Monday, November 17, 2008

"Monolog" didalam kelas

Cerita yang bakal diceritakan ini berkisar kelas yang dihadiri oleh anggerik..kelas yang bermula pada jam 1.30 dan selalunya berakhir pada jam 3.00 petang..cerita yang ditulis ini memerlukan pembaca semua mempunyai penghayatan yang tinggi..kanak-kanak dibawah umur 4 tahun memerlukan pertolongan dari mereka yang lebih tua untuk membantu mereka menghayati cerita ini..

kelas yang terdiri daripada 3 orang pelajar dan seorang sifu...(mestilah seorang je sifu takkan ada 2 sifu satu kelas tu dah lebih tu)...dialog bermula setelah cikgu masuk kekelas (kesemua cerita ini telah dialih bahasa oleh anggerik..

murid : selamat sejahtera cikgu
cikgu : tunduk hormat

seperti biase cikgu ni suka menanyakan soalan yang sama pada murid2nya sekadar bermanis mulut,berbahasa-basi dan sewaktunya dengannya tapi air liur basi tak termasuk yerk..aku yang duduk paling dekat dengan cikgu ini telah bermain-main dengan tangan ku seperti ikan jerung yang hendak menerkam mangsanya (dalam kes ini sudah pastinya cikgu aku)tiba2..zzzzrreeeeeet..macam dalam drama tu..aku kaget sebentar dah tau dah mesti aku kena tanya juga..

cikgu : jai ini merupakan kali kedua winter kamu disini kan?
aku : yer..(ehh bagaimana cikgu ni tau ada six sense ker)lakonan aku jer
cikgu : bagaimana winter di sini?
aku : sangat sejuk (gggrrrr)
cikgu : malaysia satu season je kan?summer?
aku : a'ah (best2 aku suka)

panjang lagi la perbualannya tapi aku pendekkan..erm nampak gayanya mereka tak suka satu season lagi2 bunyi malaysia cam panas..sebab aku cakap average cuaca kat malaysia 26-33celsius..pada orang malaysia ok jer kan..biar la orang dah biasa hidup kat tempat sejuk..kemudian kelas diteruskan seperti (diharapkan pembaca masih menumpukan perhatian yang sepenuhnya pada jalan cerita jangan sesat dihutan puchong dah..)kelas berlangsung seperti biasa bagaikan itik dan kuda yang belajar untuk makan cara ayam..apa yang aku merepek ini(sambil berangan makan kerepek pisang yang dibuat oleh mak orangorang)..dalam tengah belajar aku sempat mengelamun sebentar akibat kebosanan bila kuda tak tau bagaimana nak makan nasi ayam..kihkihkih...(kalau la aku boleh melukis kat dinding kelas ni alangkah baiknya..)cukup disini sebab turn aku tuk baca pula dah sampai...

tiba-tiba cikgu aku menongkatkan pipinya dengan kedua belah tangannya sambil mulutnya sedikit terangkat seperti bibir itik ala comelnya cikgu tu buat macam tu (*&%^&** tak la comel sangat ayat dengki)hehehe apa kena mengena itik dengan cerita aku ni..kesian mak itik...tiba2 lagi ni... matahari terpancar tepat ke muka aku (arrgghhhhh panas2 seperti cacing kepanasan tak pun seperti setan terbakar)zzzzrreeetttt bukan2 (seperti puteri lilin yang terbakar la)hehehe...walaupun tengah musim sejuk tapi tadi terkena matahari rasa la juga panas..hehehe..panas sikit badan aku dari tadi kesejukan..ada hikmah aku kena panas tu...dan kelas itu berlangsung sehingga jam 3.10 petang sedikit lewat dari hari biasa..cuma seperti biasa banyak perkataan2 baru yang aku dengar seperti:

1)various = bunyi tadi aku dengar dah macam virus
2)authors = out
3)length = legs

hehehe banyak lagi tapi ni je yang aku ingat...

ps:aku yang merepek

8 comments:

orangorang said...

banyak merepek la citer ko ni...siap la teringat kerepek pisang yang mak orang2 buat.hehehehe....nnt,klu anggerik balik, orang2 bagi anggerik makan kerepek tu eh...heheheh

Anggerik Hutan said...

waaa yurm2 gile r memang rindu seh ngan kerepek tu..sedapnya

PrinCeSS said...

ek ehem..akak ok??
ni dah kes melalut ni..hehehe

orangorang said...

princess
akak awak tu memang ske melalut dari dulu lagi.hehehehe....itu la ciri2 pengenalan diri dia

Anggerik Hutan said...

princess,
ok2 masih ditahap siuman lagi

orangorang,
hahaha lama dah tak wat keje melalut ni..tu pun termasuk pertukaran waktu lagi..

wadi said...

Kat sekolah dulu kitaorang pernah buat cikgu matematik tak msk klas 2 minggu. Gara2 kitaorg gelakkan dia yang kentut dalam kelas. Yg penting cikgu tu pompuan

Anggerik Hutan said...

hahaha...mesti cikgu tu malu gile wadi sbb die pompuan kalo cikgu laki aku rase die tak kisah mane pun...aku pun ade citer psl uztazah kentut..tapi tak la senakal korang gelakkan die..kihkih..ade bau tak???hahahaha

nadia-ady said...

hahaha..org korea tak berapa fluent english ek?heheheh