Monday, September 08, 2008

"Jejak Kasih"

Hehehe...sabtu lepas aku dan sumaya telah pergi ke Kiemyung University..dengan menaiki bus 305 dan perjalanan yang mengambil masa 50 minit aku telah sampai ke Kiemyung University..aku ke sana kerana ingin berjumpa dengan kawan aku yang hampir 8tahun tidak berjumpa..dia merupakan kawan sekelas aku sewaktu di tingkatan 1 dan sewaktu tingkatan 4 ia juga sama kelas yang kemudianya dia telah memasuki MRSM..minggu lepas aku mendapat mesej di frienster yang menyatakan dia baru sampai di korea bagi melanjutkan master yang kebetulan university tersebut juga di daegu..kiranya ni ala-ala jejak kasih la sebab dah lama tak jumpa dan tak sangka yang kami akan berjumpa di negara orang..sampai je di "Kay dey" (게 대)..aku telah berhenti di east gate..aku janji dengan dia nak berjumpa di main gate dan dia kata di gate tu ada buku besar..cari punya cari rupanya memang kami salah berhenti dan bus yang aku naiki tu memang tak lalu di main gate..jadi selepas tengok mape university tu aku dan sumaya pun mula la mencari main gate tak susah mana pun..hehe sebab dah tengok mape kan...dalam perjalanan menuju ke main gate aku dan sumaya sempat bergambar sebab kay dey ni memang cantik la..kat bawah ni aku letakkan gambar sekitar kay dey tu tengok la..hehehe..


mape kiemyung university



sempat lagi aku bergambar..



kiemyung art center


kiemyung lift


melepak kat sini best juga


suraya dan aku di kawasan dormitory


jadi perancangan tuk hari tu ialah membawa dia keluar untuk membeli baju dan juga berbuka puasa bersama di rumah aku..suraya yang aku kenal sewaktu di tingkatan 1 tak banyak berubah..waktu tu dia dari sekolah rendah yang lain telah memasuki sekolah aku "Methodist Girls School"..dan kalau aku tak silap dia merupakan rakan yang duduk disebelah aku..tapi kami hanya sekelas di tingkatan 1 dan sekejap ditingkatan 4 sebelum dia berpindah ke MRSM..dan kali ini sekali lagi kami berada di satu kawasan yang sama untuk melanjutkan pelajaran di peringkat master..

Selepas tu aku telah membawa dia ke down town untuk membeli baju dan kasut..mula-mulanya aku ingat hanya sekadar ingin menemani dia tuk membeli belah..sudahnya aku pun terbeli 2 pasang kasut..erm aku beli sebab ada alasan la juga sebab kaki aku dah mula melecek sebab kasut yang aku pakai tu memang dah tak selesa tuk aku berjalan jauh..jadi aku pun beli la satu...hehe..lepas tu tu pula kasut satu lagi sebab harga dia murah..beli satu 4000won, 2 7000won..jadi sumaya telah beli satu dan aku beli satu...ok la tu untuk sepasang kasut yang cantik dan berharga 3500won..berbaloi gak la...kat bawah ni gambar kasut yang aku beli


ni la kasut yang buat kaki aku melecek


ni kasut yang baru dibeli untuk dipakai penganti kasut di atas..hehe


ni pula kasut yang murah tu 3500won

dah puas pusing-pusing kat downtown tu..kitaorang pun ke kedai indonesia..ingatkan nak cari ayam..sebab cadang nak masak nasi tomato..tapi pergi-pergi ayam takde la pula..so aku pun beli je la bakso untuk dibuat sup..erm kat kedai tu terjadi la satu perbualan yang agak melucukan antara pekedai dengan kami..ni antara dialognya la..tak tepat sangat tapi bunyinya lebih kurang macam ni la..

pekedai : cari apa mbak?
kami : ayam beku ada
pekedai : engak ada tapi kalo dicari dimana ntah dia cakap...disana ada
kami : oooo
pekedai : dari mana asal?
kami : dari malaysia
pekedai : ooo ingatkan dari indonesia
perbualan itu agak panjang berserta pujian dari kakak kedai tu yang mengatakan kami ini cantik-cantik belaka..hahaha..saje nak bagitahu yang kami telah dipuji oleh mbak tersebut tak kisah la ikhlas ker tak?hehehe..dan dia menyatakan yang dia ada rakan di malaysia siapa lagi kalau tak penyanyi "siti nurhaliza" tu..hehehe..jadi kat sini aku pendekkan dialog sehingga ke perbualan yang agak melucukan..

