Wednesday, November 19, 2008

Pygmy tarsiers aka Gremlins


WASHINGTON (Reuters) – On a misty mountaintop on the Indonesian island of Sulawesi, scientists for the first time in more than eight decades have observed a living pygmy tarsier, one of the planet's smallest and rarest primates.

Over a two-month period, the scientists used nets to trap three furry, mouse-sized pygmy tarsiers -- two males and one female -- on Mt. Rore Katimbo in Lore Lindu National Park in central Sulawesi, the researchers said on Tuesday.

They spotted a fourth one that got away.

The tarsiers, which some scientists believed were extinct, may not have been overly thrilled to be found. One of them chomped Sharon Gursky-Doyen, a Texas A&M University professor of anthropology who took part in the expedition.

"I'm the only person in the world to ever be bitten by a pygmy tarsier," Gursky-Doyen said in a telephone interview.

"My assistant was trying to hold him still while I was attaching a radio collar around its neck. It's very hard to hold them because they can turn their heads around 180 degrees. As I'm trying to close the radio collar, he turned his head and nipped my finger. And I yanked it and I was bleeding."

The collars were being attached so the tarsiers' movements could be tracked.

Tarsiers are unusual primates -- the mammalian group that includes lemurs, monkeys, apes and people. The handful of tarsier species live on various Asian islands.

As their name indicates, pygmy tarsiers are small -- weighing about 2 ounces (50 grammes). They have large eyes and large ears, and they have been described as looking a bit like one of the creatures in the 1984 Hollywood movie "Gremlins."

They are nocturnal insectivores and are unusual among primates in that they have claws rather than finger nails.

They had not been seen alive by scientists since 1921. In 2000, Indonesian scientists who were trapping rats in the Sulawesi highlands accidentally trapped and killed a pygmy tarsier.

"Until that time, everyone really didn't believe that they existed because people had been going out looking for them for decades and nobody had seen them or heard them," Gursky-Doyen said.

Her group observed the first live pygmy tarsier in August at an elevation of about 6,900 feet.

"Everything was covered in moss and the clouds are right at the top of that mountain. It's always very, very foggy, very, very dense. It's cold up there. When you're one degree from the equator, you expect to be hot. You don't expect to be shivering most of the time. That's what we were doing," she said.

ps:teringat cerita gremlins..ada seekor gremlin yang baik dan comel dan yang lainnya jahat siap membunuh lagi..rupa-rupanya binatang ni betul-betul wujud ingatkan rekaan jer..

Monday, November 17, 2008

"Monolog" didalam kelas

Cerita yang bakal diceritakan ini berkisar kelas yang dihadiri oleh anggerik..kelas yang bermula pada jam 1.30 dan selalunya berakhir pada jam 3.00 petang..cerita yang ditulis ini memerlukan pembaca semua mempunyai penghayatan yang tinggi..kanak-kanak dibawah umur 4 tahun memerlukan pertolongan dari mereka yang lebih tua untuk membantu mereka menghayati cerita ini..

kelas yang terdiri daripada 3 orang pelajar dan seorang sifu...(mestilah seorang je sifu takkan ada 2 sifu satu kelas tu dah lebih tu)...dialog bermula setelah cikgu masuk kekelas (kesemua cerita ini telah dialih bahasa oleh anggerik..

murid : selamat sejahtera cikgu
cikgu : tunduk hormat

seperti biase cikgu ni suka menanyakan soalan yang sama pada murid2nya sekadar bermanis mulut,berbahasa-basi dan sewaktunya dengannya tapi air liur basi tak termasuk yerk..aku yang duduk paling dekat dengan cikgu ini telah bermain-main dengan tangan ku seperti ikan jerung yang hendak menerkam mangsanya (dalam kes ini sudah pastinya cikgu aku)tiba2..zzzzrreeeeeet..macam dalam drama tu..aku kaget sebentar dah tau dah mesti aku kena tanya juga..

cikgu : jai ini merupakan kali kedua winter kamu disini kan?
aku : yer..(ehh bagaimana cikgu ni tau ada six sense ker)lakonan aku jer
cikgu : bagaimana winter di sini?
aku : sangat sejuk (gggrrrr)
cikgu : malaysia satu season je kan?summer?
aku : a'ah (best2 aku suka)

panjang lagi la perbualannya tapi aku pendekkan..erm nampak gayanya mereka tak suka satu season lagi2 bunyi malaysia cam panas..sebab aku cakap average cuaca kat malaysia 26-33celsius..pada orang malaysia ok jer kan..biar la orang dah biasa hidup kat tempat sejuk..kemudian kelas diteruskan seperti (diharapkan pembaca masih menumpukan perhatian yang sepenuhnya pada jalan cerita jangan sesat dihutan puchong dah..)kelas berlangsung seperti biasa bagaikan itik dan kuda yang belajar untuk makan cara ayam..apa yang aku merepek ini(sambil berangan makan kerepek pisang yang dibuat oleh mak orangorang)..dalam tengah belajar aku sempat mengelamun sebentar akibat kebosanan bila kuda tak tau bagaimana nak makan nasi ayam..kihkihkih...(kalau la aku boleh melukis kat dinding kelas ni alangkah baiknya..)cukup disini sebab turn aku tuk baca pula dah sampai...

