Friday, January 15, 2010

Birthday Celebration+New Year

Erm kalau orang lain nak tambah umur bila hujung2 tahun ni..tapi abang dengan adik sepupu aku pula baru nak cukup umur..kekadang rasa macam bertuah sebab muda nak berbanding dengan kekawan lain yang lahir sama tahun..tapi bila kena part2 lain macam nak ambil lesen ker waktu tu rasa macam arghhh asal la lahir hujung tahun kan..hehehe..Erm dah tertulis nak buat macam mana kan..Pape aku cam biasa aku nak ucap Selamat hari lahir buat korang berdua moga panjang umur,dimurahkan rezeki dan segalanya yang terbaik dan terindah buat korang luv you :)


Friday, December 25, 2009

Al-Fatihah buat nenek

Hari ni genap 4 hari nenek meninggalkan kami semua..Walaupun aku tak rapat sangat dengan nenek dia tetap nenek aku..Sebelum ni nenek memang sakit..orang tua biasala..dan selalu terjatuh juga..22.12.2009 nenek jatuh lagi sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggalkan pada jam 8.40pagi..Abah terima dengan tenang mungkin dia tidak dibesarkan oleh nenek dari sejak kecil lagi..Alhamdullilah semuanya berjalan lancar..sewaktu jenazah dimandikan aku mengambil kesempatan untuk sama2 memandikan jenazah..pada aku hari tu merupakan hari terakhir aku bersama nenek..tiada lagi esok atau lusa.Semoga roh nenek ditempatkan di kalangan orang2 beriman Amin...

Tuesday, December 08, 2009

Wedding Angah@Aida@Orang2 dengan Aby

Alhamdullilah Jumaat malam lepas 4.12.2009 angah selamat menjadi isteri yang sah kepada nor abdillah hamzah@aby.Aku dengan family sampai di Tangkak pada jam 3.30pm dan menginap di homestay yang disediakan oleh pihak pengantin.Disebabkan aku merupakan salah sorang umat(pengapit@penyepit)hehehe yang dikatakan agak penting dalam majlis tersebut jadinya aku pun sampai awal la.Selain aku member2 yang lain pun ada juga menginap disana.Malam tu selepas isyak angah selamat di ijab kabulkan.Menurut aby malam tu sahaja imam tu terpaksa menikahkan 5 pasangan pengantin termasuk mereka ni.Nasib baik aby booking imam ni cepat.Jadinya mereka menjadi pasangan pengantin pertama yang dinikah.Korang bayangkan pasangan yang ke-5 dinikahkan entah pukul berapa baru nak habis..hehehe..selesai je majlis akad nikah,upacara membatalkan air sembahyang lepas tu sampai di rumah pengantin majlis berinai diadakan.









Keesokkan harinya majlis bersanding dijalankan,lebih kurang jam 2 petang rombongan dari sebelah pihak lelaki pun tiba.Apa yang menarik majlis perkahwinan ni johor ni ialah "tol" yang dikenakan oleh pihak perempuan terhadap pihak lelaki.Yang lucunya pengantin lelaki tak la nervous mana sebaliknya pengapit dia yang lagi nervous maklum la 1st time jadi pengapit lepas tu tak biasa dengan adat johor.Separuh jalan menuju ke pelamin pengantin lelaki telah di tahan oleh keluarga sebelah pengantin perempuan.Jadinya hanya pengantin perempuan yang naik kepelamin terlebih dahulu.Hanya selepas membayar "tol" pengantin lelaki dibenarkan untuk duduk dipelamin.ok dalam kes ni aku tak bersalah aku dibolehkan untuk duduk atau tidak diatas kerusi pengantin lelaki tapi disebabkan aku dinasihatkan untuk duduk diatas kerusi pengantin lelaki makanya aku harus meminta "tol"hahaha...nasib aku ni tak kejam mana.Dapatnya "tol" aku terus angkat punggung..kihkih...aku nak juga rasa kelainan dalam majlis perkahwinan yang pernah aku kunjungi.Bila kenduri kahwin terasa macam reunion pun ada,yela kekawan yang dah lama tak jumpa pun leh jumpa.Petang tu selesai je majlis bersanding pihak pengantin buat outdoor picture.So aku berserta 3 hero join la pengantin..kalau tak ikut takde orang pula...hehehe...





Aku happy untuk aby n angah sebab aku kenal angah sejak diploma lagi, dia la kawan,dia la hantu dia la segalanya kitaorang dah macam adik beradik. Macam tu juga dengan aby selama mana angah kenal aby macam tu juga la aku kenal dia.So aby tu aku dah anggap macam abang aku juga.aku doa kan korang bahagia hingga ke anak cucu.cepat2 dapat baby boleh aku jadi makcik:)

*Sepanjang aku jadi pengapit aida ni aku terpaksa menahan diri dari bercakap dengan dia.Ni la bahananya kalau ambil pengapit dikalangan kawan.Asyikla nak bercakap jer.sampai abang photographer sound..hehehe..nak wat camner dah kitaorang ni memang suka bercakap.kalau dulu dalam kelas pun tak reti duduk diam ni kan pula dah duduk sebelah ada je benda yang kitaorang nak borak...hehehehe:D

Friday, October 30, 2009

Happy birthday Adik


Happy birthday to you adikku...satu2nya adik aku yang ada..dia la kawan gaduh aku,kawan aku nak ajak beronggeng,kawan nak cari pasal,semua2 pun dia la..aku doakan semua2 yang terbaik tuk ko...hehehe...

