Friday, January 30, 2009

Aku juga pengguna jalan raya

Tadi petang waktu pulang dari lab untuk makan malam aku singgah sebentar dikedai beli beras dengan telur..dalam perjalanan kesana aku lalu lah kat jalan yang memang biasa aku ikut..memang takde jalan lain dah..jalan kat korea ni semua kecil jer..kalau takde yang parking tepi jalan memang muat2 2 kereta selisih..tapi kat sini..bukan kereta je lalu habis semua nak lalu..jalan dah la kecil..yang aku nak cerita ni tadi tiba2 jalan sesak semacam ingatkan kenapa rupa2nya kat simpang tiga depan kedai aku nak pergi tu kereta nak lalu dari 3 arah serentak mana tak sesak..ish2 sampaikan lori kecil yang potong aku masa aku jalan kaki sudahnya aku potong balik..hahaha..laju lagi aku jalan..kalau kat sini aku jalan memang rasa tak aman je..sekejap2 kereta lalu..kalau aku leh pasang side mirror memang aku pasang dah..tak yah la aku nak toleh ke belakang..


Lagi satu kat sini kalau lintasan kuda belang tu(zebra) orang jalan kaki memang diutamakan tak macam kat Malaysia..kita lalu kat lintasan tu pun kena hon kalau ada kereta yang nak lalu..masa awal2 aku sampai sini aku cuak juga ye la aku dah berhenti kononnya nak bagi kereta lalu la..tapi kereta tu pula berhenti..aku yang jadi keliru..lagi satu kat dalam kawasan university ni jarang ada kereta yang akan hon kalau kita main lintas jer..student korea ni kalau lintas memang buat tak tau jer..sah2 kereta yang akan berhenti..ok la dieorang dah biasakan..tapi bahaya gak untuk orang macam aku ni..selalunya aku dah jalan sikit tapi sebab nampak kereta ker motor ker atau basikal aku berhenti la...kadang2 aku dah macam teragak-agak nak lintas ker nak jalan..macam malam tadi basikal tu laju aku jalan lepas tu berhenti sekejap sudahnya dia lalu belakang aku nasib aku terus jalan, kalau aku patah balik kebelakang tak ker naya tu...huhuhuhu

Wednesday, January 28, 2009

Chinese New Year

Yesterday i had dinner together with other Malaysian Swee won,Sumaya and Singmuk(my 3S).. to celebrate the CNY we start to cook around 3pm at sumaya's house, the chief chef was Singmuk,he cooked the main dishes(sarawak laksa and curry the paste was posted over from sarawak to daegu by swee won's mother)whereas 3 of us helping him to prepare things just like assistant to him..hehehe give him chance to show the cooking talent..swee won making the "mandu" aka "dumpling", sumaya did the kuih kasturi and me the kek batik...I think we only start to eat at 7.15 before that we already eat the mandu coz the mandu you have to eat straight away after boil it,other wise the mandu will start to stick with each other..ok let's the picture tells everthingmandu aka dumpling inside got daun kucai with egg
sarawak laksa
curry chicken
kuih kasturi
sumaya tekun buat dumpling dia paling excited bila swee won kata nak buatkan dumpling

gadis dumpling hahaha

eat time

wishing all my chinese friend, Happy chinese new year..

Gong Xi Fa Chai

Monday, January 26, 2009

Tag from kak faten

The rules are simple. Use GOOGLE IMAGES to search for the answers to the questions below.Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.After that tagged 5 people..

1) Next year i'm....




2) I really want to go to..





3) My favourite places..






4) My favourite things..







5) My favourite drinks..








6) My favourite foods..







7) My favourite colours..







8) I live in...





9) I born in..





10) A nick name i had...




11) My college major..




12) My bad habit..






13) My hobbies...





14) I wish...






15) I wannt to tag...

  • orang2
  • snm(hehehe)
  • kong
  • kak nora
  • budak hutan



Friday, January 23, 2009

Happy birthday to my dear Batrisya

A very happy birthday to someone as sweet as my little angel...Happy birthday dear..
Hey Kiddo, have jumbo kidda fun on your birthday ya..hope you grown up as a good daughter...happy 2nd year birthday


birthday cake from me to you..hehehe




Happy birthday to you..happy birthday to you,
hapyy birthday to Batrisya Akmar,
Happy birthday to you...

lots of luv from me to you my niece..




trisya


and also happy birthday to my friends


24 january - azita zawawi,zarin ramlan


26 january - mohd nor firdaus


happy birthday dude,may Allah bless your journey to the west ehh silap journey of your life..



Once a year I get the chance
To wish you birthday cheer.
It pleases me no end to say,
I wish you another great year.