tiba-tiba cikgu aku menongkatkan pipinya dengan kedua belah tangannya sambil mulutnya sedikit terangkat seperti bibir itik ala comelnya cikgu tu buat macam tu (*&%^&** tak la comel sangat ayat dengki)hehehe apa kena mengena itik dengan cerita aku ni..kesian mak itik...tiba2 lagi ni... matahari terpancar tepat ke muka aku (arrgghhhhh panas2 seperti cacing kepanasan tak pun seperti setan terbakar)zzzzrreeetttt bukan2 (seperti puteri lilin yang terbakar la)hehehe...walaupun tengah musim sejuk tapi tadi terkena matahari rasa la juga panas..hehehe..panas sikit badan aku dari tadi kesejukan..ada hikmah aku kena panas tu...dan kelas itu berlangsung sehingga jam 3.10 petang sedikit lewat dari hari biasa..cuma seperti biasa banyak perkataan2 baru yang aku dengar seperti:

1)various = bunyi tadi aku dengar dah macam virus
2)authors = out
3)length = legs

hehehe banyak lagi tapi ni je yang aku ingat...

ps:aku yang merepek

Thursday, November 13, 2008

Tagged by Kengkaru Kiwi

Tagged kali ni datangnya dari siapa lagi kalau bukan Kengkaru Kiwi yang suka mau tagged saya..saya buat tagged kamu kong...hehehe

The rules:
1)Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair... Just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this














gambar ini diambil sebaik sahaja sampai dilab..kihkihkih....

Sebenarnya dah tau kena tagged semalam..tapi nak tangkap gambar guna apa??takkan guna beaker kot..hahaha..jadinya pagi ni saja la aku berkesempatan untuk berpose seperti artis..nasib takde orang lagi kat lab...mengarut juga la tagged kali ni..hahaha..ada disuruh tangkap gambar..tapi akan ku jawb juga tagged ini..hehehe...

jadi disini saya juga mau tagged orang lain..kita lihat siapa yang kena:
1)orangorang (aku cabar ko buat tagged ni..pemalas benor nak jawab tagged dariku)
2)princess korea (hahaha akak tau awak mesti buat cepat atau lambat)
3)wadi(yeeaahaaa bagi aku pose2 ko yang menarik tu)
4)snm (cepat2 ambil gambar ko yang comel-comel kihkih :d)
5)nadia (boleh la bergambar tengah2 bosan wat eksperimen tu)
6)BI(nak ker BI buat ni tak pernah2 tengok muka dia ni..nak tau juga :d bolehkan BI)
7)swee won(wink..wink..buat yer kakak)
8)mollie (tak nak gambar kucing yer mollie hehehe)
9)kak nora (tak nak gambar burung-burung akak yer hehehe)
10)kak faten (hahaha kak faten pun kena kihkih..selalu gambar anak jer bila mak dia nak posing hehehe jangan tak buat kak faten)

Tahniah kepada anda semua kerana menjadi model pilihan syarikat adhesive saya...hahahaha..all the best..berikan posing yang terbaik dan menarik yer..

Tuesday, November 11, 2008

Peperoday 11.11

Erm menurut orang korea hari ni merupakan hari "pepero" bersempena dengan nama makanan ringan..ala yang macam biskut panjang yang luarnya disalut coklat tu..disebabkan hari 11.11 dan nombor satu tu rupa macam makanan tu jadi hari ini telah dikatakan sebagai "Hari Pepero".Dan "perayaan" ni disambut oleh golongan remaja kebanyakannya dan juga mereka yang bercouple.

Menurut cerita ini, Hari Pepero telah bermula pada tahun 1994 oleh seorang pelajar perempuan sekolah menengah di Busan, dimana mereka telah menukar Pepero sebagai hadiah antara satu sama lain dengan harapan mereka membesar dan tinggi seperti Pepero.Maksud Pepero ialah "Kurus seperti sticks".hehehe cantik ker kurus seperti sticks..


ni la dia PEPERO


ps:tadi waktu perjalanan pulang kerumah nampak seorang laki ni dapat Pepero bebentuk love..kotak-kotak yang disusun seperti love..hehehe mesti 여자친구 (yoja chingu)aka aweks dia yang bagi..

