Friday, May 15, 2009

Chef gam

Erm hari ni kat korea merupakan sambutan hari guru..so kitaorang "adik-beradik" dalam lab ni kumpul duit belikan "bapa angkat" kiteorang kasut sukan jenama Yonex..kalau di Malaysia esokkan...so secara tak rasminya juga hari ni aku jadi "cikgu memasak" kepada student sifu aku..dieorang kena masak gam..so sifu aku suruh aku ajar budak2 ni cara masak gam dari A to Z...erm bila tengok dieorang tadi teringat waktu aku mula2 belajar masak gm..sangat takut dan berhati-hati dalam setiap perkara..bezanya aku belajar dengan sedikit tunjuk ajar..maksudnya sifu aku cakap secara verbal dan tunjuk sikit..lepas tu aku handle sendiri..1st time aku masak aku mengambil masa 12 jam untuk masak gam...memang lama sebab aku takde skill memasak dan sangat memenatkan sebab aku duk mengadap benda tu takut jadi apa2..sebab kalau diikutkan nak masak gam ni hanya perlu sekitar 5-6 jam..tapi bergantung juga pada jenis2 gam yang dimasak...ada yang dalam masa 3 jam boleh masak..ada yang tak masak sampai sudah..hahaha ok tu salah aku tak teror masak..ada la silap mana2 tu...cuma bila kita dah tau rentak senang kita nak ikut..siap boleh tinggal2 lagi..

So semua sekali ada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli bagi setiap kumpulan..ini bermakna selama 4 hari ni la aku kena jadi "cikgu memasak"..bila nak terang tu memang ada masalah sebab aku tak pandai sangat nak cakap korea dieorang pula boleh la sikit2 english..so cara paling selamat aku cakap sepatah2 dengan kelajuan 5km/h tak lebih dan tak kurang...berserta gaya badan amat penting..jika tidak maklumat tidak akan sampai..kihkihkih ala senang cerita macam ayam dengan itik la...anyway aku sangat happy sebab dapat tolong adik2 ni..

Tapi yang tak bestnya bila ada cikgu tambahan..macam tak percaya jer apa yang aku buat..sifu aku dah bagitahu aku semalam siap dia confirmkan dengan aku sendiri cara2 nak masak...kalau dia tak percaya kat aku tak lah dia suruh aku yang ajar budak2 tu..buat apa suruh aku, dah la aku tak pandai nak cakap korea baik suruh cikgu tambahan tu kan...dah tentu2 dia boleh explain dengan mudah..sedangkan cikgu tambahan tu masak gam pun sifu aku suruh aku tengok2 kan dia...aku bukan nak berlagak tapi geram wei..sampai kertas nak isi maklumat gam pun nak pertikai..memang form tu aku buat sendiri as long as ko masak betul ada apa dengan kertas tu kan???bukannya atas kertas tu aku tulis nama,no phone,alamat aku...ceh...hahaha...tu sengal namanya...adei lantak ko la..aku peduli apa..janji aku dah buat kerja aku..

3 comments:

Sharif John said...

Ko tau x... Entry ko ni telah membuatkn aku terliur yg amat sgt... haha...
Gam pn nk kena masak ke? yg aku tau nasik kandar Gam ada la... haha...sori la.... kimia aku suck... mmg x gifted lngsung... tp mmg salute la kt ko sis... ko x pernah takut nk buat bnda2 mcm ni... sntiasa embrace je... aku harap leh jd mcm ko...
by the way, share la sket resipi korea... aku tau noodle diaorg terbaik... ajar aku ramen

snm | snm said...

aku mmg tahu ko seorang chef masak gam :D zai, dgn org2 cmtu ko tumbuk je, hbs crte :p

wey, hati2 ya? H1N1 dh smpi malaysia!

Anggerik Hutan said...

john,
takde kaitan langsung ngan mknan...ish2 ko ni..erm ramion sini tak leh mkn la bro..kat msia pun ade jual..bau mmg sedap tapi tak halal..yg kat msia pun tak halal...erm ada satu ni toepoki ramion..lebih kurang la kalo tak silap aku..tapi kena ada sos khas..tu yg ssh nak ajr tu kalo ade jual msia sng gak...takpela insyaAllah kimchi sure ade tuk ko bro..hehehe

snm,
hahaha..babe aku jadi baik la bila kat sini..aku tak mcm aku yg dl..suka mrh..skunk ni bila marah mmg rasa geram lepas tu bila pk positif aku cepat cool balk..tu la aku dh psl virus tu..ko kat msia tu pun hati2...