Thursday, September 18, 2008

Zaman Kanak-kanakku

Hehehe tiba-tiba semalam aku terkenangkan zaman aku masih budak..tak tau la nak dikategorikan aku ni sebagai kanak-kanak yang jenis mana??..benda-benda ni antara yang aku ingat sampai sekarang:

1)masa umur 4 atau 5 tahun aku suka tidur dalam buaian lagi..rasa mengantuk jer aku mula la cari buaian lepas tu aku akan henjut buaian tu dengan badan aku sendiri sampai aku terlena.

2)masih berumur dalam lingkungan 4-5 tahun..aku masih minum dalam botol tapi bukan air susu tau..tak silap aku kalau air susu aku minum dalam cawan..hehe

3)pernah terkoyakkan skirt sewaktu panjat panggar tak sedar kain kat belakang sangkut..lepas tu balik rumah..hahaha

4)umur 6 tahun - main kejar-kejar dengan abang dan abang sepupu aku..saje jer sakitkan hati dieorang pastu aku panjat paip dan mengengsot atas pain tu..tu je jalan nak lepas kan diri tau sebab apa??sebab dieorang baru lepas bersunat mana boleh nak mengengsot...haha..yes!!

5)pernah membunuh cicak yang berada dalam baju dibelakang badan dengan cara,membaringkan diri serta menghempap beberapa kali sehingga cicak itu pening dan mampus..hahaha padan muka cicak tu silap masuk baju..umur 6 tahun

6)umur 3-6 tahun aku dipanggil "mambra" sebab kan rambut dan gigi aku..mambra tu nama watak dalam cerita kartun masa aku kecil-kecil aku pun tak ingat dah cerita tu...panggilan tu dipanggil oleh abang-abang yang duduk berdekatan dengan rumah aku waktu tu di sungai rokam..

7)pernah jatuh basikal dan dahi aku benjol..ubat dia aku sapu bedak..mujarab ker..tu la yang aku fikir..umur 5 tahun.

8)makan chewgum lepas tu dengan tak sengaja terlekat kat rambut..apa lagi mama aku waktu tu naik hantu la..alamak ..nasib mama tak baca blog kan..kalau tak ish2..

9)kalau keluar main-main kat padang permainan ni mesti ada seorang abang tu yang akan follow aku..aku main buaian dia main buaian,aku main gelongsor pun dia nak main juga..aku naik basikal pun dia kejar aku naik basikal..aku tak ingat dia siapa..tapi dia tahu nama aku..

10)Pernah dipukul dengan ranting sehingga ranting tu patah kerana dituduh mencuri..walaupun aku dah cakap bukan aku yang buat SUMPAH..aku tak tahu kenapa mama tak percayakan aku..dan sampai sekarang aku nak sangat tahu siapa yang tuduh aku mencuri tu..aku nak pukul dia dengan ranting balik ehh tak nak la, nak pukul dengan kayu balak sampai patah..(ni perkara paling sedih sebab setiap kali aku teringat memang air mata ni nak menitis) sedih sebab mama tak percaya kata-kataku..umur dalam 5 tahun kalau tak silap..tapi suatu hari aku nak tanya juga kat mama bila aku dah cukup kuat untuk tidak menangis apabila membangkitkan hal ni..

11)suka main puzzle..siap takyah pakai board dia pun aku leh siapkan dengan mudah..sampai besar ni pun aku suka main benda tu...hehe

12)masa aku balik dari kedai aku telah berhenti di satu rumah..kerana abang yang berada di atas beranda rumah tingkat 2 memanggil aku..aku berhenti kejap..lepas berbual seketika aku ingin beredar kerana sememangnya aku takut..tapi abang tu mengatakan yang dia ingin berbual dengan aku lagi dan ingin turun ke tingkat bawah dan berjanji akan memberikan aku coklat..pergh ingat aku "BODOH" dah la aku ni penakut dengan orang yang tak kenal..apa lagi masa dia turun kebawah aku pun cabut la dengan basikal..kejadian ini berlaku sewaktu aku berada dirumah mak longku KL.umur 6 tahun kot..tak ingat tapi memang kecil lagi..