So happy birthday to you,
From the bottom of my heart.
And may your good times multiply,
Till they’re flying off the chart!


ni kek tuk korang bertiga

Tuesday, January 20, 2009

Superwoman

Hahahaha aku la superwoman tu(naik lift lepas tu turun balik)tadi cousin ex-housemate aku datang rumah ambil meja study..meja tu tak guna lagi dah,lagi pun lepas ni kalau aku habis belajar aku malas nak susahkan orang lain tuk buang..nak tak nak memang kena suruh cousin dia ambil la..lepas cousin dia dah bawa pergi meja tu, aku pun alih la meja study yang memang sedia ada di rumah diruang tempat aku tidur ke ruang satu lagi...aku alih sorang2 tau...nak minta tolong mamat berdua tu mulut aku memang berat(aku pemalu)..hehehe..so keadaan rumah tadi sedikit huru-hara (sikit je la tak teruk mana pun)aku ni jenis pantang nampak benda yang tak settle memang aku nak settlekan waktu tu juga..so aku mulakan operasi mengemas balik rumah aku..mula2 aku tarik semua laci keluar...dengan kudrat yang ada aku tarik sikit demi sikit sampai ruang satu lagi..ok settle pasal meja tu..satu lagi cabaran (hehehe rasa macam amazing race pula):-p..aku kena angkat peti ais pula ke atas meja tadi..saiz peti ais tu besar sikit dari yang selalu ada di hotel2..yang di hotel tu aku rasa saiz paling kecilkan??yang ni dia besar sikit...so aku dengan bersusah payah angkat seorang diri..hahaha..aku siap mengingatkan diri aku untuk mengangkat peti ais tu dengan posture tubuh yang betul..ni semua langkah keselamatan untuk aku juga...yer aku berjaya mengangkat pergh leh tahan berat juga la....oo lupa nak cakap aku alih semua barang2 tu sebab my ex-roomate akan pindah masuk rumah aku officialy sabtu ni..so aku kena sediakan ruang balik la...lebih kurang 2 minggu je aku hidup membujang...lepas ni aku berteman balik la..hehehe

Layan (^_^)

MIKA bukan MIKE(cakap orang perak)hahaha



Tapi bukan aku..tapi dia:-p

Monday, January 19, 2009

Minggu baru Hari baru

Erm hari ni macam biasa,aku kena pergi Differential Scanning Calorimetry(DSC) lab aku kena selesaikan semua kerja scanning aku sebelum prof aku balik dari Kanada...kerja ni tak leceh mana,tapi dia jadi leceh bila tak dapat curve yang cantik..kekadang kena buat balik tu yang aku lemah tu..dah la setiap scan berharga 6000won...walaupun bukan duit aku tapi aku rasa sayang juga bazir macam tu jer...aku baru selesai 56 sample ada lagi 28 sample...fighting tuk diri aku:D
Semalam kitaorang Malaysian pergi makan2 kat Pastario..Sumaya's treat...thanks awak..=)) kenyang sangat semalam..plan awal nak makan kat restoran Alibaba tapi owner dia kata dah tutup dan akan berpindah ke tempat lain..waaa takde lagi roti...tu la satu2nya restoran pakistan yang halal dan dekat dengan kawansan university aku...mungkin kat sini tak ramai yang makan yela rata2 student dan harga dia sedikit mahal berbanding restoran lain...lepas dinner kat Pastoria gi la kejap kedai CNA..lepas sumaya ternampak bunga api n mercun..dia apa lagi terus beli sebab dari new year lagi teringin sangat nak main bunga api...dah beli tu kitaorang layan main kat kolam KNU...nasib takde pakguard marah..hahaha kat sini sempoi...aku rasa kalau main kat UPM sure dah dapat surat cinta...
Hari ni juga aku dah dapat kata putus dari Yulisma ex-housemate aku selama 4 hari...dia takkan balik semula ke Korea...atas sebab2 tertentu disana(negara dia)..dan seperti yang aku mention kat entry lepas..ex-roomate aku yang akan jadi housemate baru aku..so dia akan join aku semester spring bulan 3 nanti...:D
ps:tadi aku tolong budak lab buat ayat mungkin dia nak cakap kat somebody so dia taip kat komputer dulu..aku tengok cam susah je dia nak taip so aku offer la diri...hehehe sekarang baru aku faham kenapa singmuk tak faham email yang dia dapat dari staff hospital:-p

