Tuesday, January 13, 2009

Pemalu dan Independent

Tu la bila aku cakap aku pemalu ramai yang tak percaya..siap gelak tak ingat dunia..hakikatnya aku memang pemalu sejak kecil..tak pada semua perkara la..sebab tengah hari tadi tiba-tiba cho mi dak lab aku bagitahu aku yang prof cakap kat dia aku ni seorang pemalu..hahaha aku memang gelak habis la..lepas tu aku cakap lepas ni aku memang akan jadi pemalu lagi dengan prof..hehehe tapi dia tak percaya..sebab aku dengan dia nampak cam sempoi dan cool jer..aku tak sure nak consider malu or too independent atau pun ada bersangkut paut dengan alam persekolahan..untuk pengetahuan semua aku dari darjah 1 sehingga form 5 bersekolah di methodist girls school(semua perempuan)..tapi aku tak seteruk sesetengah orang yang datang dari sekolah sejenis ni..dieorang jadi sangat pemalu ok..tapi lepas bercampur 2,3 tahun ok jer aku tengok dieorang ni(kes macam ni banyak terjadi pada budak laki selalunya ni berdasarkan pengalaman aku dengan seorang senior dan juga kawan)..


Bagi aku,aku macam dah terbiasa untuk buat kerja2 aku sendiri, selagi aku mampu untuk uruskannya aku akan buat..dulu zaman sekolah apa2 pun kena buat sendiri maksud aku dikalangan kami takde pun budak laki yang akan tolong..sebab tu dulu waktu mula2 masuk upm aku rasa macam janggal bila ada certain things yang girls akan mintak tolong boys buatkan..padahal benda tu, aku rasa boleh dibuat sendiri(tapi lepas tu aku paham kenapa)..dan macam ex-housemate aku cerita kalau dia keluar shopping dengan cousin dia,sure cousin dia akan bawa semua barang..dia jalan lenggan..perghh aku yang dengar ni cam best jer..sebab aku kalau keluar dengan mama aku pergi beli barang..kalau boleh semua benda aku nak angkut..aku tak nak mama aku susah2 angkat barang..dan aku perasan sifat ni kat adik aku juga (maybe sebab kitaorang dari sekolah perempuan) even kalau kat rumah pun yang angkat2 meja,almari mengecat rumah memang kerja aku dengan adik aku..kitaorang ni dah macam anak laki pula..dan agak lasak...sebenarnya sifat tu aku terbawa-bawa sampai sekarang..bukan aku nak tunjuk yang aku ni kuat tapi aku dah terbiasa selama 11 tahun kebanyakan perkara memang aku yang buat sendiri..dan mungkin sebab tu juga aku nampak sedikit kasar tak ayu seperti gadis-gadis lain tu aku tak nafikan..


Aku juga kurang bercakap dengan orang yang aku baru kenal..aku boleh jadi sangat peramah jika orang tu pun peramah tapi kalau dia ala2 pendiam n pemalu gak..nampak gayanya kitaorang akan jadi orang bisu la(ni ala2 kes aku kat sini la aku memang kurang bercakap dengan prof melainkan berkaitan dengan akademik..kalau luar pada akademik sepatah dia tanya sepatah aku jawab)..satu lagi kalau ada orang nak hulurkan bantuan aku seboleh-bolehnya akan menolak macam kes aku pindah ke rumah sewa aku tahun lepas..aku hanya mintak pertolongan swee won dengan sumaya je..bukan takde hero2 yang nak bantu siap offer kereta tapi entah la aku rasa macam membebankan pula..bukan aku tak mampu nak buat semua tu..dan setiap kali kalau aku mintak pertolongan seseorang aku akan rasa sangat bersalah sebab dah membebankan dia..tapi aku tak kisah kalau orang mintak pertolongan dari aku..selalunya orang akan cakap tak payah rasa bersalah sebab orang lain pun tak kisah menghulurkan pertolongan..sorry i just can't set my mind..hehehe..so tuk kekawan kat luar sana kalau aku menolak pertolongan kalian bukan aku tak sudi..tapi aku berasa sedikit segan dan membebankan tu jer..yer aku tau hidup kat dunia ni kena saling memberi dan menerima..jangan risau aku sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri aku ni..aku akan belajar untuk menerima pertolongan kalian..



korang mungkin nampak aku ni jenis yang banyak cakap kan..tu bila kena pada tempat dan orangnya..hakikatnya aku ni pemalu orangnya..ok aku dah declare kat sini yerk..pasni korang tau reason dia dah..hehehe

14 comments:

BuDakHutaN said...

err..dakutan ni pun pemalu owangnya... ngehehe... kak ...kat korea ada jual teleskop murah tak?

