lain pula cerita yang aku dengar dari bapak tu..kerana menurut dia yang keluarga Si A berada dalam keadaan sihat sejahtera termasuk la bapa dia..dan lebih mengejutkan yang Si A sebenarnya tidak bertemu dengan keluarganya walaupun sudah seminggu dia berada disana...arghh aku memang kena tipu hidup2..aku tak kisah kalau dia nak bohong ke apa ker..tapi jangan la sampai nak bagi aku publisiti murahan tu memang aku hangin ok...patut la bapak tu beria nak jumpa aku..sebab nak buktikan yang aku ni wujud kat korea ni..sebabnya kalau bapak tu nak bertanya berkaitan kerja Si A dilab memang aku tak tahu menahu langsung..antara lain yang Si A ceritakan, yang kami pelajar muslim mempunyai pergerakan terbantas disini seperti tidak dibenarkan bersembahyang dan bagi wanita pula tidak dibenarkan memakai tudung...pergh ni cerita apa pula yang aku dengar...pihak media kat sana pula pakai tulis jer cerita tu..dan menurut bapak tu lagi kalau profesor Si A maklumkan perkara ni kepada pihak university kemungkinan besar Si A akan disaman 100juta won(ok sila convert sendiri)..aku yang mendengar ni telan air liur jer..erm baru aku tahu cerita sebenarnya"..erm aku pun tak tau nak kata..dunia2...
Disebabkan bapak tu datang dari Acheh..jadi dia telah menceritakan pengalaman dia sewaktu Tsunami..dari apa yang dia ceritakan memang menginsafkan..tapi Allah itu maha kaya..ditinggalkanNya umat untuk bercerita akan kebesaranNya..kadang2 kita tak terfikirkan kenapa dalam satu2 bencana masih ada yang hidup..sekarang aku mengetahui sebabnya...aku malas nak ceritakan kat sini sebab panjang sangat..tapi aku beruntung kerana dapat mendengar sendiri pengalaman orang yang dilanda Tsunami...sesungguhnya hidup dan mati tu memang telah ditetapkan..takkan lambat atau cepat walaupun sesaat..
ps:aku ambil semua benda ni dalam bentuk yang positif..aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri..
Monday, March 02, 2009
Mat Rempit
Ohh kat sini aku tengok mat rempit dia aku rasa tak la se-extrem kat Malaysia..antara kriteria mat rempit yang aku nampak kat sini ialah:
1)atas motor kat bahagian tank depan atau belakang bahagian pembonceng sure ada speaker besar.(ala2 speaker kat kenduri rumah orang kahwin tu)
2)honk motor bukan honk biasa..yang ada bunyi tu..kekadang aku rasa macam penjual aiskrim pula..hehehe
3)lepas tu aksi kat jalan yang dieorang suka buat langgar lampu merah..dah la tak pakai helmet..kalau mati tu memang sia2 je..mati katak..betul jadinya..
4)lepas tu suka selit2 time jem atau pun kalau takde kereta main corner2 kat jalan..ala2 cilok juga la...
aku rasa la kalau mat rempit Malaysia sure kena gelak punya..yela aku dengan malaysian yang lain pun dah nak tergelak ni kan pula mat rempit betul kan..hehehe..atau pun kalau mat rempit kat korea ni datang Malaysia sure dieorang terkejut badak tengok ke-extrememan (rosak ayat aku buat)mine my words..mat rempit Malaysia(kena kejutan budaya juga jadinya)
tapi yang pasti aku tak suka budaya nak merempit tak tentu arah ni..pada aku kalau betul korang sukakan aktiviti macam ni..apa kata korang masuk betul perlumbaan yang sah...paling koman kalau korang excident ada gak insuran nak cover..lepas tu boleh jadi glamour..aku pun suka juga sukan bermotor ni..tapi aku bawa motor suka enjoy nak laju bila aku kat highway..ikut tempat la..bukan kat tengah kesesakan..atau kat jalan2 biasa...korang bukan bahayakan nyawa sendiri tapi pengguna jalan yang lain...aku ingat lagi waktu aku bawa motor dulu..benda ni selalunya terjadi kat lampu merah la..lagi yang bawa tu aku perempuan..lagila dieorang ni suka nak bakar line..aku rasa dieorang panas sebab tengok aku bawa motor macam tu kot...bukan sekali banyak kali la aku kena gak..lepas tu yang pemandu lori2 ni pun satu..bajet aku terkejut badak la kalau dengar dieorang honk...piraahhhh..aku tak nafikan memang ada yang kelabah bila kena honk..tapi aku bukan salah seorang dari pemandu tu yerk....then ada sekali tu waktu aku balik ke UPM dari Ipoh...ada beberapa motor ni follow aku..aku bawa slow dieorang pun slow sama..aku laju dieorang sama laju..erm tak leh jadi ni..aku dah la bawa ikut limit(pemandu berhemah la katakan hehehe) sudahnya aku pecut..hahahaha..bubye la korang...aku bawa motor bukan baru..aku mula bawa waktu umur aku 10 tahun kay..sebab tu sampai kebesar aku memang suka bawa motor...