Monday, September 01, 2008

Semester baru bermula

Hari ini 1 September bersamaan 1 Ramadhan permulaan hari bagi semester baru dan juga hari pertama berpuasa..kali ini merupakan tahun kedua aku berpuasa di perantauan..rasanya tak banyak berbeza dengan tahun lepas..almaklum la bila dah berada di sini..rasanya sama je setiap tahun fenomena dia..hehe..mana ada bazar ramadhan, jualan murah jauh sekali haha..pagi tadi waktu bangun sahur aku hanya melapik perut dengan "cornflakes"merupakan makanan kegemaranku..InsyaAllah ok kot perut ni..ala zaman belajar di upm pun mana ada aku sahur betul-betul..kadang-kadang tu minum air jer punya la malas aku ni nak bangun bersahur..

***********************************************************

pagi ni waktu aku sampai lab,budak-budak lab ada yang dah sampai tapi prof aku lambat sampai sekitar jam 12 lebih baru dia sampai..dan untuk semester ni aku hanya akan menghadari satu kelas,satu kelas thesis dan kelas bahasa korea atas kehendak aku sendiri(yang wajibnya setahun pertama aku)dah alang-alang aku ada peluang untuk belajar bahasa korea buat apa aku nak sia-siakan..hehe..erm kelas sem ni pasal "특수기"(speciality on paper)..aku ambil kelas prof kim aka 벙삼 ni sebab kelas dia senang walaupun bi dia tak bagus mana tapi prof ni sedaya upaya untuk menerangkan pada aku..salute juga la aku pada dia..dalam kelas ni ada 3 orang termasuk aku.tiga-tiga anak buah prof park..hehe maknanya diaorang ni labmate aku la..seorang lelaki dan lagi seorang perempuan..

************************************************************

petang karang pukul 6 aku ada 한국어..macam tahun lepas puasa pertama aku,aku menghadiri kelas bahasa korea dan hanya berbuka air kosong jer..nampaknya tahun ni pun sama juga la buka dengan air kosong beza dia cuma tahun ni balik rumah nanti aku boleh memasak tak macam tahun lepas aku balik jer bilik aku berbuka dengan maggi jer..huhuhu..bila terkenang balik kekadang aku rasa kesian dengan diri aku sendiri..hehe..lawakla aku ni kesian kat diri sendiri.

ps:disini Anggerik nak mengucapkan "selamat berpuasa"pada semua ahli keluarga,rakan-rakan semasa sekolah,university,blogger2 dan semua umat islam tak kira dimana jua anda berada..dibulan yang mulia ini marila sama-sama kita berlumba untuk membuat amal..

4 comments:

orangorang said...

biasalah kne berbuka sendirian. syukurlah...kerana masih lagi diberi peluang untuk berpuasa di ramadhan ini.

PrinCeSS said...

bile pkir2 mmg kesian kan kat diri sendiri waktu dulu2..specially time duk dorm..huhuh

Akula Nora said...

Salam ramadhan zai, selamat berpuasa di perantauan. Makan maggie je ke?

Anggerik Hutan said...

orangorang,

hehe aku sentiasa cuba untuk mensyukuri segala nikmat yg aku dpt..

princess,

a'ah tul tu hehehe..hanya mereka yg melalui akan merasa seperti kite..kihkih

kak nora,

salam ramadhan tuk akk juga..erm tu mase zmn duk dorm..skunk dh duk umah ok la..hehehe