Saturday, February 28, 2009
Laguku untukmu
RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG TITLE NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 20 friends.
5. Everyone tagged as to do the same thing.
6. Have Fun!
Aku buka imeem..memang kat sini stok lagu2 yang aku sukala..tak tau berapa ratus kali aku dah layan..hehehe
1) IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Lelaki ini..
2) HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Belaian jiwa
3) WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Kau ada dia
4) HOW DO YOU FEEL TODAY?
Tercipta Untukku
5) WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Kekasih gelapku
6)WHAT'S YOUR MOTTO?
Andai ku tahu
Bunyi cam orang takde wawasan jer kan...hehehe
7) WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Aku bukan untukmu
hahahaha...choooiii tak suka2..
8) WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Sepi..
mungkin betul kot..aku kat sini kesepian tanpa orang tersayang
9) WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Walinong sari..
eeerrrrr...
10) WHAT IS 2 + 2?
Lupakan aku..
hehehe sebab 2+2 pun tak tau...kuang3x
11) WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Hapus aku...
ni lagi satu choooiiii
12) WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Keabadian cinta..
luv..luv...luv..luv...
13) WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Ketulusan hati....
14) WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Sesucinya cintamu...
ecehceh...
Semua kekawan yang tersenarai dalam blog list aku..hahaha ambik korang....
ps:pergh aku tak buat lagi tag dari kak faten..hehehe postpone dulu yerk akak punya nanti zai buat:D
Sunday, February 22, 2009
Putar belit..macam anaconda
Jadi dengan bantuan seorang kawan china yang fasih berbahasa korea..kami telah pergi ke rumah tuan rumah yang tak mungkin akan jadi tuan rumah(TRTMTR)waktu tu dia tiada dirumah yang ada hanya anak lelaki dia..yang aku rasa memang tak berkerja..jadi kami pulang kerumah dan malam itu juga kawan china menelefon TRTMTR...apalagi bukan sahaja duit jaminan tu hangus malah kami telah diperas ugut untuk membayar lagi 200,000won...gila apa? tak pun meroyan?takde makna kami nak bayar ok...selang beberapa hari kemudian TRTMTR telah menelefon sumaya kerana ada orang lain yang berminat untuk melihat rumah tersebut..secara logiknya bila dia dah mula membenarkan orang lain meninjau rumah sewa tersebut ini bermakna duit jaminan kami harus dipulangkan semula..ini tidak...
Selepas lebih kurang 2 minggu..TRTMTR menelefon sumaya lagi..bukan tanya kami mahu sewa atau tidak..tapi ayat dia lebih kurang macam ni.."kawan awak nak sewakan rumah saya ni?"WTF wei...ko ingat lepas apa yang jadi kami nak sewa lagi ker...GTH la...selepas tu apa lagi dia mula la sesi ugut mengugut ni..siap kata nak bawa ke mahkamah...hahahaha...bangang, ker tak sekolah mak cik tu..wei ko nak bawa bukti apa ke mahkamah nak claim kitaorang menipu?dah la tak sign any aggreement..mangkuk hayung betul.. lepas tu sumaya pun cakap la kat TRTMTR tu..kalau dibawa kes ini ke mahkamah dia ingat dia boleh menang ker?ok waktu ni aku rasa dia memang kehabisan idea nak kencing kitaorang...lepas tu masuk la pula bab2 kitaorang tak beradab..wei nak suruh kitaorang beradab apakata dia dulu beradab..tak lama lepas tu talian terputus..aku rasa talian pun tak larat nak dengar mak cik tu membebel..
