Thursday, November 27, 2008

Tagged by Ian's mommy

Tag tentang 7 perkara..

7 ciri wanita/lelaki idaman anda
1) Tinggi
2) Tak panas Baran
3) Bukan haji bakhil
4) Pandai main muzik (paling mudah buat aku terpikat ni)
5) Cerah
6) Berpelajaran
7) Sedap mata memandang

7 lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup
1) Abang rambut panjang dekat dengan rumah aku sebab dia tinggi dan cerah
2) Anuar zain waaaa aku memang minat gila dengan mamat ni
3) Turih bukan nama sebenar, sewaktu aku belajar di universiti
4) Paceh juga bukan nama sebenar juga sewaktu aku belajar di universiti
5) Sang kelembai merupakan senior aku
6) Abang motor scrambler (sebab dia bawa motor tu hehehe)
7) Abang Char kuewtiyau..kiuuut sangat..

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati
1) Gembira
2) Berdebar-debar
3) Cuba kawal diri hehe bukan hipokrit tapi belajar cuba untuk jadi ayu tak terlalu ganas
4) Rasa macam nak berhentikan masa je..poyo seh
5) Kalau ada jalan panjang balik memang ikut jalan tu supaya aku dapat habiskan masa yang lebih lama dengan si dia..cewah
6) Rasa macam tak nak bagi dia balik rumah jer..kihkihkih..
7) Rasa dunia ini bagai ana yang punya..ana la yang punya bukan aku...hohohoho

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
1) Hawai (tempat yang agak romantik pada aku)
2) Semua pantai yang ada..hehehe (nyaman takde gangguan)
3) Tengok teater musical
4) Mekah (insyaAllah kalau diberi rezeki lebih)
5) Taman tema sebab aku suka play2..kihkihkih
6) Hutan amazon
7) Pusing2 satu Brazil..yyeeeeaaahah

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda
1) Kasih sayang
2) Telinga untuk berkongsi masalah
3) Tangan untuk meringan beban
4) Mata untuk memandu arah yang betul
5) Kebahagiaan
6) Cinta
7) Piano supaya dia sentiasa boleh mainkan lagu tuk aku

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda
1) Cintaku tertinggal di Malaysia (Dewa 19)
2) Sesucinya cintamu (Anuar Zain)
3) Happy birthday song every year
4) Apa sahaja untukmu (KRU)
5) Getaran jiwa (P.Ramlee)
6) World of our own (Weslife)
7) My boo

Tag 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini
1) Oasis
2) Kengkaru kiwi
3) Snm
4) Kak munira (dah habis viva kan so leh la buat yerk tuk zai..zai..zai..hehehe)
5) Kak nora
6) Princess korea
7) Nurul comel (1st time mau tagged kamu)

ps: susah juga nak jawab soalan2 ni..hehehe...



Tuesday, November 25, 2008

Cerita aku dan dia

Apabila aku dan dia bersama macam-macam perkara pelik akan kami buat..tak kisah la perkara tu manis ker pahit ker masam ker kelat ker..berapa banyak dah..hehehe..tapi perkara tu semua membuatkan persahabatan aku dan dia erat dan kukuh..dan aku sentiasa berdoa agar persahabatan kami ini terpelihara kehingga ke hujung nafas..kitaorang pernah sebilik dan apabila berdua ada je perkara-perkara pelik yang kitaorang akan buat..antaranya

1)pernah skodeng dak2 kolej ke-2..tapi aktiviti ni bkn kitaorang berdua je tapi turut melibatkan beberapa teman yang lain..nama terpaksa dirahsiakan atas dasar keselamatan mereka..hehehe..dari bilik kitaorang boleh teropong direct ke blok helang yang juga merupakan blok 6 jahanam..nasib baik teropong yang dimiliki oleh kitaorang bukan yang terbaik atau canggih..makanya tak dapat la kami melihat secara jelas adegan-adegan tuuuuttt..hahaha

2)kalau hujung minggu je kitaorang ni suka bangun lambat..selagi aku tak bangun selagi tu la dia tak bangun,macam tu gak dengan aku..selalunya lepas sembahyang subuh kitaorang memang tidur balik tanpa mengunci pintu bilik..dan tetamu yang selalu datang ialah cik M_ _..kitaorang ni memang suka berpura-pura tidur sampai la kawan tu kebosanan menunggu dan kemudiannya berlalu pergi dari bilik kami..hahaha..

