Wednesday, November 05, 2008

Dugaan belajar..

Tadi petang aku baru selesai present 3 review paper daripada 5...sebab 2 review paper terakhir tu lebih kurang sama jer..basically nak tau pasal chemical structure of UF selepas di tambah unsur sulfur ke dalamnya...tak pun sebab prof aku dah bosan dengar aku bebel..banyak juga la aku kena soal..aku pun tak tau semenjak datang sini aku punya skil bercakap memang dah bertambah teruk..ala-ala public speaking aku hancur tahap cipan la..hehehe..entah la ker sebab prof aku ni terlalu cerewat sangat..apa yang aku bentang basically apa yang tertulis kat review paper tu(yang tersurat)..yang prof aku ni pula, aku perasaan dia suka tanya benda yang tersirat..dah la aku takde basic kimia sebelum ni..aku dak hutan wei..tiba-tiba ambil master dan semua yang aku belajar pasal kimia..kalau tak direct pun memang ada kait mengait..hampa dan kecewa la bila aku sendiri rasa macam tu..sedih..tapi nak buat macam manakan dugaan belajar..tapi aku tak nafikan prof aku ni memang cerewat..dalam banyak-banyak profesor aku pernah belajar, dia la paling cerewat..tapi cerewat-cerewat dia pun orangnya baik tu yang aku bersyukur tak macam sesetengah prof yang aku dengar..menakutkan..dia cerewat mungkin dia nak yang terbaik tuk aku(aku kena berfikiran positif hehehe)..boleh tadi waktu present dia tanya aku asal author tu tulis paper tu..lepas tu aku berfikir la kejap dan jawapan aku cukup mudah iaitu sebab nak tau structure UF tu..lepas tu dia tanya lagi tu je ker???then dia tengok dari university mana author tu..lepas dia pun berfikir jawapan dia lagi dasyat dari aku "I also don't know"..sambil senyum..camtu aku pun leh jawab..arggghhhhh....sabar zai..

Then habis presentation macam biasa aku ada kerja baru yang sedia menanti...summarize 3 paper tu dan masak gam lain dengan cara sulfonation..aku lebih rela buat kerja dari kena present..sejak aku sampai sini aku memang tak suka nak present-present ni dah macam alergi pula aku..hehehe...kalau korang nak tau sebenarnya jadi student kat korea ni specialy graduat student bukan senang macam-macam cerita aku dengar dari kawan-kawan aku pasal prof dieorang..kalau korang nak tau:

1)ada student dari filipina ni dia dah balik ke negara dia kerana tak tahan kena dera dengan prof dia..maksud dera kat sini..dia dah macam pekerja bukan student..setiap pagi dia kena somewhere dan buat kerja mencangkul cerita ni kawan aku dari filipina yang cerita.
2)student dari Myanmar datang sini bukan belajar dari bekerja kat ladang jagung..sebab prof. dia kata belajar tak penting apa yang penting ialah profit tuk company dia..cerita ni dak myanmar tu cerita sendiri..
3)ada beberapa student dari pakistan yang aku bla dari sini dan akan sambung university area seoul..sebabnya prof dieorang tak pernah anggap dia tu macam student..kata student dia donkey la,workers dan macam-macam lagi..
4)housemate aku sendiri akan bla dari sini sebab tak tahan dengan prof dia..

ni baru sikit..sebenarnya banyak lagi cerita pasal prof yang gila kat sini..tu yang kebanyakan student panggil..aku tak tau kat tempat lain macam mana..korang bayangkan la..kalau kerja 9am-6pm ok lagi..tapi ada sesetengah dieorang hanya boleh balik sekitar jam 10 malam..kirannya sini kerja kat lab dari 9am-10pm..gila kan..dah tutup cerita pasal ni..

Lepas itu aku balik rumah untuk dinner..sampai dirumah aku bertanyakan housemate aku pasal cerita bulan safar yang dia nak cerita kat aku..aku nak tanya korang ni..betul satu bulan di bulan safar merupakan bulan hantu keluar berkeliaran???ada siap nak tolong aku jawab??

ps:patut la dia ni penakut sikit..sebab tu aku tak cerita kat dia pasal hari yang aku kena tu.dah la sekarang ni pukul 11 lebih baru aku sampai rumah..

8 comments:

orangorang said...

memang berat dugaan ko kat sana tapi orang kagum dgn ko sbb ko tabah. kuatkan semangat ko zai sbb dah xlama ko kena menghadapi semua tu & orang doakan yang terbaik untuk ko.

pasal cerita di bulan safar tu,hmmmm....xpernah pulak orang dengar. mungkin itu cuma mitos @ cerita yg dibawa2 oleh sesebuah negara.macam pocong la. cuba tanya orang korea,apa itu pocong??? sure diorang xtau kan.heheheh....

Anggerik Hutan said...

orangorang,
thanks to you..a'ah kalo dihitung dengan hari aku akan present thesis nanti rasanya ada la tinggal6 bulan je dari sekarang tak lama mana dah..aku berharap sangat dengan kesabaran dan ketabahan yang masih bersisa ni dapat menampung sehingga aku habis blaja..

mungkin mitos kot..tapikan dia ckp ada dlm quran betul ker??

wadi said...

Aku paling x suka subjek kimia, dari dulu lagi

tapi pasal lecturer yang ko citer tu memang menyeramkan

Anggerik Hutan said...

waaa wadi dh jumpe blog aku la hehehe...aku pun wadi..dulu zmn sek mane ade nak blaja betul2..
tu pun hakikatnya wadi..

Akula Nora said...

emm....kalau kat upm ada mak tiri...tp dia mak tiri yg bermotivasi. Yg kat korea tu...tatau nak kategori mana...sabar je la ye zai...

Psl bln safar tu, ada byk kepercayaan karut ikut negara yg mengamalkan mazhab apa la...ada yg percaya hantu, ada percaya bulan safar bw sial... tp semua tu khurafat. jgn percaya benda2 camtu.

Anggerik Hutan said...

akula nora,
hahaha mak tiri tu yg dulu bekas PA zai ker akk..kihkih..a'ah la zai pun rasa mcm kepercayaan karut..dah die ckp camtu dgr je la..mmg la lain mazhab pun...zai pernah dgr psl bw sial tu..tapi psl hantu ni baru dgr...lwk pun ada bila minda kita ni dh disogokan dgn perkara2 camtu..sdhnya jadi kepercayaan kan??

fa10 said...

itu la...belajar mmg susah. suami akak pun tgh pening skrg ni...master ngan phd ni mcm langit ngan bumi...better buat kat mesia katanya...org kita lebih memahami

nadia-ady said...

lawak la prof zai tu..boleh plak dia cakap 'i also dont know'..boleh plak dia pun tak tahu..

erm..banyak cabaran blaja kat negara orang ni ek..sabar je la ek..huhu

neway,bape tahun lagi kat sana?