Then hari ni cerita dari tuan rumah aku yang lama pula...semalam selepas selesai angkat semua barang..kiteorang memang tinggalkan sedikit barang lagi, sebabnya hari ni memang bercadang nak pergi rumah lama dan kemas apa yang patut dan ambil oil pemanas rumah..sebab oil tu aku baru isi bulan 11 yang sudah dengan harga 100,000won..dah la waktu kiteorang datang tadi habis semua barang kitaorang kena buang..plus oil yang kiteorang isi separuh kedalam bucket dia dah ambil dan isi kat rumah dia..WTF wei ambil harta kiteorang...kalau ikut kontrak rumah tu aku masih sewa dan segala harta dalam rumah tu adalah milik aku...dia mana ada hak nak buang... lepas tu waktu kiteorang nak isi oil dalam bucket..satu lagi hal terjadi...pergh dia tak bagi kiteorang isi..sebab waktu tu dia ternampak kawan kiteorang dah angkat satu bucket sebab nak isi kat rumah baru..waktu tu dia dah bising2...makanya bermula la aksi marah memarah tengking menengking...aku rasa orang kawasan sekitar tu memang boleh dengar la..makcik ni kalau cakap tak yah pakai mikrofon..waktu tu aku masih kat bahagian dapur tengah tunggu satu bucket lagi untuk di isi...mak cik tu angkat tube tak bagi aku isi lagi..lepas tu aku pegang dan letak semula..dan macam aksi budak main tarik2...hahahaha..waktu tu memang tegang sangat...sampai bf kawan aku tengking makcik tu..dan aku dengar mak cik tu kata dia sakit kepala...untuk mengelakkan perkara ni berlanjutan swee won call kawan chinese dia..sebab waktu tu nak minta tolong sumaya,sumaya takde kat rumah...then makcik tu pun menghilang tah kemana datang la seorang pakcik ni..aku rasa menantu dia...then lepas explain semuanya...memang bukan salah kiteorang...then kawan swee won pun cakap la kenapa mak cik tu perlu tengking kiteorang sedangkan kiteorang tak bersalah pun..then pak cik tu diam jer..selesai je ambil oil..kiteorang pun blah dari situ..
These few month i really had bad experience with korean..dah la aku memang tak suka nak duduk sini..esok memang aku nak cerita kat prof aku..memadangkan tengah hari tadi dia telefon aku bertanyakan khabar..sebab dia dapat tahu yang aku berpindah...aku tak nak susahkan prof aku sebenarnya dengan perkara2 yang aku rasa aku mampu tuk handle..tapi dah dia suruh aku cerita sok..memang aku akan ambil peluang keemasan ni...nak ambil simpati dia..kihkih...
Wednesday, February 18, 2009
Awards for my follower..
Monday, February 16, 2009
Hujung minggu layan SKI..
6.10am:naik bus..dalam bus tu aku dah ting tong..sebab tidur tak sampai sejam setengah dah bangun balik..memang aku tidur nak dekat sampai baru aku bangun..hehehe..kumpul tenaga...
8.40am:sampai ski resort..daftar apa yang patut then sarapan pagi dulu..
10.00am: kiteorang ambil pakej kelas..yela 1st timekan belajar la dulu..kelas tu diadakan selama 2 jam...memang dia ajar yang basic la dari nama alat sampai macam mana nak ski...waktu tu memang banyak gila perkara lucu terjadi..tau2 la bila kali pertama belajar..part yang paling aku tak leh lupa..macam mana nak bangun bila jatuh...pergh bukan senang..salah satu faktor dia sebab kasut dia keras ala roller blade tu..tapi yang ni lain tebal dan berat...dan bahagian betis kaki tu memang keras la..bila jatuh nak bangun tu memang payah..kalau dah boleh bangun pun bila plate tu sliding memang terbaring balik..hahaha perkara ni terjadi kat sumaya..sebab dia sedaya upaya nak bangun juga..aku ni jer yang berat punggung...malas nak cuba lepas jatuh..boleh jer kalau nak bangun balik..tapi kena buka kasut dari plate dia la...then trainer yang mengajar tu memang akan check sorang2..time kena kat aku memang ..dia kena tolong ar..hahaha..tapi bukan aku sorang ramai juga yang tak leh bangun dari 9 orang tu aku rasa 2 orang je leh bangun sendiri...hehehe..
ni la cikgunya..comel orangnya..hehehe
Tuesday, February 10, 2009
Tersalah kereta
Waktu tu aku baru habis dari kelas tuisyen disalah sebuah pusat tuisyen dibelakang Hotel Excelsior..siapa2 yang pernah lalu atau tuisyen kat situ memang tahu la..agak famous jugala..paling best jalan dalam 10 minit leh sampai ipoh parade...tapi aku budak baik tak pernah pun melencong masuk ke dalam ipoh parade..sebab kalau aku datang dari sekolah aku memang akan lalu depan mall tu...