3)gusti bantal tu memang kegemaran kitaorang la..sampai jiran2 sebelah ingatkan kitaorang ni gaduh betul-betul..hehehe..kitaorang kalau gurau berdua memang kasar sikit..pantang silap cakap tangan laju je capai bantal..pastu apalagi game start r..tapi tak la sampai kekabu terkeluar..hehehe..

4)gaduh dengan bibik-bibik sebelah bilik..ala gaduh manja2 jer..aku tak ingat apa penyebab kepada terjadi perkara tu tapi kalau korang nak tau..kitaorang ni letak penyapu,mop,tong sampah lepas tu siap ada kasut yang bertindih-tindih depan pintu diaorang..apa lagi bila diaorang buka je pintu semua benda2 tu jatuh dan masuk dalam bilik diaorang..yang paling bestnya bibik-bibik ni melayan sama, lama juga la perang dunia tu berlangsung..hahaha

5)curi helmat paan..lepas kelas je terus kitaorang ambik helmet paan bawa jalan-jalan..pergi isi minyak motor dulu,pergi kedai beli barang pastu baru pulang kan..tu pun diaorang satu geng kecoh cari helmet yang dicuri oleh puteri2 ayu ni..kihkihkih..

6)ada yang mengatakan kami ni macam belangkas sebab kalau kemana-mana jer mesti berdua..tak kurang juga ada yang mengatakan kami ni kembar?hahaha..bodyguard la..songsang la(ish3x)tu memang tak betul langsung la tapi aku tau diaorang bergurau je..awie dan erra la..wawawa ni yang paling tak boleh blah sekali..

7)kalau gi makan fastfood kitaorang memang suka kacau yang tukang served specialy kat pizza hut..memang sampai malu kekadang tukang served tu..tapi laki je la kami kacau..hehehe..kalau perempuan daya tarikan magnet tu memang lemah atau takde langsung..:-p

8)kacau pak guard kat upm..bukan pak guard misai atau yang tua..yang muda-muda je..kihkihkih...siap pernah race dengan pak guard lagi..kutuk-kutuk pak guard tu la(berani la kitaorang sebab dia pak guard baru dan muda)..

9)kalau balik dari pasar malam serdang tu kiteorang berdua ni dah macam "mak cik jerit" yang selalu datang jual2 kat kolej kitaorang tu mane taknya penuh dengan pesanan dak2 yang duk kat blok merbau..

kalau nak citer memang banyak la kisah "aku dan dia"..dia ialah kawan baik aku dari kami diploma lagi sampai la sekarang..dia yang aku maksudkan ialah aida aka angah aka orangorang aka men..hehehe

Friday, November 21, 2008

Award dari kak faten

Terima kasih pada kak faten sebab sudi bagi zai "best blogger award 2008/2009" ni..


so apa lagi cam biase aku pun nak share award ni pada mereka yang rajin mem"blog"dan membuatkan aku terhibur sewaktu membacanya..hehehe..dan penerimanya ialah:

1)Kengkaru kiwi
2)Cik Snm
3)Princess korea
4)Kak nora
5)Kak noris
6)Oasis
7)Orangorang

Wednesday, November 19, 2008

Pygmy tarsiers aka Gremlins


WASHINGTON (Reuters) – On a misty mountaintop on the Indonesian island of Sulawesi, scientists for the first time in more than eight decades have observed a living pygmy tarsier, one of the planet's smallest and rarest primates.

