Tuesday, December 30, 2008
Happy birthday Brothers
Monday, December 29, 2008
Salam Maal Hijrah
Saturday, December 27, 2008
7 weird thing about myself
1)Suka baca suratkhabar atau magazines dari belakang...pastu baru tengok depan..tapi tak menentu gak kekadang dah macam kengkaroo melompat sesuka hati..hehehe...
2)kalau tidur tak pernah tak bermimpi..(mungkin banyak fikir kot)...even tidur sekejap pun aku leh sempat mimpi lagi...
3)Lepas gosok suka makan buah orange..sebab rasa dia yang pelik..mana2 yang tak pernah cuba tu buat la..kebanyakannya memang tak suka..tapi aku suka sangat rasa tu...lalalalala
4)kalau susun baju dalam almari aku suka susun dan letak ikut keperluan yang sama..kalau baju semua baju kurung..kalau t-shirt semua t-shirt dan satu lagi aku suka letak ikut warna yang sama..hohohoho..nampak cam cantik jer...
5)Suka menyimpan benda bukan-bukan kadang2 tak penting pun lepas tu nak buang punya la sayang...kalau nak buang juga selalunya aku suruh adik aku buang dan cakap kat dia jangan bagi aku nampak sebab kalau aku nampak sure aku tak bagi buang punya..hehehehe
6)kalau makan burger aku suka makan satu demi satu maksudnya.makan roti dulu pas makan sayur2 dia akhirnya baru makan ayam..pernah cuba nak makan sekali gus tapi cam tak feel pula..sudahnya separuh jalan makan satu-satu...baru rasa nikmat..
7)masa kecil dulu kalau tengok cerita-cerita kat tv cam satu cerita kisah beruang(bukan yang betul)tapi beruang ni leh cakap dan mempunyai komuniti sendiri..siap beruang ni leh menunggang kuda..so aku lepas tu pun bertukar jadi beruang tapi aku tak tunggang kuda sebab takde kat rumah yang ada waktu tu cuma bantal kura-kura..hahaha suka gila waktu tu..aku rasa semua budak-budak kecil suka berkhayal camtu..patut la ada yang sampai terjun bangunan kes nak jadi cam superman...isk3x...nasib aku tak fikir nak jadi cam superman takpun spiderman ker...
susah gak nak jawab tag ni puas aku fikir apa perkara pelik tentang aku...weng2 juga la menjawabnya erm pasni korang la pula weng..melainkan korang memang pelik..so tak jadi masalah la nak jawab..hehehe
1)Kengkaru (favourite bro untuk ditag)
2)ketua fasi 06 (yeaaa dapat tag kamu sila beritahu kami kepelikan anda)
3)kak faten
4)orang2
5)wadi
6)snm
7)manny
selamat berpening jika anda adalah manusia normal atau gembira dan tersangat happy(sambil melompat2) sebab dalam menjawab soalan ni dengan mudah..
peace:-p
Thursday, December 25, 2008
Support..support..(^_~)
ps:kalau roller coaster senang dapat kat daegu ni lama dah aku naik berulang kali..sampai muntah..hehehe
Wednesday, December 24, 2008
Merry Christmas
Merry christmas bagi mereka yang menyambutnya...semalam sewaktu pulang dari dinner bersama prof..aku ternampak ada bus driver yang memakai pakaian santa claus dan menghias busnya..tadi tengah hari aku dapat kad christmas dari kawan korea walaupun aku tak celebrate..dia salah seorang kawan korea yang baik dengan aku sejak aku datang kesini.erm petang tadi aku keluar minum petang dengan kawan filipin..plan asalnya nak meluahkan masalah la sebab masing-masing tengah tak ok..so dia cadangkan kitaorang keluar dan lepak kat dunkin...so aku dan dia pun keluar la dan kitaorang lepak kat dunkin...
