Friday, October 17, 2008

Christmas 2003

Erm petang tu hujan turun lebat sekali..kawasan kolej aku pula lengan takde orang..dan roomate aku pula waktu tu tak silap aku pulang ke kampung halamannya..tu la aku ni bila dah bosan memang bahaya sikit..macam-macam benda aku boleh buat diluar jangkaan..kisahnya macam ni..sebaik je hujan berhenti tak silap aku sekitar jam 5.30 petang aku terus kemaskan beg baju aku..pastu aku bersiap-siap dan capai kunci motor tak lupa helmet aku..nak tahu ke mana arah tuju ku..aku hendak pulang kekampung opahku (raub pahang)..tak fikir panjang dah ni walaupun hari hampir gelap waktu tu..aku redah jer..

kisahnya bermula dikawasan karak highway waktu tu jam menunjukkan jam 7.00 malam dan keadaan sekitar dah gelap pun..waktu tu lampu motor aku buat hal lampu besar tak nyala yang ada hanya la lampu kecil jer..aku tawakal jer bawa sampai la ke bentong..aku tinjau-tinjau gak kedai motor..tapi haram takde yang buka..sebab cuti agaknya..aku pun tak tahu nak cari mana aku terus kan perjalanan dengan lampu kecil jer..Tiba-tiba......

Lampu kecil pun padam............aku ni dah lepas bentong nak patah balik boleh tahan jauh..kalau patah balik pun aku nak lepak mana(tidur mana)stesen minyak..huish tak berani pula..makanya aku meneruskan perjalanan aku dengan tak berlampu..tak lama lepas tu..aku nampak kereta kancil potong aku..aku tak melepas kan peluang ni apa lagi aku memecut laju mengekori kereta tu..aku bersyukur kerana kereta itu milik sebuah keluarga dan aku yakin pemandu tersebut pasti berasa kasihan dengan aku..perjalanan yang mengambil masa 40 minit mengekori kereta kancil sehingga la ke raub..aku lega dan bersyukur paling tidak aku dah dekat dengan rumah opah aku dan hakikatnya aku terpaksa menempuh perjalanan selama 20 minit tanpa lampu lagi..Ya Allah macam mana ni..aku betul-betul buntu waktu tu..aku berhenti distesen minyak untuk mengisi minyak kerana lampu motor dah takde,ini bermakna aku tidak dapat membaca meter minyak..untuk langkah keselamatan aku pun berhenti mengisi minyak..selepas aku mengisi minyak lampu motor aku hidup untuk seketika dan kemudianya mati semula..erm ni sah ada something wrong dengan wayar lampu..

Nak tak nak aku kena sampai dirumah opah aku..kerana waktu itu dah masuk isyak sebab aku dengar bunyi azan kat kawasan itu lagipun lagi lama aku tunggu lagi bahaya..aku teruskan perjalanan..di awal perjalanan ni jalan raya masih mempunyai lampu kerana berhampiran dengan kawasan perumahan..DAAAANNNN...satu lagi masalah besar aku kena tempuh..bagi sesiapa yang pernah melalui jalan dari raub ke cheroh pasti tau betapa gelap jalan tersebut tanpa lampu kerana kiri dan kanan jalan hanya la hutan dan sekali sekala terdapat kilang atau pun kebun orang..aku membawa motor dengan berteman kan lampu bulan sahaja..walaupun gelap tapi aku rasa aku membawa motor pada kelajuan 50km..ada sekali tu aku hampir terbabas kerana jalan yang disangka lurus rupa-rupa bengkok sedikit dan disebelah kiri itu sebenarnya kubur...dan aku bersyukur kerana aku berjaya mengawal motorku..dan aku sangat bersyukur kerana dipanjangkan umur..selepas itu aku masih membawa pada kelajuan yang sama dan sekali-sekala kereta yang datang dari arah bertentangan akan mainkan lampu kearah aku..