hehe ni la perkara-perkara yang memang terpahat dalam sanubari aku..banyak lagi tapi yang ini adalah yang memang aku akan ingat sampai bila-bila..

ps:sabar yer anggerik pasal kena tuduh tu..kadang-kadang bukan anggerik tak nak tanya tapi risau perkara itu akan menyebabkan mama tersinggung..yela mana tau mama rasa bersalah sebab pukul aku macam tu..dan aku sangat benci orang yang tuduh aku tu walaupun aku tak tahu siapa..kebenaran akan terbukti walaupun beribu tahun..

10 comments:

mommy said...

hmm nak dikategorikan sbg kanak-kanak2 ape ye?/
leh tahan jugak buasnye akak nie ek..hehe
mmg sedih kan kalau org tuduh kite benda yang kita x buat

snm | snm said...

buas! :p
ada la sikit cm aku :p jatuh terbalik ke blkg dr atas motor sbb x pegang pinggang abah aku :p
mambra tu org jahat dlm crta Thundercat :)

orangorang said...

aku xnak cakap ko buas tapi nak cakap ko lasak.beberapa benda yang ko tulis ni,aku pernah dengar ceritanya dari mulut ko sendiri.hehehe....

kawan2..zai kan kecik2 dah ada abang minat kat dia. dahsyat tu...hehehe...

pasal soalan yang ko nak tanya kat mama tu,aku rasa, mama mungkin dah x ingat dah peristiwa tu.maklumlah dah lama...tapi kan...boleh je cuba tanya.mana tau dia ingat. klu xde kekuatan, aku boleh tolong tanyakan.hehehehe......

Anggerik Hutan said...

pricess,
bunyi die akk ms kecik mcm singa pun ada..hahaha

snm,
dasat tu jatuh terblk daro motor plak tu..ish2..haaa baru igt thundercat..hehe thanks snm

orangorang,
hehe..mestila ade yg aku dh citer kat ko..hah psl menda tu biar aku tanye..nnti la aku tanye..tu pun kalo rase nak tnya..kekdg tu mcm mls jer..pk2 blk menda kecik..hehe

Anonymous said...

teringat plak mase kecik dlu klu gaduh mesti aku nk menang.mesti menang punye la..hahaha!!! =P

Anggerik Hutan said...

manny aku rase sume bdk camtukan..kalo gaduh tu mmg nak menang..aku tak tau ko tapi kalo aku main pukul2 ngan adik aku tu msti aku nak jadi org terakhir memukul baru rase menang..hehehe

Nadia said...

hohoho...

dulu kecik2 saya suka tangkap budu pastu biar tgh panas sampai budu tu kering.Dasayt jugak..Takpe..budak2 memang takde perasaan..heheheh

Akula Nora said...

ckp psl lekat chewing gum kat rambut..teringat masa kecik2 dlu akak curi2 mkn chewing gum(xtau nape mak akak x kasi mkn chewing gum, takut tertelan kot..)Pastu saja gatal2 letak kat rambut. Terus melekat tak leh tanggal. Kantoi dgn mak akak, trus dia potong rambut akak jd pendek...wa...

Akula Nora said...

jap...bunuh cicak dgn cara menghempap balik cicak tu? efisyen sungguh....huhuhu..

Anggerik Hutan said...

nadia,
hahaha asal la awk buat camtu.. nie mesti kes nak wat budu kering mcm ikan kering hehehe...

kak nora,
psl chewing gum crite kite lebih kurang sama la kak nora..nak test power chewing gum la kononnya pastu lekatkan kat rambut hehe..kalo akk nak cuba stail bunuh camtu ok gak..kihkih