card from Taeim (buat sendiri)dia ni memang jenis yang suka buat benda2 camni..sebelum ni dia ada bagi book mark..pada aku, aku lagi suka sesuatu barang tu kalau orang tu buat sendiri dan hadiah pada kita..hehehe
Sambung balik cerita tadi..satu lagi sebab kenapa dia ajak aku keluar sebab aku ada persoalan yang belum dia jawab dan dia berjanji akan bagitahu aku segalanya sebelum dia pulang kenegaranya..sekarang baru aku tau...masalah aku dengan dia takde kaitan langsung..hahaha..macam langit dengan bumi...aku rasa kelakar pula bila dengar cerita dia..tapi ok la at least buat aku rasa tenang sikit..pasal masalah dia tu tak perlu la aku cerita kat sini kerana terlalu privacy..jadinya petang tadi ala2 aku menemani seorang kawan yang akan celebrate christmas malam ni..aku dengar dieorang akan megadakan parti..hope you enjoy it..
Satu perkara yang dia cakap pada aku tadi..pedulikan dengan kata orang dengan apa yang orang lain akan fikir tentang diri kita..kita tak dapat halang orang lain dari membuat andaian tentang diri kita.. dan sekarang aku tahu dan mengerti,apabila kita tidak mampu berbuat sesuatu tak bermakna kita gagal cuma kita belum cukup bersedia dari segi fizikal dan mental..sebagai manusia tak semua benda kita mampu lakukan..kita bukan doreamon yang mampu menyediakan apa sahaja yang diperlukan oleh nobita..
ps:hohoho merry christmas..(pretending like i'm really ok)
Winter & Moody
Tuesday, December 23, 2008
Oooo please let me go...
on the way balik tadi tinggal kitaorang bertiga aku,prof dengan seorang lagi dak lab..aduss spoil tul la..bila dia mula cakap bab2 ada benda yang berlaku diluar jangkaan kita..aku faham maksud dia tu..maksudnya kalau aku tak mampu tu menyiapkan segala tugasan segala macamnya...maknanya aku akan stay, tu yang dia nak maksudkan..bagi aku pula aku tahu aku nak habis on time no matter what..susah juga bila kerja bawah prof yang ada nama ni..aku tanya memember lain relaks je tak yah sibuk2 nak publish paper..janji buat eksperiment lepas tu ada data then leh mula tulis thesis...then dia tanya aku lagi bila visa aku expired..visa aku memang akan expired July 24th next year..lepas tu dia cam terdiam sekejap then dia suh aku extend just in case i might need more time in korea...eeuuu please i'm not expecting to live here from what i expected...no..no..no..no...jawapan aku tetap no...
aku dah submit satu paper and sekarang dalam proses lagi..dia cakap dengan aku..aku kena publish at least 2 papers...tu dari awal aku sampai lagi dia nak cakap..ok aku faham..and i'm trying my best to do that..tapi tak fair la tuk aku..bukan aku tak buat kerja sampai dia nak tahan aku..please guys do pray for me..hopefully everthing is undercontrol and i manage to finish all the task on time..sometimes there is a thing that might out of our control...that want scared me most...
ps:dalam kepala otak ni dah ligat berputar,memikirkan segala macam alasan yang aku akan beri untuk habis on time..kalau korang tanya aku nape aku tak nak stay di sini..aku rasa alasan aku sama sahaja dengan mana2 foreigner student yang belajar di korea ni...2 years is more than enough..enough...
Monday, December 22, 2008
Terlebih kalsium?
