Wednesday, April 29, 2009

Seng il chuk hah hey Jai

Pagi2 tak sempat masuk lab aku dah terserempak ngan prof aku..Dia nak aku settlekan kerja2 menguji specimen by noon...lepas tu aku kena analisis data...lepas tu aku pun mula la kerja menguji static bending (sehari sebelum tu) dan pagi tu aku buat shear strength test...nak dekat waktu lunch tu dak lab aku tanya aku ada appoitment tak tuk lunch sebab prof nak belanja makan sebab dia tahu hari ni birthday aku...aku dah mula malu dah..sebab tak bajet ar dia tahu...so tengahari tu kitaorang berempat gi makan kat kedai selalu...so on the way tu ada la aku beramah mesra dengan prof aku hehehe..dia tanya hari lahir ke berapa aku pun jawab la..25.erm muda lagi dia kata..hahaha memang muda pun lagi berbanding dia..sebab dia sebaya abah aku..takde la tua mana pun...hehehe...tapi aku leh jadi anak dia la ops silap menantu dia....hahahaha...sebab anak dia 2 2 lelaki tapi muda sangat baru 18 tahun yang sulung...selesai makan tengahari tu on the way nak balik lab 2 lagi kawan aku tu pergi "satu tempat"aku dah daapt agak..tapi berpura2 tak tahu..hehehe...sampai je lab aku sambung buat kerja..tiba2 dak lab aku datang cakap yang kawan perempuan aku tu nak jumpa aku..aku pun pelik la takkan nak potong kek sekarang..aku masuk lab kawan lab aku buat tak tahu jer...lepas tu aku cakap la yang ada budak kata dieorang nak jumpa aku..dieorang menafikan..hahaha...aku tahu dah...so lepas siap uji semua specimen tu..aku masuk lab aku semula nak mula analisis data..erm tapi aku ni memang tak reti nak bersabar..gi gatal tangan buka peti ais...jeng2 ada kek...aku tau dah...so memang tak suprise mana la...dalam kul 5.30 tu tiba2 lampu lab aku ada budak tutup..erm aku ni yang tengah buat kerja..memang dah syak..hahahaha kejamkan aku...aku tak suprise cuma terharu jer...kihkihkih...so petang tu kiteorang semua sebat kek tu..kek "tous les jours"kek berperisa green tea..ish yang aku tak leh bla ni dieorang letak lilin tu mengikut perkiraan umur korea maknanya aku jadi 26 tahun apa kes???aku malaysian la wei..hehehe




ni la dak lab aku tapi tak semua ada 3 ke 4 orang takde dalam gambar...erm prof aku yang sebelah kanan aku tu..



erm petang tu lepas lab seminar aku kena settlekan kerja2 buat graph pula...dan siap hantar kat prof..alamak salah pula...kena tukar lagi...dah la aku dah janji nak dinner dengan swee won dan singmuk...sudahnya prof aku kata takpe la bagi dia data dalam excel lepas tu aku boleh pergi..memandangkan birthday aku..hahahaha...suka aku...so malam tu kiteorang bertiga dinner kan "han deli" makan spagety dan pizza..hehehe...yurmy2...lepas makan tu kiteorang tibai kek pula...kek dari kedai yang sama tapi lain jenis...yang ni blueberry sedap dan sangat cantik decoration dia...oo lupa nak bagitahu aku dapat bunga rose dari swee won dan singmuk..hehehe...tu bukan hadiah sebab hadiah betul hari jumaat ni...yaahoooo...sepatutnya dinner malam tu sekali dengan sumaya memandangkan dia tak habis lagi exam..so dia cadang makan malam kat rumah dia hari jumaat ni..



Happy birthday to zaimatul aqmar abddullah aka zai aka jai aka aqmar aka gorgon aka kak jai dan sewaktu dengannya yang ke-25(ok kong kita sebaya hehehe) on 28th April

me and singmuk

my housemate

another cake from "tous les jours"yurm..



pape pun aku sangat happy walaupun aku tersangat la buzy...hehehe...terima kasih kepada semua yang sms aku..hantar comment...hantar mesej kat ym..so kat sini aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi wish birthday aku...to mr chipsmore thanks for the birthday present, walaupun tak beri pada aku..tapi dia beli sebab aku..hehehehe...penat aku paksa baru dapat...

coming soon second time celebrate birthday with sumaya nanti aku update lagi..hehehe..until then chow..