Sunday, October 11, 2009

Kera sumbang

Erm aku tak tau la kat area rumah korang ada tak kera sumbang macam kat sebelah rumah aku ni...ceritanya macam ni..rumah aku ni ada la beberapa buah kereta yang tak berjaya disumbat ke dalam kawasan rumah aku akibat daripada tak cukup ruang..jadinya ada la 2 biji kereta yang terpaksa dijemur diluar rumah..alaa bukannya aku gi letak depan rumah dia yang dia nak angin satu badan dia..muncung kereta abang aku tu lebih sikit je adalah dalam beberapa inchi..dia siap letak pasu bunga lepas tu siap hantar surat layang dalam peti pos rumah aku..

nampak tak pasu bunga atas jalan raya tu..erm tu kerja mak cik sebelah rumah aku la..bukan nya aku gi letak kereta tutup jalan rumah dia..lagi satu dia memang masuk kereta mengiring..kiranya aku memang tak kacau langsung atau ganggu dia nak masuk kereta..melainkan dia memang dapat lesen terbang...adei susah la bila dapat jiran yang macam ni...kalau nak tau pasu tu mula2 dia letak sebaris dengan pasu dia yang korang nampak lagi 2 tu..tapi akibat kedegilan aku yang tetap tidak mahu mengalih kereta sudahnya dia letak pasu tu terus atas jalan raya..korang bayangkan la kalau memalam hari orang tak nampak pasu atas jalan tu..mahu pasu dia kena rodok...lantak ko la nak jahanam pun pasu ko..pastu kalau nak kena saman dengan DBI pun ko juga..



ni pula surat layang yang aku dapat dalam peti pos rumah aku..

ok ayat yang dia tulis ni jer

"Belakangkan sikit kereta anda (hitam)
Ganggu kami"

lepas tu adik aku dia gi tokok tambah ayat yang mengelikan ketiak aku..

"Belakangkan sikit kereta anda (hitam)"-kenari la
"Ganggu kami"-tak tau bawa kereta la tu buweekkk
ok nyah

dah tulis macam tu adik aku ronyokkan kertas tu dan baling semula kat kawasan rumah dia..hehehe...

hahahaha...ambik ko..

Saturday, September 12, 2009

Ronggeng di KL

Minggu lepas aku turun KL...tujuan utama dia sebab nak pergi kursus kahwin..bukan aku nak kahwin pun tapi menemani kawan baik yang tak lama lagi bakal melangsungkan perkahwinan..pergh nasib baik juga pergi berkawan ni..bosan juga kursus kahwin ni..ataupun mungkin sebab aku belum rasa nak berkahwin..tapi tak juga kawan aku yang nak kahwin tu pun rasa bosan juga..memang confirm bosan la sebenarnya..apa2 pun aku dah ada sijil kahwin..so bila2 masa ada orang masuk minang aku boleh terima..hehehe...

Malam hari pula jumpa kekawan..malam jumaat jumpa kawan adik ada hal sikit yang perlu di selesaikan..bunyi cam gi cari gaduh jer kan..tapi tak la..hal kecik jer..

Malam sabtu meet bro john..aku kenal mamat ni sebab dia kawan kepada kawan kami...erm malam tu aku,orang2,nourull n mas ikan..misi ke UM menjejak john..ok la walaupun tak seorang pun warga KL tapi kiteorang tak sesat.hahahaha...


Meet bro john

Malam ahad pula buka puasa bersama batch aku dengan batch shahril..adalah dalam 16 orang yang terlibat..lepas tu bajet nak tengok wayang tapi wayang kat alamanda tutup..asal ar..memang tutup sebab bulan puasa ataupun????


Buka puasa di Warung Pak Maidin

Hari isnin aku dengan orang2 terjah umah kekawan..rumah pertama puan leha..lepas tu jalan2 kat mines...cantik juga mines lepas 2 tahun aku tak tengok...lepas gi mines kiteorang gi jusco equin then buka puasa sekitar area sana juga..lepas je buka puasa terus ke serdang cik orang2 nak jumpa kimi..lepas tu perjalanan diteruskan ke cheras misi mencari rumah awen Condo cengal..aiseh bunyi cam blog cengal jer..hehehe...dan rumah terakhir yang kiteorang terjah ialah rumah mas merah...thanks mas sebab sudi layan kiteorang walaupun dah agak lewat..dalam pukul 10 baru sampai rumah dia di puncak jalil..yang paling best sebab dapat makan kek coklat..hehehe..sedap2 aku memang suka....10 bintang aku bagi kat ko...



Arifah


Mas merah

Hari selasa pula ada di fakulti..jumpa la kekawan yang masih ada disana..lepas tu aku pun terus pulang ke ipoh tapi singgah buka puasa di tanjung malim...

ps:sebenarnya aku banyak je nak tulis tapi ada sebab2 tertentu buat aku tak mampu nak menulis dan aku rasa biar la tersimpan dalam kotak memory aku jer...

Thursday, August 13, 2009

Entry pertama

Entry pertama setelah hampir 2 minggu menjejak kaki dibumi malaysia..hehehe...pergh punya malas aku nak update blog...bukan nak update nak baca blog kekawan pun malas...takde apa pun nak update..aku sekarang ni tengah sibuk nak cari kerja pula...adei..lepas penat belajar kena fikir pasal kerja pula kan..kalau la kerja tu datang bergolek..hahaha..aku harap tak lama la aku menjual anggur ni..duduk lama2 pun tak membuahkan hasil..kalau duduk lepak kat rumah income masuk ok la juga...pape pun kekawan doakan saya mendapat pekerjaan A.S.A.P yerk...amin...kalau nak contact saya..saya masih memakai no telefon yang lama tak tukar2...rumah pun masih bertapak ditempat yang sama...Owh lupa nak wish pada kekawan yang baru lepas bergraduat tahniah yerk..sama2 la kita mencari kerja...Fighting...