Erm hari ni macam biasa,aku kena pergi Differential Scanning Calorimetry(DSC) lab aku kena selesaikan semua kerja scanning aku sebelum prof aku balik dari Kanada...kerja ni tak leceh mana,tapi dia jadi leceh bila tak dapat curve yang cantik..kekadang kena buat balik tu yang aku lemah tu..dah la setiap scan berharga 6000won...walaupun bukan duit aku tapi aku rasa sayang juga bazir macam tu jer...aku baru selesai 56 sample ada lagi 28 sample...fighting tuk diri aku:D
Semalam kitaorang Malaysian pergi makan2 kat Pastario..Sumaya's treat...thanks awak..=)) kenyang sangat semalam..plan awal nak makan kat restoran Alibaba tapi owner dia kata dah tutup dan akan berpindah ke tempat lain..waaa takde lagi roti...tu la satu2nya restoran pakistan yang halal dan dekat dengan kawansan university aku...mungkin kat sini tak ramai yang makan yela rata2 student dan harga dia sedikit mahal berbanding restoran lain...lepas dinner kat Pastoria gi la kejap kedai CNA..lepas sumaya ternampak bunga api n mercun..dia apa lagi terus beli sebab dari new year lagi teringin sangat nak main bunga api...dah beli tu kitaorang layan main kat kolam KNU...nasib takde pakguard marah..hahaha kat sini sempoi...aku rasa kalau main kat UPM sure dah dapat surat cinta...
Hari ni juga aku dah dapat kata putus dari Yulisma ex-housemate aku selama 4 hari...dia takkan balik semula ke Korea...atas sebab2 tertentu disana(negara dia)..dan seperti yang aku mention kat entry lepas..ex-roomate aku yang akan jadi housemate baru aku..so dia akan join aku semester spring bulan 3 nanti...:D
ps:tadi aku tolong budak lab buat ayat mungkin dia nak cakap kat somebody so dia taip kat komputer dulu..aku tengok cam susah je dia nak taip so aku offer la diri...hehehe sekarang baru aku faham kenapa singmuk tak faham email yang dia dapat dari staff hospital:-p
2 comments:
slamat hari isnin...hahaha
Bukan kat UPM je x leh main mercun, semalaysia x boleh. Kalu nak main kena senyap2... main la pepuas kat Korea zai, blk m'sia takleh main...sobsob.....
Post a Comment