Lepas mulut aku ni baik dari ulcer..then pipi sebelah kiri belakang pula sakit..aku ingatkan kenapa..rupa-rupanya dah berlubang dan nak kata luka teruk tak la teruk mane just berlubang sikit..tapi bila makan memang sakit..sebelum ni rasa sakit sebab gigi geraham tu nak tumbuh..kali ni sakit sebab gigi tu semakin besar atau nak tumbuh dengan sempurna entah la nak cakap camner...tu sebab semalam waktu aku chating ngan adik aku..aku cakap la pasal gigi ni..tu yang terkeluar fakta terlebih kalsium hehehehe..sebab aku minum susu terlebih..hahaha..aku rasa macam tak betul je..tapi entah la..nak suruh cabut memang aku tak sanggup la..gigi tu kukuh gila..adusss mesti sakit..kalau kena bius pun sure pastu sakit(memang la orang kata sakit kejap) ...hohohoho..hakikatnya aku memang takut sakit...lagi satu nak cabut sebatang gigi kat sana mahal woooo...insurance aku pula tak expired..
so aku harap, pipi bahagian belakang tu akan pulih la..tak nak ar main cabut gigi...asal la gigi aku besar-besar sangat...tumbuh comel2 dah la..hehehe...
Sunday, December 21, 2008
Mungkinkah aku akan keseorangan??
lepas tu kitoarang meneruskan percarian barang lagi..dah barang terakhir yang dibeli oleh kawanku ni berupa tas tangan buat maknya..dan selepas kami pulang ke rumah berserta satu travel beg yang baru dibeli khusus untuk meletakkan hadiah2 yang baru dibeli olehnya..dalam perjalanan pulang ke rumah kami terserempak dengan student indonesia yang lain..mereka bertanya kepada yulisma bila mau pulang ke indonesia dibilangnya mungkin juli tahun depan..maksudnya tahun depan bulan julai..
dan selepas solat dia telah keluar untuk menemui kawannya..dan sebaik sahaja dia pulang kerumah semula...dia bagitahu aku dia kena pulang ke indonesia malam ini juga kerana ayah sakit..dengan itu dia bergegas mengemas semua barang2nya..mujur la barang2 masih berada dalam beg kerana dia baru 4 hari berada dirumah aku...aku ingatkan yang dia akan pulang sebentar saja ke indonesia..tapi selepas melihat dia mengemas kesemua barangan baru la aku tahu..yang dia sendiri tidak pasti situasinya selepas ini..ini bermakna peratusan untuk dia akan pulang ke korea semula masih menjadi tanda tanya...malam itu aku bersama temannya dari china telah menghantar dia ke bus terminal..aku sangka dia hanya mahu kami menemaninya ke bus terminal..rupa2nya dia mengajak teman dari china itu sampai ke Incheon..untuk pengetahuan kalian, dari daegu ke Incheon airport bukan la dekat..dan aku terangkan pada dia takde apa yang perlu dirisaukan..kerana ini merupakan kali pertama dia travel seorang diri..jadi aku telah menerangkan pada dia segala keperluan yang perlu dilakukan sebaik sahaja dia tiba disana..oleh itu kami bersepakat menemani dia dibus terminal sehingga jam 2.40..kerana perjalanan dari daegu ke incheon mengambil masa 4.40 minit..ini bermakna dia akan sampai sekitar jam 7.20 pagi..kerana flightnya jam 11 pagi menaiki MAS dan akan transit diMalaysia sebelum bertolak ke medan keesokkan harinya...
aku dan temannya dari china itu sampai semula ke kampus sekitar jam 3 pagi..apa-apa pun aku doakan yang terbaik buat dia dan semoga ayahnya berada dalam keadaan sihat sejahtera..jika jodoh kami panjang,aku dan dia akan bertemu lagi sebaik sahaja dia pulang ke sini semula..dan akan menjadi housemate aku, jika tidak..aku akan tinggal keseorangan sehingga awal bln 7..
Wednesday, December 17, 2008
Roomate dan Housemate
Termasuk yang terbaru ni kiranya aku dah duduk dengan 5 orang roomate dan housemate..waktu aku mula-mula sampai sini dulu tahun lepas..aku tinggal didormitory untuk 6 bulan lebih dan roomate aku adalah 2 orang budak dari china(shu zhan dan seorang lagi aku lupa nama dia hehehe) belajar bahasa korea sebelum dibenarkan mengambil jurusan ijazah..lepas tu winter vacation aku minta untuk duduk sekali dengan kawan dari Malaysia (swee won) then aku berpindah keluar dan lepas sebulan lebih aku dapat housemate baru dari Pakistan (nausheen) dan hari ni housemate baru lagi dari indonesia (kak yulisma)..
