Tuesday, November 04, 2008

교수와 가진 저녁식사...

Erm aku baru balik makan malam bersama prof dan ho wan..kami bertiga je pergi makan dekat 대황 nama kedai tu,kedai yang menjual seafood..sebelum makanan sampai aku dah terperasan yang prof tengok aku sebab aku duduk sebelah dia jer..lepas tu dia pandang tempat lain..tak lama lepas tu dia pandang lagi,aku perasan tapi saja jer buat macam tak nampak..aku pelik juga asal prof aku pandang lama gak la..lepas tu baru dia bersuara..dia tanya aku, sweater yang aku pakai ni terbalik ker dia siap pegang dan tunjuk kat aku...lepas tu aku jawab la tak memang fesyen dia macam tu..aku rasa korang tau sweater yang macam mana ala yang benang banyak terkeluar tu..aku beli kat Malaysia jenama FOREST lama dah waktu aku belajar kat UPM lagi..memang lawak la aku rasa hehehe aku senyum je la..lepas tu dia tanya aku lepas belajar ni nak buat apa banyak kali dah sebenarnya dia tanya aku..aku bukan tak nak sambung tapi bukan lepas aku habis belajar tapi aku tak la cakap dekat dia..mungkin otak aku dah tepu dan lepas ni aku perlu rehat maksud aku cari kerja sebelum sambung belajar balik kot..bukan takde niat nak sambung tapi tu la tak otak tak mampu nak terima buat masa terdekat ni..

Oooo pasal makan malam kami,makanan utama dia ikan masak ala-ala asam pedas dan ikan dia kalau tak silap aku macam ikan parang..sedap memang sedap tapi yang buat aku letih makan tu ikan tu banyak tulang ..huhuhu apa-apa pun alhamdullilah sebab kenyang...sebelum ikan tu masak atas dapur depan mata aku ni..depan tempat kitaorang duduk ni ada televisyen..mula-mula dia tunjuk rancangan masakan ok la aku layan..lepas tu rancangan bertukar kepada ibu mengandung..gambar pertama keluar seorang ibu baru lepas melahirkan seorang anak..nasib tunjuk bahagian dada dan keatas..tu pun si ibu tu seksi ala-ala tengah naked gitu..huhuhu nasib kejap dan tak lama lepas tu ikan tu pun masak..jadi tumpuan pada tv dah kurang lega aku..hehehe..

malam ni aku ala-ala kena paksa makan lebih..hehehe mungkin sebab kitaorang bertiga dan hanya aku seorang sahaja perempuan..ok la tu..lepas dah habis makan kitaorang pun balik..on the way balik tu aku ternampak sebuah kedai jual kasut..erm kebanyakannya kasut nike..cantik-cantik gak la kasut yang ada..erm ada masa nanti memang aku nak pergi kedai tu..hehehe...boleh beli sepasang sebab tadi pun aku dah nampak yang berkenan dihati..jalan sikit kedepan nampak kedai kucing pula...gembira je aku tengok kedai tu..aku ni peminat kucing kalau nak tau..hehehe dulu aku ada bela kucing tapi lepas 2 ekor mati mama aku dah tak bagi bela..sebab dia rasa macam kesian lagi-lagi la bila dah mati...

lepas tu prof aku buat aksi..tiba-tiba dia peluk seseorang ni..hehehe kawan dia sebenarnya..kawan dia ni aku tengok ala-ala cuak gitu..nasib dia tak keluar kan silat dia ehh dia tau silat ker..kalau tak mesti prof aku dah kena sebiji kan..aku nak gelak tapi aku tahan jer..kihkih..dak masuk kawasan university ada sekumpulan pelajar sedang berlatih dengan alat muzik tradisional mereka yang dipanggil "pung mul" kalau tak silap aku mendengar dari apa yang prof aku cakap..

ps:sebenarnya waktu makan dengan prof la aku rasa macam berdebar-debar sikit..iye la aku pun tau nak borak apa..lain-lain topik beb..hehehe alasan je tu..tapi selalunya prof aku la yang banyak bertanya..kalau ikutkan aku..aku memang suka berdiam diri je..sebab aku lebih suka kalau keluar beramai-ramai..so aku kurang sikit jadi tumpuan...hari "ala-ala gitu" hehehe...

6 comments:

orangorang said...

apa kata ko hadiahkn prof ko sweater yg cmtu. dia mcm "jakun" je. heheheh....

Anggerik Hutan said...

hahaha..ala kat msia dulu pun ade org tegur gak..aku pakai sweater terbalik ker..sbb nampk benang2 ala2 terkeluar..kihkihkih

Anonymous said...

ko suke kasut ek??aku pun..hehehe...=P

Anggerik Hutan said...

dulu kat msia mmg dh jadi kegemaran aku beli kasut..huhu kat sini kena berthp skit..nnti aku dh blk je msia aku ku truskan hobi ku ni..hehehehe

orangorang said...

zai & kasut mmg xdapat dipisahkan.klu ko nk tau manny, dia suke beli tapi yang dia suke pakai ialah sport shoes. tu je yang ok untuk kaki dia.klu kasut lain/selipar,ada je masalahnya...melecet la...xselesa la...bla..bla...bla...

Anggerik Hutan said...

hahaha..nak wat camne kaki manje..kihkih..takpe skunk nie aku tgh mencuba tau pakai yang agak ladies..