Ok tu kalau hari sekolah tapi kejadian ni berlaku hujung minggu..sebab kalau hari biasa aku balik naik bus awam...aku macam biasa habis je kelas terus turun dibawah tunggu abah ambil aku..selalunya abah datang dengan mama then kiteorang akan terus balik atau pun pergi lunch...sebab pagi sebelum pergi tuisyen aku follow mama gi exercise kat padang polo(sebab tu ada mama sekali)kalau tak abah seorang je la..hehehe..
Sebaik je aku turun aku nampak kereta abah..aku apa lagi terus meluru ke kereta tu...kalau tak buka lagi pintu boleh la aku cover malu lagi..tapi dah siap buka tinggal nak masuk dan duduk jer..bila aku buka jer aku terpandang makcik yang drive tu..makcik tu pun pandang aku mujur die tak terkejut beruk.. aku pula alamak asal mama aku berubah wajah ni??waktu tu aku dah tau sah2 aku tersalah kereta ni...ishhhh malu jangan cakap la...aku tak ingat apa yang aku katakan waktu tu pada makcik tapi lebih kurang bunyi macam orang minta maaf la..takkan minta autograf pula kan..lain la aku tersalah naik kereta anuar zain ker memang aku terus je naik hahaha..lepas tu aku terus tutup pintu kereta kebetulan abah dan mama aku sampai...then bila mama aku tanya kenapa gi kat kereta tu aku cakap la aku tersalah kereta...adeeiii kena gelak lagi...maaaluuuunya....
Oooo lupa nak introduce makcik kereta serupa dengan kereta aku tu..sebenarnya dia ialah mak kepada 2 orang sahabat aku kat pusat tuisyen tu...sakinah dan dayah...nasib waktu kejadian dieorang masih tak turun lagi..pergh kalau tak malu lagi la aku...dan yang penting aku kenal makcik tu tapi aku sure makcik tu tak tahu yang aku kawan anak dieorang..tak pun dia sahaja tak nak bagitahu anak2 dia supaya aku tak malu lagi atau pun makcik tu cerita kat anak2 dia tapi disebabkan dia tak tahu nama aku so kekawan aku ni pun tak tau la orang itu adalah aku...hahahahaha.....
Moral of the story lain kali jangan main redah jer nak naik kereta lihat2 dan pandang2 dulu(jangan pandang belakang je kiri,kanan, depan pun kena pandang)...lebih afdal tengok dulu nombor plat kereta..dalam Malaysia ni banyak kereta yang serupa...jangan perasaan ko seorang je ada kereta tu...hahahahaha
Friday, February 06, 2009
Rumah berhantu?
Tahap extreme mana penghuni "sembunyi" tu pula tak dapat dipastikan...tapi menurut tuan rumah,barang siapa yang tinggal dirumah tu memang paling lama bertahan pun seminggu jer...jadi kalian bayangkan la sendiri tahap "hantu" tu...hehehehe...bagi aku jika aku berada disituasi itu..aku memilih untuk tinggal dirumah tersebut...sebabnya setahu aku mahkluk2 ni dia tak membunuh tetapi disebabkan rupa paras dia yang menakutkan serta muncul apabila tidak diundang yang menyebabkan manusia takut...(selagi lagi aku ingatkan ini hanya rekaan serta cakap2 kosong aku sebentar tadi)...