Friday, January 16, 2009

Chef resin aka gam

Hari ni macam biasa aku menjadi chef di lab lagi..aku pun tak kira dah berapa kali aku masak resin..hehehe aku ni bukan pakar memasak makanan jer(naik lift jap) tapi pakar masak gam juga..dari mula aku sampai di lab ni sampai sekarang aku masak gam je..yelah bahan asas untuk semua experiment aku menggunakan gam nak tak nak memang aku kena masak sendiri la..dari yang asas sampai ke tambah ramuan sendiri(tapi masih dalam prosedur)...ada yang menjadi,ada yang jadi sampai masuk tong sampah cuma aku tak la sampai jual kepada penghidu gam...gam aku ni kalau nak ikut lagi power kot.. sebab pakai formalin..bau sikit je.. pun jadi la sure "padam" tak sempat nak high pun..hehehe..
Aku belajar masak gam ni pun waktu aku kat sini,dulu masa kat upm pakai order je nak gam apa..basically nak masak gam ni tak la susah mana cuma dia makan masa la paling cepat aku pernah masak dalam 4 jam lebih,erm satu hari punya gam pun aku pernah masak sampai aku tidur kat lab dan paling lama aku pernah masak dan tak masak2 pun sebenarnya selama seminggu, sudahnya aku stop je..sebab tak masuk akal dah gam tu..gam ni semua bergantung kepada resepi dia gak..dulu masa awal2 buat memang fail la kejap je gam tu jadi likat..bila likat memang jawabnya ke tong je la..yang aku buat ni dia ada guna "bubble viscometer" untuk uji tahap viscosity dia..standard Urea formaldehyde(UF)resin yang aku masak sampai viscosity J and K..jari aku dulu berjahit sebab tiub kaca tu la..pergh tak leh aku lupa..seriau pun ada...betul2 kena 1 april tahun lepas...nasib tak tinggalkan kesan..tiub bubble tu dia ada dari A-T..so untuk tiub G aku dah pecahkan...dia datang satu set..tak jual satu..hehehe nak buat camner aku bukan sengaja..tiub tu licin sebab duduk dalam air lama sangat tak bercuci lepas tu aku pegang kuat la nak cabut..pegang aku terbagi pressure lebih..apa lagi pecah la..2 tempat pula tu berjahit...aku sendiri tak sanggup nak tengok..
Mulanya aku bagitahu prof yang aku terpecah kan tiub bubble tu..lepas tu dia nampak aku pegang jari dengan tisu.. dia offer aku handyplast tapi aku cakap aku tak leh pakai benda tu sebab aku memang allergic kalau pakai sure bertambah teruk dari kecil lagi..kalau luka jer, samada balut dengan kain atau kapas..kalau yang seangkatan dengan handyplast memang aku tak pakai...aku bagitahu dia macam kena pergi klinik dan kena jahit..waktu tu muka dia pun dah lain macam jer ala2 ngeri gitu..hahaha..leps tu dia kelam kabut cari budak lab suruh bawa aku pergi klinik university...
Lepas jer kes tu aku memang berhati-hati lebih pada selalu..sebab sebelum ni banyak juga luka yang aku dapat kebanyakanya dari petri dish ..sebab aku kena cure gam tu lepas kena keluarkan dari petri dish..selalunya yang susah nak keluarkan tu bila mole ratio dia tinggi..memang melekat habis la kat petri dish tu..kalau nak kira berapa keping petri dish yang aku pecah memang banyak la..hahaha nasib tak kena ganti..kalau kena ganti aku tak mau buat..lantak la..:-p..prof aku pun tau memang susah nak keluarkan gam bila dah cure..so dia pun redha je la..hahaha ayat pasrah..
Lepas ni kalau aku balik Malaysia agak2nya boleh buka kilang gam tak..(ayat yang penuh angan2)belajar sikit berangan nak buka..bajet senang je.. masak sikit pun ada yang ke tong..sikit sangat yang aku tau dunia resin ni...(^_~)

Wednesday, January 14, 2009

Snow lagi..tapi..

Yer hari ni antara snow yang turun agak lebat di Daegu tapi aku miss lagi..sebabnya semalam tiba2 aku rasa tak sedap badan so pagi ni memang tak cadang nak pergi lab awal..jadinya aku berehat je la di rumah lepas lunch baru pergi lab..keluar je pintu rumah nampak sisa baki snow masih ada..waaaa aku terlepas lagi..aku rasa agak lebat sebab jarang sisa baki snow tinggal jika nak masuk tengahari tapi hari ni masih berbaki lagi..erm betul la dari blog sumaya n swee won memang snow turun agak lebat...huhuhu takpe la nak buat camner dah terlepas..pasrah je la..yang aku sempat capture gambar ni je la:


tak dapat buat snowman pegang pun jadi la..


ni gambar kolam yang dah beku


ni pula depan rumah aku

Erm winter masih ada lebih kurang sebulan lebih lagi..harap2nya turun lagi la lepas ni..ok cukup cerita snow..aku nak cerita pasal sepeninggalan prof aku sebulan(dia pergi kanada)dia ada tinggalkan benda alah ni..dia suruh kitaorang buat..minggu lepas aku buat tak dapat..tapi semalam aku buat dah dapat..kihkihkihkih..benda ni lebih kurang sama je macam aku bawa gi nenggiri hari tu tapi yang ni kayu..aku rasa kalian tahukan macam mana benda ni (susun semua stick yang ada tu kedalam box)yang ni rasanya ok sikit kot dari yang besi2 tu..hehehe aku rasa la so kalau nak tahu cuba dulu la..



Dan aku terjumpa "Alicafe dengan Pearl Cafe" waktu shoping di Homeplus aka Tesco Sabtu lepas dengan Sumaya..hehehe bukan apa, sebab sini macam susah la juga nak jumpa produk dari Malaysia selain Pringles..tapi pringleskan macam biasa2 je jadinya aku tak heran sangat nak ambil gambar..

aku tak beli la..sebab tak teringin pun lagi..hehehe

dan aku semestinya..hehehe