Thursday, June 25, 2009

Last day di jeju

Erm hari ni hari last aku kat Jeju..awal2 pagi dah keluar sebab flight kul 2.40 petang kalo tak silap..dan pagi tu masih ada tempat yang dak2 ni nak pergi...tempat pertama yang kiteorang tuju "sulloc cha" kebun teh....kemudian ke "chocolate factory"erm dua tempat jer sempat pergi sebab hari tu ada masalah transport sikit...banyak masa habis menunggu bus je...gambar sampai sekarang aku masih takde lagi..hahaha..so aku upload je dulu entry ni..sebabnya entry gi jeju ni dah sebulan terperap kat draft..yela balik2 je terus ngadap thesis aku..sekarang ni pula aku sibuk lagi ngadap manuscript patutnya dah nak dekat balik ni free la...tapi aku masih sibuk..adei hidup2...tak mo aku sambung phd kat sini...cukup2 la 2 tahun master kat sini..rasa macam 4 tahun wei...yesss akhirnya aku berjaya menyiapkan semua entry aku ke jeju..walaupun simple gila...aku takut aku lupa je kemana aku telah pergi masa di Jeju...So lepas ni ada masa kena setlekan tag dari orang2 ni....dia asyik menanya je bila nak buat tag die....hehehe sorry orang2..cik anggerik berada dalam keadaan kurang waras aka tension aka depress segala macam la...doakan cik anggerik tak sewel je ok...chooowwww

Jeju 5th day

Hari ni sumaya terpaksa ke seoul kerana ada aktiviti..jadi tinggal kami berempat...tempat2 yang kami tuju hari ni..."Jeju world cup stadium".."Jeju folk village museum"..."Ichuland"
..Hari ni masing ngadu sakit peha la betis la..yela semalam baru pas turun dari Hallasan..hehehe..tapi jalan tetap jalan..rugi ar kalo lepak kat rumah jer..



Jeju folk village museum




Ichuland

Jeju 4th day




Hari ni kitaorang panjat gunung Halla "Hallasan" dalam bahasa korea...memang bercadang satu hari ni habiskan masa disitu sahaja..kami mula mendaki seawal jam 9.10 minit pagi dan sampai ke puncak pada jam 1.55 petang...untuk mendaki gunung halla ni..ada peraturan2 yang patut di ikuti dimana selepas jam 1 petang bagi pendaki yang masih belum tiba di perhentian ke-2....mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalan ke puncak halla ini kerana, kesemua pendaki dikehendaki turun dari puncak pada jam 2.30 petang..begitu juga di awal perjalanan..pendakian selepas jam 10 pagi adalah tidak dibenarkan..kerana dikhuatiri pendaki tidak akan sempat sampai ke perhentian...sebelum jam 1 petang...




Diawal pendakian trek agak landai kurang mencabar..berbanding gunung di malaysia gunung di korea agak landai(lagi satu trek yang kitaorang pilih ni memang mudah berbanding trek satu lagi)"seongpanak route"...hanya setelah separuh perjalanan baru sedikit curam..trek yang berbatu mengurangkan kesan gelincir opss ini ditujukan khas buat aku..yang sentiasa tergelincir..hehehe..(kalau masuk hutan kat malaysia tu kalau keluar tak kotor tak sah aku ni)..so kekawan yang biasa masuk hutan dengan aku memang tahu apa akan jadi dengan aku...alhamdullilah perdakian berjalan lancar...



perdakian yang mengambil masa 9 jam naik dan turun...sejauh 20 km (pergi balik) dengan ketinggian 1950m dari paras laut...walaupun aku bukan pendaki yang tegar..tapi aku enjoy kerana peluang nak memanjat gunung halla tidak mungkin aku perolehi lagi selepas ini...turun je dari gunung halla aku dengan sumaya telah pergi ke kaunter pertanyaan untuk membeli sijil membuktikan yang kami ni dah panjat halla..hahahaha(poyo gila)..jangan tak tau siap ada jual medal lagi tau...selepas tu kiteorang semua pulang ke "private house"..kepenatan dan kelaparan...balik jer panas kan nasi lemak yang aku masak malam sebelum tu...malam tu layan nasi lemak..






