Wednesday, October 08, 2008

Hari ke-2 di Seoul

Sebelum aku bercerita pasal aku kat Seoul..tadi waktu lunch hour aku balik la rumah hajatnya nak tukar lampu kat dapur tu..jadi aku dengan housemate pun keluar la beli lampu..balik cuba la pasang tapi tak mahu menyalakan..erm lepas tu housemate aku panggil ajosshi minta tolong..rupa-rupanya starter dia problem..then kitaorang pun keluar la lagi beli starter pula..aku cuba pasang tapi tak boleh juga..cari tuan rumah takde pula..jiran pun takde..erm aku dah malas dah..tapi housemate aku terjumpa seorang mamat ni dan mintak tolong dia..hehe..akhirnya berjaya punya la happy kitaorang ni sebab dah bape malam ni dapur tu gelap jer..ok la sambung cerita kat Seoul...

Erm hari ke-2 di Seoul si princess demam..mungkin sebab hari sebelum tu terlalu letih agaknya..yela seharian kami berjalan malam dekat pukul 2 baru dapat berehat..jadi nak tak nak kena la kak munira bawa aku dan suraya pusing-pusing Seoul..kesian kak munira penat dia melayan kitaorang..erm lebih kurang pukul 1 kitaorang keluar rumah dan menuju ke Namdaemun Market dan kemudiannya keMyeongdong yang juga tempat membeli belah..hehe ada la beberapa helai baju yang aku beli untuk dipakai musim autumn ni..



sempat lagi masuk shoping mall barangan branded..tujuan dia sebab nak cari tandas punya pasal..tapi memang tip-top la..tandas dia dah macam bilik lepak pula..


Selepas itu,kami menuju ke city hall takde pape pun cuma lalu nak tengok bangunan dia..kiranya jauh juga la kami berjalan sampai ke Gyeongbuk Kung..iaitu istana lama..saja jer masuk nak tengok apa ada kat dalam..tapi tujuan utama sebenarnya nak pakai hanbok (baju tradisional orang korea) tapi mungkin sebab dah lewat jadi aku tak berpeluang untuk pakai baju tu..takpe la lain kali ada rezeki aku pakai..hehe





Lepas tu kami terus menuju ke restaurant seafood "syabu-syabu" makan malam tu baru sumayyah join kitaorang..kesian juga kat dia..hajat nak berjalan tak kesampaian..hehe..



untuk kak nora ni la rupa syabu-syabu kat korea ni


ni pula nasi merupakan makanan terakhir..sebelum nasi ni sebenarnya ada letak mee tapi tak sempat snap..asyik makan je..sebab lapar sangat..

erm tu la dia catatan hari ke-2 kat Seoul dan untuk sambutan perayaan kat embassy akan disambung di entry akan datang..hehe..
adios..

6 comments:

mommy said...

korang bershopping sakan kat seoul..!
nasib baik princess x ikut..kalau x,dengan kite skali pokai,,hehe

snm | snm said...

mcm sedap jek..aku tgh puasa ni wey~~ uuuu..
btw..cantik nye dlm mall tu..

Akula Nora said...

o...itu ke syabu syabu... besarnyer periuk dia berbanding kat m'sia. nampak sedap je...lapo la plak.

Anggerik Hutan said...

princess,
ala awk nak sedap kan hati sendr kan..huhu..tau jeles sbb die tak dpt follow sama..:-p..pokai bukan selalu..hahaha

snm,
sedap la juga..puasa 6 ker puasa ganti..hehe..dlm die mmg exclusive la..tmpt branded..

akula nora,
a'ah tu la die...mau tak bsr segala menda nak isi kat dlm tu..hehehe

Oyis said...

zai, slmt hari raya!

Anggerik Hutan said...

selamat hari raya kak noris