Friday, September 05, 2008

Rasa tak best,tak selesa dan rimas

Itu yang aku rasa sejak 2 3 hari nie..aku ni bukan jenis yang suka ambil tahu pasal orang lain lagi-lagi yang tak rapat dengan aku..so aku pun tak suka kalau orang lain sibuk-sibuk nak tahu apa,kemana yang aku buat..perlu ker setiap pergerakkan kita dilaporkan..pada aku tak perlu la..dan macam budak-budak pula aku rasa.kadang-kadang tu aku perlukan masa aku sendiri..masa dimana takde orang kacau aku..macam nak tutup handphone jer..aku rasa la kan lepas ni kalau aku nak bersendirian baik aku tutup handphone aku lantak korang la..aku peduli apa..geram tau..sebab lepas tu tak pasal-pasal aku pula yang dipersalahkan sebab tak bagitahu aku kemana..bukannya aku tak balik 2 3 hari..lepas ni memang aku nak buat tak tau jer lagi-lagi bila aku keluar..ataupun buat-buat tak dengar je bila handphone tu berbunyi(handphone aku tu pun aku sentiasa vibrate)

Sebab pada aku seseorang tu ada hak samada dia nak bagitahu atau tidak bila dia nak kemana-mana..lain la mak bapa atau family kita..sesebelum ni pun aku tak pernah bagitahu..bagitahu pun bila dia tanya..tapi semalam lepas bagitahu aku pula yang dipersalahkan lepas ni lagi la haram aku nak bagitahu..."my your won business"..

*******************************************

Pagi ni dalam perjalanan nak ke lab aku tiba-tiba di sapa oleh 2 orang pelajar ni. mulanya dia sapa dalam bahasa korea dan aku sengaja buat-buat tak faham sebab kekadang diaorang ni datangnya dari satu tempat dan kawasan university adalah salah satu tempat yang diaorang suka untuk bertabliq.ingat kan kenapa..rupa-rupanya nak suruh aku dengar dia punya presentation.aku cakap la aku takde masa sekarang ni..then dia tanya macam dengan esok sabtu..aku cakap la aku nak jumpa kawan aku..sebab memang kebetulan esok aku nak jumpa kawan aku suraya yang ada kat kiemyung university..lepas tu aku cakap la isnin depan waktu lunch..lagi pun tak lama 5 minit punya presentation dia cakap..kalau betul pasal presentation aku memang tak kisah nak tolong tapi kalau ada udang disebalik batu (rasanya kalau student kat sini faham apa yang aku maksudkan)memang nak kena sembur la dengan aku..kekadang tu aku rasa macam pelik gak sebab tiba-tiba dia boleh minta tolong dari orang yang dia sendiri tak kenal..aku takut juga tapi sebab dia perempuan dan yang laki tu nampak baik jadi aku decide untuk tolong..pada mulanya aku memang nak bagi alasan tapi kita tak leh nak hukum orang tanpa usul periksa..kita tunggu dan lihat je la isnin..kalau dia lebih-lebih memang dia cari nahas..aku dah la 2 3 hari ni mood tak ok sangat..jangan salahkan aku bila aku berkelakuan sedemikian..senang jer dengan aku ni..kalau tak usik aku,aku takkan usik orang tu..tapi sekali aku kena sampai mati aku ingat dan jangan harap aku akan ok..aku mungkin pelakon teater,tapi dalam dunia realiti ni aku memang tak pandai nak berlakon..kalau aku tak suka tu aku takkan berlakon berpura-pura suka..aku tak nak jadi hipokrit..go to hell with the person like that..ok la aku pun tak nak cerita lebih-lebih karang tak pasal-pasal keluar ayat-ayat yang tak sepatutnya..



********************************************

Lepas tu aku terserempak plak ngan 아주마(ajuma) dengan 아자씨(ajoshi)aku rasa suami isteri la kot..agak tua mungkin 50-an..ajoshi ni ajar ajuma naik basikal..hehe bagus ajuma ni walaupun dah tua tapi dia nak lagi belajar naik basikal..terkial-kial dia bawa sekali-sekala nak jatuh nasib dia ada kaki..selalunya kita tengok budak kecil kalau baru belajar tu pasti jatuh punya la sebab tak pandai imbang lepas tu kalau nak jatuh tu memang panik sampai tak tahu nak guna kaki dia untuk tongkat basikal..hehehe..aku ingat nak rakam leh tunjuk..tapi karang kalau ajuma dengan ajoshi tu perasan naya aku kena hambat..kihkih..




ps:untuk anggerik bersabar yer..fikir positif walaupun bunyinya senang tapi nak lakukan tu memang susah..

5 comments:

mommy said...

wah emotional nampaknye nie..
lain org lain perangainye..
xpela kak, sabar je k..

pernah jugak sekali dua terserempak ngan student yang mintak tolong utk assignment die..agaknye sbb dorg tgk kite foreigners..tapi x taula pulak kalau ade udang disebalik batu utk kes akak kali niii..harap2nye x la

DrKong said...

oit..sabar adik oit..sabar. apapun ko daha cakap ngan depa yang ko tak ada masa dan ada kerja lain. kalau pun hang ada masa yang sedikit pun, biarlah mereka itu. dorang patut jumpa supervisor depa sendiri. lainlah kalau dorang tu betul2 kawan rapat atau memang dah kenal ko. Kalau stranger in the dark, besanya biarkan jer.

hehe

snm | snm said...

zai..critela ngape ada udang di sebalik batu
sabar ye zai..bln puasa ni, tak elok marah2 syg ku zai :)

Anggerik Hutan said...

princess

hari tu la ter emo lebih skit..tapi ok dah..jgn risau..

kengkaru

tgh sbr la ni sbb tu tulis kat blog jer..kalo tak saba dh jadi citer lain dh..

snm

erm sensitif la nnti ko ym aku citer..:D

orangorang said...

ko memmang camtu tau....ko geram & marah2 tapi ko tetap nk tolong...