Wednesday, September 17, 2008

Ramadhan Ke-17

Sekejap jer masa berlalu kan..dah ramadhan ke-17 pun..dah tak sampai setengah bulan lagi semua umat islam akan meraikan "Hari raya aidilfitri"..dan aku disini puasa dan raya sama sahaja..suasana puasa dan raya tu memang kurang la berbanding berada dinegara sendiri..mungkin korea bukan negara islam dan umat islam ditempat aku ni "대구"umat islam amat payah untuk diketemu..tak mengapalah aku disini pun bukan lama..InsyaAllah tahun depan dapat la aku berpuasa dan beraya dalam suasana Malaysia pula..hehe..walaupun aku baru setahun lebih disini.tapi having a break from hectic routine memang sesuatu yang aku nanti..dan aku percaya mereka yang duduk dilab specialy student graduate akan melalui apa yang aku rasa khususnya di korea ni..sukar untuk aku katakan adakah aku yang terlalu manja atau pun sememangnya kehidupan sebagai student di korea amat memenatkan..kadang-kadang hidupku ni aku rasakan macam "sesuatu" nak katakan robot tak juga entah aku sendiri tak tau nak gambarkan macam mana..tapi aku amat bernasib baik kerana profesor aku boleh dikira sebagai ok lagi berbanding rakan-rakanku yang lain..dimana mereka terpaksa berada dilab dari jam 9 pagi sehingga jam 10 atau 11 malam..adakah itu kehidupan seorang student??aku hanya melakukan perkara yang sedemikian sekiranya aku mempunyai kerja tambahan atau kerja yang harus dilangsaikan..ya aku memang bernasib kerana profesor aku tidak pernah memaksa aku untuk berbuat demikian..aku sememangnya bersyukur..

*********************************************

tahun ni tak seperti tahun lepas dimana aku memang tak berani dan tak mahu mendengar lagu-lagu raya..kerana aku risau dihambat kerinduan terhadap keluarga..tapi tahun ni aku memang melayan habis lagu-lagu raya..mungkin sebab tahun depan aku dah boleh beraya di Malaysia..hehehe..dan lagu favourite raya aku adalah "Harapan Ramadhan" nyanyian Man bai feat Raihan..aku sangat sukakan lagu tu..so boleh la korang dengar lagu ni..aku tau pasti ada yang memang meminati lagu ni..dan satu lagi lagu siti nurhaliza "sesuci lebaran"alah senang cerita aku memang minat la lagu raya..hehe..ingat nak letak semua lagu tapi karang menyemak pulakan..hehe..jadi aku letak 2 video jer...yang lain-lain tu leh dengar kat "youtube".






ps:Anggerik peminat lagu raya..hehe..layaaannn...

6 comments:

mommy said...

amboi2 dah siap letak lagu raya ni..
:P

snm | snm said...

waaa...zai excited nak raya!! :D

Unknown said...

Kita suka lagu Sudirman.... Balik Kampung

Anonymous said...

aku awal2 pose dh layan lagu zai..hahaha...=P

orangorang said...

aku suke lagu kupohon restu ayah bonda nyanyian mamat(betul ke x ntah tajuknye) hehehe...

kalau ko nyanyi untuk aku pun aku suke zai...

Anggerik Hutan said...

princess,
hehe mood nak raya dh dtg

snm,
hehe mmg2 walaupun byk keje menanti

versedanggerik,
sy pun suke..tapi sy tak balik kg.waaaa tak nak la kak..satu lagi nyanyian aisyah pulangla..sedey gak kan lagu tu...

mannny,
ko lagi dasat manny..hehe

orangorang,
hehe aku mamat ni kureng skit la..aku bole nyanyikan tgg taun depan yerk..