Hari raya ketiga kami(anggerik,princess dan suraya)bercadang untuk menyambut raya di everland..hehe sebenarnya kami turun ke Seoul kerana kedutaan akan membuat jamuan hari raya pada hari ahad iaitu raya ke-5..jadi seawal jam 1.30 pagi aku dan suraya sibuk menyediakan makanan yang akan dibawa sebagai bekalan didalam train dan juga waktu di everland..manakala sumaya pula tidur sekejap dan dikejutkan selepas inti murtabak siap dibuat..menu kami untuk hari tu ialah kimbap dan juga murtabak..
kami menaiki train "mugunghwa" pada jam 5.32 pagi dan sampai di stesen Seoul pada jam 10.00 pagi..perjalanan yang jauh dan agak memenatkan memandangkan malam sebelum tu aku memang tak tidur..jadi hampir sepanjang perjalanan ke seoul aku tidur..dan hanya bangun seketika untuk makan..hehehe..setibanya kami disana,kitaorang telah mengambil teksi nak menuju ke rumah kak munira berdekatan dengan hanyang universiti..jadi untuk malam pertama ni kami akan bermalam di rumah kak munira..sampai saja dirumah kak munira,kami letak barang dan terus menuju ke everland..kami sampai di everland pada jam 1.30 petang agak lewat kerana perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 1 jam menjadi 2 jam..mungkin disebabkan traffic jam..
Setibanya aku disana..aku hanya sempat bermain 3 permainan(double spin roll,roller coaster dan juga T-Express seperti roller coaster tetapi track ni lebih panjang dan mencabar)aku dipahamkan yang T-Express ini baru dibuka awal tahun ni...kerana kesuntukan waktu aku hanya berpeluang layan 3 permainan yang aku anggap sebagai mencabar hehehe..dan insyaAllah kalau ada masa dan rezeki teringin juga aku pergi untuk kali ke-2 dan akan main permainan yang lain pula..dibawah ni adalah gambar sekitar berada di Everland
track roller coaster kat belakang tu la yang aku dan suraya naik..gila adventure dan kalau aku pergi lagi memang aku nak naik lagi..hehe
nampak tak aku kat mana..gambar aku tengah terbalik susah sikit nak cam..hehe..aku no8 dari sebelah kiri dan sebelah aku ialah suraya..hehe
Kami bertolak pulang ke rumah pada jam 10 malam dan sempat juga membeli keychain sebagai kenangan yang aku pernah ke sana..setiba di rumah kak munira kami telah pergi ke open house student malaysia..malam itu tertunai la permintaan kak munira yang teringin sangat untuk makan soto..manakala kami bertiga makan sekadar mengalas perut kerana masing-masing keletihan..thanks to kak munira sebab ikut bersama ke everland walaupun sedang berbadan dua..dan juga tempat penginapan 2 malam lagi..hehehe
Hari kedua aku berada di Seoul akan disambung pada entry seterusnya..nak cerita kat sini panjang sangat pula..
4 comments:
meriah giler. ni yang buat aku jeles ni. klu ko pun dah serik naik roller coaster tu, aku lagi la...tobat....
bestnyer...bestnyer...(20x lagi). meriah betul. diorang tgh nak celebrate halloween ye... xde jupe org wat shooting ke kat situ?hehehe...
wow bestnyer...summer ke kat korea? UK dah autumn...windy...
orangorang,
tapikan ngah aku nak naek lagi..rase cam teruja giler..
akula nora,
a'ah sambutan hallowen..hehe takde la plak..
fa10,
erm dh masuk autumn kak tapi siang dia tak sejuk sgt mlm baru terasa..beza sgt siang mmg terasa pns tapi mlm kekdg mcm dlm air cond plak..cuaca thn ni beza skit..
Post a Comment