Sunday, February 22, 2009

Putar belit..macam anaconda

Ok hari tu aku dah janji nak ceritakan kisah pencarian rumah sewa baru aku..so semalam sabtu 21.2.09 secara rasminya kitaorang dah masuk rumah sewa baru walaupun kontrak sewa rumah lama hanya berakhir 23.2.09. Mula2 aku nak cerita kisah tuan rumah yang tak mungkin akan jadi tuan rumah..tu kisah pertama dimana selepas aku tahu yang aku tak dapat lagi meneruskan kontrak sewa untuk tempoh 6 bulan.. aku dengan Sumaya pun memulakan pencarian rumah sewa rumah..dari 20++ panggilan telefon yang dibuat..hanya satu rumah sahaja yang menerima sewa kontrak 6 bulan...dan harga juga sedikit mahal berbanding sewa tuk selama 12 bulan..memandangkan tiada tuan rumah lain yang sanggup menerima sewa selama 6 bulan..jadi kami telah memutuskan untuk menyewa rumah tersebut..wang jaminan sebanyak 100,000won(sila convert sendiri dalam RM)telah dibayarkan menunjukkan yang kami mahu menyewa disana..tetapi selang beberapa hari housemate aku swee won beritahu aku yang kawan dia sanggup untuk menyambung sewa selepas 6 bulan..Ini bermakna pencarian rumah sewa untuk kontrak 12 bulan adalah lebih senang dan mudah untuk dicari..jadi selepas 5 hari kami telah pergi ke rumah tuan rumah yang tak mungkin akan jadi tuan rumah tu untuk membatalkan kontrak sekaligus berharap duit jaminan dapat dipulangkan semula...itu hanya sekadar harapan kerana kami tahu tak mungkin wang itu dapat dikembalikan memandangkan kami telah membayar dan tahu kebarangkalian untuk duit itu hangus adalah tinggi...

Jadi dengan bantuan seorang kawan china yang fasih berbahasa korea..kami telah pergi ke rumah tuan rumah yang tak mungkin akan jadi tuan rumah(TRTMTR)waktu tu dia tiada dirumah yang ada hanya anak lelaki dia..yang aku rasa memang tak berkerja..jadi kami pulang kerumah dan malam itu juga kawan china menelefon TRTMTR...apalagi bukan sahaja duit jaminan tu hangus malah kami telah diperas ugut untuk membayar lagi 200,000won...gila apa? tak pun meroyan?takde makna kami nak bayar ok...selang beberapa hari kemudian TRTMTR telah menelefon sumaya kerana ada orang lain yang berminat untuk melihat rumah tersebut..secara logiknya bila dia dah mula membenarkan orang lain meninjau rumah sewa tersebut ini bermakna duit jaminan kami harus dipulangkan semula..ini tidak...

Selepas lebih kurang 2 minggu..TRTMTR menelefon sumaya lagi..bukan tanya kami mahu sewa atau tidak..tapi ayat dia lebih kurang macam ni.."kawan awak nak sewakan rumah saya ni?"WTF wei...ko ingat lepas apa yang jadi kami nak sewa lagi ker...GTH la...selepas tu apa lagi dia mula la sesi ugut mengugut ni..siap kata nak bawa ke mahkamah...hahahaha...bangang, ker tak sekolah mak cik tu..wei ko nak bawa bukti apa ke mahkamah nak claim kitaorang menipu?dah la tak sign any aggreement..mangkuk hayung betul.. lepas tu sumaya pun cakap la kat TRTMTR tu..kalau dibawa kes ini ke mahkamah dia ingat dia boleh menang ker?ok waktu ni aku rasa dia memang kehabisan idea nak kencing kitaorang...lepas tu masuk la pula bab2 kitaorang tak beradab..wei nak suruh kitaorang beradab apakata dia dulu beradab..tak lama lepas tu talian terputus..aku rasa talian pun tak larat nak dengar mak cik tu membebel..