Lepas ni insyaAllah tinggal 6 bulan lebih sebulan aku pulang keMalaysia..kalau dengar bunyi dia macam kejap jer kan..tapi bila fikir-fikir balik lama juga hehehe (apa yang aku merapu ni)..apa-apa pun aku sentiasa berdoa aku diberi kekuatan untuk terus rajin belajar..ni la cabaran belajar kat negara orang memang jauh beza dengan negara sendiri..lagi-lagi negara yang mengamalkan dasar "pali2" nak cepat jer....hohoho..
ps:malam ni tidur bertiga..berempit sikit tapi takpe musim sejuk..panas sikit tidur malam ni..hohohoho
Monday, December 15, 2008
Yes semester ni sudah berakhir..
Oohh untuk oral test tadi aku bercerita pasal baju kurung dan untuk itu hari ini aku telah memakai baju kurung..hehehe..sampai ada seorang dak lab aku tanya hari ni hari special ker..kihkihkih..aku jawab tak la..aku ada presentation pasal baju kebangsaan sebab tu aku pakai..hehehe...lepas habis presentation tadi songsengnim belajar makan pizza dalam kelas..dapat la sekeping seorang dan bahagian aku telah diberikan pada Li Feng sebab inti daging..huhuhu..aku hanya mampu melihat dalam keadaan lapar..tapi tula kalau dah rezekikan..kebetulan hari ni Princess ajak makan malam kat rumah dia..aku pun sememangnya tak menolak rezeki..alhamdullilah kenyang aku..princess masak kangkung goreng,telur goreng and sup ayam..Kumawoyo Princess...
lepas dinner kat rumah princess lepas tu suruh dia tangkap gambar aku..hehehe
Erm tengahari tadi, aku hampir tak bersemangat je bila aku dapat tau yang kawan baik aku ni akan berkahwin tahun depan bulan 5 atau 6..dan berita ini bukan disampai oleh tuan badannya tapi telah disampaikan oleh seorang kawan baik kitaorang aku namakan sebagai Si G jer..rasa sedih aku waktu tadi macam boyfriend aku nak kawin dengan perempuan lain walapunpun hakikatnya aku takde BF lagi..hehehe..aku memang jadi tak senang duduk dibuatnya..dah la petang ni aku ada oral test.. pastu aku mesej kawan aku ni tak berjawab pula,lagi la aku bertambah-tambah risau..si g ni sampaikan pada aku sebab menurut dia kawan baik aku ni tak sanggup nak cakap pada aku,kerana takut aku terasa..yela kalau ikutkan dia memang dah janji dengan aku yang dia hanya akan berkahwin bila aku berada diMalaysia..sebabnya aku akan jadi pengapit kawan aku ni...mau tak sedih bila kawan baik kita nak kahwin tanpa menunggu kita..siap dah janji tu sebelum ni..yang pasti bila aku dapat tau tadi aku memang sedih gila...then si g cakap kawan aku tak balas mesej sebab dia tengah ikut kursus kahwin hari ni..aku terfikir gak kursus kahwin bukan hujung minggu ker orang buat..tapi disebabkan dia mesej aku dengan penuh serius sampai aku 'ter'percaya dan 'ter'pedaya..aku pun terus mesej nuru..nasib baik nuru tak berpakat dengan si g..akhirnya terbongkar la tembelang yang si g ni memang dah berpakat dengan kawan aku tu nak kenakan aku...FUHHH LEGA gila bila dah tau hal sebenarnya...aku memang tau yang kawan baik aku ni akan berjumpa dengan si g(juga kawan baik aku) tapi tak tau sampai nak kenakan aku camni..untuk korang berdua lepas ni jangan la usik aku camni lagi..dah la aku jauh aku tak tau apa jadi kat korang...nak gurau2 pun tunggu aku balik Malaysia dulu..so kalau pape senang aku lepuk korang berdua..hehehe...gurau yerk..tapi kalau gurauan korang tu melampau tahap cipan memang aku tak segan silu nak lepuk korang...pape pun aku sayang korang berdua..mmmuuaahhhsss..
ps:harap pasni aku dah tak malas2 dah..aja-aja fighting jai..
