Thursday, October 02, 2008

Satu hari di hari raya

Malam Raya
Semalam seharian aku memang gembira,seronok dan terasa sangat rayanya walaupun berjauhan dari keluarga..kerana malam raya tu princess tidur kat rumah..malam tu keluar ke dong daegu sijang beli bahan-bahan untuk dimasak untuk open house esok malamnya..walaupun kami berdua sahaja dan jauh dari keluarga..tapi perasaan beraya tu tetap ada..malam tu kami bertiga pakai inai(aku,nausheen dan princess)..inai ditangan princess dipakaikan sewaktu dia sedang tidur..siap balut dengan plastik lagi..hehe lepas tu cuci pun waktu dia tengah tidur..dah macam princess betul la dak sorang ni..:D

Pagi Raya
Pagi tu aku bersiap-siap awal pagi untuk ke masjid jamiaa abu bakar, daegu..bagi menunaikan solat aidilfitri..dari rumah aku hanya bersama sumaya..tapi sampai disana kami bertemu dengan suraya pula..pagi tu memang ramai jemaah wanita yang hadir bersama anak-anak..antaranya dari pakistan,bangladesh,indonesia,uzbezkistan dan juga dari korea..suasana yang cukup meriah..dah macam fashion show pun ada..macam-macam jenis fashion yang aku boleh tengok pagi tu..hehe


sumaya,suraya dan anggerik


nausheen,suraya,anggerik dan sumaya

Petang raya
Sampai sahaja di rumah kitaorang pun memula kan aktiviti memasak..nasib baik ada sumaya dan suraya yang menolong..kerana cadangnya malam raya tu nak buat open house untuk kawan-kawan aku dan juga kawan sumaya.antara menu untuk malam tu ialah:soto,nasi impit,kuah kacang,bergedil,honey dew,tembikai dan juga air teh boh..agak malaysian juga la makanan yang disediakan..aku gembira sangat kerana tetamu yang hadir rata-rata agak menyukai makanan yang disediakan..antara mereka yang hadir adalah dari china,indonesia,korea dan juga kenya..


persiapan untuk kuah kacang


bergedil yang dimasak oleh sumaya


hidangan yang disediakan


kinyua dari kenya


ming zhi dari china


li feng and wu qhi dari china


manny dari filipin


kak yulisma dari indonesia


malaysian

terima kasih kepada semua yang sudi hadir..jumaat awal-awal pagi nak ke seoul pula beraya di kedutaan pada hari ahad..hari jumaat dan sabtu dan pergi jalan-jalan dan bermain sekitar seoul..hehe

8 comments:

mommy said...

princess tido mati malam tu..
penat memerintah negeri..ehehe

bes2 raya tahun nie..
pengalaman yang x dapat kat malaysia tu..^_^

Nadia said...

wah,nampak meriah!erm...kedutaan malaysia kat sana tak buat jamuan khas utk pljr malaysia ek?

orangorang said...

meriah jugak la sambutan raya ko. siap buat open house untuk kwn2 lg plk tu....bagus2....

Anggerik Hutan said...

princess,
haha penat la sgt memerintah negeri
:-p

nadia,
ada embassy wat hari ahad raya ke-5

orangorang,
hehe sbb tahun nie thn akhirkan raya kat sini..lagi pun ade member aku nak sgt rasa mkanan melayu ni la masanya..meriah gak la..

DrKong said...

Selamat Beraya orang Daegu. Maaf Zahir Batin yea

Akula Nora said...

Selamat hari raya zai...mohon maaf zadi dan batin di sepanjang perkenalan kita... err...kim salam kat mamat baju melayu hitam tu ek...hehehe

fa10 said...

ooi..mcm2 bangsa ada. Kami raya ngan geng Mesia jer...

Anggerik Hutan said...

kengkaru,
selamat hari raya juga bro..maaf zahir dan batin..hehe

akula nora,
a'ah kita pun nak mintak maaf kat akk juga kalo ade slh dan silap..mamat tu hehe nnti kalo terserempak zai kim slm yerk..

fa10,
hehe mane taknya kak..kami kat kyungpook ni tak ramai tu yang ajak kekwn lain negara..meriah juga la