Friday, January 30, 2009

Aku juga pengguna jalan raya

Tadi petang waktu pulang dari lab untuk makan malam aku singgah sebentar dikedai beli beras dengan telur..dalam perjalanan kesana aku lalu lah kat jalan yang memang biasa aku ikut..memang takde jalan lain dah..jalan kat korea ni semua kecil jer..kalau takde yang parking tepi jalan memang muat2 2 kereta selisih..tapi kat sini..bukan kereta je lalu habis semua nak lalu..jalan dah la kecil..yang aku nak cerita ni tadi tiba2 jalan sesak semacam ingatkan kenapa rupa2nya kat simpang tiga depan kedai aku nak pergi tu kereta nak lalu dari 3 arah serentak mana tak sesak..ish2 sampaikan lori kecil yang potong aku masa aku jalan kaki sudahnya aku potong balik..hahaha..laju lagi aku jalan..kalau kat sini aku jalan memang rasa tak aman je..sekejap2 kereta lalu..kalau aku leh pasang side mirror memang aku pasang dah..tak yah la aku nak toleh ke belakang..


Lagi satu kat sini kalau lintasan kuda belang tu(zebra) orang jalan kaki memang diutamakan tak macam kat Malaysia..kita lalu kat lintasan tu pun kena hon kalau ada kereta yang nak lalu..masa awal2 aku sampai sini aku cuak juga ye la aku dah berhenti kononnya nak bagi kereta lalu la..tapi kereta tu pula berhenti..aku yang jadi keliru..lagi satu kat dalam kawasan university ni jarang ada kereta yang akan hon kalau kita main lintas jer..student korea ni kalau lintas memang buat tak tau jer..sah2 kereta yang akan berhenti..ok la dieorang dah biasakan..tapi bahaya gak untuk orang macam aku ni..selalunya aku dah jalan sikit tapi sebab nampak kereta ker motor ker atau basikal aku berhenti la...kadang2 aku dah macam teragak-agak nak lintas ker nak jalan..macam malam tadi basikal tu laju aku jalan lepas tu berhenti sekejap sudahnya dia lalu belakang aku nasib aku terus jalan, kalau aku patah balik kebelakang tak ker naya tu...huhuhuhu

5 comments:

Hulubalang Derhaka said...

Ni kira kejutan budaya la ni?..
Kehkehkeh..

Akula Nora said...

pasni balik m'sia jgn sekali2 wat camtu...lintas tanpa tgk kiri kanan(kalau tak takkan ada tagline 'Jangan melintas seperti ayam').hehehe.. rasanya kalau org korea pi m'sia mau ramai yg kena maki dan hon..emm

snm said...

betul kata kak nora! jgn melintas sperti ayam klu ko balik cni!

zai hati2!

mOlliE said...

akak...kalo kat rusia lagi teruk...divider jalan tu dorang langgar terus buat u turn..pastu bile budak2 malaysia nak lalu dorang hon2...bile gadis2 seksi rusia..siap berenti lagi walopon lampu jalan hijau...huhuhu

Anggerik Hutan said...

hulubalang,
hehehe lebih kurang la..

akula nora..
ayam=org korea ker hahaha..betul tu akk..
tapi juga sini sbb org2 die kalo melintas kat trafic dieorg akk tgg lampu hijau baru lintas..tak mcm org msia main lintas walaupun masih merah lagi..

snm,
ish tak lin aku ni akk risau bila lintas..selalunya kalau kuar dgn member yg dh biase dieorg akan pegang tgn aku bila nak lintas...hehehe

mollie,
dasat tu mollie..erm biase la dieorg..pntang nmpk wanita seksi..huuhh..