kami : ikan keli ni berapa kak?
pekedai : 7000won..ikan apa ini??
kami : ikan keli..
pekedai : keli???lepas tu boleh dia tergelak terkekek..
aku : dalam hati hampas kakak ni gelakkan nama ikan keli pula..lepas tu aku
tanya pula dia di indonesia di panggil apa mbak?
pekedai : nak tau apa dia jawab "LELEY"
aku : dalam hati memang nak gelak macam dia gelak tapi aku tahankan jer.

lepas membeli serba sedikit barang yang sukar didapat dikedai lain kami pun beredar...selepas itu kami pun pulang kerumah..sampai jer dirumah..aku pun apa lagi buka la balik cerita ikan keli tu...aku cakap dengan kawan-kawan aku ni.."gelakkan ikan keli kita tak tau dia punya nama ikan keli lagi kelakar "LELEY"pas tu kitaorang ni pun apa lagi gelak besar la...hahahahaha..aku tak jadi beli ikan keli tu sebab banyak sangat dan peti ais kat rumah aku ni bahagian beku dia tak sejuk mana..so kalau simpan lama-lama takut busuk pula..

ps:erm angah aku dah pakai dah baju hijau yang ko hadiah kan kat aku tu macam mana??cantik tak aku pakai??hehehe..walaupun ikan keli digelakkan oleh mbak tu..paling tak nama ikan keli di indonesia juga tak kurang lucu yer.."LELEY" sampai bila-bila aku ingat punya la..kalau mbak tu sebut sekali dua takpe..ni dia sebut 2 3 kali pastu gelak-gelak..hihihi..tapi kalau aku teringat balik perbualan tu memang aku pun nak tergelak..hehehe..satu lagi dorm yang suraya tu duduk pun nama dia "Keli House"..hari sabtu lepas adalah hari keli sedunia..hehehe

13 comments:

mommy said...

Keli House a.k.a Leley House
hehe

Anggerik Hutan said...

haha tu kite jer yang tau..stud indonesia tak tau ikan keli..kihkhih

sepenuhjiwe said...

nk p jejalang gok ;p

Nadia said...

ikan keli~suka makan!heheh

snm | snm said...

ni yg teringat masa kemper 06 :p
aku kene siang ikan keli yang mana aku TAK MAKAN IKAN KELI!!
mahu nanges jek :(
ijan pun tak makan ikan keli.
huuu~~~~
semorang makan ikan keli dgn sedap nya..hemp...tak tau betapa seksanya aku menyiang ikan tersebut!

Anggerik Hutan said...

ijan,
meh r dtg sini nnti aku bw ko jejln..hehe

nadia,
a'ah mmg sedap kalo masak belada..erm lagi sodap..

lin,
hahaha yeke..nak wat camne lin dh ko n ijan kan ajk masakan..huhuhu aku tau sesak nak siang ikan nie sbb die licin sgt..pape pun trima ksh la bebyk yer lin..sedap..

Nadia said...

zai pandai cakap korea ek?beshnya...mesti tgk citer korea boleh faham kan?besh2!

snm | snm said...

zai..aku lupa nak cakap sesuatu
aku suka baju kau. kau nampak lebih comel & cantik dengan baju itu! :D

Anonymous said...

ko kurus skang babe..serious!!gorgeus,babe!!

Anggerik Hutan said...

nadia,
erm kalo tgk citer tak paham lagi sbb blaja bhs korea wajib 2 level jer tuk stud graduate..so tersgt la skit yg dipahami

lin,
hehehe..baju itu buatan msia yerk lin..jadi anda bole la mendptkannya di downtown atau mana2
shoping kompleks berhampiran..

manny,
aku tak jadi vegetarian manny mana tak kurus..then tiap2 hari g lab jalan kaki mane ade motor lagi..haha..pakej blaja disini..kihkih

orangorang said...

sorry la...baru sempat nak komen. memang padan baju tu dgn ko w/pn ms beli tu, ko mcm xberapa suke je. cantik jugak kasut2 yang ko beli tu. apalah ko ni...dari dulu memang xpernah berubah...tetap ske beli kasut2. apa2 pun, jangan bawa tabiat membeli ko kat malaysia sampai ke sana dah r..hehehe...
renung2kn & slmt beramal...

orangorang said...

bukan melecek la ...
tapi melecet....

Anggerik Hutan said...

angah kat sini aku mmg menahap diriku untuk tidak membeli byk menda..sbb nnti nak bw blk satu mslh plak..hehe..
ehh baju tu aku suke la sape ckp aku mcm tak suke..ehh silap eja yerk melecek(melecet)hehe..ko mmg kan sentiasa betulkan ejaan aku mcm cikgu dh..