Erm tadi staff department aku datang dan bertanyakan bila aku nak ambil 대학완 시험..aku ni dengan keadaan yang masih mamai blur nak menjawab..hehe..pastu aku cakap la sekarang ni aku tak leh nak decide lagi..so die bagi masa pada aku..pastu aku macam biasala dengan sepantas mungkin pergi mendapatkan info dari mereka-mereka yang berpengalaman dalam ujian nie..erm menurut mereka-mereka ini ujian tersebut tak la sesusah mana dan kalau nak lagi senang baik ambil berkumpulan..ini kerana ujian ini mengandungi 3 soalan dari 3 profesor yang berbeza..dan yang paling bestnya aku boleh memilih nak soalan dario profesor mana..dan sudah pastinya prof-prof ini adalah dalam top 3 senarai aku
1)prof park (prof aku sendiri)
2)prof eom (our department dean)
3)prof kim aka 벙삼 (sebab dia macam baik)
dan aku tidak mengambil ujian ini berseorangan kerana Jung-Hye akan mengambil sama pada semester depan..hehe nasib aku berkawan..sebab jung-hye ni dibawah prof eom boleh la nanti di bodek-bodek prof dia dan aku akan bodek prof aku pula..kihkih..nak hidup la katakan..
*******************************************
pagi tadi aku dengan princess telah pergi ke student international affair untuk mengisi nama bagi lawatan ke 안동 곡제탈춤페스티벌 (Andong Maskdance Festival 2008)yang akan diadakan pada 27 september nanti..aku memang takkan melepas peluang-peluang macam ni kerana lawatan ini memang dianjurkan khas untuk international student dan tempat adalah terhad..lagipun kalau nak pergi sendiri belum tentu aku pergi..hehe..
macam yang lepas aku telah pergi ke Goraebul beach tour..dan aku pernah terlepas festival "bull fighting".so lepas ni kalau aku dapat info pasal mana-mana lawatan jer sudah pasti kami bertiga (anggerik,princess,kakak)sorry swee won i luv to call you kakak eventhough we are same age and actually i'm older 8 months from you..
*******************************************
2 hari lepas kawan sekolah aku sewaktu aku tingkatan 1 dan kami tidak pernah berjumpa lebih kurang 9 tahun telah menghantar message di frienster..rupa-rupanya dia pun ada di daegu tapi di kiemyung university kira-kira sejam dari university aku..dia baru sampai 2 minggu sudah dan mengambil master in chemical engineering..alhamdullilah nampaknya pelajar malaysia di daegu ni telah bertambah kepada 6 orang termasuk kami bertiga di sini..aku bercadang untuk berjumpa dengan suraya pada hari sabtu ini bersama sumaya ingat nak memasak dan berbuka bersama..hehehe(tu la orang kata dunia ni kecil kat ipoh tak nak jumpa sudahnya jumpa dikorea)erm tak mengapa la dah jodohkan..nanti kalau ada gambar menarik aku dengan dia aku akan letak untuk entry akan datang..
ps:anggerik cepat-cepat siapkan writing paper kamu itu..jangan ditangguh-tangguh..untuk anggerik semoga berjaya dan cemerlang dalam apa jua yang kamu lakukan..
2 comments:
jom2 g andong!!!
jom nanti kite nari yerk kat sn..kihkih..
Post a Comment