Over a two-month period, the scientists used nets to trap three furry, mouse-sized pygmy tarsiers -- two males and one female -- on Mt. Rore Katimbo in Lore Lindu National Park in central Sulawesi, the researchers said on Tuesday.

They spotted a fourth one that got away.

The tarsiers, which some scientists believed were extinct, may not have been overly thrilled to be found. One of them chomped Sharon Gursky-Doyen, a Texas A&M University professor of anthropology who took part in the expedition.

"I'm the only person in the world to ever be bitten by a pygmy tarsier," Gursky-Doyen said in a telephone interview.

"My assistant was trying to hold him still while I was attaching a radio collar around its neck. It's very hard to hold them because they can turn their heads around 180 degrees. As I'm trying to close the radio collar, he turned his head and nipped my finger. And I yanked it and I was bleeding."

The collars were being attached so the tarsiers' movements could be tracked.

Tarsiers are unusual primates -- the mammalian group that includes lemurs, monkeys, apes and people. The handful of tarsier species live on various Asian islands.

As their name indicates, pygmy tarsiers are small -- weighing about 2 ounces (50 grammes). They have large eyes and large ears, and they have been described as looking a bit like one of the creatures in the 1984 Hollywood movie "Gremlins."

They are nocturnal insectivores and are unusual among primates in that they have claws rather than finger nails.

They had not been seen alive by scientists since 1921. In 2000, Indonesian scientists who were trapping rats in the Sulawesi highlands accidentally trapped and killed a pygmy tarsier.

"Until that time, everyone really didn't believe that they existed because people had been going out looking for them for decades and nobody had seen them or heard them," Gursky-Doyen said.

Her group observed the first live pygmy tarsier in August at an elevation of about 6,900 feet.

"Everything was covered in moss and the clouds are right at the top of that mountain. It's always very, very foggy, very, very dense. It's cold up there. When you're one degree from the equator, you expect to be hot. You don't expect to be shivering most of the time. That's what we were doing," she said.

ps:teringat cerita gremlins..ada seekor gremlin yang baik dan comel dan yang lainnya jahat siap membunuh lagi..rupa-rupanya binatang ni betul-betul wujud ingatkan rekaan jer..

Monday, November 17, 2008

"Monolog" didalam kelas

Cerita yang bakal diceritakan ini berkisar kelas yang dihadiri oleh anggerik..kelas yang bermula pada jam 1.30 dan selalunya berakhir pada jam 3.00 petang..cerita yang ditulis ini memerlukan pembaca semua mempunyai penghayatan yang tinggi..kanak-kanak dibawah umur 4 tahun memerlukan pertolongan dari mereka yang lebih tua untuk membantu mereka menghayati cerita ini..

kelas yang terdiri daripada 3 orang pelajar dan seorang sifu...(mestilah seorang je sifu takkan ada 2 sifu satu kelas tu dah lebih tu)...dialog bermula setelah cikgu masuk kekelas (kesemua cerita ini telah dialih bahasa oleh anggerik..

murid : selamat sejahtera cikgu
cikgu : tunduk hormat

seperti biase cikgu ni suka menanyakan soalan yang sama pada murid2nya sekadar bermanis mulut,berbahasa-basi dan sewaktunya dengannya tapi air liur basi tak termasuk yerk..aku yang duduk paling dekat dengan cikgu ini telah bermain-main dengan tangan ku seperti ikan jerung yang hendak menerkam mangsanya (dalam kes ini sudah pastinya cikgu aku)tiba2..zzzzrreeeeeet..macam dalam drama tu..aku kaget sebentar dah tau dah mesti aku kena tanya juga..