Thursday, December 11, 2008
Malas...malas...maleha..hehehe
2 hari lepas aku,sumaya dan nausheen pergi melawat one of our indian friend thania yang baru selamat melahirkan anak pada 27 november yang lepas..Thania yang aku kenal setahun lebih masa sama-sama baru menjejakkan kaki ke Kyungpook National University yang juga merupakan classmate bahasa korea..dia baru sahaja berkahwin sewaktu baru sampai ke korea..ala2 honeymoon gitu bezanya dia datang ke sini untuk meneruskan pengajian dalam bidang masters..ibu muda yang berusia 22 tahun.....
me and ayan..pinjam anak orang bergambar..
Wednesday, December 10, 2008
Aidiladha & Lunar Band
Untuk dinner kitaorang mana makanan korea yang dipanggil "kalkuksu"kalau tak silap aku..lepas tu sehingga sebentar kat "Kositel" tempat tinggal dia then baru pergi restoran pasta "back to back"..kiranya malam tu memang khas untuk regular customer kat situ la tapi apa2 pun kena booking tempat duduk..hehehe..semalam sebanyak 6 buah lagu telah dimain oleh 4 orang pemuzik yang terdiri dari seorang pemain violin,guitar,base guitar dan percussion..Lunar band ni terdiri daripada 4 orang jer dan hanya seorang wanita..
Selepas persembahan tu tamat owner restoran tu telah menyediakan sedikit juadah yang terdiri daripada: kimbap,tokk,orange dan biskut yang atasnya diletak chess+orange+pisang aku tak tau nama dia apa..hehehe..so layan la..oo sebelum makan-makan tu..tiba-tiba penyanyi kumpulan tu sapa aku..kihkih..glamour jap aku malam tu..bukan aku tegur dia,dia pula yang datang tegur..maybe aku the only foreigner yang ada malam tu dan dia sangat berbesar hati..aku pun apa lagi ambil kesempatan ni untuk bergambar dengan ahli kumpulan Lunar Band..
Lunar band tengah perform..aku duduk belakang sangat so gambar pun tak jelas mane..hehehe
with Tae Im after supper
dan dibawah ni Tadaaaaa bersama Lunar band..hehehehe...tak bajet pun dapat bergambar dengan dieorang sebab aku ni memang pemalu habis la..tapi dah disebabkan penyanyi dia merangkap pemain gitar telah menegur aku..aku apa lagi mengambil kesempatan ni untuk bergambar la..hehehe
ahli Lunar band bertambah seorang from left:pemain guitar base(pemalu gila aku tengok mamat tu),perempuan tu pemain violin,then percussion,aku(piano cewaahh)dan hujung sekali tu penyanyi merangkap kepada pemain guitar utama...hehehe..
ps:happy i can hear the sound of real music..use to it long time ago..miss all those moment with my piano lesson teacher..miss my school band, the angklung club n gamelan team..well music just part of my life..music is a medium of communication.