Then hari ni cerita dari tuan rumah aku yang lama pula...semalam selepas selesai angkat semua barang..kiteorang memang tinggalkan sedikit barang lagi, sebabnya hari ni memang bercadang nak pergi rumah lama dan kemas apa yang patut dan ambil oil pemanas rumah..sebab oil tu aku baru isi bulan 11 yang sudah dengan harga 100,000won..dah la waktu kiteorang datang tadi habis semua barang kitaorang kena buang..plus oil yang kiteorang isi separuh kedalam bucket dia dah ambil dan isi kat rumah dia..WTF wei ambil harta kiteorang...kalau ikut kontrak rumah tu aku masih sewa dan segala harta dalam rumah tu adalah milik aku...dia mana ada hak nak buang... lepas tu waktu kiteorang nak isi oil dalam bucket..satu lagi hal terjadi...pergh dia tak bagi kiteorang isi..sebab waktu tu dia ternampak kawan kiteorang dah angkat satu bucket sebab nak isi kat rumah baru..waktu tu dia dah bising2...makanya bermula la aksi marah memarah tengking menengking...aku rasa orang kawasan sekitar tu memang boleh dengar la..makcik ni kalau cakap tak yah pakai mikrofon..waktu tu aku masih kat bahagian dapur tengah tunggu satu bucket lagi untuk di isi...mak cik tu angkat tube tak bagi aku isi lagi..lepas tu aku pegang dan letak semula..dan macam aksi budak main tarik2...hahahaha..waktu tu memang tegang sangat...sampai bf kawan aku tengking makcik tu..dan aku dengar mak cik tu kata dia sakit kepala...untuk mengelakkan perkara ni berlanjutan swee won call kawan chinese dia..sebab waktu tu nak minta tolong sumaya,sumaya takde kat rumah...then makcik tu pun menghilang tah kemana datang la seorang pakcik ni..aku rasa menantu dia...then lepas explain semuanya...memang bukan salah kiteorang...then kawan swee won pun cakap la kenapa mak cik tu perlu tengking kiteorang sedangkan kiteorang tak bersalah pun..then pak cik tu diam jer..selesai je ambil oil..kiteorang pun blah dari situ..

These few month i really had bad experience with korean..dah la aku memang tak suka nak duduk sini..esok memang aku nak cerita kat prof aku..memadangkan tengah hari tadi dia telefon aku bertanyakan khabar..sebab dia dapat tahu yang aku berpindah...aku tak nak susahkan prof aku sebenarnya dengan perkara2 yang aku rasa aku mampu tuk handle..tapi dah dia suruh aku cerita sok..memang aku akan ambil peluang keemasan ni...nak ambil simpati dia..kihkih...

12 comments:

molliesa said...

kak zai..ciannye...molie tak mampu nak bantu...tapi...

cepat2 la pulang ke malaysia tau~

bagi semangat tuk akak cepat abeskan study kat sana!!

ape2 pun, doa byk2 tau..

:)

saba ok~

Anggerik Hutan said...

thanks mollie...
tu la mmg tak sabar nak abis sgt..ni la dugaan blaja kat ngr org..
ehh awk 18 julai tu akk tak sure dah ade kt msia ke blum..tapi kalo akk dh blk mmg akk nak pergi...
takpe nnti bila komfem blk bila akk inform awk..hehehe..
rumah dekat sgt..hehehe..org kgkan..:D

ruiyun said...

what is GTH? hahahah we're on one boat.. you have me, i have you yea *hugs* and Sumaya also lar :P

Anggerik Hutan said...

ruiyun,
ehh kakak GTH tu stand for GO TO HELL...hahaha...ya2 we're are in the same boat..so who will be the nakhoda...kihkih

cerpelai said...

Apa kata gua eksport kat sis satu peti armour suit lengkap dengan Magnum 45, Colt, M16 dan beberapa grenade untuk sis letupkan tuan rumah tu..!!

Kehkehkeh..

Anggerik Hutan said...

cerpelai,
ok set bro..deal..hahaha...
kejam gak bunyinya tu:-p

Oasis said...

aku fhm betapa seksanya nk cr rumah utk disewa

DrKong said...

kalau aku Zai, aku tempeleng makcik tu.. nak kena tendangan gaban kot! tuan rumah tak sedar diri... dah lah ko yang bagi makan (dengan sewa rumah ko lah) hehe!

Okay, anyway memang macam tu lah kat tempat orang... ada baik buruknya... aku rasa makcik tu pun kedekut... Makcik Bahkil betu.l

nurul said...

kakzai....kt sane ssh cari umah...blek m'sia kn senang...rumah sendiri pown ader...ngee~~

Akula Nora said...

"Budi bahasa budaya kita".... mmg org Korea xde budaya berbudi bahasa la.. tgk citer korea pun dah tau..

100,000 won=RM243. Byk tu... gaknyer diorang tgk korang foreigner, sedap2 je diorang bantai tipu korang.. akak pun geram+sakit hati+bengang+menyampah kat diorang

mommy said...

mmg pening bile pkir gelagat tuan rumah ni..
mintak2la time sy nak kuar nanti,tuan umah ni ok..

noris said...

cubaan betul la