cikgu : jai ini merupakan kali kedua winter kamu disini kan?
aku : yer..(ehh bagaimana cikgu ni tau ada six sense ker)lakonan aku jer
cikgu : bagaimana winter di sini?
aku : sangat sejuk (gggrrrr)
cikgu : malaysia satu season je kan?summer?
aku : a'ah (best2 aku suka)

panjang lagi la perbualannya tapi aku pendekkan..erm nampak gayanya mereka tak suka satu season lagi2 bunyi malaysia cam panas..sebab aku cakap average cuaca kat malaysia 26-33celsius..pada orang malaysia ok jer kan..biar la orang dah biasa hidup kat tempat sejuk..kemudian kelas diteruskan seperti (diharapkan pembaca masih menumpukan perhatian yang sepenuhnya pada jalan cerita jangan sesat dihutan puchong dah..)kelas berlangsung seperti biasa bagaikan itik dan kuda yang belajar untuk makan cara ayam..apa yang aku merepek ini(sambil berangan makan kerepek pisang yang dibuat oleh mak orangorang)..dalam tengah belajar aku sempat mengelamun sebentar akibat kebosanan bila kuda tak tau bagaimana nak makan nasi ayam..kihkihkih...(kalau la aku boleh melukis kat dinding kelas ni alangkah baiknya..)cukup disini sebab turn aku tuk baca pula dah sampai...

tiba-tiba cikgu aku menongkatkan pipinya dengan kedua belah tangannya sambil mulutnya sedikit terangkat seperti bibir itik ala comelnya cikgu tu buat macam tu (*&%^&** tak la comel sangat ayat dengki)hehehe apa kena mengena itik dengan cerita aku ni..kesian mak itik...tiba2 lagi ni... matahari terpancar tepat ke muka aku (arrgghhhhh panas2 seperti cacing kepanasan tak pun seperti setan terbakar)zzzzrreeetttt bukan2 (seperti puteri lilin yang terbakar la)hehehe...walaupun tengah musim sejuk tapi tadi terkena matahari rasa la juga panas..hehehe..panas sikit badan aku dari tadi kesejukan..ada hikmah aku kena panas tu...dan kelas itu berlangsung sehingga jam 3.10 petang sedikit lewat dari hari biasa..cuma seperti biasa banyak perkataan2 baru yang aku dengar seperti:

1)various = bunyi tadi aku dengar dah macam virus
2)authors = out
3)length = legs

hehehe banyak lagi tapi ni je yang aku ingat...

ps:aku yang merepek

Thursday, November 13, 2008

Tagged by Kengkaru Kiwi

Tagged kali ni datangnya dari siapa lagi kalau bukan Kengkaru Kiwi yang suka mau tagged saya..saya buat tagged kamu kong...hehehe

The rules:
1)Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair... Just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this














gambar ini diambil sebaik sahaja sampai dilab..kihkihkih....

Sebenarnya dah tau kena tagged semalam..tapi nak tangkap gambar guna apa??takkan guna beaker kot..hahaha..jadinya pagi ni saja la aku berkesempatan untuk berpose seperti artis..nasib takde orang lagi kat lab...mengarut juga la tagged kali ni..hahaha..ada disuruh tangkap gambar..tapi akan ku jawb juga tagged ini..hehehe...

jadi disini saya juga mau tagged orang lain..kita lihat siapa yang kena:
1)orangorang (aku cabar ko buat tagged ni..pemalas benor nak jawab tagged dariku)
2)princess korea (hahaha akak tau awak mesti buat cepat atau lambat)
3)wadi(yeeaahaaa bagi aku pose2 ko yang menarik tu)
4)snm (cepat2 ambil gambar ko yang comel-comel kihkih :d)
5)nadia (boleh la bergambar tengah2 bosan wat eksperimen tu)
6)BI(nak ker BI buat ni tak pernah2 tengok muka dia ni..nak tau juga :d bolehkan BI)
7)swee won(wink..wink..buat yer kakak)
8)mollie (tak nak gambar kucing yer mollie hehehe)
9)kak nora (tak nak gambar burung-burung akak yer hehehe)
10)kak faten (hahaha kak faten pun kena kihkih..selalu gambar anak jer bila mak dia nak posing hehehe jangan tak buat kak faten)

Tahniah kepada anda semua kerana menjadi model pilihan syarikat adhesive saya...hahahaha..all the best..berikan posing yang terbaik dan menarik yer..