Monday, April 20, 2009

Coference at Inha University Incheon

Yeaaa minggu kesibukan aku berlalu pergi buat sementara waktu sebelum kerja2 lain menyusul tiba...erm lama juga aku tak update sebab minggu lepas aku terpaksa selesaikan beberapa kerja dalam masa yang sama...mingu lepas jer aku terpaksa selesaikan


1)kerja2 DSC aku
2)1st draft thesis
3)slide presentation untuk conference
4)manuscript



erm so minggu ni aku agak relax sikit..walaupun sebenarnya manuscript aku tak settle lagi..hehehe..so minggu lepas khamis dan jumaat(16-17 april) aku ada conference kat Inha university,Incheon..conference tu domestic punya..so rata2 presenter memang present in korean...walaupun terdapat presenter dari luar korea..tapi orangnya orang korea..hehehe...1st day hanya untuk presentation poster hanya keesokannya aku oral presentation...ooo...kat sini aku nak cerita pasal presentation aku.....pergh aku gemuruh half way through presentation...mula2 tu ok jer..tapi bila masuk bab results and disscussion tiba2 tangan dan lutut aku ni menggeletar..walaupun benda yang aku present ni dah pun dipublish...hahaha...sebabnya aku boleh nampak pointer aku tu bergetar2 kat skrin...dah macam tu aku kurangkan sikit menghala pointer aku ke skrin...mungkin sebab sifu aku ada didepan kot...tapi lepas tu aku berjaya mengawal rasa gemuruh...bila masuk part QA aku dah mula rasa sedikit santai..walaupun aku tak tau apa soalan yang akan diajukan..seperti biasa memang sifu akan bertanya...dia tanya 2 soalan..hanya satu je aku dapat jawab satu lagi aku cakap kita tak pernah discus..hahaha..dan satu soalan lagi dari kawan sifu aku...

aku dan mi jong

sifu tengah present

bersama sifu

Sebenarnya malam rabu aku dah ada pre-presentation depan sifu aku dengan 2 dak master lagi...sifu aku cakap..aku ni bila bercakap macam keretapi laju tak ingat..hehe..so dia advice aku tuk bercakap perlahan2 dan perkataan demi perkataan..bila buat macam tu aku pula rasa macam lost word...tapi pape pun malam sebelum present tu aku memang praktis banyak kali untuk mendapat masa tak lebih dan tak kurang 15 minit...so lepas presentation tu aku tanya sifu aku macam dengan presentation aku..dia jawab good (yeaaa thumb up for myself)...kihkihkih...



petang tu aku join sekejap jer lepas tu aku merayap sekitar inha university ambil gambar...







Friday, April 10, 2009

Membership Training

Hari selasa sampai khamis lepas department aku ada buat Membership training (MT)...MT ni khas tuk junior2 yang baru masuk..kalau univeristy kat korea ni MT ni macam satu perkara wajib yang junior kena lalui..macam kat univeristy kat Malaysia benda ni mana ada buatkan..kalau buat pun atas inisiatif fakulti tu..lain la macam fakulti hutan memang junior2 wajib pergi kem hutan untuk bergraduat...hehehe...MT kali ni baru aku pergi..dah nak dekat habis ni baru aku pergi..sebelum ni sebab takde kawan..lagi pun aku tak la pergi selama 3 hari..aku pergi pun sebab prof dah suruh pergi..dia kata at least aku ada pengalaman pasal MT..aku pergi naik kereta dengan student graduat yang lain dengan 2 prof..aku tak ingat nama tempat tu...tapi tempat tu ala2 summer camp..memang cantik terletak dekat dengan kaki gunung...
yang tu main house dia..semua student tidur situ sebelah kanan gambar pula dewan
Petang selasa dalam pukul 4.30 tu kiteorang bertolak ke tempat tersebut..perjalanan yang mengambil masa dekat 2 jam...sampai2 je terus dinner then malam tu ada persembahan dari junior2..so kiteorang yang datang ni jadi juri..hehehe...lepas habis jer persembahan..belakang main house kiteorang buat barbeque (samgeoksal) dah jadi tradisi setiap kumpulan yang kesemuanya 6 kumpulan akan datang bergilir-gilir untuk menikmati tradisioanl wain korea dan makan samgeoksal atau pun (barbeque daging oink2..)2 prof ini akan menyuap samgeoksal dan kimchi ke setiap student..tak lama la setiap kumpulan dalam 10-15 minit..pergh bosan gila aku kat situ...aku dah jadi macam pemerhati bebas pula...aku ni layan la nugget seafood...lebih kurang pukul 1.40 baru selesai..aku pun apa lagi angkat kaki masuk guest house...adei nak tidur bising pula..bebudak ni karaoke tak hingat dunia...aku dah rasa macam duduk join sekali pula..punya la kuat dieorang pasang...malam tu aku tidur memang tak lena la..dengan sejuknya lagi...
persembahan malam tu (hampir sama setiap tahun)
ni pagi esoknaya sebelum balik
esoknya lepas sarapan pagi dalam pukul 9.15 kitoerang bertolak pulang ke KNU...ok la walaupun tak la best mana paling tak aku dapat pengalaman tentang MT dieorang ni...ooo lupa nak cerita tandas dia gila tradisional...tandas stok takde flush..apa sahaja bahan buang korang akan terus jatuh ke bawah...ni bukan stok tandas jirus..dia ala2 bawah tu memang satu lubang yang sangat besar dan luas..aku agak la..hehehe..kawan aku cakap dulu kat jeju island ada tandas macam ni...tapi kat bawah dia ada oink2..so oink2 tu akan makan semua bahan buang yang dibuang oleh manusia..lepas tu kawan aku siap cakap daging ionk2 tu lebih enak berbanding yang diternak kat ladang..hehehehe
mi jung budak lab aku..