dan sampai la saat ketika dimana aku memperlahankan motorku kerana aku ternampak kelibat sebuah motorsikal lain yang juga tidak berlampu..dan jarak antara aku dan dia adalah kurang dari 10 meter kerana dalam keadaan yang gelap tidak mungkin aku dapat lihat jauh dari tu..selepas 5 minit aku memperlahankan motor ku..baru aku perasaan yang aku masih tidak memotong motor tersebut walhal motor tu bawa pun tak laju..tiba-tiba darah aku berderau...apa yang aku lihat sebentar tadi..adakah itu satu petunjuk semata-mata untuk aku tidak membawa laju???selepas itu disatu kawasan golf aku berhenti dibawah lampu jalan dan menunggu kalau-kalau ada kereta yang lalu..dan Alhamdullilah ada sebuah kereta dan aku terus memecut mengekori kereta itu dan tak sampai 10 minit aku berada disimpang rumah opah ku..dah aku sampai di rumah aku pada jam 9.00 malam..

sebaik sahaja aku mengetuk pintu rumah opahku..opahku terkejut kerana aku sampai dah lewat dan aku menceritakan segala-galanya pada opahku..dan hanya keesokan harinya aku menelefon mama beritahu yang aku berada dirumah opah..aku hanya memberitahu mama yang aku sampai pagi itu dan bukan malam tadi..aku terpaksa tipu kerana aku risau mama risaukan aku..dan sehingga kini mama dan abah masih tak tahu cerita sebenar..terima kasih pada opah kerana terpaksa berbohong demi cucu dia yang nakal..

Dan selepas kejadian itu..aku banyak berfikir sebelum berbuat sesuatu terutama sekali waktu aku bosan tahap dewa...kejadian malam itu banyak mengajar..


ni la motornya yang banyak berjasa kat aku dan tak kurang juga banyak songeh dan ragamnya..

kalau nak ikutkan banyak cerita lagi tentang motor aku ni..belum lagi kes tayar bocor,ekzos patah tengah jalan,ekzos tercabut dari carburettor(bunyi dah macam kerete kebal waktu tu bukan aku cakap tapi budak lalu sebelah yang cakap hahaha)..pape pun yang berlaku aku sayang ko AEV 1623..yela walau pape pun motor ni dah bawa aku ke banyak tempat ipoh-kl tu dah selalu sangat pastu ke negeri sembilan,pahang,utara perak..kalau aku rajin nanti aku cerita lagi kisah motor aku ni..hehe

11 comments:

snm said...

kekekek:p wey..apa yg ko nmpk tu??waa..teringin nk naik moto besar nih..balik cni, bwk la aku jln2 wey..in return, aku bw ko naik kete kecik aku :p boleehhhhlllllaaaaaa yeahhhhh?? muahmuahmuah

snm said...

zai..award cool utk ko..sudi2 le amik kt rumah buruk aku :)

Anggerik Hutan said...

snm,
haha ntah la wei tapi aku mmg nmpk org naek moto..InsyaAllah ade rezeki aku bw ko blk aku blk nnti..mstla sudi nak ambik..

Akula Nora said...

windu kat motor besar tu. dlu kalu kat fkt, ada motor tu, ada la zai kat fkt. slalu membonceng ngan si aida.

fa10 said...

fuh...seram tu...mcm tgk Kekasihku Seru kat TV3

Anggerik Hutan said...

akula nora,
hehehe tulakan sng je nak tau zai ade kt fac ker tak?tapi kekdg tu bl pakai baju kurung tak bw la motor tu..jadi pembonceng aida la plak..

fa10,
hehe ni lagi seram dari kekasih ku seru kak fatin

manny zain said...

uishh!!!real la yg bwk moto slow tp x smpi2 tu...seram habis...klu aku jd ko,msti serik nk bwk moto mlm2...hehehe..=P

Anggerik Hutan said...

manny,
aku bw motor tak serik sbb pastu ade je aku blk ipoh dari serdang waktu petang n sampai ipoh kul 8.00..tapi kalo nak suh aku jln blk tmpt tu kn makesure motor aku tak meragam..tapikan manny dari benda tu aku lagi tkt manusia..manusia lagi hantu dari hantu tau..hahaha

PrinCeSS said...

huih seram tu..berani tul akak redah..dahla xde lampu, gelap lak tu..ni memang kes bosan tahap dewa la ni..:P

p/s : kat sini jangan wat camtu ek..ehehehe

Anggerik Hutan said...

princess,
hahaha kat sini tak brani kot..sebab tak tau jln sgt pastu kalo sesat mmg ssh la..wahahaha

orangorang said...

jangan harap la korang boleh dapat naik moto dgn zai klu aku ada...hehehe...(gelak jahat)