Tuesday, November 11, 2008

Peperoday 11.11

Erm menurut orang korea hari ni merupakan hari "pepero" bersempena dengan nama makanan ringan..ala yang macam biskut panjang yang luarnya disalut coklat tu..disebabkan hari 11.11 dan nombor satu tu rupa macam makanan tu jadi hari ini telah dikatakan sebagai "Hari Pepero".Dan "perayaan" ni disambut oleh golongan remaja kebanyakannya dan juga mereka yang bercouple.

Menurut cerita ini, Hari Pepero telah bermula pada tahun 1994 oleh seorang pelajar perempuan sekolah menengah di Busan, dimana mereka telah menukar Pepero sebagai hadiah antara satu sama lain dengan harapan mereka membesar dan tinggi seperti Pepero.Maksud Pepero ialah "Kurus seperti sticks".hehehe cantik ker kurus seperti sticks..


ni la dia PEPERO


ps:tadi waktu perjalanan pulang kerumah nampak seorang laki ni dapat Pepero bebentuk love..kotak-kotak yang disusun seperti love..hehehe mesti 여자친구 (yoja chingu)aka aweks dia yang bagi..

Monday, November 10, 2008

Kenapa pelajar melayu kena rasuk??

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...

kekekeekeeee. .. Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkara tahyul... ..pi buat keja cepat.....

ps:cerita ni ada orang postkan kat buletin, so aku share la dengan korang semua..hehehe

Sunday, November 09, 2008

Bila orang korea tengok cerita Malaysia..

Malam Jumaat lepas makan dinner bersama di lab..seorang kawan korea ku ternampak gambar-gambar yang ada kat web site tv3..lepas makan jer dia terus suruh aku buka cerita Ta'in kerana gambarnya yang sedikit lucu berbanding cerita lain..aku pun buka la..tengok tak habis pun satu episod,dia cuma tengok episod 1 part 1 sahaja..walaupun dia tak paham dan aku la yang jadi tukang traslatenya tapi jalan cerita tu sudah cukup membuatkan dia untuk ketawa besar...lawak pun ada bila aku tengok dia ketawa..hehehe..lepas tu dia teringin menonton cerita lain dan dia bertanyakan padaku cerita yang mana yang popular di Malaysia sekarang dan aku pun membuka Sutera Maya yang pada pendapat aku cerita tu agak popular di Malaysia..sempat la dia layan 2 part dari satu episod..dan menurut dia jalan cerita itu lebih kurang sama jer dengan cerita di korea..padaku kebanyakan cerita sekarang jalan cerita dia memang lebih kurang sama jer..tak kisah la cerita tu dari negara mana...

ok habis cerita pasal kawan aku tu..semalam aku layan la cerita "pensil"cerita yang berkisarkan seorang pemuda cacat yang dijaga oleh mak tiri dia..pemuda yang bernama Badrul ni merupakan anak luar nikah bapanya dengan seorang wanita india..tapi disebabkan ibunya telah mati sewaktu melahirkan dia..badrul ini telah dijaga oleh isteri bapanya sekarang dan ini bermakna dia telah dibesarkan dalam suasana melayu dan juga beragama Islam..Badrul cacat sewaktu masih kecil lagi selepas dia diserang demam panas dan bapanya meninggal dunia sewaktu keluar membeli ubat untuk Badrul..dan selepas itu,Badrul telah dibesarkan oleh mak tirinya..walaupun cacat tapi Badrul seorang yang berdikari..dia memcari duit dengan menolong orang menjual kerepek..tapi setelah difitnah dia telah membuat bubur kacang hijau yang dipelajari dari seorang nenek yang sebenarnya nenek dia sendiri...dalam keadaan yang cacat itu dia sering didera oleh mak tirinya hanya kerana dia penyebab kepada kematian suami maknya itu..sehingga la pada suatu hari datuk kepada Badrul ni datang untuk mengambil dia hanya kerana dia pandai mencari wang sendiri dan ini akan menyenangkan lagi datuknya untuk mendapat wang secara senang dari cucunya itu..tapi nenek dia tidak bersetuju dan menyuruh Badrul ke Kuala lumpur untuk mencari rezeki dengan menjadi pelukis..ini kerana Badrul sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang melukis..ceritanya berakhir dengan perginya Badrul ke Kuala Lumpur untuk membuat kepada masyarakat bahawa cacat fizikal bukan penghalang kepada seseorang itu untuk mendapat kejayaan..secara keseluruhannya cerita ini merupakan cerita yang sedih dimana tiada kegemaran yang dinikmati oleh Badrul melainkan ketika bersama neneknya..dan dengan hanya sebatang pensil la Badrul belajar untuk menulis dan melukis...