ps:aku yang dengar hanya tersenyum siap tanya pernah makan yerk....hehehe..dia pula hanya senyum2 kambing...pernah la tu...

Monday, April 06, 2009

Spring in KNU

Erm kali ni punya spring terpaksa la aku bergambar dalam kawasan kampus jer...sibuk sangat dengan kerja lab..sampai weekend pun aku takde masa...macam tahun lepas aku pergi ke Gyeongju..minggu lepas sabtu ingatkan nak ikut Sumaya dengan yang lelain ke Jinhae...tapi memang sibuk...takpe la nak wat camne kan...yang pasti gambar dengan pokok sakura memang aku tak lepas punya..walaupun dalam kawasan kampus...erm gambar ni aku baru ambil minggu lepas hari ahad..waktu tu keluar lunch dengan sumaya dan kyle..ooo lupa nak cerita kyle ni baru sampai dalam seminggu lebih..datang sini belajar bahasa korea dalam setahun lepas tu baru sambung degree dia budak penang baru habis STPM...on the way nak gi makan tu sempat juga la kitaorang snap beberapa picture..sebenarnya aku la yang teringin sangat nak bergambar..sebabnya sakura ni dia betul2 kembang dalam masa seminggu jer..lepas tu luruh la dia..kalau tengok kat lantai memang cantik sangat sebab kelopok2 yang luruh tu..kalau orang tak tau dah macam salji pun ada...hehehe..erm hari ni sakura dah tak secantik semalam..tak lama la tu dalam minggu ni luruh la kelopok2 tu...sakura ni antara bunga yang terawal keluar waktu spring..dan sangat kembang dalam minggu ke-2 april..kejap je, yang aku perhatikan dari awal bunga sakura ni berputik sampai la dia luruh adalah dalam masa sebulan ke sebulan lebih sikit jer..so siapa yang nak bergambar dengan sakura memang kena timing betul2...kalau tak bergambar dengan bunga lain jer la...sekarang ni pun bunga2 lain tak banyak lagi...mungkin hujung april atau pertengah mei banyak la bunga2 yang cantik...hehehe..harap2 plan nak gi Jeju Island jadi...



depan kawasan dormitory


berangan jadi model jap



tu dia lagi seorang model tak berbayar..hehehe

Tahun lepas cantik sangat kawasan ni

sakura street

close up sikit


me and kyle

Kalau perhati betul2 sakura ni bukan all white tapi ada sedikit pinkish

so entry kali ni aku tribute khas buat teman2 yang teringin sangat nak lihat sakura dengan lebih dekat...ni je la yang mampu aku bagi...hehehe..nak bawa balik macam tak leh hidup kat Malaysia...

Saturday, April 04, 2009

Happy Birthday Babe

Hari ni genap umur kawan baik aku 25 tahun...aku dah kenal dia ni sejak zaman diploma lagi...maknyanya kitaorang dah berkawan hampir 7 tahun..selama 7 tahun tu juga banyak suka dan duka yang kitaorang kongsi bersama...yang paling best sebab banyak benda yang kalau nak buat tu memang kitaorang leh buat bersama..maknanya takde bantahan la..hahaha...orang kata sama2 nakal..camtu la...main rembet jer..merempit pun sama2...skodeng pun sama...tapi dalam banyak perkara..memang selalu aku lagi yang banyak mengalah dengan dia ni...