Anggerik Hutan said...

murah tu nak consider dlm range harge bape?ari tu thn lepas la ade gak tanya takde la mhl sgt..tapi tak tau la skunk ni, sbb lately brgan kat korea sume dah naik...

Oasis said...

Tu la Zai...ramai yg x percaya kan..

Aku pun sama, ramai yg tak leh terima kenyataan yg aku ni pendiam orangnyer....

snm said...

nak gelak guleng2 ni! :D

air muka kau nampak kau ni cheeky :) bab peramah tu, mmg x dinafikan :p

nadia-ady said...

oh mai god! Miazai ni sebijik macam nadia la. Kadang2 tak bape suka gurl yg terlalu brgantung dengan lelaki ni. Kadang2, diorang tak pernah try pun nak buat (contoh: kerja2 berat) tapi dah suruh budak laki buat. Takda laki takleh buat. Padahal boleh sebnrnya gurl buat..huhu (pernah ada kes kat lab masa dulu..)

er..bab peramah tu sama la. Kalau depan2, dengan orang yg tak biasa sgt, memang tak biasa cakap sgt. Lainlah kalau dah rapat giler...huhu

Anggerik Hutan said...

oasis,
kita ni byk ckp bila kn dgn orgnya je kan wadi,ko ngan aku mcm bertih jagung kay..hehehe

snm,
hahaha cheeky tu aku mmg tak nafikan pun..mmg betul..tapi dalm diam...lagi2 aku dah rapat atau aku rasa aku leh ngam ngan org tu..

nadia,
tapi nadia kekdg tak leh slhkan gurl camtu sbb dieorg dari kecik dh terlatih mcm tu..mula2 tak paham juga tapi lelama tu baru tau kenapa..

manny zain said...

aku sekali tgk kau memang dpt agak kau orang yg independent.dan peramah juga bila dh kenal.tp x sangka kau pemalu..hihi...

tapi sifat malu memang kena ada dalam diri perempuan kan.bukan ke perempuan ni dicipta dengan perasaan malu?

xoxo...

Anggerik Hutan said...

manny,
hehehe a'ah aku tau sifat pemalu tu org paling tak leh trima..mcm pelik je bila aku kata aku ni pemalu..malu aku ni bkn skit..leh thn gak la malunya..hahaha..:-p

Pewaris Reformasi said...

oit..

aku jadi saksi Zai memang pemalu...

Zai malu utk tidak mengaku tidak malu :p

segan dan malu berbeza kan?

Akula Nora said...

Zai mmg pemalu kalau x kenal rapat. Maybe org anggap dia kerek sebab tak tegur n dia ada motor besar...hehehehe

Tapi dia sbnrnya seorang sgt peramah dan friendly. Lgpun sifat pemalu tu mmg sebati dgn gadis melayu...kan..kan..

Anggerik Hutan said...

abg fasi,
ade beza ker mcm lebih kurang je pemalu n penyegan...sy mmg pemalu orgnya...hahaha:-p

kak nora,
hahaha caya la kak nora...takkan zai nak tegur org tak tentu psl akk..dh la memang pemalu hahaha..
yer betul mmg sebati terutama gadis melayu cam zai ni..hehehe

Kengkaru Kong said...

I pun malu gak... malu nak tanya nama! kuang kuang kuang!

Anggerik Hutan said...

kong,
:-p tu mesti ada maksud lain sampai malu tanya nama.hahaha

an Azita said...

ahh..aku rs ko mmg pemalu sket2..klo x bapa knl org..kan2..??tp klo dh knl...huwwaaa...heheh