Jeju 3rd day

Hari ni kami bercadang untuk mencari rumah sewa sekitar bahagian selatan jeju pula memandang banyak tempat menarik berada berdekatan selatan jeju..jadi untuk hari ketiga ni kiteorang melawat "teddy bear museum"....lotte hotel...Jusang jollidae....ICC (International convention centre jeju)centre.....africa museum...Cheonjeyeon waterfalls....jungmun beach




Taman bunga apa entah berdekatan dengan jusang jollidae dan ICC centre


Jusang Jollide



ICC centre


Africa museum bergambar kat depan je...hehe


Cheonjeyeon Waterfall

Jeju 2nd day

Hari kedua family abang mutalib tak dapat follow kitaorang sebab anak2 dia keletihan berjalan semalaman dan tak bangun dari tidur lagi..jadinya kitaorang berlima terus menuju ke arah selatan jeju..tempat kami menginap pula di bahagian utara..erm agak jauh juga la perjalanan tersebut..

Tempat pertama yang kitaorang tuju Miniature Theme Park (Soingook) kat sini kebanyakannya bangunan2 yang menjadi kebanggaan negara2 lain di pamerkan dalam bentuk miniature..





Hwasun Beach..erm pantai kat sini takde orang mandi lagi memandangkan renovation sedang giat dijalankan ada gambar tapi takde apa pun jadi tak letak kat sini..lepas tu kitaorang terus ke Mt Sanbang dengan Hamel Ship







Lepas tu ingat nak gi Hallim park tapi dah tutup pula jadinya kitaorang terus menuju ke Hyeopjae Beach berdepan dengan Hallim park nak tengok sunset..hehehe










3rd day di jeju akan disambung pada entry akan datang..^^

Jeju 1st day

Erm rabu lepas bersamaan 17 june aku bersama-sama geng kembara (sumaya,atie,randi,janja and family abg mutalib) telah bercuti ke Pulau jeju atau dalam bahasa korea dia "JEJUDO" erm percutian selama 6 hari 5 malam..rancangan nak ke jeju ni sebenarnya telah lama dirancang seawal bulan 4 kalau tak silap aku..dan aku pernah suarakan pada sumaya yang sebelum aku habis belajar aku memang nak ke jeju..so untuk entry kali ni aku akan cerita tuk perjalanan hari pertama..

Seawal jam 4.50 pagi aku telah bangun sebab flight pada jam 8.50 pagi di airport gimhae (busan) jadinya kami terpaksa ambil bus dari daegu ke busan yang mengambil masa sekitar 1 jam perjalanan..sebaik sampai sahaja di jeju kami terus mencari tempat penginapan..disana kami menyewa "private house".rumah tersebut memiliki 4 buah bilik dan aku kira harganya juga perpatutan..selepas usai solat zohor dan makan tengahari di rumah..kami memulakan misi bercuti hehehe..

Jom tinjau kawasan yang kitaorang lawat..


Jeju airport




Temple





Jeju Folklore & Natural History Museum


Samseonghyeol






Yongduam (dragon head Rock) kat belakang aku tu perasan tak?

Friday, June 12, 2009

Graduation ceremony

Erm semalam telah berlangsung acara konvokesyen bagi international student..acara tu pun tak la formal mana sangat..ucapan dari timbalan presiden KNU selepas tu penyerahan plak kepada semua pelajar yang bergraduat kemudiannya acara bergambar beramai2 dan seterusnya ucapan dari wakil pelajar undergrad,master dan phd..selepas tu makan2..hehehe malas aku nak citer panjang..jubah yang kitaorang pakai tu jubah untuk undergrad sebenarnya..nanti aku akan pinjam jubah sebenar untuk master dari pihak department untuk bergambar kat studio nak buat kenang-kenangan...hehehe...



muka aku terlindung aku tak cukup ketinggian hehehe



daham, charitha n zai (dieorang ni husband n wife)

rasa macam gi majlis kahwin pula..



kebosanan kalau kat UPM buat macam ni sure aku kena sound dah





housemate ku :D

Wednesday, June 10, 2009

Kan betul jangkaan aku...

Arghhhh semalam time dinner dengan prof dia suruh aku prepare lagi satu manuscript maknanya yang ke-3...dia ingat aku ni mesin ker...dah la thesis tak setle lagi pastu 2nd paper aku pun tak setle lagi...gelabah kejap semalam aku sebab aku dah cakap kat dia aku nak balik awal bulan 8..dia cakap kat aku kalau aku mampu setle sebelum tu aku boleh balik..kalau tak aku kena stay...waaaa tak mo2...masalahnya aku penat..otak penat+malas lagi la bertambah2 ramuan rasa nak balik tu...lagi senang la deal kalo balik awal bulan nanti balik tengah bulan banyak la pula nak setle camner dengan allowance camne dengan rumah semua tu nak kena fikir gak...ni yang rasa macam nak pakai idea nurul ni..hahahaha
"PROF KALAU NAK TAHU TAHUN LEPAS MASA SAYA PULANG BERCUTI..SAYA KAHWIN JADINYA SUAMI SAYA TELEFON BAGITAHU SURUH BALIK ONTIME KALAU TAK DIA NAK KAHWIN LAIN"...hahahaha gila ar idea nurul ni..tapi aku suka babe..kihkihkih.... aku rasa mahu pengsan prof aku dengar..