so bersempena hari bahagia dia ni..aku nak ucapkan semoga dia sentiasa sukses dalam hidup,dipanjang umur,murahkan rezeki,sentiasa disayangi dan semua2 la yang terbaik buat dirimu noor aida deros atau angah atau orang2 atau men semua nama aku letak wei...happy birthday to you babe..i always love you dude...hehehehe

Thursday, April 02, 2009

Ohhh Vancouver Canada


huhuhu sedihnya kalau betul projek global challenge tu jadi maknanya aku dapat ikut gi vancouver canada la..sebab dalam syarat permohonan funding tu student tu mesti la bukan final semester...kalau ikut logik memang patut la pun..sebab kalau dah final sem..nanti dah habis belajar dia boleh contribute apa jer kan...lagi2 macam aku ni..lepas habis belajar ni terus balik Malaysia...sebab funding ni datangnya dari pihak univeristy..mesti la dieorang tak nak tanggung rugi biayai student yang nak habis belajar dah....takpe la bukan rezeki aku..sebab aku diberitahu kalau nak pergi juga boleh..tapi sendiri bayar la wei...hahahaha....takpun lagi satu option yang aku ada adalah extent...huish tak mau aku..elok2 dah boleh habis ontime nak suh aku extend semata nak gi canada punya pasal...takpun kalau aku nak pergi juga maknanya plan aku nak skydive dengan cuti2 Malaysia tak jadi la..erm tak mau la macam tu..benda tu aku dah janji dengan kekawan..takpe2 bukan rezeki aku kali ni..kalau korang la..korang pilih yang mana...extend dan dapat pergi canada atau pun balik ontime lupa kan jer canada tu..pergi next time..tak pun sambung belajar kat sana habis cerita...hehehehe

Merisik

Erm entry ni aku tak ambil dari mana2..semua cadangan yang mengarut ni keluar dari kepala aku masa scan sample tuk DSC tadi...hehehe...aku tiba2 terfikir kalau la tiba2 ada orang datang merisik tapi korang tak suka nak jadi menantu orang tu..so kat bawah ni aku ada idea yang aku rasa boleh diguna pakai hehehe...jom kita lihat apa yang aku akan buat kalau aku berada kat situasi macam tu:

Kalau korang tak suka nak jadi menantu pada keluarga tu:
1) korang tak yah la pakai cantik2..lagi elok tak payah mandi dari pagi dan pakai je baju tidur tu, pakej tau kalau kata tak mandi maknanya korang tak yah gosok gigi dan cuci muka..penting tu..
2)time cium tangan bakal mak mertua tu jangan cium tangan jer..kalau boleh cium pipi,cium dahi,cium kening..cium bakal mak mertua tu macam cium baby...hahaha
3) kalau kena buat air dalam keadaan terpaksa..korang buat je la tapi korang buatkan air kopi atau teh perisa baru..yang aku yakin bakal mak mertua korang tak pernah minum dimana2 kedai atau restoran terkemuka..hahaha..hanya kat rumah korang jer avalaible..
4)time dieorang merisik2 tu korang duduk join sekaki...time dieorang gelak korang jangan gelak tapi mengilai macam pontianak..
5)lagi best time duk bercakap tu duduk betul2 sebelah bakal mak mertua korang...boleh la buat aksi bertepuk tampar dengan dia...kan2x
6)kalau ada aksi makan2 tu...korang akan jadi orang pertama yang duduk dimeja makan tu..lepas tu korang makan lagi banyak dari tetamu yang hadir..kalau boleh macam tak nak berpisah dengan meja makan tu..kalau mak mertua tanya jawab je..."saya ni memang tong sampah dalam rumah ni"hahaha...
7)lepas makan tu takyah cuci tangan jilat je jari sampai licin..lepas tu terus sambung melepak dengan dieorang sekali...
8)part yang paling best kalau bakal mak mertua tu jenis yang hati kental..kalau dia tetap nak bermenantukan korang...jangan cakap tak suka kat anak dia..tapi korang cakap la kalau saya jadi "madu" akak boleh???..hahaha yang ni aku sure dia akan angkat kaki time tu gak...
9)bila dah macam tu sure nak minta diri kan..apa lagi tunjuk la aksi merengek macam budak kena tinggal yang tak dapat ikut pergi fun-fair...hehehe

hahahaha...ada ker orang yang sanggup buat macam ni kan...banyak lagi aku nak tulis sebenarnya...tapi ada panggilan pulau la..selamat membaca..kalau rasa berguna korang boleh la praktikkan yer...