Yela mana tau tiba2 penghuni tu berlembut hati pula dengan aku...kita ajak dia berkawan, aku bukan nak rampas pun rumah dia tu..cuma tumpang menghuni untuk sementara waktu jer...aku rasa penghuni mesti memahami..mungkin dalam rumah tu aku dan penghuni tu boleh buat perjanjian..bahagian aku dengan bahagian dia..deal la kan macam tu...dia mungkin tak puas hati sebab tiba2 kita terduduk atas anak dia ker..tempat tidur dia ker atau atas makanan dia...jadi untuk mengelakkan sebarang pergaduhan aku memang saran buat perjanjian...dia tak leh marah lebih2 sebab penghuni tu mendiami rumah tu tak berbayar pun..lain la macam aku..tu pun kalau aku kena bayar la..kalau percuma maknanya aku sama je la dengan dia...hehehe...
Paling kurang bila aku duduk situ diaorang ada kawan tak la sunyi sangat...lagi satu dapat berkawan dengan manusia..tak ker best...kita kena luaskan kenalan kita..tak la macam katak bawah tempurung...lagi satu kita boleh belajar budaya diaorang macam tu juga dengan diaorang..mana tahu lepas ni dia bagitahu geng2 dia pasal makhluk bernama manusia...baru la kita boleh menghormati antara satu sama lainkan..siapa kata musuh tak boleh buat kawan..kalau kena cara yang betul aku rasa ok jer..:D..dia sama je macam kita menumpang rumah orang yang kita tak kenal..takkan kita nak buat onar kan??
Jadi apa pendapat kalian tentang rumah berhantu ni...aku dah explain cara2 untuk mengatasi masalah dengan penghuni " sembunyi" ni...ni kes kalau dia terima la perjanjian tu..kalau dia jenis yang degil aku rasa..kalian pun buat degil macam dia juga...kalian boleh ugut dia..dengan menyatakan kalau2 terkuncir atas makanan diaorang..mesti tak suka punya kan....nak hidup kena la pandai negotiate...hahaha..ok cukup aku merapu...ni semua kes percarian rumah sewa petang tadi...kalau confirm rumah mana aku duduk bulan depan..nanti aku masukkan semua perjalanan cerita mencari rumah dari tempoh hari sampai bila aku tak pasti la pula...harapnya boleh setlle secepat mungkin..letih la layan kerenah orang ni...
ps:sekali lagi aku nak ingatkan pada korang2 yang membaca..entry ni takda kaitan langsung dengan mana2 orang,tempat dan masa(kalau ada pun hanya kebetulan)...hanya rekaan aku semata2...siapa2 yang kenal aku memang tahu tahap merapu aku tinggi mana...ni baru sikit...hahahaha...
Wednesday, February 04, 2009
Nama baru Anggerik:-p
So lepak la kat kedai tu lebih kurang 40 minit..banyak la topik2 yang keluar dari hal akademik, hal agama sampai la hal dunia...tak silap aku dulu aku pernah tulis satu entry pasal mamat ni...hal2 lain aku memang leh terima tapi bab2 politik..teeeeetttttt aku tak berminat okay...hahaha mungkin sesetengah dari kawan aku tau aku tak suka bercakap bab2 ni...aku pun tak pasal apa punya la tak berminat..tapi penuh kepura-puraan mendengar..ish kejam gak bila fikir balik..tak baik aku ni..hehehe...tapi nak buat camner...aku memang mudah kendur mood(ada ker ayat ni) bila cakap hal tu...