Monday, November 10, 2008

Kenapa pelajar melayu kena rasuk??

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...

kekekeekeeee. .. Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkara tahyul... ..pi buat keja cepat.....

ps:cerita ni ada orang postkan kat buletin, so aku share la dengan korang semua..hehehe

Sunday, November 09, 2008

Bila orang korea tengok cerita Malaysia..

Malam Jumaat lepas makan dinner bersama di lab..seorang kawan korea ku ternampak gambar-gambar yang ada kat web site tv3..lepas makan jer dia terus suruh aku buka cerita Ta'in kerana gambarnya yang sedikit lucu berbanding cerita lain..aku pun buka la..tengok tak habis pun satu episod,dia cuma tengok episod 1 part 1 sahaja..walaupun dia tak paham dan aku la yang jadi tukang traslatenya tapi jalan cerita tu sudah cukup membuatkan dia untuk ketawa besar...lawak pun ada bila aku tengok dia ketawa..hehehe..lepas tu dia teringin menonton cerita lain dan dia bertanyakan padaku cerita yang mana yang popular di Malaysia sekarang dan aku pun membuka Sutera Maya yang pada pendapat aku cerita tu agak popular di Malaysia..sempat la dia layan 2 part dari satu episod..dan menurut dia jalan cerita itu lebih kurang sama jer dengan cerita di korea..padaku kebanyakan cerita sekarang jalan cerita dia memang lebih kurang sama jer..tak kisah la cerita tu dari negara mana...

ok habis cerita pasal kawan aku tu..semalam aku layan la cerita "pensil"cerita yang berkisarkan seorang pemuda cacat yang dijaga oleh mak tiri dia..pemuda yang bernama Badrul ni merupakan anak luar nikah bapanya dengan seorang wanita india..tapi disebabkan ibunya telah mati sewaktu melahirkan dia..badrul ini telah dijaga oleh isteri bapanya sekarang dan ini bermakna dia telah dibesarkan dalam suasana melayu dan juga beragama Islam..Badrul cacat sewaktu masih kecil lagi selepas dia diserang demam panas dan bapanya meninggal dunia sewaktu keluar membeli ubat untuk Badrul..dan selepas itu,Badrul telah dibesarkan oleh mak tirinya..walaupun cacat tapi Badrul seorang yang berdikari..dia memcari duit dengan menolong orang menjual kerepek..tapi setelah difitnah dia telah membuat bubur kacang hijau yang dipelajari dari seorang nenek yang sebenarnya nenek dia sendiri...dalam keadaan yang cacat itu dia sering didera oleh mak tirinya hanya kerana dia penyebab kepada kematian suami maknya itu..sehingga la pada suatu hari datuk kepada Badrul ni datang untuk mengambil dia hanya kerana dia pandai mencari wang sendiri dan ini akan menyenangkan lagi datuknya untuk mendapat wang secara senang dari cucunya itu..tapi nenek dia tidak bersetuju dan menyuruh Badrul ke Kuala lumpur untuk mencari rezeki dengan menjadi pelukis..ini kerana Badrul sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang melukis..ceritanya berakhir dengan perginya Badrul ke Kuala Lumpur untuk membuat kepada masyarakat bahawa cacat fizikal bukan penghalang kepada seseorang itu untuk mendapat kejayaan..secara keseluruhannya cerita ini merupakan cerita yang sedih dimana tiada kegemaran yang dinikmati oleh Badrul melainkan ketika bersama neneknya..dan dengan hanya sebatang pensil la Badrul belajar untuk menulis dan melukis...

ps:adakah hanya kerana seseorang insan tu cacat maka dia disisihkan oleh masyarakat yang kononnya berasa diri moden..sebelum kita hendak menuding jari kearah mereka cuba letakkan diri kita dia tempat mereka..apa yang kita rasa jika orang lain berbuat demikian sudah pasti kita tidak suka dan membenci..begitu juga dengan insan-insan istimewa ini..mereka tidak meminta untuk dilahirkan sedemikian..

Saturday, November 08, 2008

Autumn in my heart...hehehe

Autumn dah nak sampai penghujung dah..banyak daun-daun dah luruh..tak lama lagi winter sonata datang menjengah...^_^













oppps ni kawan terbaru anggerik "cik cowy,caty n dogy"


ps:good bye to autumn welcome to winter..^_^