ps:adakah hanya kerana seseorang insan tu cacat maka dia disisihkan oleh masyarakat yang kononnya berasa diri moden..sebelum kita hendak menuding jari kearah mereka cuba letakkan diri kita dia tempat mereka..apa yang kita rasa jika orang lain berbuat demikian sudah pasti kita tidak suka dan membenci..begitu juga dengan insan-insan istimewa ini..mereka tidak meminta untuk dilahirkan sedemikian..

Saturday, November 08, 2008

Autumn in my heart...hehehe

Autumn dah nak sampai penghujung dah..banyak daun-daun dah luruh..tak lama lagi winter sonata datang menjengah...^_^













oppps ni kawan terbaru anggerik "cik cowy,caty n dogy"


ps:good bye to autumn welcome to winter..^_^

Wednesday, November 05, 2008

Dugaan belajar..

Tadi petang aku baru selesai present 3 review paper daripada 5...sebab 2 review paper terakhir tu lebih kurang sama jer..basically nak tau pasal chemical structure of UF selepas di tambah unsur sulfur ke dalamnya...tak pun sebab prof aku dah bosan dengar aku bebel..banyak juga la aku kena soal..aku pun tak tau semenjak datang sini aku punya skil bercakap memang dah bertambah teruk..ala-ala public speaking aku hancur tahap cipan la..hehehe..entah la ker sebab prof aku ni terlalu cerewat sangat..apa yang aku bentang basically apa yang tertulis kat review paper tu(yang tersurat)..yang prof aku ni pula, aku perasaan dia suka tanya benda yang tersirat..dah la aku takde basic kimia sebelum ni..aku dak hutan wei..tiba-tiba ambil master dan semua yang aku belajar pasal kimia..kalau tak direct pun memang ada kait mengait..hampa dan kecewa la bila aku sendiri rasa macam tu..sedih..tapi nak buat macam manakan dugaan belajar..tapi aku tak nafikan prof aku ni memang cerewat..dalam banyak-banyak profesor aku pernah belajar, dia la paling cerewat..tapi cerewat-cerewat dia pun orangnya baik tu yang aku bersyukur tak macam sesetengah prof yang aku dengar..menakutkan..dia cerewat mungkin dia nak yang terbaik tuk aku(aku kena berfikiran positif hehehe)..boleh tadi waktu present dia tanya aku asal author tu tulis paper tu..lepas tu aku berfikir la kejap dan jawapan aku cukup mudah iaitu sebab nak tau structure UF tu..lepas tu dia tanya lagi tu je ker???then dia tengok dari university mana author tu..lepas dia pun berfikir jawapan dia lagi dasyat dari aku "I also don't know"..sambil senyum..camtu aku pun leh jawab..arggghhhhh....sabar zai..

