Alhamdullilah Jumaat malam lepas 4.12.2009 angah selamat menjadi isteri yang sah kepada nor abdillah hamzah@aby.Aku dengan family sampai di Tangkak pada jam 3.30pm dan menginap di homestay yang disediakan oleh pihak pengantin.Disebabkan aku merupakan salah sorang umat(pengapit@penyepit)hehehe yang dikatakan agak penting dalam majlis tersebut jadinya aku pun sampai awal la.Selain aku member2 yang lain pun ada juga menginap disana.Malam tu selepas isyak angah selamat di ijab kabulkan.Menurut aby malam tu sahaja imam tu terpaksa menikahkan 5 pasangan pengantin termasuk mereka ni.Nasib baik aby booking imam ni cepat.Jadinya mereka menjadi pasangan pengantin pertama yang dinikah.Korang bayangkan pasangan yang ke-5 dinikahkan entah pukul berapa baru nak habis..hehehe..selesai je majlis akad nikah,upacara membatalkan air sembahyang lepas tu sampai di rumah pengantin majlis berinai diadakan.
Keesokkan harinya majlis bersanding dijalankan,lebih kurang jam 2 petang rombongan dari sebelah pihak lelaki pun tiba.Apa yang menarik majlis perkahwinan ni johor ni ialah "tol" yang dikenakan oleh pihak perempuan terhadap pihak lelaki.Yang lucunya pengantin lelaki tak la nervous mana sebaliknya pengapit dia yang lagi nervous maklum la 1st time jadi pengapit lepas tu tak biasa dengan adat johor.Separuh jalan menuju ke pelamin pengantin lelaki telah di tahan oleh keluarga sebelah pengantin perempuan.Jadinya hanya pengantin perempuan yang naik kepelamin terlebih dahulu.Hanya selepas membayar "tol" pengantin lelaki dibenarkan untuk duduk dipelamin.ok dalam kes ni aku tak bersalah aku dibolehkan untuk duduk atau tidak diatas kerusi pengantin lelaki tapi disebabkan aku dinasihatkan untuk duduk diatas kerusi pengantin lelaki makanya aku harus meminta "tol"hahaha...nasib aku ni tak kejam mana.Dapatnya "tol" aku terus angkat punggung..kihkih...aku nak juga rasa kelainan dalam majlis perkahwinan yang pernah aku kunjungi.Bila kenduri kahwin terasa macam reunion pun ada,yela kekawan yang dah lama tak jumpa pun leh jumpa.Petang tu selesai je majlis bersanding pihak pengantin buat outdoor picture.So aku berserta 3 hero join la pengantin..kalau tak ikut takde orang pula...hehehe...
Aku happy untuk aby n angah sebab aku kenal angah sejak diploma lagi, dia la kawan,dia la hantu dia la segalanya kitaorang dah macam adik beradik. Macam tu juga dengan aby selama mana angah kenal aby macam tu juga la aku kenal dia.So aby tu aku dah anggap macam abang aku juga.aku doa kan korang bahagia hingga ke anak cucu.cepat2 dapat baby boleh aku jadi makcik:)
*Sepanjang aku jadi pengapit aida ni aku terpaksa menahan diri dari bercakap dengan dia.Ni la bahananya kalau ambil pengapit dikalangan kawan.Asyikla nak bercakap jer.sampai abang photographer sound..hehehe..nak wat camner dah kitaorang ni memang suka bercakap.kalau dulu dalam kelas pun tak reti duduk diam ni kan pula dah duduk sebelah ada je benda yang kitaorang nak borak...hehehehe:D
5 comments:
Zai baper hinggit dapat duit tol tuh....??? hahahaha
hahaha..rahsia kat yat...lepas la kalo nak mkn McD..KIHKIH...
thanks zai...ko memang pengapit terbaik utk aku w/pn kite asyik bercakap je sampai kena sound. hehehe
hehehe...bestnye...molie kawen time org keje..susah nak ask sumbody..sebab jauh sangatt..huhu...akak...u look kurus..hehehe..:) sengsara kata korea ke..?
orang2
utk u i mmg akan buat terbaik..kalo u dh sanggup tgg i blk..takkan la i tak bole nak berkorban tuk u kan...:)
mollie
hehehe best mollie lagi2 jadi pengapit kpd kawan baik mmg best....erm byk faktor kot byk keje,stress,homesick n tak ckp mkn..but then diseblknya kuruskan..:)
Post a Comment