Tuesday, June 09, 2009

Bolos atau tidak...

Erm prof aku ni sengaja tau..hari tu aku dah bagitahu nak balik awal bulan 8 bunyi macam ok jer...ni nak pula aku buat 3rd paper during summer vacation..bergurau ke atau memang serius..adei kena pikir idea2 yang bernas bagi meloloskan diri aku secepat mungkin dari sini...nasib aku dah setle present..antara sebab dia tak bagi aku balik awal:

1)lepas aku hantar thesis awal bulan 7 nanti aku kena supervised 2 budak undergrad untuk final year project dieorang. (ni sebab utama la)

2)sebab2 lain aku tak pasti pula


Erm berikut pula antara idea2 yang aku boleh gunakan untuk meloloskan diri aku ASAP.

1)Erm prof saya takut sangat (ni kena berlakon sikit kalau boleh badan tu mengigil2 bagi effect sikit) koreakan nak berperang mak bapa saya risau tahap naga sebab saya tak balik2lagi ni..

2)Erm nenek, pak cik, sedara mara, kekawan semua nak kahwin..tapi sampai sekarang tak kahwin2 lagi prof nak tau sebab apa..sebab saya kena jadi pengapit la,mak andam la,telur girl la,ketua memasak la,ketua cuci pinggan la..semua saya kena buat..dieorang cakap selagi saya tak balik selagi tu dieorang tak nak kahwin..

3)Ada kenduri sebelum nak puasa ni..sebab tu saya kena balik sebelum puasa menjelang..memang dah jadi kebiasaan keluarga saya suka buat kenduri sebelum nak puasa..makan besar orang kata..hehehe

4)saya kena kahwin prof..kahwin paksa sebab tu kena balik sebab kena paksa kalau tak kena paksa saya tk balik ontime pun tak pe..lalalala

5)kalau prof tak nak lepaskan saya awal bulan 8 ni up allowance saya 5 kali ganda..ha ha ha takutkan tau tak mampukan...

6)pecahkan segala alat dalam lab ni..hahaha pastu buat muka tak bersalah...

hahahaha...benci ar aku leh cakap kat sini jer..kalau dapat buat betul2 kan best...erm..aku tak mau puasa kat sini...time summer tu woooo..sini sangat panas beserta kering...nak balik..nak pintu doreamon...

Friday, June 05, 2009

Lesen P untuk graduat

Alhamdullillah hari ni jam 2 petang aku ada presentation tuk projek master aku..2 pelajar master pada jam 2 petang,presentation selama 20 minit dan aku menjadi orang ke-2..banyak sangat no 2 hari ni..hehehe...apa2 pun aku bersyukur sangat sebab takde experiment yang kena diulang balik atau dibuat semula tu yang paling penting..sebab aku tak punya masa yang lama untuk menyiapkan writing thesis aku..aku telah diberitahu oleh supervisor aku yang thesis harus dihantar pada awal bulan Julai...kiranya aku ada masa lebih kurang 1 bulan dari sekarang...tapi sebelum tu aku harus selesaikan last paper aku untuk dipublish...




Erm yang paling best hanya prof aku je yang tanya soalan..hahaha...aku tau kenapa, dia ada 2 sebab satu sebab dieorang tak paham apa yang aku present yang ke-2 sebab aku present terlalu baik (naik lift jap)...erm lepas je present tadi aku terima pujian dari prof..kihkihkih....tapi aku present tak la ok mane..biasa2 jer...dah habis presentation aku bergambar2 la kejap..memang lega gila rasa hilang semua beban kejap..kejap la pasni sibuk nak writing pula...aku cuma risau satu je tadi takut aku tak dapat nak kawal gemuruh aku..sebab macam yang lepas (conference kat incheon)gemuruh aku usah cakap la sampai bergetar lutut dengan tangan aku ni...





Gambar 1st tu aku dengan budak lab aku..second tu ex-classmate aku last picture ex-classmate merangkap sombey aku aka senior..aku nak letak gambar mamat yang presentation sekali dengan aku tapi takut ada yang cemburu pula..hehehe

Pape pun sekarang aku dah ada lesen P untuk graduat tunggu dapat lesen penuh...