Then habis presentation macam biasa aku ada kerja baru yang sedia menanti...summarize 3 paper tu dan masak gam lain dengan cara sulfonation..aku lebih rela buat kerja dari kena present..sejak aku sampai sini aku memang tak suka nak present-present ni dah macam alergi pula aku..hehehe...kalau korang nak tau sebenarnya jadi student kat korea ni specialy graduat student bukan senang macam-macam cerita aku dengar dari kawan-kawan aku pasal prof dieorang..kalau korang nak tau:

1)ada student dari filipina ni dia dah balik ke negara dia kerana tak tahan kena dera dengan prof dia..maksud dera kat sini..dia dah macam pekerja bukan student..setiap pagi dia kena somewhere dan buat kerja mencangkul cerita ni kawan aku dari filipina yang cerita.
2)student dari Myanmar datang sini bukan belajar dari bekerja kat ladang jagung..sebab prof. dia kata belajar tak penting apa yang penting ialah profit tuk company dia..cerita ni dak myanmar tu cerita sendiri..
3)ada beberapa student dari pakistan yang aku bla dari sini dan akan sambung university area seoul..sebabnya prof dieorang tak pernah anggap dia tu macam student..kata student dia donkey la,workers dan macam-macam lagi..
4)housemate aku sendiri akan bla dari sini sebab tak tahan dengan prof dia..

ni baru sikit..sebenarnya banyak lagi cerita pasal prof yang gila kat sini..tu yang kebanyakan student panggil..aku tak tau kat tempat lain macam mana..korang bayangkan la..kalau kerja 9am-6pm ok lagi..tapi ada sesetengah dieorang hanya boleh balik sekitar jam 10 malam..kirannya sini kerja kat lab dari 9am-10pm..gila kan..dah tutup cerita pasal ni..

Lepas itu aku balik rumah untuk dinner..sampai dirumah aku bertanyakan housemate aku pasal cerita bulan safar yang dia nak cerita kat aku..aku nak tanya korang ni..betul satu bulan di bulan safar merupakan bulan hantu keluar berkeliaran???ada siap nak tolong aku jawab??

ps:patut la dia ni penakut sikit..sebab tu aku tak cerita kat dia pasal hari yang aku kena tu.dah la sekarang ni pukul 11 lebih baru aku sampai rumah..

Tuesday, November 04, 2008

교수와 가진 저녁식사...

Erm aku baru balik makan malam bersama prof dan ho wan..kami bertiga je pergi makan dekat 대황 nama kedai tu,kedai yang menjual seafood..sebelum makanan sampai aku dah terperasan yang prof tengok aku sebab aku duduk sebelah dia jer..lepas tu dia pandang tempat lain..tak lama lepas tu dia pandang lagi,aku perasan tapi saja jer buat macam tak nampak..aku pelik juga asal prof aku pandang lama gak la..lepas tu baru dia bersuara..dia tanya aku, sweater yang aku pakai ni terbalik ker dia siap pegang dan tunjuk kat aku...lepas tu aku jawab la tak memang fesyen dia macam tu..aku rasa korang tau sweater yang macam mana ala yang benang banyak terkeluar tu..aku beli kat Malaysia jenama FOREST lama dah waktu aku belajar kat UPM lagi..memang lawak la aku rasa hehehe aku senyum je la..lepas tu dia tanya aku lepas belajar ni nak buat apa banyak kali dah sebenarnya dia tanya aku..aku bukan tak nak sambung tapi bukan lepas aku habis belajar tapi aku tak la cakap dekat dia..mungkin otak aku dah tepu dan lepas ni aku perlu rehat maksud aku cari kerja sebelum sambung belajar balik kot..bukan takde niat nak sambung tapi tu la tak otak tak mampu nak terima buat masa terdekat ni..