Pasal agama dia ada tanya aku kenapa kita tak boleh makan daging babi adakah sebab nenek moyang kita tak makan ikut pun ikut tak makan??...teeettt sekali lagi aku kurang pasti..tapi yang pasti bukan sebab nenek moyang kita tak makan kita pun ikut tak makan..sebab dia tanya agak detail la juga..aku cuma cakap kat dia yang daging tu tak bagus untuk kesihatan..dan dari yang aku tahu..daging tu mengeluarkan a kinf of maggot after a few minutes if you pour the coca-cola..i saw it in somemore(aku bukan cakap ikut sedap mulut okay)..kalau nak masak daging ni kena masak betul2...but then i tell him for more detail why don't you open and read the Quran every answers for your questions was written there..untuk pengetahuan semua he is a muslim...and my friend out there who knows well why we muslim cannot eat the meat can you please leave a comment in my comment box...sebab macam biasa la dia ni kalau cakap siap tambah dengan hujah..dia kata most of the non-muslim eat but then they still ok healthy...ok ada beberapa dialog yang aku aku tak tulis kat sini..biar la rahsia cewah...hehehe... tapi at last dia accept juga pendapat aku...hahaha dia memang camtu...yang lepas pun macam tu juga..apa2 yang aku cakap dia memang accept jer..nak jaga hati aku la tu...hahahaha
Lepas tu dia ada tanya aku senang ker nak dapat kerakyatan Malaysia..bila aku cakap susah..tetiba dia potong cakap aku..dia kata misalannya dia kahwin dengan orang Malaysia pun susah ker..alamak aku nak cakap apa ni???aku cakap kat dia aku tak tau la pula..sebab aku tak pernah la pula ambil tahu pasal tu(ceh sengal tul aku benda tu pun tak tau:-p)..tak silap aku susahkan kan2??..so jawapan aku pada dia..nanti aku tanyakan kalau ada kawan2 atau kenalan yang kahwin international....hahaha...sebab dia kata berminat nak kahwin international ni....hehehe..siap suruh aku carikan seorang calon malay girl..hahaha(ok aku tahu dia gurau je)...
Lepas settle makan semua kiteorang pun angkat kaki sebab dia ada temu janji dengan kawan dekat area dormitory...pergh nak jumpa kawan kat "Bong sakgwan" tapi jalan yang dia bawa aku tu agak jauh...aku cakap kat dia bukan nak pergi jumpa kawan ker???dia kata a'ah..then aku cakap bukan ikut situ ker..lepas tu dia kata ikut sini pun tak pe...hehehe..ok la aku fikir positif..dia nak teman aku jalan..dia jalan jauh sikit takpe..hahaha...sebelum berpisah tadi dia ada offer aku datang rumah dia makan2 atau lunch or dinner together.."makan" yer aku memang suka je bab2 makan ni..tapi kena fikir 2 3 kali juga..aku kan pemalu...hahahaha...yer2 aku tahu ada yang nak termuntah dengar...kihkih...
ps:tadi aku dapat nama baru kay...hari tu boleh dia tak save nombor aku...tak pun dia letak nama entah apa2... lepas tu dia minta nombor phone aku balik berserta nama baru aku "Miss Malaysia" ok sila jangan jealous..sebab dia yang bagi yerk bukan aku suruh letak...muahahahaha....
Monday, February 02, 2009
Award :D
aku dapat 2 award ni dari orang yang sama(Helena my new friend blogger)..aku dah lama tak pass2 award kat orang..selalu ambil simpan kat tepi jer..jadi kali ni aku nak share dengan rakan blogger yang lain la...
Jadi kepada semua teman2 bloggerku..ambil la awards ni tanda persahabatan..benda lain aku tak dapat nak bagi..ni jer yang termampu..kihkih..jangan malu2 tau..
Sunday, February 01, 2009
Pencarian rumah sewa baru
so tadi tak silap aku sebanyak 25 panggilan telefon telah dibuat oleh sumaya untuk bertanya rumah sewa...dan dari 25 tu hanya satu rumah sahaja yang menerima sewa kontrak selama 6 bulan...aku dah sumaya tadi dah hampir berputus asa dah...buntu pun ada..tapi nasib masih menyebelahi kami..dan kepastian hanya terjawab esok setelah bertemu mata ke mata dengan tuan rumah tu....kami dah meninjau keadaan rumah tu..boleh tahan,dan aku kira lebih baik berbanding rumah yang aku duduki sekarang ni...dan harganya juga sedikit mahal dari rumah sekarang ni...
Dari 25 panggilan tu juga,macam2 ragam manusia yang kitaorang jumpa..ada yang berbahasa cakapnya,ada yang kasar atau macam dah tertelan mikrofon dan ada juga yang tak mahu bercakap..erm manusia..macam tu la..aku rasa mana2 pun sama jer...banyak fiil..aku pun dah tak sabar jer nak pindah sebenarnya..nak tukar suasana baru..nak ambil mood baru...doakan aku supaya takde orang lain yang booked rumah tu...