Monday, September 22, 2008

Mencari pengalaman berbuka puasa di masjid

Semalam kami berlima (suraya,sumaya dan anggerik-malaysian dan juga mutia dan zahra-indonesian)telah pergi ke masjid di Jukjeon..masjid yang rata-ratanya dikunjungi oleh rakyat pakistan kerana imamnya juga dari Pakistan..kami tiba sedikit lewat kerana pemandu pelancong terlupa jalan..tapi kami tak sesat..kami tiba setelah 5 minit berbuka puasa dan kami telah dihidangkan dengan buah tamar,pakora,buah-buahan seperti salad tapi cukup berempah rasanya beserta air sirap selasih(anggerik tak gemar sangat kerana terlalu berempah sampaikan air pun rasa macam letak rempah)kemudian kami terus sembahyang maghrib dan hanya selepas itu acara makan malam disediakan;makanan yang agak simple tapi menarik nasi ala-ala beriani dimasak bersama daging kambing..anggerik makan nasi jer sebab tak makan daging kambing..dan sememangnya lumrah makanan orang pakistan yang berempah,berminyak dan juga pedas..selepas itu kami dihidangkan pula dengan teh panas..kami tidak berterawih disana memandangkan terawih akan diadakan sedikit lewat dan kebanyakan jemaah perempuan yang hadir telah pulang kerumah...jadi kami mengambil keputusan untuk pulang juga..disana kami telah berkenalan dengan pelajar dari Uzbezkistan Gulchehra dan juga Barno(bukan pelajar)..kedua-dua mereka ramah sekali dan kami sempat bertukar-tukar no telefon.Gambar kat bawah ni masa nak pergi ke masjid dan juga didalam masjid..nak ambil gambar jemaah perempuan tapi takut dieorang pula yang segan..so ambil gambar makanan je la...


zahra,mutia,sumaya dan suraya


puteri-puteri Malaysia


tak tahu apa nama dia tapi ada kacang,kentang macam salad buah la tapi kuah dia tu berempah..macam pelik la pula rasa dia hehe..


pakora


macam nasi beriani dimasak sekali dengan daging kambing..ngemmbeeekkkk!!!!hehehe


maria(dak kecil tu yang suka berlakon)sumaya,mutia,suraya,gulchehra dan anggerik

6 comments:

manny zain said...

aku pun tak makan daging kambing...hamis...tak tahan bau...

ijan baik said...

tgk pn tahu cm xsdp.... tolonggggggggggggggggggggggg....
jgn pksa aku mkn

Anggerik Hutan said...

manny,
a'ah tapi yang ni kwn2 aku kata tak bau tapi aku mmg tak mkn pn..hehe.dl penah cube skali tapi rase cam pelik jer..mmg aku tak mkn la..

ijan,
hehehe...setgh org leh telan..aku camtu2 la..tak la beria sgt..

fa10 said...

kat edinburgh pun ramai pakistan...diorang meniaga kat sini...rumah akak sewa ni pun pakistan punya. Nasi kambing tu mcm nasi pilau...sedap tau

BukiTiLMu ( BI ) said...

waa...

sedap ye...

hehe..

selamat hari raya...
maaf zahir batin..

erm..

de berita ni..

tahniah..

anda di tag...

check mine k..

;)

Anggerik Hutan said...

kak fa10,
erm tapi kalau berminyak sangat tu sy tak le trima la kak..hehe

bi,
selamat hari tuk bi juga..hehe nanti saya check yerk..