Monday, December 08, 2008
Birthday dan DVD
With birthday girl swee won
From left: Anggerik,swee won,sumaya n singmuk(all malaysian (^-^))
Birthday present:novel n cute little mouse
Lepas makan-makan dalam kul 10.15 kitaorang keluar..cadangannya nak tengok wayang la malam tu tapi sampai je kat sana takde cerita yang menarik hati..nak tengok "Let me in" pun kitaorang dah terlewat tanyangan dah bermula pun..pastu g la check cinema kat downtown kot2 la ada cerita best..erm...hampas sama jer..pastu princess nampak "DVD pang" bilik untuk menonton DVD..so kitaorang pun kesana la..naik atas tu..masuk je pastu pilih cerita yang nak ditonton..aku ni kalau nak tengok sure cerita seram..so aku nampak satu DVD ni "The strangers"..pastu yang lelain ni tengok2 lagi..sudahnya tengok "The strangers" sebab dah tau nak tengok apa..hehehe masuk bilik tu kitaorang pun start la tengok...cerita ni base on true story...
Ni la suasana dalam bilik DVD tu macam bilik berkaraoke gak..aku rasa dalam berempat dalam tu memang cun2 r...hehehe
ps: tengok punya tengok ending ceritanya buat aku dengan yang lelain geram dan menyampah...hehe kalau nak tau tengok la sendiri..(tipah tertipu)
Friday, December 05, 2008
Baskin dan salji
cari punya cari sudahnya decide makan ais krim kat baskin robin...hehehe..best2 lama gak aku tak makan ais krim baskin last kat Seoul waktu gi rumah kak munira..
cookies chocolate and yougart
Tae im
-----------------------------------------------------
Hari dalam pukul 8.11 pagi aku terima mesej dari Tae im yang mengatakan luar snow tengah turun aku pun apa lagi terus bangun la..waa memang snow tapi tak lebat mana la..lepas tu mesej masuk lagi dari sumaya ajak aku bersarapan pagi kat rumah dia..hehehe rezeki jangan ditolak..aku bangun bersiap-siap terus gi rumah dia..on the way tu sempat la snap gambar..
kihkihkih depan rumah sumaya sempat lagi
Wednesday, December 03, 2008
Pizza hut
ps:minggu makan sedunia..hari ni makan pizza esok ada orang nak belanja lunch..pastu weekend nak masak-masak kat rumah sumayah..yurmy..hehehe..
Monday, December 01, 2008
Tagged from Kak faten
hahahahahaha..hahahahaha..memang nak gelak lagi..hahahahaha...hahahahaha..tak kot...nampak ganas semacam jer..tak "panas" langsung..sejuk jer mata memandang..hahahaha
2) upload your favourite picture of you?
3) Why do you like that picture?
Biasa2 je tak la suka mane..cuma suka pemandangan kat belakang tu hijau jer..(teringat lagu zainal abidin "hijau" antara lagu kesukaan aku..)
4) When was the last time you ate pizza?
tak silap aku setahun yang lepas tu je la..huhuhuhu tu pun makan kat lab je prof aku belanja tuk lunch..
5) The last song you listened to?
Berikan aku cinta by Ungu
6) What are doing right now besides this?
Hydrolysis in my lab..hohoho sempat jawab tagged lagikan..kihkih
7) What name would you prefer besides yours?
Zoragon,zaigon,(ni tuk nama yang agak melalut la)nama proper takde kot..dah cukup sedap dah nama yang abah n mama aku bagi..:D
tag 5 people to do this
orangorang
ijan
cerpelai
kak jiey
nadia
8)Who is Number 1?
Seorang rakan baik kepada seorang kawan,seorang pekerja kepada majikan,seorang anak kepada kedua orang tuanya..seorang kekasih kepada buah hatinya ops..hehehe
9)Number 3 is having relatioship with?
Fieza kalau tak silap nama isteri dia dan mempunyai seorang anak
10)Say something about number 5?
kenalan dalam blog..tengok2 junior kat upm..hohohoho dunia yang kecil..
11)How about number 4?
my senior kat kmr dulu..akak yang gila2 n supporting..
12)Who is number 2?
kawan semasa diploma dan ijazah..
ps:minggu aku kena tagged..hohoho anyway aku memang suka je nak menjawab soalan-soalan yang merapu dikala otak aku tak dapat menerima apa yang dibaca..hehehe gingle bell,gingle bell,gingle all the way..bla..bla..bla..bla..bla