Thursday, June 25, 2009

Jeju 4th day




Hari ni kitaorang panjat gunung Halla "Hallasan" dalam bahasa korea...memang bercadang satu hari ni habiskan masa disitu sahaja..kami mula mendaki seawal jam 9.10 minit pagi dan sampai ke puncak pada jam 1.55 petang...untuk mendaki gunung halla ni..ada peraturan2 yang patut di ikuti dimana selepas jam 1 petang bagi pendaki yang masih belum tiba di perhentian ke-2....mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalan ke puncak halla ini kerana, kesemua pendaki dikehendaki turun dari puncak pada jam 2.30 petang..begitu juga di awal perjalanan..pendakian selepas jam 10 pagi adalah tidak dibenarkan..kerana dikhuatiri pendaki tidak akan sempat sampai ke perhentian...sebelum jam 1 petang...




Diawal pendakian trek agak landai kurang mencabar..berbanding gunung di malaysia gunung di korea agak landai(lagi satu trek yang kitaorang pilih ni memang mudah berbanding trek satu lagi)"seongpanak route"...hanya setelah separuh perjalanan baru sedikit curam..trek yang berbatu mengurangkan kesan gelincir opss ini ditujukan khas buat aku..yang sentiasa tergelincir..hehehe..(kalau masuk hutan kat malaysia tu kalau keluar tak kotor tak sah aku ni)..so kekawan yang biasa masuk hutan dengan aku memang tahu apa akan jadi dengan aku...alhamdullilah perdakian berjalan lancar...



perdakian yang mengambil masa 9 jam naik dan turun...sejauh 20 km (pergi balik) dengan ketinggian 1950m dari paras laut...walaupun aku bukan pendaki yang tegar..tapi aku enjoy kerana peluang nak memanjat gunung halla tidak mungkin aku perolehi lagi selepas ini...turun je dari gunung halla aku dengan sumaya telah pergi ke kaunter pertanyaan untuk membeli sijil membuktikan yang kami ni dah panjat halla..hahahaha(poyo gila)..jangan tak tau siap ada jual medal lagi tau...selepas tu kiteorang semua pulang ke "private house"..kepenatan dan kelaparan...balik jer panas kan nasi lemak yang aku masak malam sebelum tu...malam tu layan nasi lemak..






2 comments:

Gurlish said...

haaarrrr...puncak ni aper dlm cerita my lovely samson.... hehe

Anggerik Hutan said...

a'ah tul la tu puncak ni yg die naik pas merajuk ngan mamat tu..hahaha