Tuesday, November 25, 2008

Cerita aku dan dia

Apabila aku dan dia bersama macam-macam perkara pelik akan kami buat..tak kisah la perkara tu manis ker pahit ker masam ker kelat ker..berapa banyak dah..hehehe..tapi perkara tu semua membuatkan persahabatan aku dan dia erat dan kukuh..dan aku sentiasa berdoa agar persahabatan kami ini terpelihara kehingga ke hujung nafas..kitaorang pernah sebilik dan apabila berdua ada je perkara-perkara pelik yang kitaorang akan buat..antaranya

1)pernah skodeng dak2 kolej ke-2..tapi aktiviti ni bkn kitaorang berdua je tapi turut melibatkan beberapa teman yang lain..nama terpaksa dirahsiakan atas dasar keselamatan mereka..hehehe..dari bilik kitaorang boleh teropong direct ke blok helang yang juga merupakan blok 6 jahanam..nasib baik teropong yang dimiliki oleh kitaorang bukan yang terbaik atau canggih..makanya tak dapat la kami melihat secara jelas adegan-adegan tuuuuttt..hahaha

2)kalau hujung minggu je kitaorang ni suka bangun lambat..selagi aku tak bangun selagi tu la dia tak bangun,macam tu gak dengan aku..selalunya lepas sembahyang subuh kitaorang memang tidur balik tanpa mengunci pintu bilik..dan tetamu yang selalu datang ialah cik M_ _..kitaorang ni memang suka berpura-pura tidur sampai la kawan tu kebosanan menunggu dan kemudiannya berlalu pergi dari bilik kami..hahaha..

3)gusti bantal tu memang kegemaran kitaorang la..sampai jiran2 sebelah ingatkan kitaorang ni gaduh betul-betul..hehehe..kitaorang kalau gurau berdua memang kasar sikit..pantang silap cakap tangan laju je capai bantal..pastu apalagi game start r..tapi tak la sampai kekabu terkeluar..hehehe..

4)gaduh dengan bibik-bibik sebelah bilik..ala gaduh manja2 jer..aku tak ingat apa penyebab kepada terjadi perkara tu tapi kalau korang nak tau..kitaorang ni letak penyapu,mop,tong sampah lepas tu siap ada kasut yang bertindih-tindih depan pintu diaorang..apa lagi bila diaorang buka je pintu semua benda2 tu jatuh dan masuk dalam bilik diaorang..yang paling bestnya bibik-bibik ni melayan sama, lama juga la perang dunia tu berlangsung..hahaha

5)curi helmat paan..lepas kelas je terus kitaorang ambik helmet paan bawa jalan-jalan..pergi isi minyak motor dulu,pergi kedai beli barang pastu baru pulang kan..tu pun diaorang satu geng kecoh cari helmet yang dicuri oleh puteri2 ayu ni..kihkihkih..

6)ada yang mengatakan kami ni macam belangkas sebab kalau kemana-mana jer mesti berdua..tak kurang juga ada yang mengatakan kami ni kembar?hahaha..bodyguard la..songsang la(ish3x)tu memang tak betul langsung la tapi aku tau diaorang bergurau je..awie dan erra la..wawawa ni yang paling tak boleh blah sekali..

7)kalau gi makan fastfood kitaorang memang suka kacau yang tukang served specialy kat pizza hut..memang sampai malu kekadang tukang served tu..tapi laki je la kami kacau..hehehe..kalau perempuan daya tarikan magnet tu memang lemah atau takde langsung..:-p

8)kacau pak guard kat upm..bukan pak guard misai atau yang tua..yang muda-muda je..kihkihkih...siap pernah race dengan pak guard lagi..kutuk-kutuk pak guard tu la(berani la kitaorang sebab dia pak guard baru dan muda)..

9)kalau balik dari pasar malam serdang tu kiteorang berdua ni dah macam "mak cik jerit" yang selalu datang jual2 kat kolej kitaorang tu mane taknya penuh dengan pesanan dak2 yang duk kat blok merbau..

kalau nak citer memang banyak la kisah "aku dan dia"..dia ialah kawan baik aku dari kami diploma lagi sampai la sekarang..dia yang aku maksudkan ialah aida aka angah aka orangorang aka men..hehehe

9 comments:

nadia-ady said...

kenangan itu indah dan bermakna kan? ^_^

bdw, pak cik misai still ada sampai sekarang. Suka sound org yg pakai jeans dan sandal. Bila nampak dia je,cept2 kitorang lari arah lain.hahahha

p/s: suka pakai jeans sandal dan jeans. Peduli apa dgn pakcik misai tu.kehkehkeh

VersedAnggerik said...

Its good to have a best friend kan?

Makes life complete and fun!

Akula Nora said...

Rasa mcm kenal cik M-- tu kihkihkih...psl citer skodeng dak k2 tu, rasanya kwn akak cik Y-n-e nama sbenar pernah citer xtvt tersebut....ke dia join skali??? musykil....

Pewaris Reformasi said...

haha, ya aku pun macam kenal.

tapi cerita kau tak suspen sbb aku dah leh teka sapa masa mula2 baca :)

zai mmg best, antara junior aku yg best!

Anggerik Hutan said...

nadia,
haha pak cik misai tu mmg die suka tegur bab jeans n sandal..agaknya die mmg ditugaskan bhgian tu kot..hahaha

verse,
yurp tu sy tak nafikan..

akula nora,
zai rase tak la akk sbb kami melakukan aktiviti ni hanya bersama batch2 kami..hohoho

pewaris reformasi,
ala sy rase sume org leh teka..ade abg amin nmpk sy ngan org lain..dah sure2 aida je kan..kemana2 mmg kiteorg berdua je..jrg la nak nmpk sy ngan org lain..kihkihkih...
hohohoho biar benar sy junior yang best kihkih..yela sy junior yang best sbb suke buli sy je kan...cet..

orangorang said...

alamak...patutnya ko xpayah nk mention pasal nama tu.

tapi kan, bila baca benda2 ni mmg boleh membuatkan aku tersenyum seharian.

Tq beb sbb jd kwn baik aku. aku gembira dpt knl & menjahanam dgn ko.hehehehehe

Anggerik Hutan said...

hahaha takpe la..dh alang2 citerkan..

hehehe bgs la kalo ko tersenyum..byk lagi kan menda2 jhanam yang kite wat bersama..ni antara yang aku plg igt la..kihkih
thanks gak sbb sudi jadi kwn baik aku..

Oasis said...

Wah Jejak Kasih plak...
Rupa2nya ko ni mmg nakal gak kan.

Bila sebut pasal pak guard, teringat lah zmn2 study dulu. Aku kn tahan pak guard masa nak msk kolej sbb xder kad matrik. Yg aku x leh terima bila dia suh nyanyi lagu Putra Gemilang. Nak tak nak, aku terpaksa nyanyi ngan muka pnuh tebal

Anggerik Hutan said...

oasis,
biar betik pak guard tu..ni mesti kes nak suh bukti yang ko tu betul2 student upm kan..hahaha lwk2..aku benci la bila kn pakai kad matrik slalu..tapikan bila kenang semula mmg lawak..hehehe

tak la nakal mane..biase2 jer..hehehe