Sunday, November 09, 2008

Bila orang korea tengok cerita Malaysia..

Malam Jumaat lepas makan dinner bersama di lab..seorang kawan korea ku ternampak gambar-gambar yang ada kat web site tv3..lepas makan jer dia terus suruh aku buka cerita Ta'in kerana gambarnya yang sedikit lucu berbanding cerita lain..aku pun buka la..tengok tak habis pun satu episod,dia cuma tengok episod 1 part 1 sahaja..walaupun dia tak paham dan aku la yang jadi tukang traslatenya tapi jalan cerita tu sudah cukup membuatkan dia untuk ketawa besar...lawak pun ada bila aku tengok dia ketawa..hehehe..lepas tu dia teringin menonton cerita lain dan dia bertanyakan padaku cerita yang mana yang popular di Malaysia sekarang dan aku pun membuka Sutera Maya yang pada pendapat aku cerita tu agak popular di Malaysia..sempat la dia layan 2 part dari satu episod..dan menurut dia jalan cerita itu lebih kurang sama jer dengan cerita di korea..padaku kebanyakan cerita sekarang jalan cerita dia memang lebih kurang sama jer..tak kisah la cerita tu dari negara mana...

ok habis cerita pasal kawan aku tu..semalam aku layan la cerita "pensil"cerita yang berkisarkan seorang pemuda cacat yang dijaga oleh mak tiri dia..pemuda yang bernama Badrul ni merupakan anak luar nikah bapanya dengan seorang wanita india..tapi disebabkan ibunya telah mati sewaktu melahirkan dia..badrul ini telah dijaga oleh isteri bapanya sekarang dan ini bermakna dia telah dibesarkan dalam suasana melayu dan juga beragama Islam..Badrul cacat sewaktu masih kecil lagi selepas dia diserang demam panas dan bapanya meninggal dunia sewaktu keluar membeli ubat untuk Badrul..dan selepas itu,Badrul telah dibesarkan oleh mak tirinya..walaupun cacat tapi Badrul seorang yang berdikari..dia memcari duit dengan menolong orang menjual kerepek..tapi setelah difitnah dia telah membuat bubur kacang hijau yang dipelajari dari seorang nenek yang sebenarnya nenek dia sendiri...dalam keadaan yang cacat itu dia sering didera oleh mak tirinya hanya kerana dia penyebab kepada kematian suami maknya itu..sehingga la pada suatu hari datuk kepada Badrul ni datang untuk mengambil dia hanya kerana dia pandai mencari wang sendiri dan ini akan menyenangkan lagi datuknya untuk mendapat wang secara senang dari cucunya itu..tapi nenek dia tidak bersetuju dan menyuruh Badrul ke Kuala lumpur untuk mencari rezeki dengan menjadi pelukis..ini kerana Badrul sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang melukis..ceritanya berakhir dengan perginya Badrul ke Kuala Lumpur untuk membuat kepada masyarakat bahawa cacat fizikal bukan penghalang kepada seseorang itu untuk mendapat kejayaan..secara keseluruhannya cerita ini merupakan cerita yang sedih dimana tiada kegemaran yang dinikmati oleh Badrul melainkan ketika bersama neneknya..dan dengan hanya sebatang pensil la Badrul belajar untuk menulis dan melukis...

ps:adakah hanya kerana seseorang insan tu cacat maka dia disisihkan oleh masyarakat yang kononnya berasa diri moden..sebelum kita hendak menuding jari kearah mereka cuba letakkan diri kita dia tempat mereka..apa yang kita rasa jika orang lain berbuat demikian sudah pasti kita tidak suka dan membenci..begitu juga dengan insan-insan istimewa ini..mereka tidak meminta untuk dilahirkan sedemikian..

8 comments:

nadia-ady said...

ramai yang kata citer pensil ni bagus dan berkualiti =)

orangorang said...

cacat pada pandangan mata orang yang sempurna tapi kalau kita renungkan baik2 semula, kadangkala yang kononnya sempurna itu juga cacat pada hati akalnya.nilailah diri sendiri sama ada cacat@sempurna??

Anggerik Hutan said...

orangorang,
betul tu bajet diri dh sempurna sgt la tapi sebenrnya lagi cacat dari mereka yang sememangnya cacat...

mOlliE said...

wah! tak sempat tgkcite ni...nanti nak tgk ler..hehe..

wadi said...

Apa kata ko suh budak korea tu tgk citer kekasihku seru. Cerita tu cantik...

Anggerik Hutan said...

mollie,
hehe tgk2

wadi,
erm dia tak suh aku buka pun..hehe mesti die seram je tgk gambar depan tu..a'ah aku suka gile cerita tu wadi..mmg menyeramkan...

fadillah said...

I've watched this 'Pensil' Superrbbbb!!!Pelakon utama dan Mak Mah and sumer pelakon mmg hebat2 berlakon. Sangat touching dan sarat dengan pengajaran.

Anggerik Hutan said...

fadillah,
yer citer ni tak mcm citer yg kita slalu tgk...jarang la org nak buat citer camni..tkt tak laku la..tapi tu sume mmg hakikat..org kalo citer2 camni mane suke sgt..cter cinta ker..aksi ker seram ker..suke la..
nway thanks to drop by