Oooo pasal makan malam kami,makanan utama dia ikan masak ala-ala asam pedas dan ikan dia kalau tak silap aku macam ikan parang..sedap memang sedap tapi yang buat aku letih makan tu ikan tu banyak tulang ..huhuhu apa-apa pun alhamdullilah sebab kenyang...sebelum ikan tu masak atas dapur depan mata aku ni..depan tempat kitaorang duduk ni ada televisyen..mula-mula dia tunjuk rancangan masakan ok la aku layan..lepas tu rancangan bertukar kepada ibu mengandung..gambar pertama keluar seorang ibu baru lepas melahirkan seorang anak..nasib tunjuk bahagian dada dan keatas..tu pun si ibu tu seksi ala-ala tengah naked gitu..huhuhu nasib kejap dan tak lama lepas tu ikan tu pun masak..jadi tumpuan pada tv dah kurang lega aku..hehehe..

malam ni aku ala-ala kena paksa makan lebih..hehehe mungkin sebab kitaorang bertiga dan hanya aku seorang sahaja perempuan..ok la tu..lepas dah habis makan kitaorang pun balik..on the way balik tu aku ternampak sebuah kedai jual kasut..erm kebanyakannya kasut nike..cantik-cantik gak la kasut yang ada..erm ada masa nanti memang aku nak pergi kedai tu..hehehe...boleh beli sepasang sebab tadi pun aku dah nampak yang berkenan dihati..jalan sikit kedepan nampak kedai kucing pula...gembira je aku tengok kedai tu..aku ni peminat kucing kalau nak tau..hehehe dulu aku ada bela kucing tapi lepas 2 ekor mati mama aku dah tak bagi bela..sebab dia rasa macam kesian lagi-lagi la bila dah mati...

lepas tu prof aku buat aksi..tiba-tiba dia peluk seseorang ni..hehehe kawan dia sebenarnya..kawan dia ni aku tengok ala-ala cuak gitu..nasib dia tak keluar kan silat dia ehh dia tau silat ker..kalau tak mesti prof aku dah kena sebiji kan..aku nak gelak tapi aku tahan jer..kihkih..dak masuk kawasan university ada sekumpulan pelajar sedang berlatih dengan alat muzik tradisional mereka yang dipanggil "pung mul" kalau tak silap aku mendengar dari apa yang prof aku cakap..

ps:sebenarnya waktu makan dengan prof la aku rasa macam berdebar-debar sikit..iye la aku pun tau nak borak apa..lain-lain topik beb..hehehe alasan je tu..tapi selalunya prof aku la yang banyak bertanya..kalau ikutkan aku..aku memang suka berdiam diri je..sebab aku lebih suka kalau keluar beramai-ramai..so aku kurang sikit jadi tumpuan...hari "ala-ala gitu" hehehe...

Monday, November 03, 2008

Mamma Mia..here i go again

Sabtu malam ahad aku dengan malaysian yang lain pergi menonton late night movie "mamma mia"..memandangkan movies lain macam tak best jadi kami pun menonton mamma mia pada jam 1 pagi..kami sampai di CGV dalam pukul 10.45 dan beli tiket lepas tu register untuk free movie akan datang lepas tu kami melepak di McD. Takkan makan yang berat-berat cuma koko pie dengan air jer..sembang-sembang kosong sambil mengenakan "kakak"hehehe..kesian dia asyik terkena je dengan aku..

Lebih kurang sejam kami melepak lepas tu kami pergi balik ke CGV dan sempat bergambar sebelum masuk ke panggung..tak lupa pop corn untuk dibawa masuk ke dalam..overall mamma mia ok..pada siapa yang minat musical movie cam aku sure korang suka cerita ni..cerita dia simple jer tapi banyak diselitkan dengan nyanyian nama pun musical movie kan..aku suka lagu-lagu dalam ni sebab nyanyian dari ABBA...walaupun dieorang ni glamour waktu zaman-zaman mama aku..tapi aku juga peminat dierong..antara lagu yang ada dalam movie tu:mamma mia,dancing queen,honey-honey,our last summer,money3x,lay all your love on me,gimme3x dan banyak lagi la..memang terhibur la sekejap-sekejap nyanyi..hehehe










ps:jom layan sedikit sudutan dari filem "mamma mia"